Categories
Berita Semasa

Khudari menuntut tekanan antarabangsa untuk pengepungan akhir

Isnin, 16-12-2013 – MP Jamal Al-Khudari, ketua jawatankuasa popular terhadap pengepungan, menyifatkan langkah Israel membenarkan kuantiti yang terhad terhadap bahan-bahan pembinaan untuk projek-projek antarabangsa di Gaza sebagai “tidak cukup”.

Ahli Parlimen bebas, dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa minggu ini bahawa pihak berkuasa Regim Zionis (IOA) membenarkan kemasukan simen, besi, dan batu sebanyak sepuluh projek UNRWA manakala bilangan projek-projek antarabangsa yang digantung kerana pengharaman oleh IOA terhadap kemasukan bahan-bahan sejak 50 hari lepas telah mencapai 30 projek. Katanya, kuantiti yang dibenarkan tidak akan menyelesaikan masalah, menunjukkan bahawa beratus-ratus projek-projek lain untuk sektor swasta juga telah ditahan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel (IOA) menutup stesen radio tempatan di al-Khalil

Isnin, 16-12-2013 – Rejim Zionis mengambil keputusan menutup sebuah stesen radio tempatan di al-Khalil dengan alasan kesibukan frekuensi isyarat radio di atas kapal terbang di lapangan terbang Ben-Gurion. Pengarah Stesen Radio Impian mengesahkan bahawa pejabat perhubungan Palestin memaklumkan stesen tempatan itu tentang keputusan Israel untuk menyerbu dan menutup pejabatnya dengan alasan siaran radio itu menjejaskan komunikasi pesawat di lapangan terbang Ben-Gurion di Tel Aviv.

Staf stesen radio itu mengambil langkah meninggalkan pejabat mereka untuk mengelak daripada ditahan dan peralatan dirampas sehingga masalah itu dapat diselesaikan oleh pejabat perhubungan Israel-Palestin.

Beliau menekankan bahawa Stesen Radio Impian telah bersiaran di al-Khalil selama sepuluh tahun setelah mendapat kebenaran pihak berkuasa Palestin. Perjanjian Oslo telah menyekat siaran stesen radio Palestin atas alasan ‘keselamatan Israel’.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Kegagalan menghentikan perang di Saada dan jawatankuasa pengantaraan mengundur diri.

Khamis, 12-12-2013 – Satu sumber di Jawatankuasa Pengantaraan Pilihanraya Presiden dan Parlimen di Dammaj,mengumumkan bahawa Jawatankuasa ini memutuskan untuk kembali ke Sana’a dan berundur dari kawasan yang terlibat di Dammaj selepas gagal dalam semua usaha untuk menghentikan peperangan di sana.

Dijangkakan bahawa Jawantankuasa ini menyerahkan laporannya kepada Presiden Abdu Rabbah Mansor Hadi untuk memutuskan keputusan tentang perkara tersebut.

Tujuh orang telah terbunuh dan beberapa yang lain tercedera dalam pengeboman kumpulan Houthi di Dammaj dan Kitaf daerah Saada utara Yaman yang menyaksikan pertempuran baru di antara kumpulan dan puak militan walaupun tamat gencatan senjata di bawah kerajaan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadirah

Categories
Berita Semasa

Palestin Menang Dalam Pertandingan Inovasi Saintifik Antarabangsa

Khamis, 12-12-2013 – Mahasiswa Universiti Al-Najah berjaya meraih tempat pertama dalam Pertandingan Inovasi Saintifik Antarabangsa di Arab Innovation Network (AIN) yang berlangsung Selama dua hari, 6-7 Disember 2013 di JW Marriot Laut Mati, Jordan

Sumber yang berjaya disiarkan oleh pusat informasi Palestina mengatakan, kemenangan ini diperoleh berkat aripada penglibatan semua ahli kumpulan di Fakulti Kejuruteraan Mekatronik iaitu Hashim Shamasneh, Jabber Hassoun, Hassan Merhi, Shofa Shalawadah di bawah bimbingan Dr. Falah Hassan. Sementara itu, kategori projek yang dimenangi adalah Pipe And Cable Locator Robot. Iaitu kaedah menentukan paip yang ditanam atau saluran yang berada jauh di bawah tanah.

Sebelumnya, tentera Israel sempat melarang salah seorang anggota pasukan mahasiswa Palestin, Hasyim Syamasanah (22 tahun) daripada menyertai pasukan itu, dengan alasan beliau dikenakan sekatan oleh pihak keselamatan Israel daripada keluar ke luar negara. Beliau kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa Jordan.Pihak yang ikut bersaing dalam pertandingan tersebut terdiri daripada tidak kurang dari 1000 projek ilmiah dan disertai oleh pelbagai universiti dari 17 negara Arab.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis menembak petani Palestin di selatan Gaza

Khamis, 12-12-2013 – Pasukan pendudukan Israel (IOF) menembak seorang petani Palestin di timur daerah Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, pada tengah hari Ahad lalu.

Wartawan PIC berkata bahawa askar di menara pengawal tentera ke timur bandar Khuza’a di timur bandar Khan Younis
melepaskan tembakan rambang ke arah petani tersebut semasa beliau sedang bekerja di situ. Tembakan tersebut memaksa petani untuk meninggalkan bendang mereka untuk mengelak daripada ditembak.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Hospital penjara Ramla enggan terima tahanan pesakit kanser

Khamis, 12-12-2013 – Pentadbiran Israel di hospital penjara Ramla enggan menerima tahanan Palestin, Yousri Al-Masri yang mengalami penyakit kanser tanpa memberi sebarang alasan.

Pengarah pusat Ahrar Fouad Al-Khafsh berkata Masri yang mengalami limfoma telah dipindahkan dua minggu lalu dari penjara Eishel ke hospital penjara Ramla tetapi pentadbiran hospital mengembalikannya semual tanpa menyatakan alasan bagi penolakan itu.

Selepas itu, pihak penjara Ramla membawa Masri kepada sel pemindahan Ramla dan dia dikurung di dalamnya selama 10 hari berturut-turut, kata Khafsh.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Puluhan penduduk Palestin di antaranya Hakhamat merempuh Masjid al-Aqsa

Isnin, 09-12-2013  – Berlaku ketegangan situasi yang melampau di Masjid al-Aqsa berikutan berpuluh-puluh penduduk Palestin merempuh masjid itu pada pagi selasa (3-12). Yayasan Perhentian dan Warisan Aqsa dalam keterangannya berkata, setakat ini 133 penduduk Palestin termasuklah
hakhamat dikawal ketat oleh tentera Israel, mereka merempuh pagi ini, bermula dengan bantahan terhadap “pencemaran” masjid al-Aqsa.

Yayasan itu menambah bahawa, tentera Israel dan pada waktu yang sama peningkatan kes rempuhan Masjid al-Aqsa oleh penduduk Palestin, kempen pengusiran dan penahanan terhadap hak pelajar-pelajar khususnya anak-anak muda juga berlaku, di mana polis menahan seorang pelajar
di masjid al-aqsa, seorang pekerja serta memanggil seorang pengawal masjid.

Kuasa besar daripada polis Israel dan pengawal sempadan memaksa pelajar-pelajar keluar dari pintu Asbat selepas mereka berkumpul di pintu Hutta. Pelajar, Abdullah Abu Bakar diperintahkan agar dijauhkan dari Masjid al-Aqsa selama 6 bulan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

UNRWA bercadang memotong bantuan 60 ribu keluarga pelarian di Gaza

Isnin, 09-12-2013 – Sumber persendirian memberitahu Jabatan Hal Ehwal Pelarian Hamas bahawa Agensi Kerja Bantuan PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di Gaza merancang untuk mengurangkan bantuan makanan untuk lebih 60 ribu keluarga pelarian di Semenanjung Gaza pada awal tahun depan.

Menurut sumber, pengurangan bantuan UNRWA disebabkan oleh defisit belanjawan dan menganggap keluarga tersebut telah melebihi paras kemiskinan. UNRWA telah mengecualikan bantuan makanan terhadap 11 ribu keluarga pelarian Gaza atas alasan yang sama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Laporan hak asasi manusia: 26 warga Palestin kurang upaya ditahan di penjara Israel

Isnin, 09-12-2013 – Pusat Hak Asasi Manusia Palestin menyifatkan penahanan berterusan ke atas warga Palestin kurang upaya sebagai bertentangan dengan kebiasaan asas yang melarang menyerang golongan kurang upaya.

Pusat Kajian Tahanan Palestin dalam satu laporannya menyebut, sempena Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa yang jatuh pada 3 Disember, rejim Israel menahan sejumlan 26 orang warga Palestin kurang upaya dari segi fizikal dan psikologi dan tidak mememberikan sebarang rawatan kepada mereka yang boleh mengakibatkan kematian secara perlahan.

Pusat itu juga menyatakan bahawa ramai tahanan mengalami kekurangan upaya kekal akibat penderaan kejam di tahanan Israel. Ia menyebut contoh tahanan Louay Al Ashqar, berusia 35 tahun dari Tulkarem, yang menjadi lumpuh kaki kiri setelah diseksa ketika soal siasat di pusat Jalama. Beliau telah dibebaskan dan ditahan semula sebanyak 3 kali meski kurang upaya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Potong Bekalan Elektrik Perkampungan Jiftlik di Lembah Jordan

Khamis, 21-11-2013 – Pihak Berkuasa Israel (IOA) telah memotong bekalan elektrik di perkampungan miskin Palestin, Al-Jiftlik dekat di Lembah Jordan atas alasan penduduknya gagal melangsaikan bil elektrik.

Sumber tempatan berkata, syarikat Israel yang membekalkan bekalan elektrik mendakwa penduduk gagal melangsaikan bil tertunggak yang berjumlah $200,000. Sumber tersebut memberitahu Pusat Informasi Palestin (PIC) bahawa IOA menafikan bahawa perkampungan tersebut di bawah perkhidmatan awam dengan alasan kedudukannya yang terletak di dalam kawasan ketenteraan, yang menghalang penduduknya daripada mencari wang untuk menampung perbelanjaan dan membina rumah, serta mengawal penggunaan tanah mereka sendiri dan sumber air.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Panglima Tentera Zionis: Terowong Ancaman Terbesar Sebelum Roket Hamas

Khamis, 21-11-2013 –Panglima Tentera Zionis, Mickey Edelstein, melihat keadaan tenang di sempadan Semenanjung Gaza adalah “tipu daya”. Beliau mengingatkan bahawa penemuan terowong al Ain ketiga membuktikan apa yang menyibukkan ‘Israel’ terhadap Hamas hari-hari ini.

Edelstein menuduh bahawa ketua tentera bahagian selatan Brigade al Qasssam iaitu Brigade Rafah, Muhammad Sinwar, bertanggungjawab terhadap terowong terakhir, yang sudah mula berjalan kerja-kerjanya pada tahun 2010. Beliau menilai penemuan terowong ini merupakan pukulan strategik kepada gerakan Hamas yang melaburkan sebahagian besar perbelanjaan dan sumber manusiannya dalam membangun terowong-terowong tersebut.

Beliau menambah, perhatian Hamas terhadap terowong sebanding perhatian militan ‘Israel’ untuk mencarinya dan menganggapnya sebagai fokus utama. Beliau mengingatkan agar semua bahagian keselamatan yang telah diamanahkan untuk memfokuskan usaha untuk mencari terowong-terowong tersebut dan mencari jalan penyelesaian atas masalah ini. Beliau mengakui bahawa Hamas mula melakukan pengembangan sepanjang waktu dan secara signifikan. Terowong terakhir yang ditemui menimbulkan ketakjuban dari semua pihak jika dinilai dari aspek panjangnya, kedalamannya, keluasannya dan kekukuhannya, yang lebih penting lagi adalah keinginan untuk menggali terowong sehebat itu.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Puluhan tentera rejim Israel dan pendatang Yahudi menyerbu Masjid Aqsa

Khamis, 21-11-2013 – Sekumpulann 80 orang tentera rejim Israel menyerbu Masjid Aqsa pada pagi ini dengan berpakaian tentera menerusi Pintu Mughrabi, Yayasan Waqaf dan Warisan mengesahkan.

Yayasan menambah bahawa 9 pendatang Yahudi berpecah kepada 2 kumpulan untuk meyerbu Masjid Aqsa dengan kawalan tentera manakala 60 pelajar Yahudi menyerbu masuk Haram al-Sharif.

Pelajar dan pengunjung Palestin datang beramai-ramai ke masjid sejak awal pagi untuk menghadapi serbuan itu. Yayasan memperbaharui seruannya untuk mempertingkatkan kehadiran Palestin di Masjid Al-Aqsa untuk melindunginya daripada serangan yang semakin meningkat setiap hari.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis memperbaharui penahanan pentadbiran ahli parlimen Palestin

Khamis, 21-11-2013 – Tentera Zionis Israel (IOA) memperbaharui penahanan pentadbiran Ahli Parlimen Palestin, Mahmoud Ramahi, 50 dan Yasser Mansour selama 6 bulan beberapa hari sebelum tarikh pembebasan mereka, menurut sumber hak asasi manusia .

Kesatuan Tahanan Palestin (PPS) Ahad lalu mengesahkan Israel menahan Ramahi pada 27 Oktober 2012 di pusat pemeriksaan Hawara , selatan Nablus manakala Mansour di rumahnya pada 24 November 2012.

Kedua-duanya telah ditahan atas alasan menghasut terhadap Israel semasa pencerobohan di Gaza pada November 2012. IOA memperbaharui penahanan pentadbiran kedua-dua Ahli Parlimen ‘buat kali kedua berturut-turut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Enam pelarian Palestin terbunuh di Syria

Khamis, 21-11-2013 – Enam pelarian Palestin terbunuh di Syria dalam tempoh 24 jam yang lalu dalam serangan di kem-kem mereka, menurut aktivis di kem-kem mereka pada hari Isnin.

Kumpulan tindakan Palestin Syria berkata dalam siaran akhbar bahawa empat orang yang mati syahid, termasuk seorang wanita, jatuh di kem pelarian Dera yang berada di bawah serangan berat. Seorang lelaki muda terbunuh dalam kem pelarian Yarmouk, selatan Damsyik. Menurut kumpulan itu lagi lelaki muda itu telah ditembak mati oleh penembak curi ketika berjalan berhampiran sebuah sekolah menengah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

UFree Tuntut Campurtangan Antarabangsa Selamatkan Pesakit Di Penjara Israel

Khamis, 21-11-2013 – Rangkaian Eropah untuk hak asasi manusia – UFree melahirkan kebimbangan yang mendalam ke atas kehidupan pesakit Palestin di penjara Israel dan mereka terdedah kepada pengabaian keperluan perubatan, mengkritik ketiadaan peranan media dalam mengetengahkan isu mereka.

Menurut UFree , terdapat 1,700 pesakit ditahan daripada 4,600 tahanan Palestin di penjara Israel , 75 daripada mereka mengalami kanser, masalah jantung , hilang upaya dan penyakit buah pinggang kronik, di samping masalah-masalah psikologi kerana keadaan penjara yang kurang memuaskan dan pengabaian perubatan yang sengaja dilakukan oleh penjara Israel.

UFree menekankan keadaan kesihatan tahanan Naim Shawamra dan Motasem Raddad yang merosot, dimana Naim mengalami distrofi otot yang menyebabkan ketidakupayaan untuk berjalan atau bercakap dan Motasem mengalami kanser kolon dan kesihatan beliau merosot secara mendadak selepas penyebaran kanser di seluruh badan beliau walaupun menjalani kemoterapi.

UFree merayu kepada Palang Merah untuk segera bekerja untuk memperbaiki keadaan pesakit Palestin di penjara-penjara Israel.

Ia juga menuntut masyarakat antarabangsa untuk semestinya memikul tanggungjawab manusia, undang-undang dan moral dan menekan rejim pendudukan Israel untuk mematuhi komitmen antarabangsa, terutamanya konvensyen keempat Geneva

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen