Categories
Berita Semasa

Negara Eropah tolak dakwaan Israel ke atas NGO Palestin sebagai pertubuhan pengganas

Jumaat, 15-07-2022 – Sembilan negara Eropah mengeluarkan kenyataan bersama pada hari Selasa berikrar untuk terus bekerjasama dengan enam pertubuhan Palestin yang diharamkan Israel tahun lalu kerana Israel gagal membuktikan dakwaannya bahawa pertubuhan tersebut perlu ditetapkan sebagai pertubuhan pengganas.

Sembilan negara itu ialah Belgium, Denmark, Perancis, Jerman, Ireland, Itali, Belanda, Sepanyol dan Sweden.

“Tiada maklumat penting diterima daripada Israel yang mewajarkan kajian semula dasar kami terhadap enam NGO Palestin,” kata kenyataan kementerian luar negara itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Retakan Baharu Di Al Aqsha Akibat Penggalian Berterusan Zionis Israel

Jumaat, 15-07-2022 – Batu bata berjatuhan dari tiang musolah lama Al-Aqsha, Rabu (13/7) akibat penggalian berterusan dilakukan oleh penjajah Israel di kawasan sekitar dan bahagian bawah Masjidil Aqsha.

Sejumlah sumber di Al-Quds menegaskan bahawa dinding musolah lama Al-Aqsha mengalami retakan disebabkan penggalian berterusan dan menyebabkan kerosakan berulang.

Pihak Otoriti penjajah zionis sering menunda keizinan kepada pihak teknikal badan wakaf Islam di Al-Quds untuk memeriksa apa yang berlaku di sekitar pagar Selatan Masjidil Aqsha walaupun terdapat jatuhan batu bata dari tiang Al-Aqsha.

Pada pertengahan Jun lalu, terdapat batu bata jatuh dari bahagian dalam pagar Selatan Masjidil Aqsha di kawasan yang dikenali sebagai musolah lama Al-Aqsha.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pentadbiran Tahanan memasuki hari ke 185 memulaukan mahkahmah rejim Zionis Israel.

Khamis, 14-07-2022 – Ratusan tahanan Palestin telah di tahan tanpa bicara atau pertuduhan di penjara rejim Zionis Israel telah memasuki hari ke 185, memulaukan mahkamah pada hari Isnin menuntut agar polisi penahanan berkenaan dihentikan.

Pada awal Januari, pentadbiran tahanan mengumumkan memulaukan semua prosedur mahkamah berkaitan dengan penahanan tersebut. Tahanan tanpa bicara berada di beberapa penjara rejim Zionis Israel , terutamanya di Penjara Negev dan Penjara Ofer.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Bot bersenjata Israel menyerang nelayan di utara Gaza

Khamis, 14-07-2022 – Pada petang Isnin, tentera rejim zionis (IOF) menyerang nelayan Palestin dan bot mereka di utara perairan Semenanjung Gaza, menyebabkan mereka terpaksa kembali ke pantai.

Seorang wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) berkata, bot bersenjata Israel melepaskan tembakan dan gas pemedih mata ketika berada dalam lingkungan beberapa batu nautika di pelbagai kawasan utara Gaza.

Mujurlah tiada yang cedera dalam serangan itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kesihatan dua tahanan Palestin merosot

Khamis, 14-07-2022 – Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan berkata pada hari Isnin bahawa dua orang tahanan Palestin, Ahmad Salah dan Fayez Baara mengalami keadaan kesihatan yang teruk di penjara Ramon milik Israel kerana dasar kecuaian perubatan yang diamalkan terhadap mereka.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, peguam Shireen Nasir menyatakan bahawa Salah, 45, dari Baitullaham mengalami keradangan kolon kanan.

“Pada Mac 2022, doktor Salah berkata dia perlu dipindahkan ke hospital awam. Bagaimanapun, pentadbiran penjara sengaja mengabaikan keadaan kesihatannya yang serius,” kata Nasir sambil menyatakan bahawa dia ditembak oleh pasukan penceroboh Israel pada usus dan kaki kanan pada 2002.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Lebih 100 orang pendatang cemarkan Aqsa dengan kawalan polis

Selasa, 05-07-2022 – Puluhan pelampau pendatang Yahudi dengan kawalan polis telah mencemarkan Masjid Aqsa pada pagi Ahad.

Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 114 orang pendatang masuk ke masjid secara berkumpulan menerusi pintu Maghariba dan berkeliaran di dataran dengan kawalan polis.

Ketika berada di situ, mereka mendengar ceramah yang disampaikan oleh para rabbi tentang kuil yang didakwa dan sejumlah daripada mereka mencetuskan provokasi dengan mengerjakan ibadat Talmud.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Makor Rishon: Kementerian dalam negeri Israel mengiktiraf 29 pos pendatang

Selasa, 05-07-2022 – Sebuah akhbar Ibrani berkata pada hari Ahad bahawa kementerian dalam negeri Israel telah mengiktiraf kira-kira 29 pos pendatang di kawasan berbeza di Tebing Barat.

Akhbar Makor Rishon menjelaskan bahawa menteri dalam negeri Ayelet Shaked mengiktiraf pos-pos luar ini setahun selepas dia memegang jawatan sebagai sebahagian daripada percubaannya untuk memikat para pendatang di Tebing Barat.

Akhbar itu mendedahkan kementerian dalam negeri memindahkan setiap tahun 3.3 bilion shekel (kira-kira $970 juta) sebagai geran kepada kira-kira 200 penempatan dan pos luar.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Warga emas dipukul dalam serangan penceroboh di Tulkarem

Selasa, 05-07-2022 – Penceroboh Yahudi pada hari Ahad memukul seorang petani warga emas Palestin ketika dia sedang bekerja di tanahnya yang terletak di antara Kafr al-Labad dan perkampungan Shufa di bandar Tulkarem, Tebing Barat.

Saksi mata berkata bahawa penceroboh Yahudi bersenjata secara kejam memukul Mustafa Fuqaha, 70 tahun. Lelaki tua itu mengalami patah tulang dan lebam di seluruh badan.

Tiga bulan lalu, penceroboh Yahudi menyerang saudara Fuqaha ketika dia sedang menggembala kambing biri-birinya di tanahnya, memaksa dia meninggalkan tanah itu sebagai persediaan untuk meluaskan penempatan haram Annab yang ditubuhkan di atas tanah milik Palestin di timur Tulkarem.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Israel mensasarkan nelayan laut

Selasa, 05-07-2022 – Hari ini (Ahad, 3 Julai) pasukan penjajah Israel melancarkan operasi penangkapan di kota Silwad, timur laut Ramallah dan di Betlehem, Tebing Barat.

Pasukan Israel menangkap lima warga Palestin dari kota Silwad, timur Ramallah, iaitu; Abbas Abdel Hakim Hamid, Muhammad Dirar Hammad, Samer Hamed, Thalji Majdi Hammad dan Mahmoud Bashir Hammad.

Pasukan Israel menyerbu beberapa rumah di kota Ramallah dan menyoal siasat penduduk di lapangan dan melakukan pencarian menyeluruh di sana.

Di Betlehem, pasukan penjajah menyerbu beberapa rumah dan menyerahkan surat pemberitahuan kepada warga untuki menjawab soalan daripada cawangan khas mereka.

Sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa pasukan penjajah Israel menyerahkan kepada Hamzah Al-Ajouri dari daerah Hendazah di timur, dan Abdel-Rahman Shuaibat dari kota Beit Sahour, dua surat pemberitahuan untuk disoalsiasat oleh pihak polis setelah mereka menggeledah rumah mereka.

Pasukan pendudukan Israel juga menceroboh rumah Ghassan Hermas di kawasan Khalil al-Law.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman


Categories
Berita Semasa

Tawanan Abu Hamid Kritikal, Anak-anak Berdemonstrasi Di Gaza

Jumaat, 01-07-2022 – Lembaga Urusan Tawanan melaporkan, Selasa (28/6) keadaan Kesihatan tawanan mengidap barah iaitu Abu Hamid yang semakin menurun dan memasuki fasa kritikal.

Dalam laporannya mengutip pernyataan peguam Karim Ajwah, tawanan Abu Hamid telah mendapatkan 3 kali kemoterapi dan akan mendapatkannya untuk kali yang ke 4, setelah sepuluh hari kemudian seperti yang diputuskan para doktor yang mengubatinya.

Tawanan Abu Hamid menderita sakit barah di dada bahagian kiri dan mengalami penurunan berat badan drastik, tidak mampu berjalan dan sukarbernafas. Beliau hanya duduk di kerusi roda dan memakai alat bantu penafasan.

Lembaga Urusan Tawanan menuntut pihak penjara Zionis untuk bertanggungjawab penuh atas keselamatan tawanan dan nasib Abu Hamid serta meminta pihak antarabangsa untuk bergerak cepat membebaskannya dan menghentikan penderitaannya di dalam penjara Zionis.Sementara itu, puluhan anak-anak tawanan menyerahkan “surat terpanjang” kepada jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah, menuntut dihentikannya penderitaan ayah- ayah mereka dan membebaskan mereka dari penjara.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Kesihatan tahanan Abu Hamid pengidap kanser telah mencapai tahap kritkal

Jumaat, 01-07-2022 – Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin telah memberi amaran mengenai kesihatan  penghidap kanser, tahanan penjara Nasser Abu Hamid telah mencapai tahap kritikal dan juga mengancam nyawa.

Menurut Abu Hamid,  peguam Suruhanjaya Kareem Ajwa, telah menjalani tiga kali rawatan kemoterapi dan akan menjalani satu lagi rawatan dalam masa 10 hari. Akibat dari kesihatan yang merosot, tahanan berkenaan tidak dapat berjalan mahupun bernafas dan dia telah ditempatkan di kerusi roda dan menggunakan tabung oksigen sepanjang masa.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul



Categories
Berita Semasa

Kesatuan Menentang Fanatik Berpuak dilancarkan secara rasmi

Jumaat, 01-07-2022 – Mesyuarat Agung Kesatuan Menentang Fanatik Berpuak (UASF) telah memilih Sekretariat Agung untuk penggal semasa, selama dua tahun hingga pertengahan 2024. Ia dilihat sebagai pelancaran rasmi organisasi itu yang menentang fanatik berpuak.

Abdulkareem Bakkar dipilih sebagai Setiausaha Agung bersama Anas Altikriti sebagai timbalannya, Hassan Safadi sebagai jurucakap rasmi, Adnan Hmidan sebagai setiausaha dan Mehmet Siddik Yildirim sebagai bendahari.

Sekretariat itu turut dianggotai Kinda Hawasli, Ragdaa Zeidan, Salahuddin Miqati, Omar Rawabhi, Malik Amaira dan Kamil Kozbar, dan ibu pejabatnya bertempat di Istanbul, Republik Turki, di mana ia didaftarkan sebagai organisasi masyarakat awam.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Peneroka Yahudi Rampas 10 Dunum Tanah Palestin di Selatan Bethlehem

Jumaat, 01-07-2022 – Gerombolan peneroka Yahudi merampas 10 dunum tanah milik Palestin pada hari Selasa di bandar Bethlehem di Tebing Barat

Menurut seorang aktivis, Ahmad Salah, peneroka Yahudi merampas tanah milik Palestin di selatan perkampungan al-Khader di selatan Bethlehem dan terus mengusahakan tanah tersebut.

Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa rejim itu telah mengeluarkan arahan berhenti kerja terhadap tiga rumah Palestin di perkampungan al-Twani, selatan bandar al-Khalil di Tebing Barat, dengan alasan pembinaan tanpa permit, menurut penyelaras Jawatankuasa Perlindungan dan Ketahanan, Fuad Al-Amour.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar


Categories
Berita Semasa

China seru tindakan segera dan tegas dalam isu Palestin

Jumaat, 01-07-2022 – Republik Rakyat China pada hari Selasa mengesahkan bahawa keadaan yang semakin merosot di wilayah Palestin adalah membimbangkan, dan mengutuk jenayah kejam Israel yang berulang terhadap rakyat Palestin.

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun memberitahu semasa taklimat Majlis Keselamatan mengenai situasi di Timur Tengah, termasuk persoalan Palestin, bahawa perluasan berterusan penempatan Israel, yang menceroboh tanah dan sumber asli Palestin dan menjejaskan hak  rakyat Palestin kepada penentuan nasib mereka sendiri, adalah membimbangkan.

“Persoalan Palestin adalah ujian litmus terhadap keadilan dan kesaksamaan antarabangsa,” kata Zhang, menggesa Israel melancarkan siasatan jenayah ke atas pembunuhan Shireen Abu Akleh (wartawan Al Jazeera), dan mengeluarkan penemuannya untuk memastikan akauntabiliti.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Haneyya Jumpa Perdana Menteri Lubnan Mikati

Jumaat, 01-07-2022 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya bertemu dengan Perdana Menteri Lubnan Najib Mikati pada hari Isnin di Beirut untuk membincangkan perkembangan terkini isu Palestin. Haneyya memberi taklimat kepada Mikati mengenai perkembangan terkini Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa termasuk rancangan Yahudisasi Israel, percubaan untuk mengawal tapak suci umat Islam dan Kristian, di samping rancangan Israel untuk mengenakan perpecahan kuasa dan ruang di Masjid Al-Aqsa.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Mikati atas pemilihan semula sebagai Perdana Menteri Lubnan. Beliau juga turut memuji kejayaan Lubnan mempengerusikan Suruhanjaya Penasihat UNRWA.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar