Selasa,25-05-2021 – Rejim Zionis telah mengumpul hampir 2,000 warga Palestin sejak lima minggu yang lalu dalam peningkatan kempen penangkapan rakyat Palestin, kata Abdul Nasser Farwana, Ketua Unit Kajian dan Dokumentasi Pihak Berkuasa Tahanan Palestin.
Beliau menambah dalam siaran media pada hari Ahad bahawa penangkapan itu dilakukan di Tebing Barat, Jerusalem dan Wilayah Palestin 1948 yang melibatkan kanak-kanak, wanita dan orang tua.
Farwana berpendapat bahawa pihak berkuasa Israel menyasarkan untuk melemahkan tekad Palestin dan menghentikan semangat mereka menentang penjajahan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Selasa,25-05-2021 – Rumah Putih mengumumkan bahawa presiden Amerika, Joe Biden memberi jaminan kuat bahawa semua pihak berkaitan komited dengan gencatan senjata yang bermula Jumaat pagi di Gaza.
Jurucakap Rumah Putih, Jen Psaki dalam kenyataan akhbarnya mengatakan, kami memiliki jaminan kuat dari semua pihak berkaitan bahawa mereka memberikan komitmen menghentikan serangan (gencatan senjata).
Beliau menambah, Amerika akan memantau dan mengawasi realisasi gencatan senjata secara intensif dalam beberapa hari ke depan. Biden tidak memiliki rancangan mengubah bantuan keselamatan kepada Israel, tegas jurucakap Rumah Putih.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Selasa,25-05-2021 – Penduduk kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Yang Diduduki pada hari Sabtu lalu telah memanggil untuk solidariti bersama-sama mereka untuk mengakhiri sekatan yang dikenakan oleh Israel ke atas kawasan kejiranan tersebut selama 14 hari.
Penduduk kejiranan Sheikh Jarrah meminta untuk mengadakan tunjuk perasaan di kawasan kejiranan pada pukul lima petang hari ini untuk memprotes pengepungan yang dikenakan oleh polis penjajah ke atas mereka.
Aktivis Alaa Salaymeh, seorang penduduk Sheikh Jarrah, menyatakan bahawa polis Israel mengepung kawasan kejiranan tanpa alasan, dengan menekankan bahawa apa yang berlaku adalah hukuman kelompok yang dilarang di peringkat antarabangsa.
Bagi pihak penduduk Syeikh Jarrah, dia meminta mahkamah pendudukan untuk membatalkan sekatan itu kerana ianya tidak sah.
Salaymeh menegaskan bahawa polis penjajah melindungi para peneroka haram dan telah menjadikan Sheikh Jarrah sebagai berek tentera tertutup.
Aktivis itu menambah bahawa polis penjajah melarang kehadiran sesiapa di jalan-jalan kejiranan dan memeriksa kad pengenalan penduduk, sama ada semasa masuk mahupun keluar dari kawasan tersebut, bahkan di hadapan rumah mereka sendiri. Rakyat Palestin juga tidak dibenarkan mengunjungi saudara mara mereka di dalam kawasan kejiranan berkenaan, katanya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Isnin,24-05-2021 – Ketua Biro Politik Hubungan Luar Hamas, Khalid Mishaal menyatakan bahawa perang bersenjata atau “Sword of Baitul Maqdis” menjadi titik tolak penting bagi pembebasan bumi Palestin dan sejarah rakyatnya.
“Mesej perjuangan rakyat Palestin adalah jelas dan pihak musuh memahaminya,” kata beliau dalam ucapan yang disiarkan di televisyen pada hari Jumaat, kelmarin.
Kata pemimpin Hamas itu lagi, “Netanyahu terpaksa menghentikan serangan selepas tindakan itu menyebabkan imej pihak Zionis terjejas.”
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Isnin,24-05-2021 – Selepas solat Jumaat, polis Israel menyerbu dataran Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis dan 20 warga Palestin telah cedera akibat tembakan peluru bersalut getah manakala puluhan lagi mengalami masalah bernafas.
Sumber tempatan menyatakan bahawa polis rejim menyerbu masjid, memanjat bumbung dewan solat Al-Qibli, menyerang para pengunjung Muslim, dan melepaskan tembakan bom tangan dan peluru bersalut getah ke arah mereka di dataran Dome of the Rock dan dekat pintu Al-Asbat dan Al-Silsilah.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin,24-05-2021 – Pegawai kanan Hamas Sami Abu Zuhri tiba di ibu negara Mauritania, Nouakchott, pada petang Jumaat dalam lawatan rasmi untuk bertemu pegawai serta tokoh politik dan masyarakat.
Sumber mengatakan bahawa lawatan Abu Zuhri ke negara itu bertujuan untuk menyampaikan bagi pihak rakyat Palestin dan perjuangan mereka, setinggi-tinggi penghargaan kepada para pemimpin, ahli politik dan rakyat Mauritania di atas kenyataan untuk menyokong rakyat Palestin dan keadilan yang mereka perjuangkan.
Abu Zuhri dijadual akan mengadakan pertemuan dengan ahli politik dan tokoh-tokoh nasional terkenal untuk mengucapkan terima kasih di atas kenyataan yang telah mereka suarakan untuk menyokong rakyat Palestin dan usaha yang telah dilakukan dalam menghadapi pencerobohan Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Isnin,24-05-2021 – Datuk Bandar Gaza, Yehya as-Sarraj berkata pembinaan semula infrastruktur yang dimusnahkan oleh Israel, perlukan masa yang panjang. Ini mengesahkan tentang serangan rejim Zionis Israel yg memusnahkan jalan raya dan laluan pejalan kaki dalam lingkungan 130,000 km persegi.
Dalam termuramah dengan akhbar Felesteen, Sarraj menerangkan bahawa Majlis Perbandaran Gaza akan memulakan perancangan pembinaan dan persiapan pembinaan bergantung kepada pembukaan sempadan Gaza tanpa sebarang syarat dan kesediaan penderma dan penyokong untuk pembiayaan untuk tujuan tersebut. Kami ingin memaklumkan orang awam bahawa pelan kerja pembaikan telah bermula dan beberapa penderma telah dihubungi bagi tujuan ini. Kami dijangka bermula dalam beberapa hari lagi untuk membaiki apa yang kami mampu dengan bahan dan sumber yang tersedia ada “ ujar Datuk Bandar Gaza.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Isnin,24-05-2021 – Penyelaras bantuan kecemasan PBB, Mark Lowcock mengumumkan peruntukan sebanyak $ 22.5 juta untuk memenuhi keperluan kemanusiaan di Semenanjung Gaza yang dilanda perang.
Jumlah itu merangkumi peruntukan $ 4.5 juta dari Dana Tindak Balas Kecemasan Pusat (CERF) dan $ 18 juta dari Tabung Kemanusiaan Wilayah Palestin.
CERF adalah dana kemanusiaan yang ditubuhkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 2006 untuk membolehkan bantuan kemanusiaan yang lebih tepat pada masanya dan boleh dipercayai kepada mereka yang terkena bencana alam dan konflik bersenjata.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Dr Nurul
Isnin,24-05-2021 – Mesir umumkan konvoi terbesar penghantaran bantuan merangkumi 130 trak dengan 2,500 tan barangan keperluan ke Jalur Gaza yang terjejas akibat perang, pada Jumaat.
Pergerakan konvoi itu sesuai dengan arahan presiden Abdul-Fattah As-Sisi yang melancarkan ‘Tahya Misr Fund’ bagi membantu rakyat Palestin di Gaza.
Jurucakap presiden Bassam Radi memberitahu, barangan keperluan tersebut merangkumi bahan makanan, sayur-sayuran, makanan sejuk beku, buah-buahan, tilam, permaidani, selimut, pembasmi kuman, pelitup muka, pakaian dan ubat-ubatan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Huzaifah Abd Jamil
Isnin,24-05-2021 – Penceroboh Yahudi pada hari Sabtu diseru supaya menyerbu masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki pada hari Ahad manakala penduduk Baitulmuqaddis diminta untuk menghalang tindakan ini. Seorang pelampau Asaf Farid, jurucakap untuk Kesatuan Organisasi Kuil, berkata, “Pada tujuh pagi hari Ahad, kita akan mengetahui jika kita telah kalah perang”.
Sementara itu, pemuda Baitulmuqaddis dan aktivis diminta untuk bergerak ke masjid suci al-Aqsa untuk menggagalkan rancangan penceroboh ini.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Ahad,23-05-2021 – Seorang pemuda Palestin telah disahkan meninggal dunia kerana cedera parah akibat ditembak oleh tentera rejim zionis Israel pada 2 hari lepas. Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan mangsa dikenalpasti sebagai Muntaser Zaydan dari perkampungan Umm Dar di Barat Jenin. Angka kematian di Tebing Barat dan Jerusalem bertambah kepada 28 kes kematian syahid warga Palestin termasuk empat orang kanak-kanak.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Ahad,23-05-2021 – Peneroka Yahudi telah menyerang paderi ortodoks Armenia, Arbak Sarukhanyan, ketika beliau dalam perjalanan ke Gereja Makam Suci di Jerusalem beberapa hari yang lalu.
“Mereka meludahi beliau dan salibnya, mencuri telefon bimbit dan mula mengutuk perkara seperti “Kematian kepada orang Kristian” dan “Kami akan membunuhmu seperti Yeshu kamu,” kata Paderi Tiran Hakobyan yang mengiringi Paderi Arbak dalam satu kenyataan pada hari Rabu.
“Doakan saudara Kristian kami di Tanah Suci yang sedang menghadapi penyeksaan oleh peneroka Yahudi Israel pada masa ini,” tambahnya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Ahad, 23-05-2021 – Rejim Zionis menahan jurucakap pilihan raya Hamas, Alaa Humaidan di kediamannya pada subuh Jumaat. Menurut sumber tempatan, Rejim Zionis menggeledah rumah Humaidan dua hari berturut-turut secara teliti sehingga perabot tunggang-langgang sebelum membawanya pergi.
Setakat ini, Rejim Zionis sudah menahan ramai aktivis Hamas sejak penangkapan besar-besaran beberapa hari lalu di Tebing Barat.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Huzaifah Abd Jamil
Ahad,23-05-2021 – Seorang pendatang Yahudi menembak mati seorang wanita Palestin dekat kemasukan penempatan Kiryat Arba di al-Khalil pada petang Rabu.
Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan kejadian tersebut tetapi tidak memberikan identiti wanita tersebut.
Video menunjukkan kekejaman itu dilakukan oleh pendatang pelampau dekat kemasukan penempatan Kiryat Arba. Saksi mata menyatakan yang seorang pendatang menembak seorang wanita Palestin dekat kemasukan penempatan tersebut dan menghalakan senjata ke arahnya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Ahad,23-05-2021 – Taher Al-Nunu, penasihat media Hamas, mengatakan pada hari Khamis lalu bahawa Gerakan tersebut telah diberitahu oleh para pegawai di Mesir bahawa gencatan senjata di Semenanjung Gaza akan berlaku secara bersepakat dan serentak pada jam 0200 pagi Jumaat.
Nunu memberitahu dalam satu pernyataan ringkas bahawa pejuang Palestin akan mematuhi perjanjian ini selagi mana pihak penjajah juga mematuhi.
Perjanjian ini ekoran pencerobohan ganas di Semenanjung Gaza yang dilancarkan oleh pasukan rejim Zionis, di mana lebih dari 230 orang mati syahid dan lebih dari 1,500 orang awam cedera, manakala serangan artileri dan udara telah menghancurkan beratus-ratus rumah kediaman, selain kerosakan besar pada pelbagai prasarana.
Sebaliknya, roket-roket pejuang Palestin mensasarkan bandar-bandar Palestin yang dijajah dan penempatan berhampiran Gaza, membunuh 12 orang Israel, selain kerosakan yang melanda bangunan-bangunan di kawasan-kawasan tersebut.
Pesawat perang Israel untuk hari ke-11 berturut-turut terus-menerus menyerang Semenanjung Gaza pada Khamis malam lalu, memusnahkan lebih banyak kediaman dan kemudahan dan membunuh dan mencederakan lebih ramai rakyat Palestin.
Angka kematian akibat pencerobohan Israel yang berterusan terhadap Semenanjung Gaza telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 232 orang Palestin, termasuk 65 kanak-kanak, 39 wanita, dan 17 warga emas, selain 1,760 yang cedera, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul