Categories
Berita Semasa

Israel musnahkan kediaman rakyat Palestin di Negev dan Baitulmuqaddis

Isnin , 03-09-2012 – Jentolak Israel memusnahkan tiga kediaman rakyat Palestin pada Rabu di Negev, selatan tanah jajahan-1948 Palestin dan menghantar pemberitahuan untuk pemusnahan di Baitulmuqaddis.

Sumber tempatan memberitahu PIC bahawa jentolak-jentolak yang diiringi oleh tentera menyerbu Rukhmh dan Bir Hadaj di Negev dan memusnahkan 3 kediaman atas alasan tiada permit pembinaan.

Salah satu kediaman itu dimiliki Juma Abu Hderh, 110 tahun salah seorang warga paling tua di kampung itu dan kini telah kehilangan tempat tinggal. Manakala, tentera rejim Israel turut mengeluarkan pemberitahuan pemusnahan ke atas sejumlah penduduk di bandar Silwan dan kejiranan Bustan di Baitulmuqaddis juga atas alasan kononnya pembinaan tidak sah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Abbas Dituntut Minta Maaf kepada Rakyat Palestin

Isnin , 03-09-2012 – Pemerintah Palestin di Gaza meminta ketua pihak otoriti Palestin, Mahmud Abbas untuk meminta maaf kepada rakyat Palestin setelah beliau menyatakan bahawa Israel memiliki hak di tanah Palestin dan tidak boleh diusir.

Sebelumnya, dalam pertemuan beliau dengan para rabi Yahudi di pejabat presiden di Ramallah, Isnin lalu, Abbas menyebutkan bahawa Israel ada hak untuk tinggal tetap di Palestin.

PM Ismail Haniyah, pemerintah Palestin mengecam kenyataan Abbas dan meminta agar beliau meminta maaf kepada rakyat Palestin kerana menyakiti perasaan mereka. Pemerintah Palestin menegaskan bahawa mereka merasa pelik dengan kenyataan tersebut boleh keluar dari warga Palestin apatah lagi dari pemimpin Fatah dan PLO. Ini menggambarkan hancurnya politik elit PLO.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Banduan Palestin mengancam untuk meningkatkan protes

Khamis , 30-08-2012 – Banduan yang telah dibebaskan, Hatem Qafisha, berkata bahawa Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) melanggar perjanjian yang telah mengakhiri “maruah” banduan yang melakukan mogok yang berlangsung selama 28 hari. Ia menunjukkan bahawa semua tahanan mengancam untuk meningkatkan langkah-langkah bantahan mereka.

Qafisha memberitahu Pusat Tahanan Palestin (CPP) pada hari Isnin bahawa banduan telah tertakluk kepada serangan sistematik yang mensasarkan pencapaian mogok lapar, mencatatkan bahawa banyak penjara Israel dan pegawai-pegawai perisikan telah berkata bahawa mereka akan membayar harga yang tinggi jika banduan mencapai kemenangan.

Dia menunjuk ke arah isu penculikan ahli PLC dalam penjara Israel, mengutuk kecuaian PA dalam menangani isu mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel (IOF) menahan pelajar wanita yang telah dibebaskan

Khamis , 30-08-2012 – IOF menahan Asma Al-Batran di kediamannya di Edhna di barat Al-Khalil pada petang Isnin, sumber tempatan memaklumkan.

Ahli parlimen Abu Juhaisha memberitahu PIC bahawa tentera IOF melarikan Asma, yang merupakan tahanan yang telah bebas dari kediamannya setelah menyerbu.

Ahli Parlimen itu berkata, Asma, 23 tahun telah ditahan selama 20 bulan di dalam penjara IOF setelah penangkapannya pada 2008 serta menambah bahawa Asma masih belajar di Universiti Al-Khalil.
Sementara itu, tentera IOF menahan Anas Abu Markhiya dari bandar Al-Khalil pada subuh Isnin, warga tempatan melaporkan. Abu Markhiya telah ditahan selama 5 setengah tahun di penjara Israel dan telah dibebaskan oleh perisikan pihak berkuasa Palestin dua hari sebelum Ramadhan setelah menjalani mogok lapar selama sebulan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Halang Ibu Uzur Lawat Anak yang Ditahan

Khamis , 30-08-2012 – Tentera Zionis telah menghalang tahanan Palestin dari Nablus untuk bertemu ibunya yang uzur serta bapanya yang telah telah mendapat kebenaran khas daripada Pasukan Palang Merah untuk melawatnya.

Raed Amer, Pengarah Persatuan Tahanan Palestin di Nablus menyatakan, tentera Zionis dan unit khas Israel telah menghalang bapa tahanan tersebut, Mohammed al-Chachtari, yang ditahan di penjara Gilboa dan telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, daripada melawat anaknya walaupun telah mendapat kebenaran daripada Pasukan Palang Merah.

Ameer menambah, bahagian pengurusan juga tidak membenarkan ibu Mohammed untuk bertemu dengan anaknya walaupun beliau uzur dan dibawa ke penjara untuk bertemu anaknya dengan menaiki ambulan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Dibebaskan selepas 10 tahun

Khamis , 30-08-2012 – Tokoh Hamas, Syeikh Abdul Khaliq Natasha dibebaskan selepas 10 tahun di penjara Israel. Beliau telah disambut oleh ahli keluarga dan juga beberapa ahli parlimen termasuk Ketua Parlimen Palestin, Dr. Aziz Duwaik. Syeikh Natasha merupaka tokoh HAMAS yang begitu penting dan berperanan besar ketika merangka dokumen kesepakatan nasional Palestin tahun 2006. Beliau telah mengalamai pelbagai bentuk siksaan oleh Zionis-Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair

Categories
Berita Semasa

Ucapan Salam Lebaran ‘Idul Fitri Dari Warga Kerja Palestinkini

 

 

“Eid mubarak! selamat kembali kepada fitrah, semoga semangat ramadhan diteruskan hingga ke akhir hayat insya Allah. sama-sama kita berdoa agar seluruh umat Islam bersatu di atas jalan yang diredhaiNya seterusnya kembali bangkit menjadi umat gemilang, wassalam”

Idawati

Assalamualaikum,
Saya ingin mengucapkan Salam Eid Mubarak kepada semua pelawat laman Palestinkini.
Diharapkan semoga Aidilfitri kali ini memberi seribu erti kepada semua muslimin dan muslimat.
Teruskan doa untuk kesejahteraan saudara-saudara kita di Palestin.
Akhir kalam, Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.

Husna,
Durham, UK

Assalamualaikum,
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Keluarga, sahabat yang mengenali diri yang tak terkenal ini, dan juga sidang kerja Palestinkini yang bertungkus lumus dalam menyampaikan berita tentang Palestin tanpa mengira penat dan lelah. Selamat hari raya, jangan makan banyak-banyak 🙂

Huda Sulaiman,

Selamat Hari Raya… Semoga kita menjadi hamba yang bersyukur atas segala kurniaanNya diterima amalan kita dan dapat kembali kepada fitrah yang suci…. Ameennn…. Mohon Maaf Zahir dan Batin

Norshuhada Samudin

Salam Eidul Fitri. Maaf Zahir dan Batin. Semoga kita beroleh darjat taqwa dari madrasah Ramadhan. Dalam bergembira di hari raya jangan lupa saudara seakidah kita yang sedang diuji khususnya di Palestin, Syria dan Rohingya. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahilhamd.

Osman Rasip

Categories
Berita Semasa

Ansar 3 Mengetuai Konvoi Bantuan ke Gaza September

Khamis , 16-08-2012 – Jawatankuasa Jordan Lifeline mengesahkan bahawa bantuan Ansar 3 akan menuju ke Gaza pada akhir bulan September yang disertakan dengan bekalan perubatan yang diperlukan untuk penduduk Gaza.

Penyelaras konvoi, Kifah Amayreh, berkata dalam satu kenyataan pada hari Isnin bahawa konvoi mengutip derma untuk menyediakan bekalan perubatan yang diperlukan mengikut senarai yang dibekalkan oleh pihak berkuasa kesihatan di Semenanjung Gaza. Amayreh menekankan kepentingan menyokong konvoi yang bertujuan untuk meringankan kepungan Israel yang dikenakan ke atas rakyat Gaza.

Beliau menjelaskan bahawa derma konvoi akan digunakan untuk membiayai projek-projek kecil untuk mengurangkan kadar pengangguran di Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Sekatan Israel menghalang rakyat Palestin daripada bersolat di Al-Aqsa

Rabu , 16-08-2012 – Rejim Israel (IOA) menghalang warga lelaki Palestin dari Tebing Barat berusia bawah 40 tahun daripada memasuki bandar Baitulmuqaddis untuk menghidupkan Lailatul Qadr di Masjid Aqsa pada Selasa.

Jurucakap polis Israel berkata bahawa pihak polis akan meningkatkan kawalan di bandar suci itu dan hanya akan membenarkan lelaki berusia 40 tahun ke atas memasuki masjid dan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun serta wanita daripada semua lingkungan umur.

Dia menambah, “ribuan polis akan berada di serata timur Baitulmuqaddis, termasuk lorong-lorong, persimpangan dan jalan-jalan menuju ke bandar dan kota lama.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: Hamas Mengalu-alukan Tindakan Mesir Buka Pintu Rafah

Rabu , 16-08-2012 – Hamas menyambut baik tindakan Mesir membuka pintu masuk Rafah dan sangat mengalu-alukan langkah ini.
Dalam keterangan yang diterima Pusat Informasi Palestina, Selasa (14/8) Jurucakap Hamas, Dr. Sami Abu Zuhri menegaskan bahwa hak Mesir mengambil tanggungjawab penuh di wilayah sempadannya, Abu Zuhri meminta agar semua prosedur keamanan yang ditetapkan tidak menyukarkan warga Palestin.

Hamas menyeru agar pintu Rafah dibuka terus dan diberikan kemudahan yang pernah dijanjikan Presiden Mesir, Mohammad Morsi ketika bertemu dengan PM Palestin, Ismail Haniyah di Kaherah.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Erdogan Pertahan Polisi Asing

Khamis , 16-08-2012 – Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dengan tidak diduga menyerang pengkritik yang telah mengkritik polisi asing negaranya terhadap negara-negara Islam yang hidup dalam krisis terutamanya Palestin, Syria dan Myanmar.

Erdogan berkata, pembangkang dan nasionalis berhaluan kiri tidak tahu makna “satu bangsa” dan peranan pentingnya terhadap negara-negara komponen tersebut. Beliau menambah, keselamatan dan kesejahteraan Turki adalah berkaitan dengan negara-negara tersebut.

” Sesetengah mereka meminta kami hanya menguruskan masalah dalaman negara kami dan tidak masuk campur urusan negara lain dan menyerah masalah mereka pada takdir”, kata Erdogan semasa majlis Iftar yang dianjurkan oleh Persatuan Sahabat (Friendship Association) di Istanbul pada Ahad lepas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Mishaal: Sheikh Omar Al-Ashqar Salah Seorang Pengasas Hamas

Rabu , 15-08-2012 – Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Mishaal memuji peranan Sheikh Omar Al-Ashqar yang telah meninggal dunia pada Jumaat yang lepas dalam menubuhkan pergerakan Hamas dan mengharungi segala cabaran dan rintangan bersama Hamas.

Didalam ucapannya yang bertempat di rumah Allahyarham Sheikh, Sabtu yang lepas, Mishaal menekankan bahawa pengasas kumpulan bersenjata adalah Sheikh Ahmed Yasin dan sumber kewangannya dibiayai oleh rakyat Kuwait melalui Sheikh Omar Al-Ashqar ketika beliau tinggal di Kuwait.

“Sheikh Omar Al-Ashqar adalah salah seorang pengasas Hamas yang paling penting dan terkenal. Beliau juga adalah Mufti pergerakan yang pertama dan yang pertama juga menjadi pengerusi bagi Majlis penasihatnya,” kata beliau.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Ikhwan Tidak Akan Terima Mesir Sekat Gaza

Rabu , 15-08-2012 – Jurucakap Ikhwanul Muslimin di Mesir, Dr. Mahmud Gazlan, menegaskan bahawa jamaahnya tidak mungkin menerima sekatan yang mencekik Semenanjung Gaza. Beliau menegaskan pentingnya tidak menghukum penduduk Semenanjung Gaza akibat kejahatan kumpulan “sesat”.

Gazlan memberi kenyataan terhadap perang yang mulai dilancarkan terhadap terowong yang menghubungkan antara Mesir dan Semenanjung Gaza. Beliau mengatakan, “Kami tidak boleh menerima hal itu menjadi alasan untuk memperketat sekatan terhadap Semenanjung Gaza. Rakyat Palestin di Semenanjung Gaza tidak sewajarnya dihukum akibat perbuatan kumpulan sesat dan tindakan teroris yang dilakukan sekelompok orang yang sebahagian besarnya dari Sinai.”  Beliau menambah, “Kami tidak akan menyekat Gaza. Mereka adalah saudara kami. Hubungan kami dengan mereka cukup istimewa. Sama sekali tidak sewajarnya kami menghukum mereka kerana kajahatan kelompok teroris. Kami ada berhubung dengan para pegawai kerajaan di Semenanjung Gaza untuk mengatasi kesan aksi teroris ini.”

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

MP Ashqar: Tuduhan Gaza atas keganasan memalsukan media

Rabu , 15-08-2012 – MP Ismail Ashqar, Timbalan Ketua Perubahan Parlimen dan Blok Reformasi, yang dipanggil untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab bagi “jenayah hodoh” di Rafah Mesir, yang menekan Hamas dan mengutuk puak Palestin atas jenayah itu.

Ashqar telah menangani satu forum politik yang bertajuk “Jenayah Rafah dan kesannya pada hubungan Mesir dan Palestin” yang dianjurkan oleh Pusat Palestin untuk Kajian dan Penyelidikan. Ahli Parlimen itu mengecam tuduhan yang cepat terhadap rakyat Palestin dan Gaza dalam media “yang bertujuan untuk mengubah imej rakyat Palestin”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Hamas sampaikan ucapan takziah kepada mangsa bencana gempa bumi Iran

Rabu , 15-08-2012 – Hamas menyampaikan ucapan takziah kepada Iran di atas kejadian gempa bumi yang mengakibatkan ratusan rakyatnya menjadi di barat laut Iran pada Ahad.

Dalam kenyataannya, Hamas menyampaikan takziah kepada keluarga-keluarga mangsa dan mendoakan mereka pulih segera. Gempa bumi tersebut memusnahkan bangunan dan kediaman di sejumlah perkampungan dekat Bandar Tabriz dan menyebabkan 300 kematian dan 1800 orang cedera.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati