Categories
Berita Semasa

Khudari: Situasi bencana di Gaza ke tahap mengerikan.

Isnin, 29-06-2015 – Ahli Parlimen Jamal Al Khudari, merangkap Ketua Jawatankuasa Popular Menentang Pengepungan Gaza pada Rabu berkata bahawa kadar kemiskinan dan pengangguran di Gaza telah meningkat melebihi paras 50 peratus sejak pengepungan Israel yang kini memasuki tahun ke 8.

Tambah Al Khudari lagi, terdapat lebih 1 juta penduduk Semenanjung Gaza yang bergantung pada bantuan luar bagi meneruskan kehidupan dan pendapatan per kapita mereka tidak lebih dari 2 dollar sehari. Tegas beliau lagi, situasi bencana kemanusiaan di Gaza telah sampai ke tahap yang sangat mengerikan dan ia telah memberi kesan ke atas semua aspek kehidupan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin menolak pembebasan bersyarat

Isnin, 29-06-2015 – Seorang tahanan Palestin di penjara Israel dari al-Khalil menolak tawaran Israel dari Shin Bet untuk membebaskannya dengan mengusirnya keluar dari wilayah Palestin. Mohammad Etbaish memberitahu Akhbar Quds bahawa Shin Bet menawarkan perjanjian kepada saudaranya Ayman Etbaish untuk menamatkan penahanan dengan syarat keluar dari Palestin, tetapi beliau menolak.

Mohammad mendedahkan yang pegawai Shin Bet memanggil saudaranya Ayman yang telah ditahan selama 2 tahun di penjara Ofer dan menawarkan perjanjian untuk membebaskannya yang ditolak oleh Ayman.

Rejim Israel sengaja melanjutkan penahanan Ayman selama 3 bulan tanpa bicara. Perlanjutan dibuat setelah Ayman melancarkan mogok lapar selama 122 hari sebagai protes penahanannya yang tidak sah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Gempur Tanah Pertanian di Sempadan Utara Gaza.

Jumaat, 26-06-2015 – Pesawat tempur Zionis pada Rabu (24/6) pagi lalu telah melancarkan serangan atas tanah pertanian di Jalan Qurman di daerah Beit Hanun, Wilayah utara sempadan Gaza.

Sumber-sumber media Palestin memberitahu, paling kurang sebuah peluru berpandu telah dilepaskan oleh pesawat Zionis ke tanah pertanian, namun tidak ada jiwa yang terkorban.

Media-media Zionis membidas bahawa serangan tersebut adalah untuk menyasarkan landasan peluru berpandu yang dijadikan tapak pelancaran roket Palestin ke arah dataran Ashkelon pada Selasa malam.

Mereka sebelum ini menggembar-gemburkan bahawa ada sebuah roket jatuh di dataran Ashkelon, di dalam wilayah terjajah Palestin tahun 1948 pada malam hari Selasa (23/6).

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel melanjutkan tempoh penahanan 53 tahanan Palestin

Jumaat, 26-06-2015 – Persatuan Tahanan Palestin mendedahkan pada Selasa bahawa 5 mahkamah Israel melanjutkan penahanan 53 tahanan Palestin di atas alasan pelanjutan proses siasatan dan perundangan.

Persatuan itu turut mendedahkan yang mahkamah Israel Petah Tikva melanjutkan penahanan 21 tahanan manakala mahkamah al-Jalama melanjutkan penahanan 12 orang lagi. Mahkamah Israel Salem juga melanjutkan penahanan 9 orang tahanan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Freedom Flotilla III merancang belayar ke Gaza dalam masa terdekat.

Jumaat, 26-06-2015 – Kapal yang membawa peserta konvoi Freedom Flotilla III akan memasuki perairan Gaza bagi misi bantuan kemanusian walau pun menghadapi halangan dan ancaman dari pihak Israel, demikian kata Dr. Issam Youssef ketua konvoi Miles of Smiles.

Menurut Dr. Youssef lagi, para aktivis telah menyatakan komitmen mereka untuk memasuki Semenanjung Gaza dengan mengambil apa sahaja usaha dan pendekatan bagi mengatasi sekatan dan ancaman tersebut.

Pada masa sama, bekas presiden Tunisia Dr. Mohamed al-Moncef al-Marzouki dan beberapa kumpulan aktivis dari Arab dan Eropah dilaporkan telah tiba di Greece bagi menyertai konvoi itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Arahan Israel untuk musnahkan rumah-rumah di Yatta and Negev

Jumaat, 26-06-2015 – Pihak Berkuasa Penjajahan Israel (IOA) telah mengeluarkan satu perintah merobohkan rumah-rumah rakyat Palestin di bandar Yatta, kawasan selatan al-Khalil dan rantau Negev atas alasan pembinaan tidak berlesen.

Penyelaras jawatankuasa kebangsaan, Rateb al-Jabour, memberitahu Quds Press pada Isnin lalu bahawa IOA memaklumkan kepada Bilal al-Shamesti yang tinggal bersama keluarganya di al-Karmal berdekatan bandar Yatta mengenai rancangan IOA untuk meruntuhkan rumahnya.

Tambah Jabour lagi, rumah tersebut telah dibina beberapa tahun yang lalu, tetapi IOA menyasarkan untuk mengusir rakyat Palestin untuk meluaskan lagi penempatan-penempatan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Khader Adnan: 45 Hari Mogok Lapar

Rabu, 24-06-2015 – Keluarga seorang tahanan berusia 37 tahun Khader Adnan, yang sedang mogok lapar selama 45 hari berturut-turut, baru-baru ini menyatakan bahawa Adnan menolak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan oleh wakil Pegawai Perubatan untuk Hak Asasi Manusia (PHR), kerana pentadbiran mengarahkan tangan dan kaki Adnan dirantai pada katil selama 24 jam ketika pemeriksaan.

Menurut Rangkaian Berita Palestin (PNN), kenyataan daripada keluarganya mengatakan, Khader enggan menjalani pemeriksaan sambil dirantai kerana undang-undang antarabangsa menjamin kebebasan dalam situasi sedemikian.

Mesej dari penolakan Adnan itu adalah: jika Israel menidakkan kuasa persatuan seperti Bulan Sabit Merah dan PHR, setiap delegasi hanya akan menjadi boneka kepada Perkhidmatan Penjara Israel (IPS).

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Adnan: ” Semakin kuat Rejim Israel menyeksa, semakin kuat pendirian saya.”

Rabu, 24-06-2015 – Tahanan Palestin di penjara Israel, Khader Adnan yang meneruskan mogok laparnya untuk hari ke 42 kerana membantah penahanan pentadbiran atau tanpa bicara yang dilakukan oleh Rejim Israel telah berkata, ” Lebih kuat (Israel) menyeksa, maka semakin bertambah kuat keyakinan dan keazaman beliau.”

Demikian ulasan Adnan 37, kepada Jawad Bulous, ketua peguam bagi tahanan rakyat Palestin yang melawat beliau di Pusat Perubatan Assaf Harofeh, Israel. Menurut Agensi Berita Ma’an, Bulous dipetik sebagai berkata bahawa terdapat ‘Symptom-symptom baru dan merbahaya’ yang menunjukkan keadaan kesihatan Adnan semakin merosot. Beliau menderita dijangkiti penyakit di seluruh badan dengan tanda bintik-bintik biru di bahu dan beliau juga menghadapi masalah pertuturan yang semakin tidak jelas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Israel Anjur Marathon Yahudinisasi di Al-Quds

Rabu, 24-06-2015 – Pihak Penguasa Bandar di Al-Quds, Khamis (18/6) menganjurkan acara Marathon di Al-Quds yang melalui sejumlah kawasan bersejarah, di sepanjang pagar Al-Quds dari arah Barat, beberapa jalan ditutup oleh pihak polis.

Marathon berlangsung jam 7 pagi di sepanjang antara 5 dan 10 km berakhir di terminal bas lama, Al-Quds Selatan. Penutupan beberapa jalan telah dimulai sejak petang semalam, antara lain gerbang kawasan revolusi di Silwan, dari arah Barat hanya dibolehkan untuk jalan keluar, pukul 7-8 petang ini.

Tujuan acara Marathon kali ini adalah untuk mengukuhkan pendudukan Israel di Al-Quds dan menceritakan kisah Talmud di sana, mengintensifkan pendudukan Yahudi dengan sokongan daripada Datuk Bandar Al-Quds, Neir Barakat.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Filem Sumoud : Perjuangan untuk Al Araqib

Rabu, 24-06-2015 – Dihasilkan oleh Alternative Information Center (AIC), “Sumoud: The Struggle for Al Araqib” adalah sebuah kisah yang meneceritakan perjuangan berterusan bagi mereka yang berjuang demi sebuah pengiktirafan, hak sama rata dan hak untuk hidup bermaruah. Musim Luruh 2011. Diarahkan oleh Jillian Kestler D’Amours.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Nasib pelarian Palestin di Lubnan bagaimana ?

Rabu, 24-06-2015 – Pusat Informasi Palestin : Pengawal HAM Euro-Mediteranian menegaskan pentingnya memberikan hak-hak bagi pelarian Palestin di Lubnan, di sebalik larangan menerima pelarian sejak Perjanjian Thaif 1989.

Dalam laporan terbarunya, bertajuk “Gelora Pelarian”, pengawal HAM menyeru kepada masyarakat antarabangsa untuk memberikan dokongan kepada pemerintah Lubnan, agar mampu memberikan hak-hak asas pelarian palestin, termasuk kehidupan aman, sehinggalah mereka kembali ke pangkuan tanah air Palestin.

Lubnan, negara terbesar yang menampung pelarian, sekitar 257 pelarian dari jumlah keseluruhan 1000 warganegara, disusul pula Jordan, sekitar 114 pelarian dalam 1000 warganegara, seperti yang dilaporkan PBB. Sebanyak 25 ribu pelarian Palestin di Lubnan telah menghuni di sana sejak 5 tahun lepas.

sumber : COMES
penterjemah : Asyraf Bakti

Categories
Berita Semasa

‘Freedom Flotilia’ Ketiga akan berlepas ke Gaza Tidak Lama Lagi

Jumaat, 19-06-2015 – Penganjur ‘Freedom Fortilia’ ketiga berkata,konvoi kapal mereka ke Tebing Gaza akan berlepas daripada bandar utama Greek dalam beberapa hari sahaja lagi walaupun Israel mengugut akan menyerang mereka.

Ia dipetik dalam akhbar yang menerusi ucapan Mazen Kaheel, ketua kempen Eropah bagi membebaskan penaklukan ke atas Gaza, berikutan mesyuarat yang berlangsung baru-baru ini yang dianjurkan oleh ‘Freedom Flotilla Coalition’ di ibu negara Greek, Athens.

Kaheel berkata, semasa mesyuarat berlangsung, semua ahli gabungan ditekankan dengan kepentingan gerakan kemanusiaan terhadap rakyat Gaza yang ditakluk dan hidup dalam ancaman kematian secara perlahan-lahan akibat daripada sekatan ketat berpanjangan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda sulaiman

Categories
Berita Semasa

Kenaikan pangkat kerana menyerang anak Palestin ?

Jumaat, 19-06-2015 – Rejim Zionis pada hari Selasa (16/6) memberikan kenaikan pangkat pada seorang tentera Zionis yang menyerang anak-anak Palestin di Jalan syuhada, Hebron.

Perhimpunan Pemuda Anti Penempatan di Hebron mengatakan bahawa penjajah Zionis telah memberi kenaikan pangkat pada tentera yang bernama David Nahlawi kerana telah menyerang anak-anak Palestin tersebut. Langkah rejim Zionis ini merupakan lanjutan kepada tindakan rasis mereka yang terus dilakukan kepada warga Palestin. Mereka juga terus menekan penduduk setempat Yahudi dan tentera Zionis untuk melakukan penindasan kepada hak warga Palestin.

Pada April 2014 yang lepas, tentera Zionis David Nahlawi telah mengangkat senjata dan menyerang anak-anak tersebut dari pulang ke rumah mereka. Sementara itu penduduk setempat Yahudi di situ menyerang para wartawan dan para pemuda yang berada di tempat kejadian.

sumber : COMES
penterjemah : Asyraf Arshad

Categories
Berita Semasa

Masjid di bandar Rakhma diroboh rejim Zionis.

Jumaat, 19-06-2015 – Pihak Penjajah Israel (IOA) telah mengeluarkan arahan untuk merobohkan satu-satunya masjid milik penduduk Islam di bandar Rakhma, yang terletak di kawasan padang pasir Negev, wilayah selatan yang dikuasai oleh penjajah Israel sejak 1948

Menurut penduduk tempatan, tentera Israel telah melalui perkampungan mereka dan mengancam untuk merobohkan masjid tersebut. Sementara itu, seorang penduduk keturunan Arab, MK Talab Abu Arar dalam satu kenyataan akhbar pada hari selasa menyatakan, rancangan untuk merobohkan masjid itu dilihat sebagi satu tindakan yang jelas melanggar hak dan kebebasan umat Islam untuk beribadah dan menjalani kehidupan dengan bermaruah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Kempen Serbuan dan Penahanan Berskala Besar di Jenin

Jumaat, 19-06-2015 -Tentera Israel (IOF) melancarkan kempen serbuan dan penahanan berskala besar pada subuh hari Selasa di kem pelarian Jenin di utara Tebing Barat yang dijajah.

Empat rakyat Palestin ditahan sewaktu serbuan tersebut, kata sumber tempatan. Lebih daripada 20 kenderaan tentera memecah masuk ke dalam kem melalui pelbagai pintu masuk, di mana tentera Israel dikerah di dalam bilangan yang ramai di seluruh perkampungan tersebut, sumber tempatan menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan