Categories
Berita Semasa

Hamas: seruan PLO untuk pembaharuan jawatankuasa eksekutif melanggar rundingan

Selasa, 25-08-2015 – Gerakan Islam Hamas, berkata yang seruan Organisasi Pembebasan Palestin (PLO) untuk mewujudkan Majlis Kebangsaan bagi pembaharuan jawatankuasa eksekutif membuktikan penerusan proses membuat keputusan yang berat sebelah.

Dalam kenyataannya pada Ahad, jurucakap Hamas Sami Abu Zhuri, berkata mesyuarat Majlis Kebangsaan merupakan langkah pencegahan untuk menghentikan sebarang usaha sebenar bagi menyusun semula PLO. Ia melambangkan penarikan diri daripada perjanjian rundingan serta mengekalkan perpecahan dalaman selari dengan polisi Netanyahu.

Abu Zuhri berkata, gerakannya sedang mengkaji pilihan-pilihan berkaitan proses membuat keputusan yang berat sebelah dan melanggar perjanjian kebangsaan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

13 Ribu Kakitangan UNRWA Akan Demo Menentang Pembuangan Pekerja

Selasa, 25-08-2015 – Persatuan Pegawai Badan Bantuan dan Pemberdayaan PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) menyeru tindakan demonstrasi untuk semua kakitangan UNRWA di Semenanjung Gaza, Isnin (24/8), sebagai penolakan atas pembuangan pekerja dan tindakan yang sengaja diambil oleh pengurusan UNRWA baru-baru ini.

Pertubuhan Pegawai UNRWA dalam pernyataannya mengatakan, “Agar pengurusan UNRWA mendengar kata-kata kami dan untuk menunjukkan kepada mereka bahawa kami akan melindungi hak-hak kami. Kami tidak akan melepaskan tuntutan kami dalam menolak pembuangan pekerja, terutama kerana profil sekolah baru dan keputusan sewenang-wenang yang memaksa kakitangan tanpa gaji.”

Dalam pernyataannya, Persatuan Pegawai UNRWA menyatakan bahawa tindakan ini akan diikuti oleh 13 ribu kakitangan. Mereka akan berkumpul di pejabat PBB di Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Resheq memberi amaran kepada Israel untuk mengadakan perayaan wain di tanah perkuburan Mamanullah

Selasa, 25-08-2015 – Ahli biro politik, Hamas Ezzat al-Resheq telah memberi amaran kepada pihak berkuasa Israel tentang akibat buruk jika dibenarkan mengadakan pesta arak di tanah perkuburan Islam yang bersejarah Mamanullah di Baitulmuqaddis.

Dalam ucapan akhbar pada hari Sabtu, Resheq mengutuk niat Israel untuk membenarkan perayaan wain untuk mengambil tempat di tanah perkuburan Mamanullah sebagai “melanggar kesucian Islam dan tindakan provokatif terhadap umat Islam.”

Beliau menekankan bahawa kegigihan Israel mencemarkan dan memusnahkan laman wakaf Palestin tidak akan mengubah identiti Islam mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syam

Categories
Berita Semasa

Hamas: Festival Warna Ramallah tidak selari dengan pengorbanan Rakyat Palestin

Selasa, 25-08-2015 – Gerakan Islamik, Hamas, menyelar tinadakan Pihak Berkuasa Palestin (PA) membenarkan Festival Warna diadakan di Ramallah.

Dalam satu kenyataan Sabtu lalu, jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, “Festival Warna di Ramallah itu menunjukkan sikap kurang peka PA dan Fatah di dalam perjuangan, penderitaan dan pengorbanan rakyat Palestin”.

Beliau menegaskan bahawa meraikan perayaan itu di Tebing Barat adalah satu percubaan untuk membunuh semangat kebangsaan belia Palestin dengan membolehkan perayaan berbentuk hiburan seperti itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menahan dua peniaga Palestin di lintasan Erez

Selasa, 25-08-2015 – Rejim Zionis telah menahan pada Selasa lalu dua peniaga Palestin di Beit Hanoun (Erez) di utara Semenanjung Gaza.

Sumber Palestin mendedahkan bahawa tentera Israel di Erez Crossing menangkap peniaga tersebut ketika dalam perjalanan ke Tebing Barat melalui satu persimpangan. Para peniaga telah dikenal pasti sebagai Wael Odeh dan Ziyad al-Ketnani dari kejiranan al-Shujaeya di Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syam

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menyerang jurugambar Palestin di Baitulmuqaddis

Selasa, 25-08-2015 – Rejim Zionis telah menyerang seorang jurugambar Palestin yang dikenali sebagai Abdelaffu Ezghaiyer, pada tengah hari Selasa ketika sedang mengambil gambar di Baitulmuqaddis.

Ezghaiyer yang bekerja untuk Q-Press berkata, dua tentera Israel membawanya ke balai polis berhampiran dengan pintu al-Silsilah di Masjid Aqsa dan menyerangnya dengan pukulan yang kuat dan mengutuk walaupun beliau telah menunjukkan ID beliau atas permintaan mereka.

Beliau berkata, tentera Israel menyasarkan Baitulmuqaddis terutamanya wartawan untuk menghadkan penyebaran berita mengenai pencerobohan Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syam

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis meratakan 30 kawasan yang ditanam dengan pokok-pokok zaitun di Beit Jala

Selasa, 25-08-2015 – Pasukan Penceroboh Israel memulakan operasi besar-besaran meratakan tanah Palestin dan mencabut pokok-pokok zaitun di bandar Beit Jala di sebelah barat Bethlehem pada hari Isnin.

Walid al-Shatleh, Beit yang bermastautin di Jala, memberitahu wartawan PIC bahawa penduduk bandar tersebut merasa sangat terkejut pada waktu pagi apabila IOF diiringi oleh jentolak tentera dan kenderaan berat menyerbu ke tanah-tanah pertanian mereka.

Beliau mendedahkan bahawa jentolak Israel meratakan kedudukan lebih 6 daripada 30 kawasan bertujuan untuk pembinaan tembok pemisah di kawasan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syam

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Melecur Bakar Akibat Serpihan Molotov di Al Quds

Isnin, 24-08-2015 – Pada Rabu malam-19/8, seorang tentera Zionis dari pasukan penjaga sempadan melecur bakar akibat terkena balingan molotov yang dilakukan pemuda menutup muka terhadap pasukan penjajah Zionis di Kampung Isawiyah di Kota al Quds.

Menurut sumber dari Zionis, pasukan penjajah Zionis berjaya menyuraikan para pemuda yang melakukan balingan molotov dan batu ke arah pasukan Zionis.

Akhir-akhir ini banyak terjadi aksi melempar batu dan molotov ke arah pasukan penjajah Zionis di kota-kota Tepi Barat dan al Quds, berikutan keberlangsungan kejahatan penjajah Zionis terhadap rakyat Palestin terutama di kedua wilayah tersebut.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Boulus: Setelah sedar dari koma, Allan sambung semula mogok laparnya.

Isnin, 24-08-2015 – Pengarah unit perundangan bagi Golongan Tahanan Palestin, Jawad Boulus yang juga seorang peguam mendedahkan bahawa tahanan Mohammad Allan, telah sedar dari koma tetapi beliau masih meneruskan mogok laparnya kerana enggan dihantar semula ke penjara

Boulus dalam satu kenyataan menambah, walau pun pihak doktor mengesahkan bahawa Allan masih berada dalam keadaan yang sangat kritikal dan nyawanya mungkin boleh terancam berikutan mogok lapar lebih 2 bulan, tetapi beliau tetap meneruskan mogok laparnya itu.

Boulus yang melawat Allan di hospital Barzili berkata, semasa bercakap, Allan berada dalam keadaan sedar tetapi enggan menerima sebarang rawatan atau makanan tambahan yang diberi oleh pihak hospital.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Ikan lumba-lumba pengintip ditangkap oleh Hamas di pantai Gaza

Isnin, 24-08-2015 – Hamas telah menangkap seekor ikan lumba-lumba yang dikatakan dilengkapi oleh kamera dan peralatan lain dalam misi mengintip oleh rejim Israel, sumber yang enggan diperkenalkan identitinya memberitahu akhbar tempatan Quds pada Rabu.

Haiwan laut tersebut dilaporkan ditangkap oleh pasukan komando elit Hamas beberapa hari lepas dekat pantai Gaza yang dikepung.

Sumber tersebut menyatakan ikan lumba-lumba itu dihantar oleh rejim Israel untuk mengambil rakaman video aktiviti latihan unit itu. Al-Quds melaporkan yang tentera Hamas mula bimbang kerana pergerakannya yang meragukan. Peralatan mengintip dilaporkan dijumpai apabila ikan lumba-lumba itu dikeluarkan dari perairan dan diperiksa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Keluarga banduan bakal kehilangan tempat tinggal akibat ancaman perobohan penempatan oleh Israel

Isnin, 24-08-2015 – Regim Zionis Israel ( IOF) mengancam untuk merobohkan bangunan kediaman tempat berlindung keluarga banduan Maher al- Hashlamoun di wilayah Tebing Barat selatan al- Khalil.

Sumber tempatan berkata tentera Israel dalam tiga jip tentera bergerak menuju ke kejiranan al- Zaytoun , dalam al- Khalil, dan menyerahkan keluarga Hashlamoun sebagai pmeberitahuan untuk merobohkan apartmen mereka. IOF telah memberitahu lagi perobohan pangsapuri lain di dalam bangunan yang disasarkan. Kebelakangan ini, penjajahan Israel telah meningkatkan perobohan rumah, yang melanggar undang-undang antarabangsa .

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Hamas Ketepi Kesepakatan Gencatan Dengan Israel

Isnin, 24-08-2015 – Pusat Informasi Palestin: Gerakan Peperangan Islam Hamas, Hasan Yusuf, menolak keras berita yang mengatakan Hamas telah bersepakat dengan penjajah Zionis untuk satu janji gencatan senjata jangka masa panjang. Dia menegaskan bahawa berita yang tersebar itu hanya angan-angan media sahaja.

Hasan Yusuf menjelaskan, “Perbincangan berkaitan gencatan tidak hanya tidak datang dari kelompok-kelompok yang mahu menenangkan keadaan.” Anggota Dewan Perundangan Palestin ini mengatakan , “Pihak-pihak itu menilai situasi ini dari sisi bahawa Sempadan Gaza berada di bawah letupan yang boleh meletup bila-bila masa saja, dan itu akan menjadi ancaman bagi penjajah Zionis akibat pengepungan yang mematikan kehidupan rakyat di Sempadan Gaza.

Dia menambah lagi, “Itu gambaran masalah dan penilaian di Sempadan Gaza yang sampai kepada penjajah Zionis, agar menjadi pesan kepada mereka supaya tidak lagi mengepung dan meringankan penderitaan penduduk Sempadan Gaza. Ini kerana letupan yang datang dari Gaza akan sangat merugikan Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Hamas menyeru tindakan balas terhadap jenayah Za’atara

Isnin, 24-08-2015 – Jurucakap Gerakan Hamas Hossam Badran menyeru tindakan balas ke atas pembunuhan kejam seorang pemuda Palestin oleh Israel di pusat pemeriksaan Za’atara pada Isnin.

Badran menyeru pihak berkuasa Palestin (PA) untuk segera menghentikan penderaan ke atas pihak pejuang di Tebing Barat dan juga menghentikan penyelerasan keselamatan dengan rejim Israel.

Menghentikan penyelerasan keselamatan antara PA dan rejim Israel, menurut beliau, telah menjadi keperluan utama negara yang semakin penting. Beliau menyatakan keperluan segera untuk membebaskan pejuang Palestin dari penjara terutamanya merujuk kepada sikap PA yang tidak berbuat apa-apa terhadap jenayah Israel setiap hari.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel merampas tanah Palestin di Beit Jala untuk membesarkan tembok

Isnin, 24-08-2015 – Regim Zionis Israel (IOA ) memulakan kerja-kerja meratakan tanah Palestin di bandar Beit Jala berhampiran Bethlehem untuk meluaskan tembok pengasingan di kawasan itu.

Ketua Perbandaran Beit Jala Nadim al- Nasan berkata bahawa jentolak Israel bermula pada waktu pagi ke tanah milik rakyat Palestin dan mencabut pokok-pokok zaitun dan merosakkan harta benda di kawasan Beir Oneh .Nasan berkata mahkamah Israel baru-baru ini dibenarkan membuat perancangan untuk menyiapkan pembinaan tembok pemisah di atas tanah Palestin dari Wadi Kremizan dan kawasan ke Jambatan Tunnel di Beit Jala.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin ucap takziah, manakala tentera rejim Israel soal siasat keluarga Abu Amsheh.

Khamis, 20-08-2015 – Penduduk Palestin ucap takziah dan anggap kematian Mohammad Abu Amsheh pada hari Selasa sebagai mati syahid. Pada masa sama, pihak tentera penjajah rejim Israel telah menyerbu rumah dan menyoal siasat ahli keluarga si mati.

Berikutan peristiwa tersebut, penduduk Palestin telah keluar beramai-ramai ke jalan raya di bandar Kafr Raee di Jenin, tempat tinggal mangsa, sambil melaungkan tuntutan agar pihak tentera rejim Israel menghentikan amalan menembak terus siapa saja yang cuba menghampiri pos pemeriksaan dan kawalan sempadan milik tentera rejim Israel.

Abu Amsheh, ditembak mati oleh tentera rejim Israel di pos Zaatarah, Tebing Barat, wilayah Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali