Categories
Berita Semasa

Tentera rampas jentolak di Bethlehem

Rabu , 10-09-2014 – Tentera Israel menyerbu beberapa daerah Palestin di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis , memecah masuk dan menggeledah rumah-rumah dan harta persendirian serta menculik enam orang rakyat Palestin pada awal pagi hari Isnin. Salah seorang yang diculik telah ditembak dan dicederakan oleh tentera Palestin.

Pejabat Jericho untuk Persatuan Tahanan Palestin menyatakan bahawa beberapa kenderaan ketenteraan Israel telah menyerang kem pelarian al-Far’a dan kawasan berhampiran, dan menculik seorang pegawai keselamatan Israel.

Dikatakan bahawa tentera Israel menculik Abdul Qader Mohammad Abdul Qader dalam satu sekatan jalan berhampiran Jericho lalu membawa mangsa ke lokasi yang tidak diketahui. Abdul Qader merupakan seorang leftenan yang bertugas di Jabatan Latihan Angkatan Keselamatan Kebangsaan Palestin.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

WHO Mohon $40 Juta untuk Hospital di Gaza

Rabu , 10-09-2014 – ” Permohonan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) US$40 juta untuk bekalan ubatan dan peralatan bagi Kementerian Kesiatan di Gaza sudah menerima 45% maklumbalas, mengambilkira bekalan yang sudah dihantar dan sedang dihantar, menurut laporan oleh Kementerian Kesihatan sehingga 3 September,” Organisasi Kesihatan Sedunia memaklumkan di dalam kenyataan akhbar pada hari Ahad.

WAFA ” Tambahan lagi, rayuan oleh PBB itu dilancarkan sewaktu kecemasan dan dikemaskini sewaktu gencatan senjata, memohon US$ 23.5 juta untuk gangguan yang dialami sektor kesihatan akan dilaksanakan oleh agensi PBB, termasuk US$ 8.1 juta untuk WHO dan oleh organisasi bukan kerajaan untuk menyokong perkhidmatan kesihatan di Gaza dalam tempoh pemulihan.” tambah kenyataan itu.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Seorang Cedera dalam Protes di Kufr Qaddum

Rabu , 10-09-2014 – Sejak 2011, penduduk kampung daripada Kufr Qaddum melakukan demonstrasi pada setiap hari Jumaat menentang tentera Israel. Tanah di Kampung Kufr Qaddum telah banyak dirampas oleh pembangunan penempatan haram Isrel, Qedumin dan pada 2003 jalan utama yang menghubungkan Kufr Qaddum dan Bandar Nablus telah ditutup untuk rakyat Palestin.

Di jalan utama inilah penduduk kampung cuba berarak setiap Jumaat, dan selalunya berhadapan dengan kekejaman ekstrim tentera Israel dan pengawal sempadan.

Semasa protes pada Jumaat, 5 September, seorang remaja Palestin telah ditembak di kaki dan dikejarkan ke Hospital dengan ambulan Bulan Sabit Merah. Berpuluh demonstran dan aktivis yang bersimpati dengan mereka menderita akibat menyedut asap pemedih mata secara berlebihan di mana tentera menembaknya dengan banyak. Di samping itu, banyak gas pemedih mata ditembak bertalu-talu daripada kenderaan tentera.

Banyak kanister pemedih mata ditembak terus kepada demonstran, yang mana perbuatan itu sangat bahaya dan bertentangan dengan prosedur ketenteraan Israel yang mengarahkan kanister ditembak ke atas untuk mengurangkan kelajuannya.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

B’Tselem dan Yesh Din: Israel Enggan Siasat Pencabulan Terhadap Palestin

Rabu , 10-09-2014 – “Angka menunjukkan bahawa pihak berkuasa Israel tidak sanggup untuk menyiasat pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan oleh pasukan keselamatan terhadap rakyat Palestin,” menurut pertubuhan hak asasi manusia Israel di B’Tselem dan Yesh Din baru-baru ini ketika mendedahkannya dalam satu laporan khas.

Menurut kenyataan Berita & Info Agensi WAFA Palestin:

“Kegagalan Kerajaan Israel untuk melaksanakan cadangan Suruhanjaya Turkel ini, lebih setahun setengah selepas penngumumam mereka hanya menguatkan kesimpulan ini …

“[Israel sedia ada tidak berupaya untuk menyiasat isu-isu dasar atau pelanggaran undang-undang oleh pegawai-pegawai kanan tentera dan gagal untuk mempromosikan akauntabiliti di kalangan mereka yang bertanggungjawab.”

Organisasi juga menegaskan “mekanisme siasatan yang sedia ada menghalang siasatan yang serius dan dicemari oleh kelemahan struktur yang teruk menyebabkan ia tidak berupaya untuk menjalankan siasatan secara profesional.”

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Jerusalem : Kecederaan dilaporkan di Upacara pengebumian Remaja Palestin yang Dibunuh Oleh Tentera Penembak

Rabu , 10-09-2014 – Sumber perubatan di Baitulmuqaddis telah melaporkan bahawa berpuluh-puluh penduduk telah cedera, pada petang Isnin , selepas tentera Israel dan pegawai-pegawai polis menyerang perarakan pengebumian seorang remaja Palestin yang meninggal dunia akibat kecederaan serius yang dialami, selepas ditembak oleh askar, minggu lepas .

Remaja Palestin yang dibunuh telah dikenal pasti sebagai Mohammad Sonnoqrot , 16 tahun.

Sumber media di Baitulmuqaddis berkata keluarga dan beratus-ratus rakyat Palestin telah mengadakan solat jenazah di masjid al -Aqsa , sebelum berarak ke arah tanah perkuburan untuk upacara pengebumian. Walau bagaimanapun, pihak polis dan tentera menyerang perarakan, menembak bom gas dan beberapa peluru hidup , menyebabkan berpuluh-puluh kecederaan di kalangan rakyat Palestin.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Menteri Luar Norway menyeru supaya menamatkan pengepungan dan pembinaan semula Gaza

Rabu , 10-09-2014 – Menteri Luar Norway Borg Brandi melahirkan rasa terkejut pada jumlah kemusnahan dan kehancuran yang telah dilihatnya di Semenanjung Gaza akibat perang dalam tempoh lebih daripada 51 hari.

Beliau menegaskan bahawa negaranya akan terlibat dalam pembinaan semula Gaza, dan pada masa yang sama beliau menyeru supaya menamatkan pengepungan ke atas Semenanjung Gaza dan membawa masuk barang-barang dan bahan binaan kepadanya.

Hal ini diusulkan pada akhir lawatan Brandi pada hari Isnin (8-9) di kawasan timur bandar Gaza, yang mengalami pembunuhan beramai-ramai dan kemusnahan besar-besaran semasa perang, dan selepas pertemuan beliau dengan Menteri Perumahan dan Kerja Raya Mufeed Al Hasaniyah.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : siti zunaidah

Categories
Berita Semasa

Belia Palestin Mati Akibat Luka Disebabkan oleh Polis Israel

Rabu , 10-09-2014 – Remaja Palestin Mohammed Sonnoqrot, yang telah cedera minggu lepas semasa protes di kawasan yang diduduki di Timur Baitulmuqaddis telah meninggal dunia pada hari Ahad lepas.

Menurut Al Ray, saudara kepada remaja itu berkata, lelaki yang berusia 16 tahun itu telah ditembak di kepala pada jarak dekat dengan peluru bersalut getah. Pada hari Khamis, doktor dari Hospital Universiti Hadassah, Ein Karem, memberitahu keluarganya bahawa remaja itu secara klinikal telahpun mati. Kejadian itu berlaku pada 31 Ogos, dalam kejiranan Wadi Joz, tidak jauh dari rumah keluarga.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : bob

Categories
Berita Semasa

127 rakyat Palestin Ditahan Minggu lalu

Rabu , 10-09-2014 – Tentera Israel telah menahan sekurang-kurangnya 127 rakyat Palestin di seluruh Tebing Barat pada minggu pertama bulan September sahaja , menurut kenyataan baru-baru ini oleh Persatuan Banduan Palestin (PPS ).

PPS berkata, mengikut Ma’an , bahawa sebahagian besar tahanan berasal dari daerah Hebron , di mana 28 rakyat Palestin telah ditahan oleh tentera Israel .

PPS juga menyatakan bahawa 23 daripada tahanan adalah dari daerah Jenin , di Tebing Barat utara, 21 dari Ramallah , 20 dari Yerusalem , 12 dari Betlehem , 8 dari Tulkarem , enam dari Nablus , tiga dari Qalqiliya , dan enam dari Tubas / daerah Salfit .

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : diana

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin meninggal akibat kecederaan yang dialami ketika perang Israel ke atas Gaza

Rabu , 10-09-2014 – Sumber perubatan Palestin melaporkan pada Isnin yang seorang pemuda meninggal akibat kecederaan serius yang dialami ketika pengeboman oleh Israel di Rafah, di selatan Semenanjung Gaza dalam serangan Israel di kawasan pantai.

Sumber menyatakan, Mohammad Ibrahim ar-Reyati, 22 tahun, meninggal di Hospital Mesir setelah tidak dapat menahan lagi penderitaan kecederaannya. Beliau cedera teruk pada 18 Julai apabila tentera udara rejim Israel menembak peluru berpandu ke arah sejumlah kediaman di Rafah, di mana sejumlah rakyat Palestin cedera dan terbunuh dalam serangan itu.

Pada Ahad, seorang pemuda Palestin yang dikenali sebagai Mahmoud Suleiman Sheikh Eid, dari Rafah, di kawasan selatan Semenanjung Gaza meninggal di hospital di Rafah. Eid mengalami kecederaan serius manakala sejumlah rakyat Palestin terbunuh dan puluhan lagi cedera ketika serangan ke atas kawasan kediaman di Rafah.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Laporan Mingguan PCHR ke atas Pelanggaran Hak Asasi Manusia oleh Israel di Palestine

Tentera Israel terus serangan sistematik terhadap orang awam Palestin dan harta di dalam wilayah yang diduduki Palestin

Rabu , 10-09-2014 – Di Semenanjung Gaza, walaupun 9 hari telah berlalu berikutan perjanjian gencatan senjata yang ditaja Mesir antara kumpulan penentang Palestin dan Israel, kesan-kesan bencana 51 hari serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza telah kelihatan. Sepanjang tempoh laporan, beberapa orang yang cedera meninggal dunia akibat luka-luka mereka yang dialami semasa serangan.

Sepanjang tempoh laporan, bayi Palestin meninggal dunia kerana terhidu gas pemedih mata di Jerusalem, setelah tentera Israel melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan di Gunung al-Tour, timur bandar. Selain itu, 2 orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak, meninggal dunia akibat luka-luka mereka yang dialami semasa serangan terbaru Israel ke atas Semenanjung Gaza, sementara beratus-ratus rakyat Palestin yang cedera telah menerima rawatan perubatan di hospital-hospital di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dan hospital lain di luar negara. Sementara itu, tentera Israel mencabuli perjanjian yang beberapa kali dengan memulakan kebakaran di bot nelayan Palestin yang belayar dalam kawasan penangkapan ikan yang dibenarkan dan menangkap beberapa nelayan.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Pasukan keamanan Jenin mahu meneruskan penahanan ke atas Syeikh Ali Atiq.

Rabu , 10-09-2014 – Pasukan keamanan Jenin, utara Tebing Barat meneruskan penahanan ke atas Syeikh Ali Atiq, salah seorang pemimpin Hamas, selepas waran tangkap ke atas beliau dikeluarkan pada Isnin, 8.9, membayangkan kemungkinan beliau akan ditangkap.

Dan Muhammad Najal bin Syeikh Ali Atiq berkata kepada wakil kami petang semalam, sebenarnya pasukan perlindungan keamanan dan pihak yang memanggil beliau pada Ahad lepas meminta beliau melaporkan diri bagi melengkapkan siasatan kerana Syeikh Ali Atiq masih lagi diburu dan belum dibebaskan daripada dakwaan sehingga kini.

Muhammad turut menambah bahawa ayahnya dilarang memberikan khutbah di masjid sedangkan beliau adalah imam masjid di daerah Burqin, barat Jenin. Beliau ditahan tanpa disabitkan kesalahan, sebaliknya hanya kerana perbezaan pendapat dan kebebasan bersuara.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : asyraff

Categories
Berita Semasa

Wanita warga emas meninggal akibat kecederaan yang dialami sewaktu perang di Gaza

Selasa , 09-09-2014 – Menurut laporan perubatan Mesir, Khamis, seorang wanita warga emas meninggal di Pusat Perubatan Nasir di Kaherah akibat kecederaan parah yang dialaminya pada 29 Ogos sewaktu serangan di bahagian pinggir pantai.

Menurut sumber, Etaf Mohammad ‘Ajrour mengalami kecederaan yang mengancam nyawa apabila pihak tentera mengebom kediaman-kediaman dan jalan-jalan di Nafaq, di bahagian Sheikh Radwan, Bandar Gaza.Seorang warga Palestin terbunuh di tempat kejadian sementara beberapa orang lagi turut tercedera, ramai yang parah.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Perunding bertemu Kerry

Selasa , 09-09-2014 – Perunding Palestin bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry selama dua jam untuk perbincangan membina mengenai hubungan masa hadapan dengan Israel, kata pegawai Amerika Syarikat.

Menurut AFP (Ma’an), ini merupakan perbincangan secara berdepan kali pertama Kerry dengan perunding Palestin semenjak kegagalan Washington untuk menyelesaikan perbalahan di antara militan Israel dan Palestin di Semenanjung Gaza pada Julai lalu.

Dalam perbincangan terbaru tersebut, jurucakap Jabatan Negara Jen Psaki berkata: ‘Ini merupakan satu perbincangan membina yang merangkumi banyak aspek termasuklah isu Gaza, hubungan Israel-Palestin dan perkembangan terbaru di wilayah itu.” Dia turut menambah bahawa perbincangan selanjutnya akan diadakan pada minggu akan datang.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Kereta Zionis Dilempar Bom Molotov di Nablus

Selasa , 09-09-2014 – Sebuah kereta milik penduduk Zionis, Khamis (4/9) dilempar bom molotov ketika melintasi Bet Faruk, sebelah timur Nablus utara Tebing Barat.

Menurut sumber Zionis, tidak ada yang terkorban namun pasukan Zionis segera melakukan penyiasatan untuk mencari suspek insiden tersebut. Akhir-akhir ini, Tebing Barat seringkali diwarnai aksi-aksi yang dilakukan oleh pemuda Palestin yang terus melawan kezaliman dan tindakan semberono tentera Zionis di Tebing Barat. Aksi mereka ini dianggap sebagai balas dendam atas perlakuan atau penyiksaan yang dialami warga Tebing Barat.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : asyraff

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Menculik 12 Rakyat Palestin di Tebing Barat

Selasa , 09-09-2014 – Tentera Israel menculik 11 orang rakyat Palestin pada awal pagi Khamis dalam operasi yang menyasarkan rumah dan kawasan di sekitar daerah Baitul Laham, Hebron, Jenin, Tulkarem dan Qalqilia di Tebing Barat.

Sumber tempatan di daerah Baitul Laham menyatakan bahawa berdozen jip tentera memasuki bandar Husan, memecah masuk dan menggeledah beberapa rumah dan menculik 3 rakyat Palestin.

Mangsa yang diculik dikenali sebagai Ismael Sabateen, 20; Mohammad Fares Suleiman, 20; dan Mahmoud Ishaq Sabateen, 19. Tentera penjajah itu juga menyerang bandar Arraba dan Ya’bad berhampiran barat daya bandar Jenin, dan menculik dua lagi rakyat Palestin selepas menggeledah rumah mereka.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz