Categories
Berita Semasa

Fraksi Palestin di Lebanon: Pertempuran Kem Burj Barajina Tindakan Individu

Isnin, 19/09/2011 – Sejumlah media Lebanon menyiarkan berita pertempuran senjata antara sejumlah warga Palestin dan anggota Hizbullah di sekitar kem Burj Barajina di pinggir Selatan ibukota Lebanon, Beirut, yang mecederakan sekitar 10 orang. Seluruh fraksi Palestin menyangkal penglibatan dalam kejadian tersebut.

Fraksi-fraksi Palestin menyatakan, “Pertempuran yang terjadi pada Isnin (12/9) di sekitar kem Burj Barajina antara sejumlah pemuda Lebanon dan warga Palestin adalah tindakan individu antara mereka yang tidak ada kaitannya dengan politik maupun keamanan di belakang peristiwa ini.”

Fraksi-fraksi Palestin berpegang teguh kepada hubungan Lebanon-Palestin untuk kepentingan dua bangsa. Fraksi juga memperingatkan masyarakat supaya tidak terpengaruh dengan provokasi isu dan menyeru kepada segenap masyarakat untuk lebih teliti dalam menyebarkan informasi suatu peristiwa.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Serangan Rejim Zionis di tengah-tengah kerosakan Gaza.

Isnin, 19/09/2011 – Tentera Zionis Israel (IOF) telah menggunakan tiga kereta kebal tentera dan beberapa jip lain bagi mengiringi jentolak tentera menuju 300 meter ke kem pelarian timur Breij di tengah Semenanjung Gaza Selasa lalu, kata saksi.

Mereka berkata tiga jentolak besar meratakan lot tanah dan mendatangkan kekacauan di kawasan itu. Askar IOF membakar hampir setiap hari di kawasan-kawasan kediaman Palestin di sepanjang sempadan timur Gaza dalam usaha untuk menyekat aktiviti kehidupan seharian mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Lebih 30 warga Palestin dipenjara tanpa dibicarakan di Penjara Negev

Khamis, 15/09/2011 – Lebih 30 warga Palestin dipenjarakan antara 2 hingga 4 bulan sebelum dibicarakan di Penjara Negev di negara haram Israel, kata Jawatankuasa Penjara Palestin pada Isnin lalu.

Menurut jawatankuasa tersebut, para tahanan terbabit dipenjarakan di bawah satu polisi dalam cubaan untuk menghentikan undang-undang yang diluluskan oleh pihak berkuasa rejim Zionis sekitar tahun 90-an, yang mana para tahanan akan dibebaskan awal daripada tempoh hukuman selepas ditolak 21 sehari setahun.

Dalam perkembangan lain, pada Ahad lalu warga Palestin yang tinggal di Negev dan negara haram Palestin berkumpul di luar pejabat Perdana Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu yang terletak di Jerusalem bagi membantah Rancangan Prawer-Goldberg yang merancang untuk merampas tanah penduduk asal berketurunan Arab Palestin di Gurun Negev serta memindahkan mereka ke tempat lain.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Kumpulan Hak Asasi Manusia Khawatir Bencana Kemanusiaan Terhadap Para Tawanan

Khamis, 15/09/2011 – Pusat Perlindungan Tawanan khawatir akibat berterusannya penyiksaan terhadap para tawanan di dalam penjara Israel dari tindakan khusus unit pemeriksaan Nahson dan Mitsada.

Pasukan Israel terus melakukan tindakan tidak berkemanusiaan yang melanggar semua ketetapan antarabangsa. Sedikitpun mereka tidak memperdulikan kewajipan melindungi para tawanan di dalam penjara.

Sebelumnya menteri tawanan dan pembebasan Palestin mengumumkan tentang tiga tindakan khusus Israel ke sel 10 penjara Ber Seba dan melakukan pemeriksaan secara besar-besaran. Pada Isnin 12/9/2011 pasukan Nahson dan Mitsda melakukan penyerangan terhadap penjara pada jam enam pagi dengan melakukan pemeriksaan secara besar-besaran selain merosakkan barang-barang milik tawanan dan menimbulkan ketakutan kepada mereka.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Peneroka Yahudi tebang pokok anggur penduduk Palestin

Khamis, 15/09/2011 – Peneroka Yahudi menyerang ladang anggur Palestin di kampung Halhul, utara Al-Khalil dan menebang berpuluh-puluh pokok di situ Isnin lalu, kata sumber tempatan. Mereka berkata peneroka menebang 128 pohon anggur yang dimiliki oleh Ahmed Akel di kawasan Wadi Al-Amir di kampung.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tentera laut rejim Zionis culik 7 nelayan Palestin di laut

Khamis, 15/09/2011 – Tentera laut rejim Zionis telah menyerang dan menculik 7 orang nelayan Palestin yang berasal dari Kem Pelarian Shati yang terletak di barat laut Gaza, ketika mereka sedang memancing di persisiran pantai Gaza pada Ahad lalu.

Ketua persatuan nelayan, Nizar Ayyash berkata dalam satu sidang media bahawa kesemua nelayan terbabit merupakan satu keluarga dan ketika diculik mereka sedang memancing pada jarak 2 batu nautika dari persisiran pantai. Rejim Zionis membenarkan rakyat Palestin memancing pada jarak 3 batu nautika dari persisiran pantai.

Katanya lagi, nelayan-nelayan tersebut tiba-tiba sahaja dikelilingi oleh tentera laut rejim Zionis yang menaiki bot bersenjata dan mengarahkan mereka pergi ke pelabuhan negara haram Israel. Sementara itu, nelayan-nelayan tersebut hanya menaiki 2 buah bot kecil dan salah seorang daripada mereka merupakan warga emas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Israel mencari lokasi baru untuk kedutaan Kaherah

Rabu, 14/09/2011 – Kementerian Luar Israel merancang untuk memindahkan kedutaannya di Kaherah dan kini sedang mencari tapak baru, menurut sumber media Hebrew.

Jerusalem Post berkata dalam laman webnya pada hari Ahad bahawa diplomat Israel sedang mencari premis baru bagi kedutaan selepas ia diserang oleh penunjuk perasaan Mesir Jumaat lalu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah berkata bahawa kerajaan beliau sentiasa berhubung dengan rakan sejawatannya dari Mesir untuk mengatur kedatangan duta Israel dan pasukannya ke Kaherah secepat mungkin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel (IOF) lepaskan tembakan ke arah kediaman-kediaman warga Palestin di Gaza Tengah

Rabu, 14/09/2011 – Tentera IOF yang berpengkalan di timur Semenanjung Gaza melepaskan tembakan ke arah kawasan kediaman rakyat Palestin di Juhr Al-Dik di Gaza Tengah pada pagi Isnin, tiada kemalangan jiwa dilaporkan oleh saksi kejadian.

Mereka berkata, tentera-tentera itu tiba-tiba melepaskan tembakan selama 10 minit ke arah rumah-rumah dan lot-lot tanah berdekatan. Tembakan machinegun itu telah merosakkan salah sebuah rumah berjarak 320 meter dari pagar sempadan. Saksi-saksi juga melaporkan rumah tersebut dihujani peluru.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Haneyya jemput Pengerusi TNC Libya untuk melawat Gaza

Rabu, 14/09/2011 – Perdana Menteri, Ismail Haneyya telah menghubungi Mustafa Abdul Jalil, ketua Majlis Peralihan Libya (TNC) melalui telefon Ahad lalu dan mengucapkan tahniah atas kemenangan revolusi rakyat Libya.

Beliau menjemput Abdul Jalil untuk melawat Palestin dan Gaza khususnya bagi mempamerkan peranan kekal Libya dalam memberi sokongan kepada rakyat Palestin. Perdana Menteri juga menyatakan kesediaan untuk menghantar pasukan perubatan Palestin dan kejuruteraan untuk membantu membantu rakyat Libya.

Dalam pada itu, Abdul Jalil mengesahkan sokongan negara itu kepada pusat utama Arab iaitu Palestin. Beliau berkata Tripoli akan kekal sebagai penyokong tetap rakyat Palestin sambil memuji sokongan mereka terhadap revolusi Libya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

JI: Kedutaan Besar Zionis di Arab Jadi Alat Perisikan Isreal

Rabu, 14/09/2011 – Pemimpin gerakan Jihad Islam di Gaza, Ahmad Mudlil mengatakan, sejumlah kedutaan besar Israel yang berada di Mesir atau negara-negara Arab berfungsi sebagai perisik kepada negaranya.

Seperti diungkapkan beberapa media milik Jihad Islam, Mudlil mengajak negara-negara Arab yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel agar segera memutuskannya. Keberadaan sejumlah kedutaan besar Zionis dimanfaatkan sebagai alat risikan terhadap negara-negara Arab. Tujuanya menciptakan ketegangan hubungan antara rakyat dan pemerintahannya.

Apa yang terjadi di kedutaan besar Zionis di Kaherah Jumaat lalu mengungkapkan keresahan yang dialami rakyat Mesir ketika terjadinya perjanjian Kem David antara negaranya dengan Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Israel Bunuh Mujahid Brigade di Der Balah

Isnin, 12/09/2011 – Pasukan Zionis membunuh seorang mujahid Brigade Al-Quds, sayap militan gerakan Jihad Islam, Rabu (7/9) di kawasan tengah Gaza.

Sejumlah sumber mengatakan beberapa pesawat tempur Israel menyerang sebuah kereta yang sebelumnya melintasi wilayah pantai sebelah barat Der Ballah. Akibatnya pemandu kereta tersebut iaitu salah seorang mujahid Jihad Islam gugur syahid dengan keadaan tubuhnya hancur tercerai berai.

Jurucakap jawatankuasa kecemasan Semenanjung Gaza, Adham Abu Salmiyah mengatakan, keadaan jenazah ketika dibawa ke hspital dalam keadaaan tercerai berai, akibat keganasan tentera Zionis yang melepaskan roket dari udara, hingga kereta dan pemandunya hancur berkeping-keping.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Hamas kutuk serbuan ke atas rumah ahli Parlimen yang dibebaskan

Isnin, 12/09/2011 – Penggubal undang-undang Hamas di Tebing Barat mengutuk tindakan pihak pencegahan PA yang menyerbu rumah seorang anggota Parlimen, Sheikh Hassan Yousef yang baru dibebaskan oleh pihak penjara rejim Zionis.

Dalam kenyataan yang dibuat oleh penggubal undang-undang itu yang dikeluarkan pada Rabu lalu, beliau memaklumkan bahawa pihak pencegahan PA telah memecah masuk rumah Sheikh Yousef serta merampas sepanduk dan bendera hijau Hamas. Kejadian ini merupakan satu jenayah keras ke atas immunitinya dan satu jenayah besar yang dilakukan ketika perjanjian perpaduan Palestin sedang berlangsung.

Dr. Sami Abu Zuhri yang merupakan jurucakap Hamas di Gaza juga mengeluarkan kenyataan pada Rabu yang mengutuk keras tindakan PA dan ini menunjukkan keruntuhan moral di kalangan pihak keselamatan PA.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Hamas kepada pihak keselamatan PA: Mansuhkan pengharaman terhadap penentangan di Tebing Barat

Isnin, 12/09/2011 – Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri menggesa pihak keselamatan PA menarik balik pengharaman ke atas sayap penentang di Tebing Barat sebagai tindak balas kepada gelombang serangan terhadap penduduk Palestin oleh pendatang haram Yahudi dan tentera rejim Zionis (IOF).

“Hamas menegaskan betapa seriusnya peningkatan serangan oleh pendatang haram Yahudi dan IOF di Tebing Barat. Contoh terbaru adalah pemusnahan Masjid Al-Nourein yang terletak di Kampung Qasra, selatan Nablus serta pemusnahan beribu-ribu pokok buah-buahan di bahagian tenggara Baitullaham dan Kampung Al-Wajala, yang terletak di barat laut Bandar tersebut, kata Abu Zuhri.

“Jenayah-jenayah ke atas rumah Allah ini dan harta-benda penduduk awam mengukuhkan lagi dasar perkauman yang diamalkan oleh rejim Zionis dan pendatang haram Yahudi. Penjenayah ini sentiasa menyeru ke arah kkezaliman,” katanya lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Mesir: Sejuta rakyat menyambut Erdogan

Isnin, 12/09/2011 – Pemuda yang mendokong revolusi Mesir hari ini menyeru supaya sejuta rakyat Mesir menyambut kedatangan PM Turki, Recep Tayyeb Erdogan yang akan tiba pada 12 September ini. Ini merupakan respon kepada tindakan Turki yang menutup kedutaan Zionis Israel di Turki di atas laporan Mavi Marmara yang dilihat tidak adil.

Erdogan juga dijangkan akan melawat Gaza bagi melihat perkembangan di sana.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Israel Gali Terowong 600 Meter Di Bawah Tapak Al Aqsa.

Isnin, 12/09/2011 – Pihak penjajah Zionis Israel telah menyelesaikan penggalian terowong yang melintasi bawah pagar Baldah Qadimah di Al Quds menuju lokasi berdekatan halaman Masjid Al Aqsa.

Yayasan Al Aqsa mengingatkan akan bahaya baru yang mengancam masjid Al Aqsa yang boleh berlaku disebabkan oleh penggalian-penggalian baru di bawah masjid yang dilakukan penjajah Zionis Israel dan institusinya. Surat khabar Israel “Yisrael Hume” edisi Jumaat minggu lalu menyiarkan berita penggalian terowong baru sepanjang 600 meter dimulai dari daerah Ain Silwan sehingga ke hujung masjid Al Aqsa di bahagian barat daya.

Dalam pernyataannya, Yayasan Al Aqsa mengatakan bahawa apa yang dilaporkan surat khabar Israel tersebut menegaskan apa yang pernah diungkap berkali-kali oleh yayasan Al Aqsa dalam bulan-bulan dan tahun-tahun terakhir, namun ini menjadi pengakuan Israel tentang adanya penggalian di bawah tapak masjid Al Aqsa. Tidak diragukan lagi bahawa ini merupakan bahaya yang mengancam masjid al Aqsa dan bangunannya, apatah lagi dalam laporan tersebut dinyatakan penggalian yang begitu dalam hingga ke kawasan bebatuan.

sumber : COMES
penterjemah : osman