Rabu, 15-04-2020 – Pusat Maklumat Wadi Hilwen mengesahkan bahawa terdapat 19 kes Koronavirus yang didaftarkan di daerah Silwan, Baitulmaqdis.
Kes-kes tersebut dilaporkan berlaku dan talah didaftarkan di kawasan kediaman berbeza di Silwan hasil usaha pusat maklumat itu yang dibuat baru-baru ini.
Sebaliknya, pihak rejim, Israel bertindak menolak dari memberi kebenarkan pada pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk menghulur bantuan kepada penduduk Palestin di Baitulmaqdis bagi mencegah wabak tersebut.
Rabu, 15-04-2020 – Timbalan Menteri dalam Negara Tawfiq Abu Na’eim telah memberi amaran tentang keadaan kesihatan di Semenanjung Gaza akibat pandemik coronavirus yang serius dan membimbangkan. Beliau menyuarakan kerisauan tentang sikap tidak berjaga-jaga oleh rakyatnya.
“Peratusan komitmen oleh para warga adalah tidak memuaskan walaupun kita telah memberi amaran agar tidak berkumpul di pasar, majlis perkahwinan dan majlis pengebumian,” kata Abu Na’eim dalam satu siaran temuramah oleh rangkaian satelit al-Aqsa pada Sabtu.
Walau bagaimanapun beliau menyuarakan kepuasan atas tindakan berjaga-jaga oleh pihak berkuasa di Gaza, menyatakan usaha mereka menunjukkan hasil positif dalam membendung penyakit itu daripada tersebar.
Rabu, 15-04-2020 – Ahli biro politik Hamas Mousa Dudeen menafikan sekeras-kerasnya bahawa Gerakan tersebut akan mencapai perjanjian pertukaran tahanan dengan pemerintahan rejim Zionis tidak lama lagi, dan menyifatkan laporan berita mengenai hal ini sebagai “tidak benar”.
Dalam hebahan berita pada hari Ahad, Dudeen menegaskan bahawa Gerakan tersebut belum nampak sebarang langkah serius di pihak kerajaan Israel dalam menangani isu ini, tetapi ia tetap mengalu-alukan sebarang usaha untuk merealisasikan perjanjian pertukaran tersebut.
Beliau mengulangi pendirian yang dibuat oleh ketua Hamas Yahya al-Sinwar di Gaza baru-baru ini tentang beberapa kompromi yang boleh dipersetujui dalam perjanjian baru berkaitan pertukaran tahanan, dengan syarat pihak Israel mengambil langkah-langkah praktikal mengenai isu tersebut.
Isnin, 13-04-2020 – Tentera rejim zionis pada Rabu merampas sebuah traktor miik seorang warga Palestin di bandar al-Shuyoukh utara Tebing Barat al-Khalil.
Aktivis anti pendatang Hasan Breijiya berkata dalam kenyataan akhbar yang rejim israel merampas sebuah traktor yang dimiliki warga Palestin Hamed al-Ababdeh ketika beliau sedang bekerja di ladangnya di bandar al-Shuyoukh.
Menurut Breijiya, rejim zionis merampas traktor al-Ababdeh’s dan mengarahkan beliau berhenti bekerja di ladangnya atas alasan tanah itu milik negeri.
Isnin, 13-04-2020 – Kementerian Kesihatan Palestin berkata bahawa makmal pusat di Semenanjung Gaza telah kehabisan bekalan bagi menjalankan proses ujian Coronavirus (COVID-19) menyebabkan sampel ujian terbiar.
Jurucakap kementerian itu, Ashraf al-Qudra berkata ketidakupayaan makmal menjalankan ujian Coronavirus menjadi cabaran baru kepada kementerian dalam usaha melawan pandemic tersebut.
Tambah beliau lagi, situasi seperti yang berlaku itu boleh melewatkan lagi tempoh pengasingan bagi beratus rakyat yang dikuarantin setelah mereka memberi sampel darah untuk diuji.
Isnin, 13-04-2020 – Ketua Biro politik Hamas Ismail Haneyya menegaskan penentuan pergerakannya untuk membuahkan pembebasan tahanan Palestin dalam rangka perjanjian pertukaran baru jika pihak Israel memberi respon terhadap permohonannya.
Ini berlaku dalam perbualan telefon antara Haneyya dan Mikhail Bogdanov, timbalan menteri luar negeri Rusia.
Pemimpin Hamas telah membincangkan berkenaan isu-isu Rusia yang berbeza yang berkaitan dengan perkembangan pandemic koronavirus.
Isnin, 13-04-2020 – Ketua Sekretariat Persidangan Popular Palestin Luar Negara (PCPA) telah merayu kepada pihak berkuasa Saudi untuk membebaskan rakyat Palestin dan Jordan yang kini berada di penjara serta menggesa untuk dihentikan semua proses kehakiman terhadap mereka.
Dalam kenyataan akhbar, Ketua Sekretariat PCPA menyeru agar dilepaskan ahli kanannya, Mohamed al-Khudari dan anggota Jawatankuasa Umum PCPA, Hani al-Khudari (doktor), Ameen al-Assar (jurutera) dan Abdul-Rahman Farhanah (wartawan).
Berikutan penyebaran coronavirus, Sekretariat tersebut menyatakan harapan agar rayuannya mendapat respon positif dari pihak berkuasa Saudi.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Isnin, 13-04-2020 – Kementerian Kesihatan Palestin, Khamis (9/4) mengumumkan tidak ada kes baru virus Corona di Palestin.
Sewakru sidang akhbar yang diadakan di Ramallah, Ketua Pengarah Perawatan Primer Kementerian, Kamal Al-Shakhra mengatakan, jumlah suspek Corona adalah seramai 263 orang hingga hari ini. 44 orang di antaranya telah pulih.
Beliau menyatakan, 89 pesakit adalah para pekerja, 29 penggunjung dan 40 para petugas pelancongan serta seorang tahanan dan seorang staf perubatan.
Al-Shukrah menyatakan, jumlah ujian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan sejak wabak epidemik berjumlah sekitar 16000 kes.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Isnin, 13-04-2020 – Paderi Atallah Hanna menuduh pihak berkuasa rejim Zionis mengeksploitasi kemelut pandemik Coronavirus yang sedang dihadapi oleh masyarakat antarabangsa dan Palestin untuk menjalankan aktiviti penempatan haram baru secara sulit di kawasan-kawasan terjajah, terutama di Baitulmaqdis.
“Seluruh dunia sedang sibuk dengan pandemik dan masyarakat Palestin sedang berusaha untuk membendung dan menghapuskan virus ini walaupun dengan kekangan yang mereka hadapi, tetapi pihak berkuasa rejim Zionis mengambil kesempatan terhadap kesibukan tersebut dan bekerja keras untuk melaksanakan projek-projek penempatan haram dan dasar-dasar perkauman yang menyasarkan bandar Baitulmaqdis khususnya dan keseluruhan tanah Palestin amnya,” kata Hanna, Uskup Agung Gereja Ortodoks Palestin di Tanah Terjajah Baitulmaqdis, dalam satu kenyataan pada hari Khamis.
Paderi Hanna mendesak masyarakat Palestin, yang sedang sibuk memerangi Coronavirus dan kesan-kesannya, untuk berwaspada terhadap kegiatan penempatan haram Israel yang berlaku pada tahap yang tidak pernah terjadi sebelumnya di Baitulmaqdis.
Jumaat, 10-04-2020 – Sejumlah warga Palestin dilaporkan cedera selepas pendatang haram Yahudi yang mendapat perlindungan tentera rejim Israel menyerang mereka. Kejadian berlaku berdekatan bandar al- Shuyoukh, timur laut bandar al-Khalil, Tebing Barat.
Kata sumber tempatan, pertempuran ganas antara warga Palestin dengan pendatang haram itu berlaku di atas tanah milik penduduk Palestin dekat bandar al-Shuyoukh.
Tentera dengan dibantu unit Anjing pasukan polis rejim kemudian datang bagi memberi pelindungan kepada pendatang dan menembak gas pemedih mata serta bom pemengsan ke arah warga Palestin. Sebilangan dari mereka mengalami sesak nafas dan terpaksa dirawat di situ juga.
Jumaat, 10-04-2020 – Seorang nelayan Palestin cedera pada pagi Rabu apabila tentera laut rejim melepaskan tembakan ke arah bot nelayan Palestin di perairan Gaza.
Jawatankuasa Nelayan Gaza menyatakan yang seorang nelayan bernama Ibrahim Abu Warda, 23, menderita cedera ditembak peluru getah apabila bot bersenjata Israel menyerang sekumpulan nelayan Palestin di utara luar pesisir Gaza.
Abu Warda, yang ditembak di lengan dan kaki dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nur idawati
Jumaat, 10-04-2020 – Polis rejim Zionis pada petang Rabu lalu telah menculik seorang pemuda Palestin dari rumahnya berhampiran Bab al-Huta di Kota Lama Baitulmaqdis.
Menurut saksi, pegawai polis Zionis menangkap Fouaad al-Shawish, 21 tahun, dari kediamannya dan telah membawannya ke suatu tempat yang tidak diketahui.
Polis Zionis hampir setiap hari melakukan kempen tangkapan di kawasan yang berbeza-beza di Kota Lama Baitulmaqdis dan sekitarnya.
Khamis, 09-04-2020 – Rejim Zionis Israel (IOF) pada petang Ahad menyerbu Masjid al-Dawa di kota Beit Hanina di timur laut Yerusalem, dengan alasan beberapa penduduk tempatan melanggar langkah-langkah kecemasan koronavirus dan bersolat di dalam Masjid.
Menurut sumber-sumber tempatan, IOF menghukum setiap jemaah 500 syikal dan Masjid Mu’addin 5,000 syikal.
Di al-Khalil, gerombolan pendatang Yahudi ekstremis di bawah perlindungan ketenteraan menyerang rumah warga Palestin yang dipanggil Mufid al-Shirbati di Jalan Al-Shuhada di Old City, yang ditutup selepas pembunuhan masjid Ibrahimi tahun 1994.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada
Khamis, 09-04-2020 – Polis rejim Israel pada pagi Ahad menculik The Israeli occupation police on Sunday morning Datuk Bandar Baitulmuqaddis Adnan Ghaith dari kediamannya di daerah Silwan, selatan Masjid Aqsa di kota suci itu.
Menurut sumber tempatan, polis dan pegawai perisikan rejim menyerbu dan menggeledah kediaman Ghaith dan menahan beliau tanpa alasan yang kukuh.
Ghaith telah ditahan dan disoal siasat beberapa kali sejak menjadi Datuk Bandar Baitulmuqaddis. Beliau turut dilarang daripada memasuki Tebing Barat dan berhubung dengan sesetengah orang.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nur idawati
Khamis, 09-04-2020 – Rejim Zionis Israel sekali lagi bertindak menyembur racun rumput ke atas kawasan tanah pertanian berdekatan pagar sempadan, timur Bandar Gaza.
Petani tempatan dari al-Zeitoun dan Johr al-Dik di kawasan Bandar Gaza melaporkan bahawa kapal terbang kegunaan pertanian rejim telah menyembur racun kimia ke atas tanah yang ditanam dengan Gadum, Barli, Jagung, Bendi, Sayur Molokhia dan lain-lain jenis tanaman serta menjelaskan bahan kimia yang disembur itu telah menyebabkan kerosakkan secara meluas ke atas tanaman mereka.
Kata petani itu lagi, perbuatan rejim Israel itu menyebabkan mereka mengalami kerugian besar dari segi wang ringgit dan telah meracuni tanah serta persekitaran kawasan pertanian itu.