Rabu, 09-12-2020 – Sebaik sahaja di lepaskan dari penjara Israel, agensi perisikin Shin Bet menahan semula warga Jerusalem pada hari Isnin lepas.
Ketua Jawatankuasa Ahli Keluarga Tahanan Jerusalem, Osama Al-Rajbi, 27 tahun ditahan semula sebaik sahaja dibebasakan dari Penjara Negev dan di pindahkan ke pusat penahanan Moskobiya di barat Jerusalem.
Rajbi telah diculik oleh pihak polis pada 8hb September 2015 kerana terlibat dengan perjuangan Al-Aqsa dan kemudian mahkamah tentera Zionis Israel memerintahkan beliau di tahan selama 63 bulan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Rabu, 09-12-2020 – Isnin petang (7/12/2020), pasukan penjajah Israel menembak seorang pemuda Palestin di pos pemeriksaan tentera Qalandia, di utara al-Quds yang diduduki penjajah Israel. Dengan alasan bahawa mangasa berusaha melakukan serangan tikaman.
Saluran TV7 Israel melaporkan bahawa seorang pemuda Palestin berusaha melakukan serangan tikaman di pos pemeriksaan militan Qalandia. Saluran televisyen Israel ini melaporkan, tidak ada yang tercedera dalam kalangan prajurit Israel dalam usaha serangan tersebut.
Menurut laporan media Israel, pemuda Palestin tersebut cedera parah.
Sementara itu saluran TV13 Israel mengatakan, seorang pemuda Palestin berusaha melakukan serangan tikaman dan berjaya diamankan dengan (ditembak) oleh tentera penjajah Israel.
Dari awal tahun 2020 ini hingga akhir Oktober lalu, gerakan Defense for Children International telah merekordkan kematian tujuh remaja Palestin yang berusia antara 13 hingga 17 tahun, kerana ditembak oleh tentera penjajah Israel.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Rabu, 09-12-2020 – Seorang pemuda Palestin cedera parah ketika tentera Israel melepaskan tembakan ke arahnya atas tuduhan pemuda tersebut membawa peralatan tajam.
Menurut Saluran 7 Israel, seorang pemuda dicederakan berikutan percubaannya untuk menikam tentera di pusat pemeriksaan Qalandiya di utara Baitulmaqdis.
Pemuda itu, yang identitinya masih belum diketahui, mengalami kecederaan yang serius.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Dr Nurul
Rabu, 09-12-2020 – Lembaga Penyiaran Israel “Kan-11” menyebut rancangan pembangunan perkampungan penjajah Yahudi di utara Al-Quds berkembang secara pesat.
Saluran television Israel menyebut Jawatankuasa Perencanaan & Pembangunan Kota Jurusalem yang berada di bawah penjajah Israel telah bersetuju untuk membangunkan 9,000 unit rumah di perkampungan “Atarot” di utara al-Quds dan hanya menunggu kelulusan dari peringkat politik Rancangan pembangunan perkampungan Yahudi ini mendapat sokongan dari Amerika walaupun mendapat tentangan dari beberapa Negara Eropah.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Selasa, 08-12-2020 – Kesatuan Eropah (EU) telah menyelar pembunuhan seorang kanak-kanak Palestin oleh tentera rejim di Kampung al-Mughayir, timut laut Ramallah di Tebing Barat.
Dalam satu kenyataan akhbar pada Sabtu, wakil EU di Palestin Sven Kuhn von Burgsdorff menyeru siasatan segera ke atas kejadian tembakan itu dan menyatakan mereka yang melakukan jenayah itu mesti bertanggungjawab.
“Kanak-kanak adalah di bawah perlindungan khas menurut undang-undang antarabangsa,” Burgsdorff said.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 08-12-2020 – Kesatuan Eropah (EU) menyeru agar dilakukan siasatan atas pembunuhan yang dilakukan tentera penjajah Israel terhadap kanak-kanak Palestin, Ali Abu Alia (13 tahun), di kota Ramallah, wilayah tengah Tebing Barat.
Perwakilan EU di wilayah Palestin yang diduduki Israel, Seven Kun von Burgsdorf, dalam sebuah pernyataan kelmarin mengatakan, “Saya menyeru agar dilakukan siasatan dan pertanggungjawaban segera terhadap para pelaku kejahatan ini.” Beliau menyatakan bahawa “kanak-kanak memiliki perlindungan khusus di bawah undang-undang antarabangsa.”Katanya “Berapa banyak kanak-kanak Palestin lainnya yang akan terdedah dengan ancaman penggunaan senjata mematikan yang berlebihan oleh pasukan Israel?!”
Beliau mengungkapkan bahawa pihaknya mengecam kejahatan pembunuhan ini dan turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Abu Alya meninggal dunia akibat cedera di tembak di perut oleh peluru penjajah Israel, pada Jumaat (4/12/2020), ketika berlaku pertembungan yang meletus di desa Al Mughayer. Mangsa sempat dilarikan ke Kompleks Perubatan “Palestina” di Ramallah dalam keadaan kritikal dan kemudiannya dimaklumkan telah meninggal dunia.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Selasa, 8-12-2020 – Segerombolan peneroka haram pelampau Yahudi telah menimbulkan kekacauan di kebun zaitun di kampung Kafr ad-Dik, sebelah barat Salfit di Tebing Barat yang diduduki, pada malam Sabtu lalu.
Menurut sumber tempatan, peneroka dari penempatan haram Bruchin menebang sekitar 15 pokok zaitun di wilayah utara Kafr ad-Dik. Kebun zaitun berkenaan milik penduduk tempatan bernama Awni Hamdan.
Kawasan pertanian di bandar ini terdedah kepada serangan dan pencerobohan yang berulang-ulang oleh peneroka haram dan pasukan tentera disebabkan kedudukannya yang berhampiran dengan penempatan haram tersebut.
Kejadian keganasan dan keganasan oleh peneroka haram pelampau Yahudi terhadap penduduk Palestin dan harta benda mereka adalah kejadian harian di seluruh Tebing Barat.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Selasa, 08-12-2020 – Khatib Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ikrimah Sabri dalam pertemuannya bersama Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogen menegaskan penolakannya terhadap normalisasi yang di agendakan oleh penjajah Israel.
Dalam wawancara ekslusif dengan “Arabi 21”, Sabri menegaskan keperluan menyebarkan narasi sebenar berkenaan al-Quds. Kunjungan Sabri ke Turki adalah di atas undangan Yayasan Mimbar Al-Aqsa bertujuan untuk bertemu dengan para ulamak dan mufti turki di samping mendesak mereka menyampaikan narasi sebenar berkenaan al-Alquds berdasarkan al-Quran, sunnah dan sejarah bermula dari masa khalifah Umar Al-Khattab, Salahuddin al-Ayubi, Sultan Suleiman dan Sultan Abdul Hamid II, yang mana mereki ini memiliki sikap peradaban yang adil terhadap Palestine dan Negara-nagara Arab. Pada kunjungan tersebut, Sabri turut di minta menjadi imam solat Jumaat di Masjid Hagia Sofia.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Isnin, 07-12-2020 – Rejim Israel bertindak merampas sebuah jentolak milik penduduk Palestin yang sedang digunakan di tanah yang diambil semula. Tanah itu terletak di utara Yata, Tebing Barat.
Pegawai tempatan, Rateb al-Jabor berkata, rejim Israel merampas sebuah jentolak kepunyaan Ahmad Abu Turk yang beliau gunakan di tanah yang beliau àmbil semula di kawasan Birin. Sebelum ini, tanah miliknya itu telah dirampas oleh pendatang haram Yahudi bagi membuat penempatan Pnei Hever. Bulan lalu, rejim telah merampas jenkaut milik mangsa.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Isnin, 07-12-2020 – Pejabat Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-Bangsa (PBB) meminta penjajah Israel untuk segera melakukan siasatan secara telus dan bebas terhadap semua kes penggunaan kekuatan oleh pasukannya yang menyebabkan kematian atau cedera, dan meminta pertanggungjawaban mereka yang bertanggung jawab atas kejahatan tersebut.
“Menurut undang-undang antarabangsa, penggunaan kekuatan mematikan hanya diizinkan sebagai usaha terakhir, sebagai tindak balas atas ancaman terhadap nyawa atau cedera serius,” tegas Pejabat Hak Asasi Manusia PBB dalam pernyataan yang dikeluarkan hari Rabu (2/12/2020).
Pernyataan tersebut menambah, lemparan batu kesannya tidak menimbulkan ancaman, selain itu penggunaan kekerasan perlu dilakukan dengan cara yang seminima mungkin menimbulkan kerugian.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB menjelaskan bahawa tembakan di kepala atau bahagian atas tubuh tidak memenuhi persyaratan ini. Kanak-kanak diberikan perlindungan khusus di bawah undang-undang antarabangsa dan perlu dilindungi dari kekerasan setiap masa. Mereka tidak boleh terkena risiko kekerasan atau didorong untuk terlibat di dalamnya.
Pernyataan tersebut menyatakan bahawa pasukan penjajah Israel menyebabkan kecederaan parah sekurang-kurangnya empat kanak-kanak dengan peluru tajam dan peluru logam berlapis dalam insiden berasingan di Tebing Barat dalam tempoh dua minggu terakhir.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Isnin, 07-12-2020 – Seorang kanak-kanak Palestin, yang diserang secara fizikal oleh tentera Israel beberapa hari yang lalu, menjalani pembedahan di Hospital Hadassah, Baitulmaqdis.
Doktor terpaksa menanam platinum di rahang bawah Mohamed Mukbel yang berusia 16 tahun setelah dia mengalami patah tulang pada 29 November ketika tentera Israel menyerang dan menahannya ketika dia pergi ke sekolahnya di kem pelarian al-Arroub (al-Khalil utara) .
Bapa kanak-kanak itu mengatakan mahkamah Israel memanjangkan penahanan anaknya yang cedera hingga hari Ahad depan, sambil menambah bahawa anaknya masih di hospital dengan pergelangan kakinya digari ke tempat tidur.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Dr Nurul
Isnin, 07-12-2020 – Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB menyeru siasatan telus terhadap penggunaan senjat ke atas kanak-kanak Palestin di Tebing Barat.
Pejabat itu berkata, tentera rejim mencederakan sekurang-kurangnya empat kanak-kanak dengan peluru hidup dan peluru getah dalam kejadian berbeza di Tebing Barat dalam tempoh dua minggu lepas.
“Semua kecederaan berlaku akibat penggunaan senjata dalam keadaan di mana kanak-kanak tersebut tidak memberi ancaman nyawa atau kecederaan ke atas tentera atau orang lain.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 07-12-2020 – Berpuluh-puluh peneroka haram Yahudi telah mencemari Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki pada pagi Khamis lalu.
Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 103 peneroka haram yang dikawal oleh pasukan polis memasuki Masjid melalui Pintu al-Maghariba secara berkumpulan dan mengelilingi halamannya.
Semasa lawatan tersebut, beberapa kumpulan peneroka haram dilaporkan melakukan upacara keagamaan Yahudi yang provokatif.
Pegawai polis juga memaksa para jemaah Islam meninggalkan kawasan timur Masjid dan ruang solat Bab al-Rahma semasa lawatan peneroka tersebut.
Setiap hari Masjid Al-Aqsa terdedah kepada pencemaran oleh peneroka haram Yahudi dan pasukan polis pada waktu pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.
Polis Israel menutup Pintu al-Maghariba, yang digunakan oleh orang Yahudi untuk memasuki Masjid, pada pukul 10:30 pagi setelah para peneroka haram menyelesaikan lawatan pagi mereka di tempat suci itu. Pada sebelah petang, pintu yang sama dibuka semula untuk lawatan petang oleh peneroka haram.
Semasa kehadiran peneroka di perkarangan Masjid, sekatan masuk dikenakan ke atas jemaah Muslim di pintu masuk yang menuju ke Masjid dan kad pengenalan mereka dirampas sehingga mereka meninggalkan tempat suci berkenaan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Isnin, 07-12-2020 – Rejim Zionis Israel pada hari Rabu telah merampas jentolak dari warga Palestin ketika beliau menggunakan jentera tersebut di atas tanah milik beliau di barat daya Yatta di Tebing Barat.
Wakil pihak berkuasa tempatan, Rateb Al-Jabour melaporkan bahawa rejim Zionis merampas jentera kepunyaan Ahmed Abu Turk ketika menggunakan untuk mengusahaan tanah beliau di mukim Birin, dimana terdapatnya peneroka haram kawasan Pnei Hever. Pada bulan lepas , rejim zionis telah merampas jengkaut dari Abu Turk.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad