Rabu, 13-01-2021 – Ismail Haneyya, pemimpin Hamas bertemu dengan Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani pada Ahad di pejabatnya di Emiri Diwan, Doha.
Pada awal pertemuan, Haneyya mengucapkan tahniah atas perdamaian Teluk dan keputusan positif di kemuncak Majlis Kerjasama Teluk pada sesi ke 41nya.
Ketika pertemuan, perkembangan di Palestin dibincangkan. Haneyya memaklumkan perkembangan terbaru di Palestin, terutamanya tentang usaha mengukuhkan kesatuan kebangsaan Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 12-01-2021 – Pasukan penjajah Israel, Khamis (7/1) menangkap seorang pemuda Palestin setelah menembaknya di gerbang kota Jericho.
Menurut saksi di lokasi, pasukan Israel yang berkumpul di gerbang Jericho Utara, melancarkan tembakan ke salah seorang pemuda sehingga cedera sebelum kemudian menangkapnya.
Disebutkan bahawa pasukan Israel secara intensif berkumpul di lokasi dan menembak para pemuda Palestin, bertepatan dengan penutupan gerbang utara kota dan memeriksa identiti para pelawat.
Dalam pada itu, pasukan Israel menolak dan meratakan tanah luas di kawasan kota Baruqin dan Kafr Dik, Salfit barat.
Dato Bandar Kafr Dik, Ibrahim Isa dalam keterangan akhbarnya menyebutkan, bulldozer Israel menolak tanah pertanian yang terletak di kawasan bahagian utara, dekat penempatan Baruchin.
Penjajah Israel berusaha membina jalan baru untuk kepentingan penduduk Yahudi dengan mengorbankan tanah milik penduduk yang disita untuk pembangunan penempatan Yahudi.
Penolakan tanah berlaku kurang dari 24 Jam setelah sebelumnya mereka menebang lebih daripada 1000 pohon zaitun di Der Balut, Salfit barat dalam usaha membangunkan 1400 unit penempatan Yahudi di kawasan tersebut.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Selasa, 12-01-2021 – Sekumpulan pendatang Yahudi pada pagi Khamis mencemarkan dataran Masjid Aqsa dengan kawalan polis walaupun perintah berkurung dilaksanakan di kota suci itu.
Walaupun perintah berkurung dikenakan ke atas Baitulmuqaddis dan penduduknya beberapa hari lalu atas alasan mencegah penyebaran coronavirus, polis rejim masih membenarkan pendatang Yahudi memasuki masjid dan datarannya.
Dalam satu insiden lain, sekumpulan pendatang Yahudi diiringi tentera pada Khamis menceroboh Masjid Nabi Musa dan Kawasan suci di antara Jericho dan Baitulmuqaddis.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 12-01-2021 – Rejim Zionis Israel memaksa keluarga Jerusalam untuk merobohkan sebahagian dari rumah mereka di daerah Ras al-Amud, bandar Silwan atas alasan membina bangunan tanpa permit.
Sumber tempatan melaporkan rejim Zionis Israel memaksa penduduk Jerusalem, Hatem al-Salaymeh untuk merobohkan sebahagian dari rumah dimana telah didiami sejak 20 tahun bersama isteri dan tiga orang anak.
Rejim Zionis Israel mengugut Hatem, mereka akan memusnahkan keseluruhan rumah beliau sekiranya beliau enggan meruntuhkan sebahagian dari rumahnya. Hatem telah membayar ufti tahunan sebanyak 70,000 shekels untuk bahagian rumah ini sepanjang 20 tahun.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Sabtu, 09-01-2021 – Sheikh Muhammad Hussein, Mufti Besar Jerusalem dan Palestin dan juga pengajar Masjid Al-Aqsa, mengecam keras usaha pencerobohan Zionis dalam mengubah hak Islam ke atas tanah suci di Masjid Al-Aqsa.
Dalam kenyataan pada hari Selasa, Sheikh Hussein menyatakan penentangan beliau ke atas pengubahan hak agama, sejarah dan perundangan di Masjid Al-Aqsa, merangkumi hak orang rang Islam“ Masjid Al-Aqsa adalah salah satu masjid dua kiblat dan tempat suci Islam yang ketiga. Masjid, dengan segala bangunan, kawasan terbuka di atas dan di bawahnya adalah hak mutlak orang Islam “ kata beliau.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Sabtu, 09-01-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) pada petang Selasa menembak seorang pemuda Palestin secara kejam atas alasan beliau cuba melakukan serangan tikaman di selatan Bethlehem.
Menurut media Hebrew, pemuda tersebut ditembak mati oleh tentera di pos pemeriksaan dekat penempatan Gush Etzion di selatan Bethlehem.
IOF mendakwa pembunuhan itu adalah berasas atas dakwaan pemuda tersebut sedang memegang kapak dan tidak mempedulikan jeritan daripada tentera agar berhenti.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 06-01-2021 – Sekumpulan pendatang haram Yahudi mula menceroboh masuk pekarangan masjid suci Aqsa pagi Ahad dengan kawalan anggota polis rejim Israel biarpun pihak berkuasa Baitulmaqdis telah menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan sepenuhnya.
Sumber dari penduduk tempatan melaporkan bahawa kumpulan pendatang Yahudi itu memasuki halaman masjid melalui pintu Maghareba, berkeliaran di sekitar masjid dan keluar menerusi pintu Al-Silsila.
Sumber memberitahu lagi, anggota polis rejim berada berdekatan pintu Maghareba ketika kejadian. Pendatang Yahudi turut membuat provokasi sambil berjalan di pekarangan masjid sebelum keluar.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Rabu, 06-01-2021 – Suruhanjaya Urusan Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin baru-baru ini telah menuduh perkhidmatan penjara Israel (IPS) terus-menerus mengabaikan tahanan Palestin, Jamal Amr, dari kota al-Khalil, yang menderita pelbagai masalah kesihatan.
Menurut Suruhanjaya tersebut, Amr, 48, menderita masalah kesihatan yang serius di hati, ginjal dan usus.
Amr memberhentikan mogok laparnya baru-baru ini setelah menerima janji Israel untuk memberikannya rawatan yang sewajarnya, tetapi IPS masih mengabaikan keadaan kesihatannya dan keperluannya untuk menjalani pemeriksaan perubatan.
Banduan berkenaan berada di penjara Israel sejak 2004 untuk menjalani hukuman penjara seumur hidup.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Rabu, 06-01-2021 – Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa mengeluarkan fatwa wajib boikot secara total terhadap penjajah Israel termasuk memboikot ekonomi dan menarik semua pelaburan dari wilayah yang dijajah Israel. Hal tersebut disampaikan oleh Kesatuan Ulama Islam Sabtu lepas, 2/1 bahawa fatwa berkait dengan produk dan komoditinya kerana telah menguasai dan menjajah wilayah negara-negara Arab, menjajah dan menguasai wilayah Palestin, Golan di Syria dan masih menjajah masjid Al-Aqsha.
Pihah Kesatuan Ulama menjelaskan bahawa Israel yang melakukan kekerasan di wilayah Palestin perlu dicegah dan diusir. Israel perlu dilawan dengan pelbagai macam cara yang legal yang menjadi kewajiban syariat dan masalah darurat secara kemanusiaan.
Melawan tindakan permusuhan Israel dengan pelbagai macam cara sah ini diakui secara nurani manusia, ditegaskan undang-undang antarabangsa, resolusi PBB serta perjanjian-perjanjian antabangsa.
Sebahaagian penegasan undang-undang tersebut diantaranya adalah pasal 42 dari perjanjian Den Haag tahun 1907 yang menyatakan bahwasanya yang menilai tanah negara dinyatakan dijajah ketika Otoriti dikuasai oleh penjajah.
Undang-undang juga menegaskan bahawa penjajahan adalah keadaan sementara tidak boleh baginya menyita aset-aset peribadi warga atau dirobohkan penempatan mereka.
Kesatuan Ulama menegaskan bahawa terdapat puluhan resolusi PBB yang menegaskan hak melawan dan menghalang musuh (kekuatan penjajah) dan membebaskan wilayah yang terjajah.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Rabu, 06-01-2021 – Pasukan Israel yang berpengkalan di pos kawalan mereka di Timur dan Utara Tebing Gaza telah melepaskan tembakan sengit mensasarkan wilayah pertanian milik rakyat Palestine di Khan Yunis, timur Sejaiyah dan timur Kota Gaza serta timur Jabalia dan Bet Hanun selama beberapa jam semalam dan pagi ini. Kepulan asap pekat akibat tembakan kelihatan di wilayah- wilayah berkenaan.
Walaubagaimana pun tiada kecederaan yang di laporkan. Pejabat berita Palestine, Safa menyatakan pasukan Israel dan kenderaan tentera mereka telah melepaskan tembakan secara bertalu-talu mengakibatkan asap pekat di kawasan terbabit.
Petani-petani Palestine telah tidak turun ke ladang pertanian mereka kerana khuatir terkena tembakan rambang pasukan Israel di sebalik kepulan asap tembakan. Di beritakan tembakan juga datang dari kereta kebal Israel.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Isnin, 04-01-2021 – Sekumpulan pendatang Yahudi pada Selasa merampas tanah Palestin dan mula memagarinya di utara Lembah Jordan.
Pegawai tempatan Aref Daraghmeh berkata, para pendatang pada awal pagi mula memagari sekeliling kawasan padang rumput di timur Khilat Mak’houl utara Lembah Jordan.
Pada tahun ini, para pendatang Yahudi yang tinggal di penempatan haram dan kem di Tebing Barat telah mempertingkatkan kerja pemagaran dan menghalang penduduk tempatan daripada memasuki kawasan tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 04-01-2021 – Sekumpulan peneroka haram yahudi pada hari Rabu lepas telah menyerang seorang warga Palestin di Arab Al-Rashayida di utara Jericho dalam kawasan taklukan Tebing Barat.
Menurut sumber tempatan, beberapa peneroka menyerbu masuk kawasan Arab Al-Rashyida dengan kawalan tentera zionis Israel dan mencederakan seorang warga Palestin bernama Ammar Abu Kharbish.
Peneroka haram dan tentera zionis Israel menyerbu kawasan Arab Al-Rashayida dan kawasan Arab Zayed dan meruntuhkan beberapa rumah dan merosakkan hampir 350 batang pokok zaitun.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Isnin, 04-01-2021 – Ketua gerakan Hamas di luar Negara, Dr Maher Sholah mengatakan latihan ketenteraan gabungan “Tiang Kukuh” hadir untuk menguatkan kerjasama dan koordinasi antara sayap ketenteraan Palestine di Gaza untuk mendepani penjajah Israel dan membela bangsa Palestine.
Dalam kenyataan media bertarikh Rabu, 30 Dec, Sholah menegaskan bahawa latihan ketenteraan gabungan ini sebagai penegasan kesatuan kebangsaan Palestine, memperlihatkan kekuatan dan komitmen bangsa Palestin bagi menghadapi pengganas zionis, tambah Sholah lagi, latihan ketenteraan ini membawa harapan umat dan bangsa Palestine, akan kemampuan dan kesiapsiagaan pejuang ketenteraan Palestine. Ia turut mendampat sambutan positif dari bangsa Palestine yang berada di luar Negara dan mereka berbangga melihat kesatuan yang di bina.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Khamis, 31-12-2020 – Tentera Rejim Israel (IOF) pada Isnin menyerang nelayan dan petani Palestin di barat dan timur Semenanjung Gaza.
Menurut sumber tempatan, bot bersenjata Israel melepaskan tembakan ke arah para nelayan dan bot mereka Ketika mereka bekerja sekitar tiga batu nautika di perairan al-Sudaniya di utara kota Gaza.
Tentera laut rejim turut melepaskan tembakan air ke arah bot nelayan, memaksa mereka pulang ke pantai.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati