Categories
Berita Semasa

120 peneroka Yahudi memecah masuk ke dalam plaza Aqsa

Selasa , 31-07-2012 – Yayasan Aqsa Endowmen dan Warisan (AFEH) telah memberi amaran balas terhadap tentera penjajah Israel dan perampas yang menyerang masjid suci Aqsa pada malam kemusnahan yang dipanggil ulang tahun “pemusnahan tempat ibadah” pada ahad depan.

Kenyataan AFEH diikuti berita tentang pecah masuk ke plaza Aqsa oleh sekitar 120 perampas Yahudi yang memasuki tapak suci secara berkumpulan sejak awal pagi Rabu. Ia berkata kumpulan perampas itu melawat plaza Aqsa ketika mendengar penjelasan Talmud dan menawarkan ritual agama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Suasana Umum Tebing Barat Tidak Mendokong Perpaduan dan Pilihanraya

Selasa , 31-07-2012 – Anggota Dewan Legislatif Palestin, Maryam Shaleh mengatakan bahawa suasana di Tebing Barat tidak mendokong perpaduan Palestin. Penangkapan politik, pemanggilan yang berterusan terhadap penduduk yang mempunyai hubungan dengan gerakan Hamas dan penutupan organisasi-organisasi dan pertubuhan menunjukkan bahawa di sana ada pihak yang tidak menginginkan perpaduan. Ini ertinya mereka tidak menginginkan pilihanraya secara bebas ketika berterusannya penangkapan, pemanggilan dan pelanggaran-pelanggaran hak.

Mengenai pelaksanaan pilihanraya di Tebing Barat, Maryam Shaleh mengatakan, “Tidak ada jaminan dari Israel dan mereka tidak memberi sebarang komitmen. Walaupun mereka menangkap para anggota dewan dari fraksi perubahan dan reformasi namun ia tidak menggetarkan kami. Apa yang menyakitkan kami adalah tidak adanya jaminan untuk menghentikan penangkapan politik. Dengan demikian kegagalan pelaksanaan pilihanraya disebabkan oleh tidak adanya suasana yang kondusif dan kebebasan untuk pelaksanaannya.”

Beliau mengingatkan bahawa para bekas tawanan yang bebas dari penjara Israel setelah menghuni selama bertahun-tahun bahkan ada yang lebih sepuluh tahun , dipanggil dan ditahan oleh pihak keselamatan otoriti Palestin tanpa alasan yang benar, hanya beberapa hari setelah mereka dibebaskan. Beliau mengatakan, “Apakah tindakan-tindakan demikian boleh mendokong kesepakatan dan perpaduan?”

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Dweik: Rundingan mesti dilakukan sebelum pilihanraya

Selasa , 31-07-2012 – Jurucakap Jawatankuasa Parlimen Palestin, Prof Aziz Dweik menyelar pihak berkuasa Palestin kerana tergesa-gesa ingin mengadakan pilihanraya tanpa menjamin garis panduan dalam hal kebebasan bersuara, peluang yang sama rata, ketelusan dan keadilan.

Bercakap ketika temuramah yang disiarkan di televisyen pada Selasa, Dweik berkata, perkara paling bijak yang sepatutnya dilakukan adalah melaksanakan rundingan tentang perbezaan di kalangan rakyat Palestin sebelum mengadakan pilihanraya.

“Pilihanraya hanya boleh dilakukan sebagai hasil rundingan, ia bukannya sebagai pengganti kepada rundingan”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Zionis-Israel dakwa Hamas memiliki senjata berat

Khamis , 26-07-2012 – Menurut sumber rasmi Zionis-Israel yang menyatakan bahawa Hamas kebelakangan ini telah mempunyai persenjataan yang canggih. Terkini, Zionis mendakwa Hamas memiliki senjata anti-pesawat yang ancaman kepada Zionis. Beberapa kejadian jet pejuang Zionis telah diserang oleh senjata anti pesawat tatkala melalui ruang udara Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair

Categories
Berita Semasa

Bardawil: Hamas tidak akan melepaskan mana-mana bahagian tanah Palestin

Khamis , 26-07-2012 – Hamas menafikan berita yang dilaporkan oleh akhbar berbahasa Arab, Al-Hayat yang berpangkalan di London pada Ahad lalu yang mendakwa Hamas telah menimbang untuk mengisytiharkan Gaza sebagai entiti bebas dan terpisah daripada Palestin, sambil menjelaskan tuduhan palsu seperti itu cuba mencalarkan imej pergerakannya.

Pemimpin Hamas, Dr Salah Al-Bardawil memberitahu Quds Press laporan berita itu yang disebarkan oleh musuh Hamas seolah-olah menunjukkan pergerakan Islam itu mengasingkan perjuangan rakyat Palestin.

“Ini adalah rekaan semata “, kata Bardawil sambil mencatatkan Hamas sering membayar harga yang tinggi untuk mempertahankan tanah Palestin dan hak mereka untuk kembali.

sumber : COMES
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Israel Protes PBB Gunakan Nama Pejuang Palestin untuk Sekolah di Gaza

Khamis , 26-07-2012 – Kementerian Luar Negeri Zionis Israel mengirim surat protes secara rasmi kepada PBB atas tindakan salah satu badan program pembangunan PBB yang menggunakan nama pemimpin gerakan Hamas Adnan Gul sebagai nama sekolah yang dibangun PBB di Semenanjung Gaza. Israel mendakwa Adnan Gul bertanggungjawab atas pembunuhan 32 orang Zionis.

Media Israel menjelaskan bahawa Kementerian Luar Negeri Zionis Israel mempersoalkan dalam suratnya, “Apakah badan-badan organiasi antarabangsa di Gaza memberikan sanjungan dan pujian kepada para perosak.”
Sekolah yang baru-baru ini dirasmikan di daerah tengah Semenanjung Gaza, yang dibiayai oleh pemerintah Libya, diberi nama asy Syahid Adnan Gul. Beliau merupakan pemimpin tentera gerakan Hamas.
Program Pembangunan PBB menolak tuduhan Israel tersebut. Pihaknya menyatakan hanya turut hadir dalam peletakan batu asas sebagai tugasnya dalam mendokong program untuk rakyat Palestin. Setelah selesai pembangunan, pihaknya menyerahkan sekolah tersebut kepada kementerian pendidikan di Semenanjung Gaza, tidak ada hubungannya sama sekali dengan penggunaan nama-nama pada sekolah dan tidak terlibat pula dalam upacara pembukaan dan perasmiannya.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Askar Rejim Zionis tahan 59 rakyat Palestin minggu lalu

Khamis , 26-07-2012 –   Pusat Perlindungan Tahanan Palestin (PCDD) telah mengesahkan tentera Zionis Israel (IOF) telah menahan 59 rakyat Palestin di sekitar bandar dan kampung Tebing Barat minggu lepas.
PCDD, yang mengeluarkan kenyataannya pada Sabtu lalu mengesahkan kebanyakan 59 rakyat Palestin yang ditangkap adalah dari bandar Al-Khalil, selatan Tebing Barat. Ia menambah antara yang ditangkap adalah Wafa Shamasnah, isteri tahanan dari Qalqilia dan Ahli Parlimen Ramallah, Ahmed Mubarak.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi membina 5 rumah dekat Bethlehem

Khamis , 26-07-2012 – Sejumlah pendatang Yahudi membina lima rumah pasang siap di Bukit Hamdeen dekat bandar Khader di wilayah Bethlehem pada petang Sabtu.

Ketua jawatankuasa perlindungan tanah di Khader, Ahmed Salah berkata terdapat lebih kurang 20 pendatang Yahudi menghuni rumah-rumah itu untuk membina penempatan mereka yang terletak beberapa meter dari kediaman rakyat Palestin di kejiranan Al-Rukba. Salah menambah bahawa pendatang-pendatang itu menyediakan kelengkapan untuk rumah-rumah di bawah perlindungan ketenteraan yang teliti.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Sediakan Latihan Untuk Pegawai Tinggi Hadapi Perang Elektronik

Khamis , 26-07-2012 – Jabatan “C 41” militan Zionis Israel sedang menyiapkan kursus latihan bagi para komandan militan Zionis Israel untuk menghadapi perang elektronik dan kesan yang mungkin ditimbulkan dari aksi-aksi perang darat di masa akan datang.
Menurut perancangan, bahagian perang elektronik baru yang mengelola kursus ini dan yang akan bertanggungjawab melindungi jaringan komputer milik militan Zionis Israel untuk menghalang serangan-serangan jaringan internet. Salah seorang tentera di jabatan baru ini mengatakan, “Sangat penting para pegawai tinggi pasukan infanteri dan tentera bisa menguasai kaedahr perang elektronik dan bagaimana pengaruhnya pada mereka dan di medan pertempuran.”

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Bardawil: Hamas tidak akan serahkan sebutir tahah Palestin

Khamis , 26-07-2012 – Hamas menolak tulisan akbar al-Hayat yang menyatakan bahawa Hamas akan memisahkan Gaza dengan kawasa Palestin yang lain. Hamas komited untuk terus membebaskan Palestin dan tidak akan menyerahkan walau sebutir tanah Palestin. Salah seorang pimpinan Hamas Dr. Solah Bardawil, menegaskan Hamas akan terus berjuang bagi membebaskan tanah Palestine. Beliau turut menyatakan bahawa tidak wujud negara Palestin tanpa Gaza begitu juga sebaliknya.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair

Categories
Berita Semasa

Hamas memberi amaran kepada tahanan rakyat yang masih berterusan.

Isnin , 23/07/2012 – Pihak berkuasa pendudukan Zionis telah membebaskan pada petang Khamis (19.7), Presiden Majlis Perundangan Palestin, Dr Aziz Dweik, seorang pemimpin Hamas dan Sheikh Jamal Thowil dari penjara “Ofer” barat Ramallah.

Kata anak perempuan Sheikh,Busra kepada “Pusat Maklumat di Palestin”: “Zionis membebaskan Dr. Dweik dan ayah saya di pusat pemeriksaan Beit Sira di Ramallah selepas dipindahkan dari penjara Ofer ke pusat pemeriksaan itu selepas wabak pertempuran berlaku berhampiran Beitunia di mana di tempat pelepasan dan menunggu untuk orang-orang tawanan kepada mereka “.

Beliau menambah bahawa istilah puluhan rakyat,termasuk ibu bapa, dan timbalan dalam Majlis Undangan dan angka kebangsaan yang telah dikeluarkan di kaunter penyambut tetamu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Israel risau perkembangan tentera Mesir dan Hamas

Isnin , 23/07/2012 – Akhbar Israel telah menyiarkan kerisauan kerajaan Zionis Israel akan perkembangan terkini kekuatan tentera Mesir dan Hamas. Pelbagai peralatan terbaru ketenteraan yang kini dimiliki oleh Mesir. Dalam laporan itu, semua peralatan ketenteraan Mesir telah dinyatakan dengan terperinci.

Dalam pada itu, kemampuan tentera laut dan darat Hamas semakin merisaukan Israel. Laporan perisikan menyatakan sejumah besar kelengkapan tentera telah diseludup masuk ke Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel (IOF) buat serbuan terhad ke atas Gaza

Isnin , 23/07/2012 – Tentera rejim Israel (IOF) membuat serbuan skala kecil pada subuh Rabu di Semenanjung Gaza, timur kejiranan Al-Zeitoun serta melepaskan tembakan. Sumber tempatan memberitahu Pusat Maklumat Palestin (PIC) bahawa sejumlah tangki Israel dan kenderaan berperisai muncul selepas tengah malam pada jarak 100 meter ke timur Gaza dan memusnahkan kawasan pertanian. Helikopter dan drone Israel memberikan panduan dari udara untuk rejim melakukan pencerobohan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Sekatan Terhadap Palestin Dibahas Dalam Pertemuan Hamas Dengan Mursi

Isnin , 23/07/2012 – Delegasi Hamas bertemu dengan Presiden Mesir, Muhammad Mursi, Khamis (19/7) di istana Arubah kawasan Mesir. Delegasi Hamas terdiri dari Khalid Misy’al, Musa Abu Marzuq, Sami Khatir, Izzat Rashiq, Mahmud Zahhar dan Shalih Aruri.

Anggota Biro Politik, Izzat Rashiq menyebut pertemuan dengan Presiden Mursi sebagai pertemuan bersejarah, Hamas menyampaikan ucapan tahniah atas terpilihnya Mursi sebagai Presiden Mesir. Rashiq menyatakan, tujuan utama kunjungan ini adalah menyampaikan ucapan selamat dan tahniah atas terpilihnya Mursi sebagai Presiden, namun dalam pertemuan ini banyak dibincangkan isu Palestin, termasuk sekatan Gaza dan penderitaan yang dialami rakyat Palestin, krisis tenaga dan elektrik serta penyelesaiannya.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Mishaal Bertemu Morsi

Isnin , 23/07/2012 – Presiden Mesir, Mohammed Morsi dijadualkan bertemu pengerusi biro politik Hamas, Khaled Mishaal di Kaherah, Khamis.

Ahli biro politik Hamas, Ezzet Al-Resheq membuat kenyataan di dalam laman Facebook miliknya bahawa Mishaal akan mengetuai deligasi Hamas pada pertemuan tersebut.

Naib pengerusi biro politik Hamas, Dr.Mousa Abu Marzouk memberitahu PIC pada hari Rabu yang lepas, pertemuan tersebuat bertujuan untuk mengucapkan tahniah atas kemenangannya pada pilihanraya yang lalu. Beliau tidak menyebut bahawa beberapa isu Palestin akan dibincangkan semasa pertemuan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : huda