Categories
Berita Semasa

Russia: Rancangan Israel untuk peluasan akan mencetuskan lagi keganasan

Jumaat, 19-06-2020 – Russia dan Kesatuan Eropah berpendapat, rancangan Israel untuk merampas wilayah Palestin di Tebing Barat boleh mencetuskan gelombang baru keganasan di kawasan itu, demikian menurut Menteri Luar Russia Sergey Lavrov pada Selasa.

Kenyataan itu dibuat olehnya ketika beliau bercakap di telefon dengan Wakil Tertinggi EU Hal Ehwal Luar dan Polisi Keselamatan, Josep Borrell.

“Situasi ini semakin meruncing akhir-akhir ini, dan kami menekankan pendirian kami yang senada dengan Kesatuan Eropah, bahawa perlaksanaan rancangan peluasan di wilayah Palestin Tebing Barat akan menggugat prospek penyelesaian dua negara terhadap masalah Palestin-Israel seterusnya akan menyebabkan letusan keganasan berbahaya di kawasan itu,” tambah beliau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Malaysia Tolak Rancangan Pengilhakan Israel

Jumaat, 19-6-2020 – Ketua negara Malaysia Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mengesahkan penolakan baginda terhadap rancangan Israel untuk mengilhakkan sebahagian tanah Palestin, dan menitahkan agar semua rakyat Malaysia agar mendoakan rakyat Palestin yang terus menerus ditindas oleh Israel.

Dalam satu kenyataan pada hari Selasa, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, mengatakan bahawa Seri Paduka telah menzahirkan keprihatinan baginda yang mendalam terhadap perjuangan Palestin.

Beliau juga mengesahkan sokongan Seri Paduka Baginda terhadap usaha Malaysia untuk terus bekerjasama dengan negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan masyarakat antarabangsa yang menentang rancangan Israel untuk mengilhak sebahagian tanah Palestin.

“Seri Paduka Baginda percaya bahawa kebebasan rakyat Palestin dapat direalisasikan jika mereka diberi sokongan berterusan untuk menubuhkan sebuah negara merdeka di wilayah Palestin yang dijajah oleh Israel sejak 1967, termasuk Baitulmaqdis Timur,” kata kenyataan itu.

Baginda menitahkan agar supaya semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama, untuk berdoa mengikut kepercayaan masing-masing supaya hak Palestin akan dilindungi dan mereka akan segera bebas dari penjajahan Israel.

Baginda juga menyatakan harapan agar semua rakyat Malaysia terus menegakkan prinsip keadilan dan saling hormat menghormati, selain menolak segala bentuk keganasan sesama umat manusia.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Jordan Kecam Aktiviti Israel di Tembok Barat Al-Aqsa

Jumaat, 19-06-2020 – Kementerian Luar Negeri Jordan, Rabu (17/6/2020), mengecam tindakan penjajah Israel yang terus melakukan aktiviti dan kegiatannya di tembok barat Masjid Al-Aqsa yang diberkati.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri Jordan, Dhaifullah Al-Fayez, dalam sebuah pernyataannya mengatakan, “Tembok barat adalah bahagian dalam yang tidak boleh dipisahkan dari Masjid Al-Aqsa.”

Al-Fayez menegaskan bahawa Wakaf al-Quds dan Kementerian Urusan Al-Aqsa adalah pihak yang memiliki otoriti eksklusif dan kuasa untuk mengelola semua urusan Masjid Al-Aqsa di bawah undang-undang antarabangsa.

Beliau memperingatkan bahawa semua usaha pemeliharaan dan pemuliharaan di Masjid Al-Aqsa, yang meliputi kawasan 144 dunam (1 dunam = 1000 meter persegi), termasuk pagar-pagar masjid, berada dalam otoriti eksklusif dan bidang kuasa khusus Kementerian Wakaf al-Quds.

Beliau menegaskan bahawa penjajah  Israel perlu menghormati kewajiban dan komitmennya dalam perkara ini dan menghentikan aktiviti dan kegiatannya dengan segera.

Beliau menyeru agar penjajah Israel memberi komitmen terhadap status historis dan undang-undang  di Masjid Al-Aqsa. Sebagai kuasa pemerintah, penjajah Israel perlu bertanggungjawab penuh terhadap keselamatan Masjid Al-Aqsa dan dindingnya.

 Al-Fayez menjelaskan bahawa Kementerian Luar Negeri  Jordan sudah mengirim nota protes rasmi kepada penjajah Israel berkait usaha dan aktiviti yang dilakukan di tembok barat Masjid Al-Aqsa. 

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Sheikh Sabri menyeru rakyat Palestin untuk menyertai kempen solat Fajr

Jumaat, 19-06-2020 – Sheikh Ekrima Sabri, ketua Majlis Tinggi Islam di Baitulmaqdis, meminta semua warga Palestin yang berdekatan Masjidil Aqsa untuk menyertai kempen solat Fajr pada hari Jumaat depan bagi melindungi masjid itu daripada cubaan Judaization dan memprotes rancangan pengambil alihan Tebing Barat.

Sheikh Sabri mendesak, khususnya, penduduk Baitulmaqdis untuk menunaikan tugas mereka sebagai pelindung Masjidil Aqsa dengan memperhebatkan kehadiran
mereka di halaman dan bangunannya.

Dia menyatakan bahawa kehadiran para jemaah Muslim secara intensif di Masjid Aqsa akan menguatkannya dan memaksa negara penjajah untuk mundur dari rancangan mereka untuk
menentangnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Green Blatt: Tebing Barat Bukan Palestin, Aneksasi Tidak Bertentangan dengan Undang-undang

Khamis, 18-06-2020 – Mantan Delegasi Amerika Syarikat untuk penyelesaian Timur Tengah, Jason Green Blatt, hari ini (15/6) menentang penggunaan istilah wilayah Palestin bagi Jajahan Tebing Barat.

Dalam sebuah tulisannya di surat khabar Ibrani “Israel Hari Ini”, Green Blatt menyebutkan, Tebing Barat bukanlah tanah Palestin, melainkan sebuah wilayah yang menjadi konflik dan satu-satunya cara untuk menyelesaikannya adalah dengan pihak Palestin dan Israel duduk di meja perundingan untuk mencapai kesepakatan dan cuba mencapai penyelesaian bersama secara langsung.

“Dia percaya proses aneksasi(pengambilan wilayah secara paksa) tidak bertentangan dengan undang-undang dan bahawa keputusan untuk bergerak ke arah penerapannya perlu diambil oleh pemerintah Israel yang terpilih secara demokratik.

Pemerintah Israel ingin memulakan langkah untuk mengambil Lembah Jordan dan penempatan di Tebing Barat pada  1 Julai ini.

Dijangkakan aneksasi Israel akan mencapai lebih dari 30% daripada Tebing Barat.

Menanggapi langkah Israel, Presiden Otoriti Palestin, Mahmoud Abbas mengumumkan, bahawa beliau akan keluar dari semua perjanjian dan pesefahaman dengan pemerintah Amerika serta Israel. 

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel robohkan rumah di kem Shu’arat, Baitulmaqdis dan usir dua keluarga

Khamis, 18-06-2020 – Rejim zionis Israel bertindak mengusir dua keluarga Palestin selepas merobohkan bangunan kediaman mereka yang terletak di kawasan kem penempatan Shu’afat, timur Baitulmaqdis atas alasan dibina tanpa kebenaran.

Menurut sumber tempatan, ramai anggota polis ditugaskan melindungi pekerja majlis perbandaran Israel dengan jentolak digunakan bagi kerja-kerja meroboh bangunan kediaman milik keluarga Osama Ahmed Alkam dan Iyhab Hassan Alkam di kawasan perumahan Ras Shahada.

Dua keluarga dengan 10 anggota terdiri dari perempuan dan kanak-kanak tinggal di kediaman tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Para pendatang dari Shvut Rachel meratakan tanah Palestin di Kampung Jalud

Khamis, 18-06-2020 – Pendatang Yahudi pada Ahad meratakan tanah Palestin dalam keluasan yang agak besar di kampung Jalud, selatan Nablus di Tebing Barat.

Pegawai tempatan Ghassan Daghlas berkata, jentolak-jentolak yang dimiliki oleh para pendatang Shvut Rachel memulakan kerja meratakan tanah di kampung Jalud, terutamanya di kawasan yang dikenali sebagai Khafafish.Para pendatang yang tinggal di penempatan haram Tebing Barat, menerima sokongan daripada sayap kanan, kerajaan Benjamin Netanyahu, yang baru-baru ini berkempen untuk merampas sebahagian besar Tebing Barat termasuk Lembah Jordan, yang bertujuan untuk menghalalkan penempatan haram dan mengambil lebih banyak tanah Palestin untuk peluasan dan pembinaan penempatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kempen Baru Zionis Robohkan Rumah Palestin di Ramallah

Khamis, 18-06-2020 – Rejim Zionis pada hari Isnin telah mmengeluarkan perintah untuk merobohkan beberapa rumah warga Palestin di kampung Beit Sira di daerah Ramallah, Tebing Barat.

Ahli majlis daerah Beit Sira Hamed Hamdan mengatakan bahawa rejim Zionis telah menyerbu kampung itu dan menyerahkan perintah perobohan beberapa rumah keluarga Palestin atas alasan kononya ia adalah “pembinaan tidak berlesen”.

Sementara itu, rejim Zionis telah merobohkan sebuah khemah yang digunakan sebagai kandang biri-biri oleh warga Palestin Abed al-Rahman Qasem di Lembah Jordan.

Pejuang hak asasi manusia Aref Daraghmeh mengatakan bahawa tentera Zionis, yang berada di kawasan berkenaan untuk latihan ketenteraan, telah merobohkan khemah Qasem tanpa sebarang amaran awal.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Berpuluh Yahudi, anggota polis ceroboh Masjidil Aqsa.

Selasa, 16-06-2020 – Sekumpulan pendatang haram Yahudi dengan diiringi anggota polis rejim Israel didapati telah menceroboh masuk ke dalam Masjidil Aqsa dan memenuhi halaman luarnya pada pagi Ahad kelmarin.

Menurut sumber tempatan, berpuluh-puluh pendatang Yahudi memasuki masjid itu secara berkumpulan melalui pintu al-Maghariba dibawah kawalan pihak polis dan mengadakan lawatan di halaman masjid.

Kumpulan pendatang dan rabi Yahudi tersebut dilihat berkumpul di kawasan halaman Kubah Kuning sambil membaca ayat-ayat dari ajaran Talmud dengan suara kuat, tambah sumber itu lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Finland menolak rancangan rampasan oleh Israel


Selasa, 16-06-2020 – Finland mengesahkan penolakannya ke atas rancangan Israel untuk merampas sebahagian besar Tebing Barat, dengan menyifatkannya sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Ini disuarakan dalam jawapan menteri luar Finland Pekka Haavisto kepada soalan oleh Veronika Honkasalo, pengerusi Kumpulan Persahabatan dengan Palestin dalam Parlimen Finland, tentang rancangan rejim Israel untuk merampas sebahagian Tebing Barat.Haavisto menyatakan yang Finland ialah sebahagian daripada Kesatuan Eropah dan masyarakat antarabangsa dan tidak mengiktiraf Tebing Barat, yang diduduki oleh Israel sejak 1967, sebagai sebahagian negara haram Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Roboh Rumah Palestin di Lod

Selasa, 16-06-2020 – Tentera Zionis pada pagi Ahad merobohkan dua rumah Palestin di Bandar Lod di wilayah yang dijajah1948.

Saksi mengatakan bahawa beberapa jentolak, yang dikawal oleh pasukan polis, menyerbu kejiranan al-Mahatta di Bandar Lod, mengadakan sekatan di sekitar rumah yang menjadi sasaran, yang dimiliki oleh keluarga Abu Zayed, dan mulai merobohkannya.

Penduduk tempatan mengatakan bahawa ini bukan kali pertama Zionis merobohkan rumah yang dimiliki oleh keluarga yang sama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel Jatuhkan Hukuman Penjara 10 Tahun Ke Atas Kanak-kanak Palestin.

Selasa, 16-06-2020 – Ahad lalu sebuah mahkamah Israel telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada seorang kanak-kanak Palestin, Hammouda al-Sheikh, 15 tahun.

Al-Sheikh ditangkap setelah dia ditembak oleh pegawai polis Israel dan tercedera parah pada 15 Ogos 2019 di Baitulmaqdis. Seorang lagi kanak-kanak lelaki bernama Nasim Abu Roumi, 15, terbunuh dalam kejadian yang sama.

Polis Israel mendakwa bahawa kanak-kanak berkenaan cuba menikam pegawai polis Israel di Pintu al-Silsila berhampiran Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Abu Roumi meninggal dunia serta-merta, sementara al-Sheikh dibiarkan berdarah selama hampir satu jam sebelum dia dipindahkan ke hospital.

Buat ketika ini Israel sedang menahan 190 orang warga Palestin yang di bawah umur di penjara dan pusat-pusat tahanan, di mana 20 daripadanya adalah berusia di bawah 16 tahun.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Polis dan pelampau Yahudi mencemari masjid Aqsa

Isnin, 15-06-2020 – Sejumlah pelampau Yahudi yang dikawal oleh pasukan polis pada hari Khamis pagi telah memasuki Masjidil Aqsa dan membuat kacau-bilau di halaman masjid tersebut. 

Pelampau Yahudi itu telah mengerumuni Masjid secara berkumpulan melalui gerbang Maghariba dan menjelajah halamannya dibawah pengawasan polis. Saksi melaporkan bahawa mereka lihat beberapa pelampau melakukan ritual semasa lawatan.

Sementara itu, polis Israel mengeluarkan hukuman kewangan terhadap jemaah Muslin dengan alasan tidak memakai pelindung muka semasa berada di tempat suci itu. Masjidil Aqsa telah dinodai setiap hari oleh pelampau Yahudi dan pasukan polis pada waktu pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu. 

Polis Israel menutup gerbang al-Maghariba yang digunakan oleh orang Yahudi untuk memasuki Masjid tersebut pada pukul 10:30 pagi setelah pelampau menyelesaikan lawatan mereka ke tempat suci itu pada sebelah pagi. Kemudian pada tengahari itu, pintu yang sama dibuka semula untuk lawatan di sebelah petang oleh pelampau Yahudi. 

Semasa kehadiran pelampau di perkarangan Masjid tersebut, sekatan masuk dikenakan ke atas jemaah Muslim di pintu masuk yang menuju ke Masjid dan kad pengenalan mereka disita sehingga mereka meninggalkan kawasan tersebut. 

Polis penjajahan Israel yang tidak mempunyai bidang kuasa atas Masjidil Aqsa juga mengeluarkan atau memperluaskan larangan masuk sewenang-wenangnya dana memerintah warganegara Baitulmaqdis untuk tidak memasuki kawasan suci umat Islam itu berminggu-minggu malahan berbulan.
 
Baru-baru ini setelah pihak berkuasa Awqaf Islam di Baitulmaqdis membuka semula Masjidil Aqsa kepada para jemaah Muslim setelah penutupannya selama lebih dari dua bulan sebagai langkah pencegahan penyebaran Virus Corona, polis Israel memperhebatkan lagi proses pembuangan warga Palestin dari kawasan suci umat Islam itu. 

Sejak akhir-akhir ini, puluhan rakyat Baitulmaqdis dan aktivis di keluarkan perintah bagi tidak memasuki kawasan tersebut.  Polisi yang haram itu dipercayai sebahagian dari praktik yang bertujuan membolehkan pelampau Yahudi melakukan ritual tanpa penentangan Palestin dan membukan jalan bagi negara penjajah Israel untuk mengendalikan tempat suci itu. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Kementerian sahkan dua kes baru COVID-19 di Gaza

Isnin, 15-06-2020 – Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza pada Rabu mengumumkan yang dua kes COVID-19 (coronavirus) telah dikesan di kalangan warga yang baru kembali dari luar negara.

Dalam kenyataan ringkasnya, kementerian berkata yang kes-kes baru ini menjadikan jumlah jangkitan di Gaza sejak Mac menjadi 72 kes.

Setakat ini, terdapat 41 kes sembuh manakala 30 lagi sedang dirawat di hospital Rafah, selatan Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Jordan: Rancangan pemilikan kawasan Israel harus dijawab

Isnin, 15-06-2020 – Menteri luar Jordan, Ayman al-Safadi mengatakan bahawa rancangan Israel untuk memiliki satu pertiga wilayah yang diduduki merupakan pelanggaran yang jelas terhadap undang-undang antarabangsa dan tidak dapat dijawab.

Ucapan menteri itu muncul semasa sidang berita bersama dengan rakan sejawatannya dari Jerman, Heiko Maas di Ibu Kota Yordania, Amman.

Safadi menambah bahawa rancangan aneksasi itu melemahkan asas-asas di mana proses perdamaian dicabuli dan menyempitkan peluang untuk perdamaian yang komprehensif dan adil.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul