Isnin, 13-04-2020 – Ketua Biro politik Hamas Ismail Haneyya menegaskan penentuan pergerakannya untuk membuahkan pembebasan tahanan Palestin dalam rangka perjanjian pertukaran baru jika pihak Israel memberi respon terhadap permohonannya.
Ini berlaku dalam perbualan telefon antara Haneyya dan Mikhail Bogdanov, timbalan menteri luar negeri Rusia.
Pemimpin Hamas telah membincangkan berkenaan isu-isu Rusia yang berbeza yang berkaitan dengan perkembangan pandemic koronavirus.
Isnin, 13-04-2020 – Ketua Sekretariat Persidangan Popular Palestin Luar Negara (PCPA) telah merayu kepada pihak berkuasa Saudi untuk membebaskan rakyat Palestin dan Jordan yang kini berada di penjara serta menggesa untuk dihentikan semua proses kehakiman terhadap mereka.
Dalam kenyataan akhbar, Ketua Sekretariat PCPA menyeru agar dilepaskan ahli kanannya, Mohamed al-Khudari dan anggota Jawatankuasa Umum PCPA, Hani al-Khudari (doktor), Ameen al-Assar (jurutera) dan Abdul-Rahman Farhanah (wartawan).
Berikutan penyebaran coronavirus, Sekretariat tersebut menyatakan harapan agar rayuannya mendapat respon positif dari pihak berkuasa Saudi.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Isnin, 13-04-2020 – Kementerian Kesihatan Palestin, Khamis (9/4) mengumumkan tidak ada kes baru virus Corona di Palestin.
Sewakru sidang akhbar yang diadakan di Ramallah, Ketua Pengarah Perawatan Primer Kementerian, Kamal Al-Shakhra mengatakan, jumlah suspek Corona adalah seramai 263 orang hingga hari ini. 44 orang di antaranya telah pulih.
Beliau menyatakan, 89 pesakit adalah para pekerja, 29 penggunjung dan 40 para petugas pelancongan serta seorang tahanan dan seorang staf perubatan.
Al-Shukrah menyatakan, jumlah ujian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan sejak wabak epidemik berjumlah sekitar 16000 kes.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Isnin, 13-04-2020 – Paderi Atallah Hanna menuduh pihak berkuasa rejim Zionis mengeksploitasi kemelut pandemik Coronavirus yang sedang dihadapi oleh masyarakat antarabangsa dan Palestin untuk menjalankan aktiviti penempatan haram baru secara sulit di kawasan-kawasan terjajah, terutama di Baitulmaqdis.
“Seluruh dunia sedang sibuk dengan pandemik dan masyarakat Palestin sedang berusaha untuk membendung dan menghapuskan virus ini walaupun dengan kekangan yang mereka hadapi, tetapi pihak berkuasa rejim Zionis mengambil kesempatan terhadap kesibukan tersebut dan bekerja keras untuk melaksanakan projek-projek penempatan haram dan dasar-dasar perkauman yang menyasarkan bandar Baitulmaqdis khususnya dan keseluruhan tanah Palestin amnya,” kata Hanna, Uskup Agung Gereja Ortodoks Palestin di Tanah Terjajah Baitulmaqdis, dalam satu kenyataan pada hari Khamis.
Paderi Hanna mendesak masyarakat Palestin, yang sedang sibuk memerangi Coronavirus dan kesan-kesannya, untuk berwaspada terhadap kegiatan penempatan haram Israel yang berlaku pada tahap yang tidak pernah terjadi sebelumnya di Baitulmaqdis.
Jumaat, 10-04-2020 – Sejumlah warga Palestin dilaporkan cedera selepas pendatang haram Yahudi yang mendapat perlindungan tentera rejim Israel menyerang mereka. Kejadian berlaku berdekatan bandar al- Shuyoukh, timur laut bandar al-Khalil, Tebing Barat.
Kata sumber tempatan, pertempuran ganas antara warga Palestin dengan pendatang haram itu berlaku di atas tanah milik penduduk Palestin dekat bandar al-Shuyoukh.
Tentera dengan dibantu unit Anjing pasukan polis rejim kemudian datang bagi memberi pelindungan kepada pendatang dan menembak gas pemedih mata serta bom pemengsan ke arah warga Palestin. Sebilangan dari mereka mengalami sesak nafas dan terpaksa dirawat di situ juga.
Jumaat, 10-04-2020 – Seorang nelayan Palestin cedera pada pagi Rabu apabila tentera laut rejim melepaskan tembakan ke arah bot nelayan Palestin di perairan Gaza.
Jawatankuasa Nelayan Gaza menyatakan yang seorang nelayan bernama Ibrahim Abu Warda, 23, menderita cedera ditembak peluru getah apabila bot bersenjata Israel menyerang sekumpulan nelayan Palestin di utara luar pesisir Gaza.
Abu Warda, yang ditembak di lengan dan kaki dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nur idawati
Jumaat, 10-04-2020 – Polis rejim Zionis pada petang Rabu lalu telah menculik seorang pemuda Palestin dari rumahnya berhampiran Bab al-Huta di Kota Lama Baitulmaqdis.
Menurut saksi, pegawai polis Zionis menangkap Fouaad al-Shawish, 21 tahun, dari kediamannya dan telah membawannya ke suatu tempat yang tidak diketahui.
Polis Zionis hampir setiap hari melakukan kempen tangkapan di kawasan yang berbeza-beza di Kota Lama Baitulmaqdis dan sekitarnya.
Khamis, 09-04-2020 – Rejim Zionis Israel (IOF) pada petang Ahad menyerbu Masjid al-Dawa di kota Beit Hanina di timur laut Yerusalem, dengan alasan beberapa penduduk tempatan melanggar langkah-langkah kecemasan koronavirus dan bersolat di dalam Masjid.
Menurut sumber-sumber tempatan, IOF menghukum setiap jemaah 500 syikal dan Masjid Mu’addin 5,000 syikal.
Di al-Khalil, gerombolan pendatang Yahudi ekstremis di bawah perlindungan ketenteraan menyerang rumah warga Palestin yang dipanggil Mufid al-Shirbati di Jalan Al-Shuhada di Old City, yang ditutup selepas pembunuhan masjid Ibrahimi tahun 1994.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada
Khamis, 09-04-2020 – Polis rejim Israel pada pagi Ahad menculik The Israeli occupation police on Sunday morning Datuk Bandar Baitulmuqaddis Adnan Ghaith dari kediamannya di daerah Silwan, selatan Masjid Aqsa di kota suci itu.
Menurut sumber tempatan, polis dan pegawai perisikan rejim menyerbu dan menggeledah kediaman Ghaith dan menahan beliau tanpa alasan yang kukuh.
Ghaith telah ditahan dan disoal siasat beberapa kali sejak menjadi Datuk Bandar Baitulmuqaddis. Beliau turut dilarang daripada memasuki Tebing Barat dan berhubung dengan sesetengah orang.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nur idawati
Khamis, 09-04-2020 – Rejim Zionis Israel sekali lagi bertindak menyembur racun rumput ke atas kawasan tanah pertanian berdekatan pagar sempadan, timur Bandar Gaza.
Petani tempatan dari al-Zeitoun dan Johr al-Dik di kawasan Bandar Gaza melaporkan bahawa kapal terbang kegunaan pertanian rejim telah menyembur racun kimia ke atas tanah yang ditanam dengan Gadum, Barli, Jagung, Bendi, Sayur Molokhia dan lain-lain jenis tanaman serta menjelaskan bahan kimia yang disembur itu telah menyebabkan kerosakkan secara meluas ke atas tanaman mereka.
Kata petani itu lagi, perbuatan rejim Israel itu menyebabkan mereka mengalami kerugian besar dari segi wang ringgit dan telah meracuni tanah serta persekitaran kawasan pertanian itu.
Khamis, 09-04-2020 – Jumlah kematian akibat corona virus di Israel terus meningkat. Hingga kini (6/4) jumlah kematian akibat corona virus bertambah menjadi 55 orang, setelah sebelumnya 4 orang meninggal, akibat lanjut usia. Sementara itu jumlah yang positif menjadi 8611 orang. 141 orang di antaranya dalam keadàan kritikal, mengikut laporan Kementerian Kesihatan Israel;, pagi tadi Isnin (6/4).
Media Ibrani melaporkan, semua yang meninggal tersebut telah berusia lanjut, antara 72 tahun, 78 tahun, 77 tahun dan 91 tahun. Menurut data, 7643 pesakit dalam kategori ringan, sementara 191 pesakit dalam kategori sedang, 763 pesakit dirawat di hospital, 5279 dirawat di rumah dan 875 dirawat di hotel.Kementerian Kesihatan menyatakan, jumlah mereka yang pulih meningkat menjadi 585 orang.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Khamis, 09-04-2020 – Tentera rejim Zionis telah melakukan serangan terhad di tenggara Semenanjung Gaza yang terkepung dan melepaskan bom gas pemedih mata ke arah petani tempatan, Isnin lalu.
Menurut sumber-sumber tempatan, enam jentolak tentera menyusup ke kawasan sempadan di timur Khan Yunis, di selatan Gaza sebelum meratakan beberapa bidang tanah.
Sementara itu, lima kereta kebal dan kenderaan berperisai telah mengiring jentolak berkenaan dan melepaskan gas pemedih mata ke arah sekumpulan petani di kawasan itu.
Dalam satu kejadian yang berasingan, kapal perang Israel melepaskan tembakan mesingan dan mengejar bot nelayan Palestin di perairan ke arah utara Bandar Gaza. Tiada kecederaan yang dilaporkan di dalam serangan tersebut.
Khamis, 09-04-2020 – Rejim Zionis (IOF) telah membongkar dan merampas kemudahan komersil milik rakyat Palestin berhampiran Gunung as-Sindas di selatan bandar al-Khalil.
Mohamed Abu Sneineh, pemilik kemudahan itu berkata tentera yang mengiringi kren dan jentolak telah menyerbu kawasan itu dan memulakan pembongkaran dan merampas kedai alat ganti tanpa notis terlebih dahulu.
IOF juga merampas bekas perkapalan milik Abu Sneineh di kawasan yang sama.
Selasa, 07-04-2020 – Pejabat Media Asra mengesahkan yang pentadbiran penjara Ofer Israel memindahkan 9 tahanan yang telah dikuarantin ke Penjara Saharonim Prison di Negev di mana pendatang Afrika ditahan.
Media Asra menyatakan yang perkhidmatan penjara Israel tidak melaksanakan ujian sewajarnya terhadap para tahanan yang dikuarantin walaupun mereka berhubung rapat dengan seorang tahanan yang menderita akibat coronavirus.
Sembilan tahanan itu adalah Rakan al-Ja’bari, Yazan al-Ja’bari, Hazaa al-Ammour, Qusay Daraghmeh, Dyab Barrash, Imad al-Sheikh, Mohamed Melhem, Sameh al-Ammour, dan Khalil Dawwas.
Selasa, 07-04-2020 – Puluhan tahanan Palestin di penjara Israel telah memulakan mogok lapar kerana ketiadaan penjagaan kesihatan penting oleh Perkhidmatan Penjara Israel berikutan wabak coronavirus.
Perkhidmatan Penjara Israel sengaja meletakkan kehidupan tahanan Palestin dalam risiko dengan menarik balik produk pembersihan dari kantin penjara dan menolak untuk membasmi sel penjara atau melakukan pemeriksaan ke atas tahanan yang disyaki hidapi virus.
Menurut tahanan Fekri Mansour, 40, yang ditahan di Penjara Shata, tahanan Palestin dinafikan bekalan kebersihan asas dan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang penting walaupun sejumlah tahanan penjara, pegawai Israel dan tahanan Palestin telah positif coronavirus.