Categories
Berita Semasa

Haneyya: Hamas Tolak USD 15 Billion Ganjaran Menamatkan Perjuangan

Rabu, 29-07-2020 – Hamas menolak tawaran USD15 billion untuk menamatkan, menyerahkan Jerusalem dan mengasingkan Gaza dari seluruh Palestin, kata Ismail Haneyya, ketua biro politik Hamas.Dalam wawancara dengan laman web Qatar pada hari Isnin, Haneyya mengatakan bahawa pakej perjanjian itu membayangkan pelancaran projek infrastruktur utama seperti pelabuhan laut, lapangan terbang dan lain-lain di Semenanjung Gaza.

Beliau menambah bahawa pihak-pihak yang mengemukakan rancangan itu meminta balasan untuk menggabungkan sayap bersenjata Gerakan dalam pasukan polis Palestin setelah melucutkan senjata, menyerahkan Jerusalem dan mentadbir Semenanjung Gaza secara berasingan.

Pemimpin Hamas menegaskan bahawa Gerakannya tidak akan  menerima apa yang disebut “Kesepakatan Abad” atau rancangan serupa lainnya.”Kami ingin mengakhiri pengepungan di Gaza dan memiliki pelabuhan laut,lapangan terbang dan projek lain tetapi hanya sebagai hak untuk penduduknya dan bukan sebagai balasan untuk melucutkan senjata atau pendirian politik tertentu,” tegas Haneyya.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

4 kematian terbaru, 330 kes terbaru di Palestin dalam 24 jam.

Rabu, 29-07-2020 – Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah mengatakan bahawa pada hari Ahad bahawa terdapat empat kematian terbaru yang berkait dengan virus Covid-19, 330 kes positif yang terbaru dan 470 masih dalam rawatan di kawasan Palestin sepanjang 24 jam yang terakhir.

224 kes terbaru ini direkodkan di wilayah Baitulmaqdis di al-Khalil, 3 di Ramallah dan al-Bireh, 8 di Tulkarem, 4 di Bethlehem, 14 di Jenin, 20 di Dablus, 11 di Jericho dan 6 di Qaqilya.

Menurut laporan harian kementerian, kadar pemulihan di kalangan pesakit Covid-19 di Tebing barat dan Baitulmaqdis telah meningkat kepada 36 peratus, kadar kes aktif pula telah menurun sehingga 53.4 peratus dan kadar kematian masih stabil dibandingkan dengan jumlah kes baru iaitu 0.6 peratus.

Oleh itu, jumlah kes aktif telah menurun kepada 8,320, sementara jumlah pesakit yang pulih telah meningkat menjadi 4,726 dan jumlah kematian meningkat kepada 78 orang.

12 daripada pesakit Covid-19 berada dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan perubatan intensif dan dua yang lain menggunakan bantuan alat pernafasan, menurut laporan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menculik dua ahli parlimen, dan beberapa warga lain di Tebing Barat

Selasa, 28-07-2020 – Tentera rejim Israel (IOF) pada subuh Ahad menculik ahli parlimen Palestin Hatem Qafisheh dan Nayef al-Rajoub dari kediaman mereka di al-Khalil.

Menurut sumber tempatan, Qafisheh telah diculik dari Bandar al-Khalil dan al-Rajoub dari Bandar Dura, barat daya al-Khalil.

Tiga pemuda pula telah diculik oleh IOF di Qalqilya. Mereka dikenali sebagai Mohamed Yassin, Wisam Hamada dan Wajdi al-Shanti.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Berpuluh pendatang Yahudi ceroboh Masjidil Aqsa.

Selasa, 28-07-2020 – Berpuluh-puluh pendatang Yahudi didapati telah menceroboh masuk dan berkeliaran di kawasan perkarangan Masjidil Aqsa dengan diiringi anggota polis rejim Israel.

Menurut sumber berita, sekumpulan pendatang haram Yahudi dilihat berjalan-jalan di sekitar halaman masjid dan ada antara mereka yang membaca doa dalam bahasa Yahudi dengan suara kuat di hadapan pintu Maghariba.

Masjid al-Aqsa semakin kerap diceroboh pendatang Yahudi dan polis Israel samada pada waktu pagi atau petang setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

25 Tahanan Palestin Selesaikan Pengajian Universiti di Dalam Penjara

Selasa, 28-07-2020 – 25 tahanan Palestin di penjara Israel berjaya menyelesaikan masa kuliah universiti dari dalam penjara. Rata-rata mereka mendapat ijazah sarjana dari Universiti Terbuka Al-Quds untuk tahun akademik 2019/2020.

Pihak Otoriti Urusan Tahanan dan bekas tahanan, dalam siaran akhbar hari ini, (26/7) mengatakan, Program Pendidikan bagi para Tahanan di penjara Israel sebagai hasil daripada pejanjian kesefahaman yang ditandatangani antara Jabatan Pendidikan Tinggi, Otoriti Tahanan Israel dengan Universiti Terbuka Al-Quds.

Jawatankuasa itu menjelaskan, pengajaran ketika ini sedang berlangsung di enam penjara, iaitu: penjara Negev, Raymond, Eshel, Gilboa, Nafha, dan Ashkelon.

Pihak Jawatankuaas menambah, usaha yang tak henti-henti dilakukan staf otoriti tahanan dan Universiti Terbuka Al-Quds untuk memberikan kesempatan kepada para tahanan wanita di kem tahanan Damona untuk menyelesaikan kulian mereka dan mendapatkan ijazah sarjana.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menculik kanak-kanak perempuan Palestin berhampiran kampung Tebing Barat

Selasa, 28-07-2020 – Regim Zionis Israel (IOF) pada petang Sabtu menculik seorang kanak-kanak perempuan Palestin berhampiran kampung Nazlet Zeid, di barat daya Jenin.

Menurut sumber tempatan, IOF menculik Rima al-Kilani yang berusia 16 tahun di pusat pemeriksaan tentera berhampiran kampung yang dikenali sebagai Umm al-Rayhan.

Ayahnya, Abdul-Fattah al-Kilani, mengatakan bahawa IOF membawa anaknya ke pusat soal siasat di dalam penempatan Ariel dan kemudian memanjangkan penahanannya selama empat hari setelah membuat tuntutan palsu terhadapnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Tahan Pemuda Palestin Berdekatan Bethlehem

Selasa, 28-7-2020 –  Petang Ahad lalu Rejim Zionis telah menahan seorang pemuda Palestin berhampiran Bethlehem kerana didakwa cuba mencuri senjata askar Israel.

Saluran TV 12 Israel mendakwa bahawa seorang pemuda Palestin cuba merampas pistol askar Israel berhampiran penempatan Gush Etzion di selatan Bethlehem.

Pemuda Palestin berkenaan telah ditahan dan dibawa ke sebuah destinasi yang tidak diberitahu.

Tidak ada maklumat lebih lanjut yang diumumkan mengenai kejadian tersebut mahupun identiti tahanan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Pasukan Israel menyerang nelayan dan petani Palestin di Gaza

Isnin, 27-07-2020 – Kapal perang Israel melepaskan tembakan amaran dan membuka meriam air terhadap kapal nelayan Palestin di kawasan pantai Gaza pada hari Rabu pagi.

Sumber tempatan mengatakan bahawa kapal senjata Israel melepaskan tembakan ke kapal nelayan Palestin ketika bekerja tiga batu nautika dari laut Gaza barat laut memaksa mereka kembali ke darat.

Sementara itu, tentera zionis Israel melepaskan tembakan senapang dan tabung gas pemedih mata ke arah petani Palestin ketika mereka merawat tanah mereka di sebelah tenggara kota Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel Manfaatkan Corona untuk Menguasai Masjid Ibrahimi di Hebron

Isnin, 27-07-2020 – Anggota Dewan Legislatif Palestin dari kota Hebron, Syaikh Nayef Al-Rajoub, menegaskan bahawa penjajah Israel sedang memanfaatkan peluang untuk mencapai matlamat dan memperkuat cita-cita mereka.

Dalam sebuah pernyataan akhbar seperti dipetik oleh Freedom News, Rajoub menjelaskan bahawa penduduk penjajah Israel memanfaatkan kesibukan dunia yang sedang menghadapi pandemik Corona untuk memaksakan realiti baharu di Masjid Ibrahimi di Hebron, wilayah selatan Tebing Barat.

Rajoub menambah bahawa kejayaaj pendudukan penjajah Israel dalam memotong sebahagian dari Masjid Ibrahimi untuk dijadikan  kafetaria untuk penduduk pendatang Yahudi akan membuka pintu yang luas untuk menguasai seluruh masjid Ibrahimi. Beliau menyatakan bahawa setiap kejayaan penjajah Israel di Hebron akan membuka selera orang-orang Yahudi ke Masjid Al-Aqsa yang mereka sebut sebagai Temple Mount.

Rajoub memperingatkan dunia Arab dan Islam bahawa kurangnya perhatian dan ketidakpedulian mereka berkaitan kejahatan Israel terhadap masjid Brahimi akan membuat mereka menyesal kemudian hari.

Rajoub menyeru umat Islam untuk menyedari hari ini sebelum esok, bahawa Masjid Al-Aqsa dan Masjid Ibrahimi berada dalam bahaya nyata.

Perlu dicatat bahwa kumpulan penduduk pendatang Yahudi telah mendirikan kafetaria untuk mereka di halaman Masjid Ibrahimi minggu lalu. Mereka terus bekerja untuk merebut kawasan masjid sebagai bahagian dari proses Yahudinisasi.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Pendatang Israel membakar tanah pertanian Palestin di Nablus

Isnin, 27-07-2020 – Sekumpulan pendatang Israel pada petang Selasa membakar sejumlah besar tanah Palestin di Kampung Madama, Tebing Barat daerah Nablus.

Saksi mata melaporkan kebakaran tersebut memusnahkan puluhan pohon zaitun dimiliki oleh warga Palestin di Madama dan perkampungan berdekatan.Mereka menyatakan yang tentera rejim Israel sengaja mengganggu kru pertahanan awam Palestin yang berkejar ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran dan melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel roboh rumah warga Palestin di Baitulmaqdis.

Isnin, 27-07-2020 – Rejim zionis Israel bertindak meroboh sebuah rumah yang sedang dibina warga Palestin di kampung Jabal al-Mukabber, selatan Baitulmaqdis.

Sumber tempatan melaporkan bahawa rumah berkeluasan 90 meter persegi itu kepunyaan warga Palestin, Saif en-Din Jom’a.

Menurut Jawatankuasa Menentang Pembinaan Tembok Sempadan dan Penempatan Yahudi, rejim Israel telah menjalankan 313 operasi meroboh sejak bermulanya tahun 2020 di mana 54% darinya dilakukan di wilayah Baitulmaqdis dan al-Khalil.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Keluarga menuntut pembebasan tahanan yang menghidap barah

Isnin, 27-07-2020 – Keluarga tahanan berusia 20 tahun, Mohammed Salah ed-Din, meminta pembebasan segera anak mereka yang tahap kesihatannya semakin teruk akhir-akhir ini di penjara Israel.

Keluarga tersebut menyatakan bahawa mereka bimbang nyawa Mohammed dipertaruhkan memandangkan pengabaian perubatan yang disengajakan oleh Penjara Israel.

Mereka menuntut agar Mohammed segera dibebaskan dari penjara Israel dan diizinkan menjalani rawatan perubatan yang sepatutnya kerana
hanya tinggal beberapa bulan dalam tempoh dua tahun penjara.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Seorang tahanan pesakit kanser yang dijangkiti virus berada dalam keadaan serius

Khamis, 23-07-2020 – Persatuan Tahanan Palestin (PPS) berkata, seorang tahanan pesakit kanser yang disahkan positif coronavirus Kamal Abu Wa’ar ditahan di Pusat Kesihatan Assaf Harofeh Israel berada dalam keadaan serius.

PPS berkata, tiada maklumat yang cukup tentang keadaan kesihatan Abu Wa’ar’.

Perkhidmatan Penjara Israel cuma mendedahkan yang beliau sedang diintubasi and akan terus tidur selama beberapa hari kesan ubat yang diambil. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi membuka kafeteria di Masjid Ibrahimi

Khamis, 23-07-2020 – Regim Zionis Israel (IOA) membenarkan pendatang Yahudi membuka kafetaria di Masjid Ibrahimi di Kota Lama al-Khalil.

Menurut sumber tempatan, puluhan pendatang berbondong-bondong ke kafeteria di halaman masjid untuk menjual makanan dan minuman.

Pegawai tempatan percaya bahawa kafetaria adalah sebahagian dari langkah Israel yang bertujuan untuk meningkatkan kehadiran pendatang Yahudi ke masjid.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel Tangkap 7 Bekas Tahanan Palestin Dari Al-Quds

Khamis, 23-07-2020 – Pasukan Israel menangkap 7 pemuda Palestin, Khamis (16/7) petang setelah memburu dan mengepung kenderaan mereka.

Menurut sumber di Al-Quds, pihak perisikan Israel menangkap 7 bekas tahanan dari kota Al-Quds, setelah mengepung kenderaan mereka di kawasan bukit Perancis, Al-Quds tengah dan di jalan no 6 yang menghubungkan antara Al-Quds dan wilayah Palestin jajahan tahun 48.

Para bekas tahanan yang di tangkap dari Bukit Perancis adalah Salim al-Jabah, Uwais Hamadah, Hamzah Zaghir, Leo Nashirudin dan Umar Zaghir.

Pasukan Israel juga menangkap Yaqub Abu Ashab dan Amin Syuwaiki ketika mereka berdua melalui jalan no 6. Selain itu pihak perisikan Israel turut memanggil jurugambar dari Al-Quds, Ahmad Abu Shabih untuk sesi soalsiasat Ahad depan.

Laporan harian yang diterbitkan biro media Hamas di Tebing Barat menyatakan pasukan Israel meningkatkan aksi penangkapan terhadap warga Palestin di Tebing Barat dan Al-Quds sepanjang Jun 2020.

 Menurut laporan, pasukan Israel menangkap 478 warga Palestin sepanjang Jun lalu, dua kali ganda dari bulan sebelumnya dan majoriti yang ditangkap berasal dari kota Al-Quds.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman