Selasa, 28-07-2020 – Tentera rejim Israel (IOF) pada subuh Ahad menculik ahli parlimen Palestin Hatem Qafisheh dan Nayef al-Rajoub dari kediaman mereka di al-Khalil.
Menurut sumber tempatan, Qafisheh telah diculik dari Bandar al-Khalil dan al-Rajoub dari Bandar Dura, barat daya al-Khalil.
Tiga pemuda pula telah diculik oleh IOF di Qalqilya. Mereka dikenali sebagai Mohamed Yassin, Wisam Hamada dan Wajdi al-Shanti.
Selasa, 28-07-2020 – Berpuluh-puluh pendatang Yahudi didapati telah menceroboh masuk dan berkeliaran di kawasan perkarangan Masjidil Aqsa dengan diiringi anggota polis rejim Israel.
Menurut sumber berita, sekumpulan pendatang haram Yahudi dilihat berjalan-jalan di sekitar halaman masjid dan ada antara mereka yang membaca doa dalam bahasa Yahudi dengan suara kuat di hadapan pintu Maghariba.
Masjid al-Aqsa semakin kerap diceroboh pendatang Yahudi dan polis Israel samada pada waktu pagi atau petang setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Selasa, 28-07-2020 – 25 tahanan Palestin di penjara Israel berjaya menyelesaikan masa kuliah universiti dari dalam penjara. Rata-rata mereka mendapat ijazah sarjana dari Universiti Terbuka Al-Quds untuk tahun akademik 2019/2020.
Pihak Otoriti Urusan Tahanan dan bekas tahanan, dalam siaran akhbar hari ini, (26/7) mengatakan, Program Pendidikan bagi para Tahanan di penjara Israel sebagai hasil daripada pejanjian kesefahaman yang ditandatangani antara Jabatan Pendidikan Tinggi, Otoriti Tahanan Israel dengan Universiti Terbuka Al-Quds.
Jawatankuasa itu menjelaskan, pengajaran ketika ini sedang berlangsung di enam penjara, iaitu: penjara Negev, Raymond, Eshel, Gilboa, Nafha, dan Ashkelon.
Pihak Jawatankuaas menambah, usaha yang tak henti-henti dilakukan staf otoriti tahanan dan Universiti Terbuka Al-Quds untuk memberikan kesempatan kepada para tahanan wanita di kem tahanan Damona untuk menyelesaikan kulian mereka dan mendapatkan ijazah sarjana.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Selasa, 28-07-2020 – Regim Zionis Israel (IOF) pada petang Sabtu menculik seorang kanak-kanak perempuan Palestin berhampiran kampung Nazlet Zeid, di barat daya Jenin.
Menurut sumber tempatan, IOF menculik Rima al-Kilani yang berusia 16 tahun di pusat pemeriksaan tentera berhampiran kampung yang dikenali sebagai Umm al-Rayhan.
Ayahnya, Abdul-Fattah al-Kilani, mengatakan bahawa IOF membawa anaknya ke pusat soal siasat di dalam penempatan Ariel dan kemudian memanjangkan penahanannya selama empat hari setelah membuat tuntutan palsu terhadapnya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada
Selasa, 28-7-2020 – Petang Ahad lalu Rejim Zionis telah menahan seorang pemuda Palestin berhampiran Bethlehem kerana didakwa cuba mencuri senjata askar Israel.
Saluran TV 12 Israel mendakwa bahawa seorang pemuda Palestin cuba merampas pistol askar Israel berhampiran penempatan Gush Etzion di selatan Bethlehem.
Pemuda Palestin berkenaan telah ditahan dan dibawa ke sebuah destinasi yang tidak diberitahu.
Tidak ada maklumat lebih lanjut yang diumumkan mengenai kejadian tersebut mahupun identiti tahanan.
Isnin, 27-07-2020 – Kapal perang Israel melepaskan tembakan amaran dan membuka meriam air terhadap kapal nelayan Palestin di kawasan pantai Gaza pada hari Rabu pagi.
Sumber tempatan mengatakan bahawa kapal senjata Israel melepaskan tembakan ke kapal nelayan Palestin ketika bekerja tiga batu nautika dari laut Gaza barat laut memaksa mereka kembali ke darat.
Sementara itu, tentera zionis Israel melepaskan tembakan senapang dan tabung gas pemedih mata ke arah petani Palestin ketika mereka merawat tanah mereka di sebelah tenggara kota Gaza.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada
Isnin, 27-07-2020 – Anggota Dewan Legislatif Palestin dari kota Hebron, Syaikh Nayef Al-Rajoub, menegaskan bahawa penjajah Israel sedang memanfaatkan peluang untuk mencapai matlamat dan memperkuat cita-cita mereka.
Dalam sebuah pernyataan akhbar seperti dipetik oleh Freedom News, Rajoub menjelaskan bahawa penduduk penjajah Israel memanfaatkan kesibukan dunia yang sedang menghadapi pandemik Corona untuk memaksakan realiti baharu di Masjid Ibrahimi di Hebron, wilayah selatan Tebing Barat.
Rajoub menambah bahawa kejayaaj pendudukan penjajah Israel dalam memotong sebahagian dari Masjid Ibrahimi untuk dijadikan kafetaria untuk penduduk pendatang Yahudi akan membuka pintu yang luas untuk menguasai seluruh masjid Ibrahimi. Beliau menyatakan bahawa setiap kejayaan penjajah Israel di Hebron akan membuka selera orang-orang Yahudi ke Masjid Al-Aqsa yang mereka sebut sebagai Temple Mount.
Rajoub memperingatkan dunia Arab dan Islam bahawa kurangnya perhatian dan ketidakpedulian mereka berkaitan kejahatan Israel terhadap masjid Brahimi akan membuat mereka menyesal kemudian hari.
Rajoub menyeru umat Islam untuk menyedari hari ini sebelum esok, bahawa Masjid Al-Aqsa dan Masjid Ibrahimi berada dalam bahaya nyata.
Perlu dicatat bahwa kumpulan penduduk pendatang Yahudi telah mendirikan kafetaria untuk mereka di halaman Masjid Ibrahimi minggu lalu. Mereka terus bekerja untuk merebut kawasan masjid sebagai bahagian dari proses Yahudinisasi.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Isnin, 27-07-2020 – Sekumpulan pendatang Israel pada petang Selasa membakar sejumlah besar tanah Palestin di Kampung Madama, Tebing Barat daerah Nablus.
Saksi mata melaporkan kebakaran tersebut memusnahkan puluhan pohon zaitun dimiliki oleh warga Palestin di Madama dan perkampungan berdekatan.Mereka menyatakan yang tentera rejim Israel sengaja mengganggu kru pertahanan awam Palestin yang berkejar ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran dan melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka.
Isnin, 27-07-2020 – Rejim zionis Israel bertindak meroboh sebuah rumah yang sedang dibina warga Palestin di kampung Jabal al-Mukabber, selatan Baitulmaqdis.
Sumber tempatan melaporkan bahawa rumah berkeluasan 90 meter persegi itu kepunyaan warga Palestin, Saif en-Din Jom’a.
Menurut Jawatankuasa Menentang Pembinaan Tembok Sempadan dan Penempatan Yahudi, rejim Israel telah menjalankan 313 operasi meroboh sejak bermulanya tahun 2020 di mana 54% darinya dilakukan di wilayah Baitulmaqdis dan al-Khalil.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Isnin, 27-07-2020 – Keluarga tahanan berusia 20 tahun, Mohammed Salah ed-Din, meminta pembebasan segera anak mereka yang tahap kesihatannya semakin teruk akhir-akhir ini di penjara Israel.
Keluarga tersebut menyatakan bahawa mereka bimbang nyawa Mohammed dipertaruhkan memandangkan pengabaian perubatan yang disengajakan oleh Penjara Israel.
Mereka menuntut agar Mohammed segera dibebaskan dari penjara Israel dan diizinkan menjalani rawatan perubatan yang sepatutnya kerana hanya tinggal beberapa bulan dalam tempoh dua tahun penjara.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Khamis, 23-07-2020 – Persatuan Tahanan Palestin (PPS) berkata, seorang tahanan pesakit kanser yang disahkan positif coronavirus Kamal Abu Wa’ar ditahan di Pusat Kesihatan Assaf Harofeh Israel berada dalam keadaan serius.
PPS berkata, tiada maklumat yang cukup tentang keadaan kesihatan Abu Wa’ar’.
Perkhidmatan Penjara Israel cuma mendedahkan yang beliau sedang diintubasi and akan terus tidur selama beberapa hari kesan ubat yang diambil.
Khamis, 23-07-2020 – Regim Zionis Israel (IOA) membenarkan pendatang Yahudi membuka kafetaria di Masjid Ibrahimi di Kota Lama al-Khalil.
Menurut sumber tempatan, puluhan pendatang berbondong-bondong ke kafeteria di halaman masjid untuk menjual makanan dan minuman.
Pegawai tempatan percaya bahawa kafetaria adalah sebahagian dari langkah Israel yang bertujuan untuk meningkatkan kehadiran pendatang Yahudi ke masjid.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada
Khamis, 23-07-2020 – Pasukan Israel menangkap 7 pemuda Palestin, Khamis (16/7) petang setelah memburu dan mengepung kenderaan mereka.
Menurut sumber di Al-Quds, pihak perisikan Israel menangkap 7 bekas tahanan dari kota Al-Quds, setelah mengepung kenderaan mereka di kawasan bukit Perancis, Al-Quds tengah dan di jalan no 6 yang menghubungkan antara Al-Quds dan wilayah Palestin jajahan tahun 48.
Para bekas tahanan yang di tangkap dari Bukit Perancis adalah Salim al-Jabah, Uwais Hamadah, Hamzah Zaghir, Leo Nashirudin dan Umar Zaghir.
Pasukan Israel juga menangkap Yaqub Abu Ashab dan Amin Syuwaiki ketika mereka berdua melalui jalan no 6. Selain itu pihak perisikan Israel turut memanggil jurugambar dari Al-Quds, Ahmad Abu Shabih untuk sesi soalsiasat Ahad depan.
Laporan harian yang diterbitkan biro media Hamas di Tebing Barat menyatakan pasukan Israel meningkatkan aksi penangkapan terhadap warga Palestin di Tebing Barat dan Al-Quds sepanjang Jun 2020.
Menurut laporan, pasukan Israel menangkap 478 warga Palestin sepanjang Jun lalu, dua kali ganda dari bulan sebelumnya dan majoriti yang ditangkap berasal dari kota Al-Quds.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Khamis, 23-07-2020 – Anggota biro politik Hamas, Khalil al-Hayya telah memberi amaran kepada rejim Zionis Israel bahawa tindakan mereka mengenakan fait accompli baru-baru ini adalah ibarat bermain dengan api.
“Menghampiri Baitulmaqdis dan Aqsa adalah seperti bermain dengan api, dan pihak penentang tidak akan berdiam diri,” kata Hayya semasa upacara yang diadakan pada hari Rabu di Gaza untuk meraikan pelajar sekolah menengah.
Pegawai Hamas tersebut juga menegaskan bahawa rakyat Palestin di Gaza akan tetap teguh di tanah air mereka untuk menentang sekatan dan mempertahankan keamanan mereka.
Jumaat, 17-07-2020 – Tentera penjajahan Israel pada hari Isnin lalu memberitahu seorang warga Palestin tentang keputusannya untuk memperluaskan tanah jajahan berdekatan persimpangan Za’atara di bahagian timur kampung Yasuf di Salfit.
Menurut sumber tempatan, seorang warganegara Palestin yang bernama Khalil Yassin memiliki sebahagian tanah berkeluasan 1.400 meter persegi yang akan disita oleh tentera Israel.
Pemilik tanah tersebut diberi masa selama 40 hari untuk mengemukakan bantahan terhadap keputusan ketenteraan tersebut.
Sementara itu, tentera Israel telah meratakan sejumlah besar tanah milik Palestin di kampung Kisan, timur Bethlehem bagi memperluaskan lagi penempatan haram Ibei Hanahal.
Ketua kampung tersebut, Ahmed Ghazal berkata, tentera Israel telah meratakan kawasan seluas 1 hektar dan memulakan pemasangan tiang elektrik di kawasan tersebut.