Categories
Berita Semasa

COVID-19: 7 Kematian, 976 Kes Baharu di Palestin Dalam Tempoh 24 Jam

Selasa, 17-11-2020 – Kementerian kesihatan Palestin pada hari Ahad melaporkan tujuh kematian baharu yang berkaitan dengan COVID-19 (coronavirus), 976 ujian positif baru, dan 585 kes pulih di Tebing Barat, Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam terakhir.

Menurut laporan harian kementerian, lima dari mangsa baharu yang meninggal dunia akibat virus itu berasal dari kawasan yang berlainan di Tebing Barat, dan dua dari Semenanjung Gaza.

39 pesakit COVID-19 yang tenat dilaporkan menerima rawatan intensif di hospital, dan 10 daripadanya telah ditempatkan di bawah alat bantuan pernafasan.

87.5 peratus daripada jumlah kes telah pulih dari penyakit ini, sementara kadar kes aktif telah mencapai 11.6 peratus dan kadar kematian adalah 0.9 peratus dari jumlah kes, menurut data yang dikemas kini oleh kementerian hari ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis mengeluarkan tender untuk 1,257 kediaman di Timur Baitulmuqaddis

Selasa, 17-11-2020 – Rejim Zionis (IOA) pada Ahad mengeluarkan tender untuk pembinaan 1,257 unit rumah pendatang Yahudi di timur Baitulmuqaddis.

Menurut Peace Now, rumah pendatang baru akan dibina di penempatan haram di tenggara Baitulmuqaddis.“Ini merupakan satu tamparan hebat ke atas keamanan dan kemungkinan penyelesaian dua negara.

Kerajaan Netanyahu-Gantz government telah ditubuhkan untuk menentang coronavirus tetapi mengambil kesempatan pada minggu-minggu terakhir pentadbiran Trump bagi meletakkan asas yang akan susah untuk dihilangkan bagi mencapai keamanan,” Peace Now memberi amaran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Haniyeh: Pembebasan tahanan adalah proriti

Selasa, 17-11-2020 – Ketua Biro Politik hamas, Ismail Haniyah menegaskan bahawa pembebasan tawanan masih dan tetap menjadi agenda utama gerakan Hamas. Beliau berjanji akan berusaha mengakhiri penderitaan mereka dan membebaskan mereka semua dari penjara tahanan Israel.

Hal tersebut di sampaikan oleh Haniyeh menerusi perbualan talipon dengan Samer Yahya Muhammad Darwish (46 thn) dari Nablus yang baru debebaskan dari penjara penjajah Zionis Israel. Samer mengikuti tahanan penjara selama 19 tahun.

Haniyah menyampaikan ucap selamat beliau dan memuji ketabahan Samer mendepani kezaliman dan siksaan tentera zionis sepanjang beliau berada di penjara. Siksaan melangkaui norma dan hokum antarabangsa. Penderitaan bukan sahaja di hadapi Samer, tapi turut di tanggung keluarga.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Puluhan pendatang mencemarkan Masjid Aqsa

Isnin, 16-11-2020 – Puluhan pendatang Yahudi pada pagi Isnin mencemarkan Masjid Aqsa di Baitulmuqaddis dengan dikawal polis.

Menurut sumber tempatan, polis rejim Israel menutup Pintu al-Maghariba masjid setelah 83 pendatang berkeliaran di dataran pada waktu pagi. Sejumlah pendatang dilaporkan melakukan ibadat pada waktu pagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Warga emas Palestin berusia 77 tahun dipukul.

Isnin, 16-11-2020 – Pasukan penjajah Israel Zionis (IOF) pada pagi Khamis menyerang secara fizikal seorang lelaki tua Palestin ketika dia memetik zaitun di bandar Beit Ummar, di utara al-Khalil.

Aktivis media tempatan, Mohamed Awad mengatakan bahawa tentera Zionis bertindak kejam dan memukul Mohamed Al-Salibi yang berusia 77 tahun ketika dia mengumpulkan zaitun dari kebunnya di kawasan berhampiran penempatan haram Bat Ayin, yang dibina di atas tanah yang diramapas dari bandar Beit Ummar.

Awad menjelaskan bahawa askar-askar itu mengganggu Salibi dan memerintahkannya untuk meninggalkan kebunnya sendiri, tetapi setelah dia enggan, mereka mula memukulnya dengan senapang dan memaksanya untuk meninggalkan daerah itu selepas diacu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Lima kematian akibat korona, 823 kes baru di Palestin dalam tempoh 24 jam

Isnin, 16-11-2020 – Kementerian kesihatan Palestin melaporkan lima kematian baru yang berkaitan dengan COVID-19 (coronavirus) dan 823 ujian positif baru di Tebing Barat, Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam.

Menurut laporan harian kementerian itu, tiga daripada mangsa baru yang meninggal akibat virus tersebut berasal dari kawasan yang berlainan di Tebing Barat,dan dua dari Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza.

40 pesakit COVID-19 yang sakit teruk dilaporkan menerima rawatan intensif di hospital, dan 11 daripadanya telah ditempatkan di ventilator.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

7 Pemuda di tangkap dan puluhan tercedera dalam pertembungan dengn penduduk penjajah

Isnin, 16-11-2020 – Pasukan pendudukan penjajah Israel telah menangkap sekurang kurangnya 7 pemuda Palestine dalam satu pertembunganyang berlaku dekat pintu masuk utara kota al-Bireh.

Menurut saksi dan beberapa orang wartawan yang berada di tempat kejadian, pasukan penduduk penjajah Israel telah memulakan serangan serta menangkap 7 orang pemuda Palestin.

Di laporkan pasukan penduduk penjajah Israel yang berada di pos kawalan tentera diPemukiman Yahudi Beit-El telah menembak gas pemedih mata dan peluru getah setibanya pemuda palestin di pos kawalan tersebut, mengakibatkan ramai pemuda yang mengalami sesak nafas dan cedera.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis meratakan tanah Palestin, memusnahkan rangkaian perairan di al-Khalil

Jumaat, 13-11-2020 – Rejim Israel (IOA) pada Selasa meratakan sejumlah besar tanah milik Palestin di bandar ad-Dhahiriya dan Idhna, selatan al-Khalil.

Menurut sumber tempatan, jentolak Israel dan kenderaan berat menyerbu bandar al-Dhahiriya dan meratakan tanah di kawasan ash-Shuweika.

Tanah yang diratakan itu dimiliki warga Palestin dari keluarga al-Jabareen dan ia akan digunakan untuk membina jalan bagi pendatang Yahudi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Perisikan Israel tahan bekas menteri Palestin.

Jumaat, 13-11-2020 – Perisikan rejim Israel menahan bekas menteri Hal Ehwal bagi Baitulmaqdis, Khaled Abu Arafeh selepas dipanggil untuk soal siasat.

Ketua Jawatankuasa bagi Keluarga Tahanan untuk Baitulmaqdis, Amjad Abu Asab berkata Shin Bet memanggil beliau ke pejabat tentera penjara Offer untuk siasatan lanjut dan kemudian menahan beliau tanpa sebab diberi.

Abu Arafeh telah ditahan dan dipenjara beberapa kali sebelum ini. Beliau telah diarah keluar dari Baitulmaqdis, kota kelahirnya selepas dibebaskan pada 2014.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

Kamal Abu Waer meninggal di penjara Israel

Jumaat, 13-11-2020 – Tawanan Kamal Abu Waer (46 tahun) syahid di penjara Israel pada Selasa malam. Di maklumkan Abu Waer meninggal akibat jangkitan virus corona ketika pemindahannya dari penjara Gilboa. Di katakan juga pengurusan penjara sengaja melambat-lambatkan rawatan kepada tahanan.

Abu Waer telah menderita komplikasi kesihatan yang panjang. Mengidap kanser tekak sejak setahun lalu, menjalani pembedahan memasang tiub makanan melalui lubang perut, dan kemudian di pindahkan ke Klinik Penjara Ramala yang terkenal dengan panggilan “Ruma Penyembelihan’ oleh para banduan. Abu Waer menderita secara berterusan sehingga mengalami susut badan yang sangat banyak dan menjadi sangat kurus.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Peace Now: Penempatan Israel berkembang pesat ketika pemerintahan Trump

Khamis, 12-11-2020 – Kumpulan hak asasi Peace Now, berkata yang pemerintahan Donald Trump membenarkan peningkatan pembinaan dan perancangan penempatan serta cuba memastikan pengilhakan Israel Tebing Barat.

“Sepanjang empat tahun Donald J. Trump’s memegang jawatan, terdapat perubahan besar dalam pendirian Amerika terhadap penempatan Israel yang telah melanggar persetujuan antarabangsa tentang penyelesaian dua negara. Ini seterusnya menggalakkan pengilhakan,” Peace Now menyatakan di laman sesawangnya pada Isnin.“Proses pengilhakan yang tidak sah itu telah mencapai peringkat tinggi melalui kelulusan unitpenempatan, pelanggaran undang-undang antarabangsa di kawasan sensitif seperti Baitulmuqaddis dan Hebron serta pembinaan lebih 30 kem.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Suwaidan Seru Boikot Syarikat Arab Yang Ada Hubungan Dengan Israel

Khamis, 12-11-2020 – Cendikiawan Islam Kuwait, Tariq as-Suwaidan menyeru supaya syarikat-syarikat dan entiti-entiti komersil Arab yang menjalinkan hubungan dengan rejim Israel diboikot supaya mereka mengalami kerugian besar.

Ini telah disuarakan dalam simposium maya yang dianjurkan pada hari Isnin lalu oleh Liga Emirat Menentang Normalisasi dengan tajuk “Pentingnya memboikot produk entiti Zionis dan penyokongnya.”

Suwaidan menekankan pentingnya memboikot syarikat Arab yang kerajaannya menjalin hubungan dengan negara penjajah untuk membuktikan kepada mereka bahawa normalisasi akan menyebabkan kehancuran mereka.

Beliau menggesa agar diadakan senarai semua syarikat yang memiliki hubungan dengan Israel supaya mereka dapat diboikot, dengan menekankan bahawa negara-negara Islam mampu melakukan perubahan jika memiliki keazaman yang kuat.

Pemikir Kuwait itu juga menyarankan untuk menggunakan platform media sosial Arab untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya memboikot Israel dan penyokongnya, dan menganggap kempen boikot sebagai senjata paling kuat di tangan mereka yang menolak normalisasi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Kailah: 14 kematian akibat korona dan 660 kes baharu di Palestin dalam tempoh 24 jam

Khamis, 12-11-2020 – Mai Al-Kailah, Menteri Kesihatan Palestin, mengumumkan bahawa 14 kematian, 660 kes baharu coronavirus, dan 588 pemulihan telah dicatatkan
selama 24 jam terakhir setelah melakukan 4.731 pemeriksaan di Tebing Barat, Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza.

Kailah menyatakan dalam laporan epidemiologi harian koronavirus bahawa sembilan kematian dicatatkan di Tebing Barat, tiga di Gaza, dan dua di Baitulmaqdis.

Dia menyatakan bahawa kematian disebarkan seperti berikut: lapan lelaki berusia antara 45 dan 89 tahun, dan enam wanita berusia antara 16 dan 88 tahun.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nurul

Categories
Berita Semasa

6 kematian Corona, 680 kes baru di Palestin dalam tempoh 24 jam.

Rabu, 11-11-2020 – Menteri Kesihatan Palestin, Mai Al-Kailah memaklumkan pada hari Isnin, terdapat 6 kematian, 680 kes baru dan 470 kes sembuh telah dikesan dalam tempoh 24 jam. 

Kailah menyatakan dalam laporan epidemiological Corona terdapat 5 kematian direkodkan di Tebing Barat, seorang lelaki dari Al Samou, seorang wanita berumur 53 tahun, seorang lelaki dari Ramallah dan seorang lelaki dari Mazraa Al Qibliya dan juga seorang lelaki dari Beituniya. 

Jumlah kes baru adalah mengikut kawasan kawasan berikut: Al-khalil (82) , Nablus (132), Bethlehem ( 54) , Qalqilya ( 15) , Ramallah dan AL-Bireh ( 41 ) , Jenin ( 36) , Jericho dan Al-Aghwar ( 5) , Salfit ( 4) , Tulkarem ( 23) , Tubas ( 6) , Semenanjung Gaza ( 270) dan kawasan pinggiran Jerusalem ( 12 ). 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Pendatang memasang kem penempatan baru di timur Ramallah

Rabu, 11-11-2020 – Pada Ahad, para pendatang Yahudi mula memasang kem penempatan baru di tanah Palestin di Ras at-Teen di timur kota Ramallah.

Menurut saksi mata, para pendatang menjalankan aktiviti meratakan tanah dan memasang khemah-khemah untuk mereka di kawasan itu.

Ras at-Teen merupakan komuniti desa Palestin dan memiliki sekolah rendah yang akan dibina menggunakan dana Eropah, tetapi tentera rejim memaklumkan warga tempatan tentang rancangannya untuk memusnahkannya segera dengan alasan ia merupakan pembinaan tidak berlesen.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati