Categories
Berita Semasa

Presiden Parlimen Eropah di Gaza

Rabu, 15/06/2011 – Presiden Parlimen Eropah Jerzy Buzek tiba di Jalur Gaza pada hari Isnin untuk melihat sendiri keadaan di sana.

Buzek dijadualkan untuk melawat masyarakat untuk orang pekak, pusat persediaan UNRWA, dan sekolah dalam pembinaan di barat bandar Gaza. Beliau juga dijadualkan untuk bertemu dengan pengusaha dan wakil masyarakat awam kemudian mengadakan pertemuan dengan pesuruhjaya UNRWA Awam,Filippo Grandi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Israel cari alternatif gas asli di luar pantai Gaza

Rabu, 15/06/2011 – Kementerian infrastruktur Israel Isnin lalu mengumumkan keputusan untuk mula terlibat dalam lapangan gas asli di luar pantai Semenanjung Gaza.

Langkah ini merupakan usaha untuk mencari alternatif sumber gas asli yang diimport dari Mesir yang terganggu berikutan beberapa siri letupan semasa revolusi yang melanda negara terbabit. Kementerian Infrastruktur telah mengarahkan syarikat Amerika, Noble Energy memulakan pembangunan lapangan gas asli di Utara Noa , dekat pantai Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Zionis-Israel terokai gas di pantai Gaza

Rabu, 15/06/2011 – Kementerian Infrastruktur Israel telah memutuskan untuk memulakan eksplorasi sumber gas yang baru di perairan Gaza. Ini berikutan kebimbangan Israel yang tidak akan dapat meneruskan import gas dari Mesir. , Senin (13/6) memutuskan untuk mulai mengekplorasi gas di salah satu ladang gas yang terletak di pantai Jalur Gaza. Kawasan yang dikenali sebagai Jurf Qari itu dianggarkan mempunyai sebanyak 1.2 bilion meter kubik simpanan gas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ateed

Categories
Berita Semasa

Fayyad menyatakan Fischer adalah orang terbaik untuk memimpin IMF

Rabu, 15/06/2011 – Perdana Menteri Palestin di Ramallah, Salam Fayyad menyatakan sokongannya kepada pengarah Bank Israel iaitu Stanley Fischer untuk memimpin Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Beliau mengatakan bahawa “Stanley adalah seorang manusia yang hebat dan akan menjadi pengarah urusan yang hebat” setelah Fischer mengumumkan rancangannya untuk mencalonkan diri sendiri sebagai ketua IMF. Beliau juga menyatakan bahawa “sukar untuk mencari seseorang yang lebih berkualiti daripadanya”.

Menurut sumber, Fayyad pernah bekerja bersama dengan Fischer semasa bertugas sebagai pegawai senior di IMF, di mana mereka merupakan teman rapat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Hamas: Serangan ke atas Mansour menyebabkan usaha rundingan tergugat

Rabu, 15/06/2011 – Hamas mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas ahli parlimen Palestin Mona Mansour apabila perkhidmatan keselamatan Tebing Barat menggunakan kekerasan untuk menjejaskan perjumpaan aman menentang polisi penangkapan politik.

“Tindakan ini adalah perlanggaran terhadap imuniti para ahli parlimen serta serangan kepada kebebasan berekspresi dan menyuarakan pendapat serta protes aman yang merupakan hak asasi warga Palestin,” Hamas berkata dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Seorang pegawai Hamas mengulas insiden tersebut, “tindakan tersebut telah menjadi batu penghalang yang baru kepada rundingan damai kebangsaan yang ditandatangani di Kaherah pada bulan Mei”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis tahan gadis Palestin di sekatan jalan, 3 yang lain di Tebing Barat

Selasa, 14/06/2011 – Tentera rejim Zionis (IOF) menahan seorang gadis Palestin ketika sekatan jalan di Um al-Rihan, yang terletak di barat Bandar Jenin pada pagi Ahad lepas, kata saksi.

Menurut saksi, Kifah Emad Zeid, 20, sedang melalui sekatan itu bersama bapanya menju ke wilayah Palestin yang dijajah sejak 1948. IOF memberhentikan mereka selama 1 jam dan kemudiannya memberitahu bapa Kifah bahawa anaknya ditahan kerana kertas pengenalan dirinya adalah palsu. Walaubagaimanapun, bapanya menafikan perkara itu.

Dalam masa yang sama, beberapa anggota IOF meronda lorong-lorong di 3 buah kampung di barat Jenin. Tiada penangkapan dilaporkan di sini. Dalam kejadian yang lain, 2 orang rakyat Palestin ditahan oleh IOF di Bandar Baitullaham dan di sebuah
kampung yang terletak di timur Baitullaham. Seorang lagi pula ditahan di Beit Ummar yang terletak di utara Bandar Al-Khalil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

UNRWA: May merekodkan angka tertinggi kanak-kanak yang menjadi pelarian dalam pemusnahanTebing Barat

Selasa, 14/06/2011 – Sebuah laporan bulanan oleh Badan PBB mengenai Pelarian Palestin (UNRWA) menunjukkan rekod tertinggi jumlah pelarian kanak-kanak semasa aktiviti pemusnahan rumah Tebing Barat.

“Penghapusan rumah melihat seramai 67 kanak-kanak menjadi pelarian di negara sendiri dipindahkan pada bulan Mei. Ini merupakan angka bulanan tertinggi sepanjang tahun ini,” kata juru bicara UNRWA, Chris Gunness. Dia menambah lagi, ia terdiri daripada 64 orang di Daerah C dan 3 orang di Jerusalem Timur.

Laporan itu mengatakan bahawa kesulitan dalam mendapatkan lesen untuk membina bangunan telah memaksa rakyat Palestin untuk membina rumah tanpa kebenaran. Undang-undang zon hanya membolehkan pribumi Palestin membina hanya satu peratus daripada kawasan C di Tebing Barat dan 13 peratus daripada Baitulmuqaddis Timur.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Delegasi Britain akan menilai pembinaan penempatan dan pemisah Tebing Barat

Selasa, 14/06/2011 – Satu delegasi yang terdiri daripada ahli parlimen Britain dan organisasi – organisasi komuniti awam tiba pada Ahad di kawasan Qalqilya, Tebing Barat untuk mengumpul data tentang kesan pembinaan tembok pemisah dan penempatan terhadap warga tempatan Palestin.

Tugasan itu dilaksanakan setelah Perancis, German dan UK memberikan undi sokongan terhadap keputusan menentang aktiviti penempatan di Tebing Barat. Sejak ketibaan delegasi, mereka berkata telah memperolehi maklumat yang tidak diketahui sebelum ini. Mereka telah bertemu dengan beberapa pegawai tempatan serta para petani dalam satu perjumpaan yang diadakan di Organisasi Pemasaran Pertanian Qalqilya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Keluarga Jenin tahanan Rayuan untuk rawatan perubatan mendesak

Selasa, 14/06/2011 – Anggota keluarga tahanan Palestin, Ahmed Abul Rub berkata anak mereka yang ditahan di penjara Askalan, Israel berada dalam keadaan kesihatan yang sangat buruk dan boleh mati bila-bila masa.

Sabria Abul Rub , ibu tahanan dalam satu kenyataan akhbar berkata anaknya berumur 33 tahun itu tidak boleh berjalan lagi menggunakan kakinya dan sedang berjalan dengan bantuan tongkat. Ketika dia pertama kali ditahan, kesihatannya sangat baik dan tidak mengeluh dengan sebarang penyakit.

Dia berkata keadaannya mula semakin teruk setelah perkhidmatan penjara Israel menolak untuk memberikan rawatan yang sesuai sehingga dia mencapai tahap separa lumpuh.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Bencana kesihatan di Gaza, kabinet potong gaji untuk biaya keperluan

Isnin, 13/06/2011 – Kerajaan Palestin di Gaza telah memutuskan pada Rabu lepas untuk memotong 5% gaji kakitangan kerajaan bagi membeli keperluan perubatan yang sangat –sangat diperlukan di Gaza.

Satu laporan rasmi mesyuarat mingguan ada menyebut bahawa hospital-hospital di Gaza berhadapan dengan masalah serius kerana pihak berkuasa Palestin di Ramallah tidak menghantar bekalan perubatan ke Gaza.

Menteri kesihatan di Gaza, Dr. Basem Naim memberitahu wakil-wakil institusi penderma negara Arab dan antarabangsa serta kumpulan-kumpulan hak asasi manusia dalam satu perjumpaan tergempar yang diadakan pada Selasa lalu, bahawa separuh daripada
gudang simpanan kementeriannya telah kosong. Menurutnya lagi, sebanyak 178 jenis ubat dan 190 jenis ubat yang boleh dimakan telah tiada lagi dalam simpanan kementeriannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Hamas mengutuk pencerobohan provokatif Aqsa

Isnin, 13/06/2011 – Hamas telah mengutuk langkah-langkah provokatif oleh pelampau Yahudi yang menyerbu Masjid Al-Aqsa pada hari Selasa. Mereka bukan sahaja minum minuman keras di situ malahan memecahkan botol minuman keras itu di sekitar halaman tempat suci itu.

Kumpulan itu mengatakan dalam sebuah pernyataan baru bahawa pencerobohan dilakukan di bawah perlindungan tentera Israel. Tentera Israel turut mengancam untuk menangkap jamaah muslim yang melawan serangan itu. “Pasukan dan penceroboh itu adalah dalam rantai konspirasi melawan Baitulmuqaddis dan Masjid Al-Aqsa dan mereka akan dikecewakan oleh Allah dan sokongan dari ketekunan orang-orang kita yang ditempatkan [di sana] dan dengan sokongan daripada saudara-saudara kita dari Arab dan dunia Muslim.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Masjid di daerah Mughir di bakar

Isnin, 13/06/2011 – Zionis-Israel sekali lagi telah melanggar undang-undang antarabangsa apabila membakar masjid di daerah Mughir. Perkara ini bukan merupakan perkara baru. Malah Zionis-Israel, telah beberapa kali melakukan pembakaran masjid dengan pelbagai alasan. Tindakan zalim ini amatlah menyalahi undang-undang antarabangsa dan hak asasi.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Kilang-Kilang milik Israel di Salfit punca utama peningkatan kanser dikalangan kanak-kanak

Isnin, 13/06/2011 – Kawasan industri Israel yang didirikan di atas tanah Palestin di Salfit adalah penyebab utama meningkatnya kanser dikalangan kanak-kanak di daerah itu berbanding dengan wilayah Palestin yang lain, menurut sumber-sumber tempatan dan kesihatan Rabu lalu.

Mereka mengatakan bahawa kilang-kilang tersebut mencemarkan alam sekitar dan menyebabkan penyakit serius kerana pembuangan solid dan mengalirkan air ke tanah Palestin dan gas beracun di udara.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

22 Sukarelawan Solidariti Freedom Flotilla 2 dari Eropah Tiba di Istanbul dengan Berbasikal

Isnin, 13/06/2011 – Seramai 22 sukarelawan solidariti Palestin yang datang dari London dengan berbasikal tiba di Istanbul dalam rangka bergabung dengan konvoi kemanusiaan Freedom Flotilla 2.

Dalam satu sidang akhbar pada Selasa (7/6) mereka menegaskan bahawa ketibaan mereka dari 15 negara dengan berbasikal dalam rangka mendukung warga Palestin di Gaza yang dikenakan sekatan oleh Israel. Mereka juga menegaskan bahawa rakyat Palestin mendapat simpati besar dari penduduk Eropah.

Mereka juga menyatakan hasrat untuk melanjutkan perjalanannya dari Gaza nantinya ke kota Al-Quds dan Tebing Barat. Mereka berharap agar penjajah Israel tidak menjadi penghalang tujuan perjalanan mereka.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Pelampau Yahudi bakar masjid di Tebing Barat

Isnin, 13/06/2011 – Pelampau-pelampau Yahudi disyaki membakar sebuah masjid di pertengahan Tebing Barat pada Selasa 7 Jun, menurut sumber polis dan saksi mata. Siasatan awal menunjukkan pendatang Yahudi dari penempatan berdekatan, Bait Ayen telah melakukan perkara yang biadab itu dengan menghalakan tayar-tayar terbakar dan sedang berpusing kepada masjid yang sederhana besarnya itu.

Sumber Israel berkata kejadian itu bertujuan sebagai protes terhadap pemusnahan pondok milik seorang pendatang yang dilakukan oleh tentera Israel minggu minggu lepas.

Kerajaan Israel mengutuk tindakan pelampau itu, menyifatkannya sebagai jenayah. Bagaimanapun dipercayai bahawa pihak berkuasa keselamatan Israel selalunya tidak akan bertegas atau bersungguh menangkap penjenayah seumpamanya. Ini kerana mereka mungkin dipengaruhi oleh kerajaan yang pro-pendatang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati