Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi melanggar seorang wanita Palestin di Nablus

Selasa, 05/07/2011 – Seorang pendatang Yahudi melanggar seorang wanita Palestin dengan kenderaannya berdekatan Hawara, tenggara kota Nablus di utara Tebing Barat, lapor penduduk tempatan.

Wanita itu mengalami kecederaan dan patah anggota serta ditinggalkan di dalam keadaan kesihatan yang tidak memuaskan, sumber tersebut menambah. Wanita di dalam lingkungan 40an itu dilanggar di jalan utama Hawara. Pemandu tersebut cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan penduduk kampung.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Barak Nyatakan Kebimbangan Terhadap Konvoi Udara ke Gaza

Selasa, 05/07/2011 – Menteri Pertahanan Zionis, Ehud Barak menegaskan tentang pentingnya melanjutkan usaha untuk bersedia menghadapi konvoi kebebasan Freedom Flotilla2 ke Semenanjung Gaza.

Menggunkan ruang udara ke Gaza adalah prioriti utama yang harus difikirkan. Sebagaimana dikhawatirkan menteri perhubungan Zionis Sabtu lepas (2/7).

Dalam sidang khas kabinet Netanyahu, Ahad (3/7) Barak mengatakan, Israel kini sedang bersedia menghadapai kemungkinan pihak sukarelawan menggunakan ruang udara untuk pengiriman bantuan ke Gaza. Ketika ini tidak ada cara lain bagi Israel untuk mempertahankan dirinya selain menghindari semua konvoi ke Gaza termasuk melalui ruang udara.

Menteri Zionis kembali menegaskan kepentingan mempersiapkan kemungkinan terlepasnya Freedom Flotilla2 melalui jalan laut, walau pelbagai usaha penghadangan dilakukan. Beliau juga mengungkapkan kekhawatirannya terhadap tindakan terbaru para relawan Gaza yang berusaha menggunakan jalan udara sebagai alternatif lain untuk memberikan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Mishaal: Baitulmaqdis sedang berdepan salah satu fasa paling mencabar

Selasa, 05/07/2011 – Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Mishaal menekankan betapa pentingnya tumpuan diberikan ke atas Baitulmaqdis kerana kota itu sedang berdepan dengan salah satu fasa paling mencabar berikutan polisi meYahudikan kota itu serta melenyapkan identiti Arab-Muslim yang terus dilakukan oleh rejim Zionis.

“Perbuatan itu diburukkan lagi dengan sikap berat sebelah pegawai antarabangsa terhadap polisi Zionis dan amalan pengYahudian,” kata Mishaal. Mishaal berkata demikian melalui tayangan video dalam satu persidangan yang diadakan di Jakarta, Indonesia yang bermula pada Rabu lepas demi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin. Semasa sidang video tersebut, Mishaal turut menyeru sokongan bersepadu ke atas rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Penyair Amerika: Israel Negara Teroris Terbesar di Dunia

Selasa, 05/07/2011 – Seorang penyair Amerika, Alice Walker menganggap entiti Zionis sebagai negara teroris terbesar di dunia. Alice yang menyertai Freedom Flotilla2 merasa sedih, kerana Amerika telah menyumbangkan dana yang begitu besar kepada Israel untuk melakukan kehancuran di muka bumi ini.

Seorang penyair dan penulis pemenang Hadiah Pulitzer Prize For Fiction Amerika ini mengungkapkan dalam satu wawancaranya dengan majalah “Polisi Luar” yang terbit Rabu (29/6) menyatakan bahawa beliau pernah tinggal di Gaza pada tahun 2009. Beliau tinggal di antara puing-puing sekolah yang hancur akibat roket Israel. Beliau sangat sedih kerana negaranya telah membiayai kehancuran terhadap Palestin dengan menggunakan sumber cukai yang dipungut dari rakyatnya yang kemudian dijadikan senjata pemusnah oleh Zionis untuk menghancurkan Palestin.

Ketika ditanya tentang latar belakang penyertaannya dalam Freedom Flotilla2. Beliau mengatakan dia telah berada di Gaza pasca perang namun hanya sebentar. Beliau menyaksikan kehancuran dimana-mana yang sebelumnya dia tidak percaya. Sekarang beliau faham apa yang terjadi dan bagaimana sistem ekonomi dan kesihatan yang hancur teruk.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Banduan pesakit kanser mengisytiharkan semula mogok lapar selepas ditipu

Selasa, 05/07/2011 – Atef Wureidat, seorang rakyat Palestin yang menderita kanser di bawah tahanan Israel, telah mengumumkan beliau akan sekali lagi meneruskan mogok lapar selepas ditipu oleh pentadbiran penjara Israel, lapor Persatuan Banduan Palestin pada hari Rabu.

“Banduan yang menderita kanser itu, Atef Wureidat mengumumkan mogok lapar sekali lagi pada hari Rabu selepas pentadbiran penjara menafikan permintaan beliau yang mereka berjanji untuk memenuhi permintaannya jika dia melakukan mogok lapar dan mengambil ubat itu,” kata PPS, yang beroperasi di Al-Khalil di selatan Tebing Barat.

“Pentadbiran penjara menipunya dan tidak memenuhi janji-janji selepas dia melakukan mogok selama 18 hari dalam pertukaran untuk berpindah dari penjara Ashkelon ke penjara lain,” kata PPS berkata, sambil menambah bahawa tahanan Maysara Abu Hamdiyya dan Yousef al-Sukafi turut serta mogok serta menyokong Wureidat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Sukarelawan: Tentera Zionis bantu masyarakat dunia memahami penderitaan Gaza

Selasa, 05/07/2011 – Beberapa sukarelawan Flotilla 2 telah menyatakan bahawa tindakan zalim dan ketenteraan Zionis ke atas konvoi memberi impak positif. Secara tidak langsung, masyarakat dunia jelas memahami penderitaan dan kezaliman yang dialami oleh rakyat di Gaza. Ini kerana tindakan zalim Zionis terhadap konvoi telah dikeluarkan dalam media massa antarabangsa. Seorang aktivis dari Ireland, Hinad Maclokhlin, menyatakan tindakan ZIonis telah di pancarkan dalam media antarabangsa dan menjadi bukti jelas kezaliman Zionis.

Para aktivis turut berterima kasih dengan tindakan Zionis ini kerana memberi liputan secara meluas terhadap kezaliman Zionis-Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Konvoi Miles of Smiles menyampaikan ubat penting, ambulans ke Gaza

Selasa, 05/07/2011 – Aktivis perpaduan mengiringi konvoi kemanusiaan Miles of Smiles III dihantar ke Gaza untuk menyampaikan susu bayi dan ubat-ubatan yang sangat diperlukan kepada Kementerian Kesihatan di Gaza sebagai tambahan kepada 15 kereta ambulans yang direka khas untuk orang kurang upaya.

Ketua konvoi Issam Yousef berkata kepada sidang akhbar di gudang kesihatan di bandar Gaza pada hari Isnin bahawa 70 bayi Palestin yang baru lahir di Gaza hampir mati selepas susu bayi formula khas kehabisan stok.

Beliau berkata konvoi yang membawa 4000 susu tin bayi yang dapat memenuhi keperluan seluruh Semenanjung terhadap perkara ini bagi tahun keseluruhannya. “Kami juga telah membawa sepuluh jenis ubat, yang akan menyumbang untuk menyelamatkan banyak nyawa,” jelas beliau.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Knesset untuk undian terhadap undang-undang yang memaksa rakyat Palestin menampung kos pemusnahan

Selasa, 05/07/2011 – Undang-undang Perlembagaan Knesset Israel dan Jawatankuasa Keadilan telah meluluskan draf undang-undang memaksa rakyat Palestin untuk menampung kos pemusnahan rumah yang dikeluarkan terhadap mereka tanpa menggunakan mahkamah.

Radio Israel melaporkan bahawa jawatankuasa itu tidak bersetuju untuk memberi kuasa kepada panglima serantau Tebing Barat untuk memohon undang-undang yang ada untuk membangkang kerajaan.

Draf ini akan dibawa ke Knesset untuk bacaan kali kedua dan ketiga.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Penasihat Netanyahu di Kaherah untuk rundingan Shalit, Grapel

Selasa, 05/07/2011 – Penasihat utama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Yitzhak Molkho tiba di Kaherah tengah hari Rabu untuk membincangkan isu penangkapan askar Israel di Gaza, Gilad Shalit dan penangkapan ejen Mossad baru-baru ini di Kaherah, Ilan Grapel.

Media Hebrew melaporkan bahawa Molkho tiba dengan kapal jet peribadi dan akan berbincang dengan pegawai-pegawai Mesir berhubung dengan proses damai, eksport gas kepada Israel serta isu Shalit, dan Grapel tanpa memberi maklumat lebih lanjut.

Shalit telah ditahan oleh puak pejuang Palestin di Gaza sejak Jun 2006. Mereka menuntut pembebasan ratusan tawanan Palestin, yang terdiri dari wanita, sakit, kanak-kanak, serta tawanan, sebagai balasan agar beliau dibebaskan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

IOF merampas ratusan ekar tanah di Ramallah

Selasa, 05/07/2011 – Pendudukan tentera Israel (IOF) merampas ratusan dunums(ekar) tanah Palestin di sekeliling kampung Mazra’a Gharbiya dan Janiya ke barat bandar Ramallah, kata warga kepada PIC pada hari Selasa.

Dengan menunjukkan PIC dengan peta yang disiarkan, mereka berkata bahawa tentera IOF dan peneroka menyerbu tanah yang dirampas pada hari Isnin dan telah memasang penanda di atasnya, sambil menambah bahawa peneroka telah menyediakan peta dan jurutera bersama dengan peralatan yang diperlukan untuk menggariskan tanah.

Mereka berkata bahawa IOF telah memberitahu Palang Merah, yang diwakilkan oleh mereka untuk menyiasat mengenai isu ini, bahawa tanah yang kaya dengan pokok zaitun itu, telah dirampas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Malaysia hantar rayuan kepada Setiausaha Agung PBB supaya menyokong Flotilla Kebebasan II

Khamis, 30/06/2011 – Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak telah menghantar rayuan kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon supaya menyokong Flotilla Kebebasan II (FF II) yang membawa barang-barang bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Beliau membuat kenyataan yang disiarkan oleh media di Malaysia pada hari Isnin lepas, bahawa armada tersebut hanya bertujuan untuk menghantar bantuan kemanusiaan demi meringankan penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin.

Beliau juga mencadangkan supaya PBB menghantar wakil-wakilnya untuk memeriksa kapal-kapal dan para sukarelawan yang terlibat, bagi menjadi saksi kepada masyarakat dunia dan khususnya rejim Zionis bahawa armada tersebut hanya membawa barang-barang bantuan kemanusiaan. Katanya lagi, aktivis-aktivis Malaysia yang bersama-sama dengan beratus-ratus lagi sukarelawan antarabangsa dari pelbagai Negara akan turut berada di dalam armada tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Enjin kapal Flotilla disabotaj pihak misteri

Khamis, 30/06/2011 – Pihak tidak dikenalpasti yang disyaki sebagai ajen Mossad Zionis pada hari Isnin (27 Jun) telah mensabojat salah sebuah kapal dari Freedom Flotilla 2 di pelabuhan Greek sebelum kapal tersebut memulakan pelayaran menuju Gaza yang terpenjara sejak 5 tahun berturut-turut.

Rami Abdouh, anggota “konvoi Eropah untuk menghentikan kepungan Gaza” berkata dalam kenyataan hari ini : “sebuah entiti yang tidak dapat dikenalpasti telah merosakkan enjin salah satu kapal konvoi Eropah, dan sekarang para jurutera khas kapal sedang cuba membaiki enjin tersebut, yang mungkin memerlukan masa selama 2 hari.”

Abdouh mengecam “perancangan berterusan dan ancaman Israel” terhadap Freedom Flotilla, dan menegaskan bahawa Freedom Flotilla “akan terus berlayar dan sampai ke Tebing Gaza walau apa pun kesukaran yang terpaksa dihadapi”, dan turut mengingatkan masyarakat antarabangsa untuk menghentikan kekejaman lanun Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Menyamar: Senjata Ampuh Tangkap Aktivis Palestin

Khamis, 30/06/2011 – Terdapat pihak yang menyamar, pura-pura berdemonstrasi bersama warga Palestin. Ia bertujuan untuk mengacau, menangkap atau menganiaya mereka yang berdemonstrasi di Al-Quds terjajah. Dan hal ini ia berlaku hampir setiap hari.

Walaupun sebahagian warga Palestin mengetahui tipu daya yang dilancarkan pasukan khas Zionis ini, namun oleh kerana penyamar zionis terlalu ramai hingga menyulitkan para aktivis Palestin untuk mengenalinya. Ini menyebabkan ramai diantara orang Palestin yang ditangkap tentera Zionis.

Dalam tindakannya untuk menentang perjuangan Palestin dan mengejar para aktivis, tentara Zionis menggunakan pelbagai cara, sama ada dengan menggunakan cara yang lama mahupun yang baru. Menyamar adalah salah satu cara Zionis yang ampuh untuk menangkap para aktivis Palestin. Mereka terus mengembangkan usaha penyamaran ini, setelah mereka belajar dari kesalahan atau kegagalan sebelumnya.

Seorang pejuang Hak Asasi Manusia Al-Quds, Muhammad Abdurrahman berpendapat, tindakan menyamar ini merupakan bukti nyata tentang “logik jahat” Israel yang telah keluar dari semua undang-undang kemanusiaan. Orientasinya adalah menangkap para aktivis Palestin ketika melakukan aksi demonstrasi. Pada ketika yang sama mereka membunuh para buruan yang dicari secara kejam, seperti berlaku kepada para aktivis intifadah Al-Aqsa.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Abu Marzouk: Kami menolak syarat-syarat Israel dalam rundingan pertukaran tahanan

Khamis, 30/06/2011 – Timbalan biro politik Hamas, Dr Mousa Abu Marzouk berkata bahawa gerakan tersebut telah menolak tawaran tidak adil yang disampaikan oleh perantara Jerman mengenai rundingan pertukaran tahanan kerana perantara itu mengikut telunjuk Israel.

Beliau memberitahu akhbar London, al-Hayat yang disiarkan pada Ahad bahawa Gerhard Conrad mengambilkira syarat-syarat kerajaan penjajah Israel yang disifatkannya sebagai tidak adil dan tidak saksama.

Beliau turut menambah bahawa syarat-syarat ketat yang dikenakan Israel tidaklah menghairankan namun beliau tidak dapat menerima tindakan perantara German itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel desak Greece hentikan konvoi Gaza

Khamis, 30/06/2011 – Penganjur Freedom Flotilla II telah mengesahkan armada kapal Gaza akan belayar untuk menghantar bantuan yang diperlukan dalam tempoh beberapa hari lagi walaupun Israel memberi tekanan kepada Greece untuk menghalangnya.

Seorang anggota pengasas konvoi Kempen Eropah untuk menamatkan serangan ke atas Gaza semalam berkata Greece yang mendapat tekanan daripada Israel telah menjalankan usaha-usaha diplomatik untuk menggagalkan konvoi tersebut. Kenyataan itu berkata Greece telah mengambil langkah-langkah untuk menyukarkan misi dengan dua syarikat insurans kapal telah menarik balik tawaran insurans disebabkan tekanan Israel itu.

Sumber dari ECESG yakin penganjur mampu melepasi halangan dan ia hanya akan meningkatkan semangat mereka untuk memenuhi tugas kemanusiaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz