Categories
Berita Semasa

IOF menculik beberapa warga Palestin pada subuh Isnin Ketika serbuan di beberapa Kawasan Tebing Barat.

Rabu, 29-06-2022 – Menurut sumber tempatan, IOF menculik seorang warga dengan isteri dan anaknya daripada keluarga al-Attrash serta tiga lagi daripada keluarga Maali ketika serbuan rumah-rumah di kem pelarian al-Deheisha di Bethlehem.

Di Ramallah, IOF menculik empat warga dari kediaman mereka di kem pelarian al-Jalazon, di mana pertelingkahan dengan pemuda tempatan turut tercetus.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tahanan pentadbiran Palestin membekukan rancangan mogok

Rabu, 29-06-2022 – Tahanan pentadbiran Palestin memutuskan untuk menangguhkan mogok lapar terbuka mereka sehingga September 2022, dedah Persatuan Banduan Palestin (PPS) pada Isnin.

Banduan memberi tempoh sebulan kepada Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) sebagai penilaian terhadap komitmen mereka terhadap perjanjian yang dipersetujui sebelum ini pada hari ke-178 mereka memboikot mahkamah Israel, tambah PPS.

Banduan memutuskan untuk membekukan rancangan mogok lapar mereka tetapi mereka akan terus memboikot mahkamah Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Kita takkan abaikan hak pelarian Palestin untuk pulang

Rabu, 29-06-2022 – Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya bertemu Speaker Parlimen Lubnan Nabih Berri di ibu pejabat parlimen di Ain al-Tineh pada hari Isnin, di mana mereka meninjau perkembangan terkini Palestin dan Lubnan.

“Perkembangan terkini Palestin seperti rancangan Yahudisasi Israel di Masjid Al-Aqsa dan Baitulmuqaddis, pengepungan berterusan di Semenanjung Gaza, dan kem pelarian Palestin di Lubnan telah dibincangkan semasa mesyuarat itu,” kata Haneyya selepas mesyuarat itu, mengulangi pendirian Hamas menolak semua rancangan penempatan semula. “Kami tidak akan sekali-kali meninggalkan hak pelarian Palestin untuk pulang”, tegasnya.

Haneyya mengesahkan bahawa Hamas sangat menyokong hak Lubnan ke atas minyak dan gasnya, sambil menekankan bahawa Lubnan harus menikmati hak penuh ke atas sumber aslinya.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Haneyya bertemua Mufti Besar Lebanon di Beirut. 

Selasa, 28-06-2022 – Ketua Biro politk Hamas, Ismail Haneyya bertemu dengan Syeikh Abdul-Latif Derian, Mufti Besar Lebanon dan berbincang tentang hal-hal berkaitan dengan hala tuju Palestin.  Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat beliau, Haneyya meraikan Shekh Derian dalam pendirian beliau dalam situasi Jerusalem, rakyat Palestin dan hala tuju negara Palestin.

Ketika mesyuarat, Ketua Hamas menyatakan pejuangan Hamas dengan Lebanon mengenai tuntutan hak Lebanon keatas hasil gas petroleum dan sumber mineral asli dan mengucapkan tahniah kepada warga Lebanon dalam kejayaan pilihanraya baru baru ini.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Israel Mula Bina Tembok Keselamatan di Tebing Barat

Selasa, 28-06-2022 – Tentera Israel telah memulakan pembinaan tembok pemisah baharu di sepanjang kawasan utara Tebing Barat.

Sebuah laman web Hebrew melaporkan bahawa tembok keselamatan baharu itu adalah kira- kira 45 kilometer panjang, 9 meter tinggi, dan akan merangkumi tembok konkrit yang besar, menara pengawal dan peranti pemantauan elektronik.

Laman berkenaan juga berkata kerja pembinaan tembok itu akan diteruskan selama kira-kira setahun dan akan menyumbang dalam menyekat penyusupan ke dalam Laluan Hijau.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Penjahah Israel Menangkap Lebih 50 Pekerja Palestin

Selasa, 28-06-2022 – Pasukan penjajah Israel Zionis menangkap lebih daripada 50 pekerja Palestin dari kampung Hares dan bandar Deir Istiya dan Qira di wilayah Salfit, setelah mereka menyerbu kawasan kampung dan bandar tersebut. Pasukan penjajah Israel kemudiannya membawa mereka ke penempatan Ariel yang dibangunkan oleh penjajah Israel secara paksa.

Ketua kampung Hares, Omar Samara mengatakan bahawa pasukan tentera dan polis penjajah Israel menyerbu desa Hares, serta bandar Deir Istiya dan Qira. Mereka menangkap 50 pekerja yang bekerja di wilayah Palestin yang diduduki penjajah Israel sejak tahun 1948 (Palestin 48). Usia mereka antara dua puluhan dan empat puluhan tahun.

Penangkapan berlaku setelah pasukan Israel menggeledah rumah mereka. Beberapa dari mereka ditangkap ketika melalui jalan-jalan semasa hendak pergi bekerja.

Samara menyatakan bahawa pasukan penjajah Israel memindahkan mangsa ke penempatan Ariel.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Israel melanjutkan larangan perjalanan ke atas Suleiman Aghbariya

Selasa, 28-06-2022 – Pada Rabu, Menteri Dalam Israel mengenakan tambahan lima bulan larangan perjalanan terhadap pegawai kanan Gerakan Islam Suleiman Aghbariya.

Menurut sumber tempatan media Palestin, Menteri Dalam Ayelet Shaked menandatangani arahan melanjutkan larangan perjalanan sedia ada terhadap Aghbariya.

Pada Mei lepas, Shaked mengeluarkan keputusan melarang beliau daripada melakukan perjalanan selama sebulan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas ucap takziah kepada mangsa gempa Afghanistan

Selasa, 28-06-2022 – Gerakan penentangan Islam, Hamas, menunjukkan simpati kepada “mangsa gempa bumi yang menyakitkan”, yang melanda tenggara Afghanistan, menyebabkan ratusan mangsa cedera.

Dalam satu kenyataan ringkas pada hari Rabu, Hamas menyatakan “solidariti penuh dengan Emiriah Islam Afghanistan, kepimpinan dan rakyat”.

Awal hari ini, media melaporkan angka kematian akibat gempa bumi di Afghanistan mencecah 950 orang dan lebih 600 cedera.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Mishaal: Kami tiada pilihan melainkan menentang penjajahan. 

Khamis, 23-06-2022 – Khaled Mishaal,  Ketua Biro Luar Hamas, menegaskan bahawa rakyat Palestin tiada pilihan lain melainkan menentang penjajahan Israel sehingga merdeka. Beliau mengesahkan bahawa kepimpinan Hamas dan gabungan pertubuhan Palesin akan setia terhadap perjuangan dan pengorbanan para tahanan.

Dalam satu perbualan telefon dengan keluarga para syahid, Baraa Lahlouh, Youssef Salah dan Laith Abu Surur di Jenin yang dibunuh oleh pejajah Zionis Israel pada Subuh Jumaat lepas, Mishaal berkata “ Dengan sepenuh hati saya, kami mengucapkan tahniah diatas kematian syahid para pejuang , kami akan menentang pihak musuh supaya titisan darah para pejuang tidak jadi sia sia.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Bot bersenjata Israel serang nelayan Palestin di utara Gaza

Khamis, 23-06-2022 – Tentera rejim zionis menyerang para nelayan Palestin dan bot mereka pada pagi Ahad di utara perairan Semenanjung Gaza.

Seorang wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) memetik satu sumber rasmi dari pihak nelayan yang mengatakan bahawa bot bersenjata Israel menembak ke arah bot-bot nelayan ketika kehadiran mereka di sekitar beberapa batu nautika perairan as-Sudaniya.

Tiada yang dilaporkan cedera dalam serangan yang memaksa para nelayan kembali ke pantai.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Iran : Israel Beri Ancaman Kepada Keamanan dan Keselamatan Serantau

Khamis, 23-06-2022 – Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian pada hari Ahad berkata Israel telah menimbulkan ancaman kepada keamanan dan keselamatan serantau dan melakukan tindakan keganasan dan rasuah.

Menurut agensi berita Iran IRNA, Abdollahian membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa melalui satu panggilan telefon dengan Menteri Luar Emiriah Arab Bersatu, Abdullah Bin Zayed.

Abdollahian menggariskan Iran berhasrat mempromosikan keamanan dan keselamatan di rantau ini dan negara jirannya, sesuatu yang tidak boleh dilakukan dengan campur tangan asing.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Hamas, Gerakan Jihad Seru Tingkatkan Tentangan

Khamis, 23-06-2022 – Hamas dan Gerakan Jihad Islam pada Ahad meratapi pejuang syahid Palestin, Nabil Ghanem yang ditembak mati Rejim Zionis pagi tersebut berhampiran tembok pemisah di selatan Bandar Qalqilya, Tebing Barat.

Dalam dua kenyataan berasingan, Gerakan menyeru rakyat Palestin di Tebing Barat agar meneruskan penentangan terhadap peneroka Israel dan Rejim Zionis.

“Kita perlu tingkatkan aktiviti penentangan, bagi membantah pembunuhan berdarah Israel ini yang melanggar undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” tegas Pergerakan Hamas dalam satu kenyataan akhbar.

Mereka turut menambah, pemuda Palestin akan terus-terusan menentang pendudukan Israel sehingga hak dan tanah air mereka dikembalikan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

Hamas seru tindakan antarabangsa hentikan penderitaan pelarian Palestin

Khamis, 23-06-2022 – Biro tindakan popular Pergerakan Hamas di Lubnan telah mengulangi hak pelarian Palestin untuk kembali ke rumah dan kawasan tempat mereka dipindahkan oleh pencerobohan Israel dan menggesa ketetapan antarabangsa yang jelas dan tegas dalam hal ini.

Dalam satu kenyataan pada hari Ahad, biro itu menggesa UNRWA supaya memikul tugas mereka sepenuhnya bagi menyediakan pembangunan dan perkhidmatan bantuan terbaik kepada pelarian Palestin, terutama dalam keadaan ekonomi dan sosial semasa yang sukar di seluruh dunia.

Biro itu memberi amaran terhadap sebarang langkah yang diambil oleh UNRWA yang akan menjejaskan hak pelarian Palestin, sama ada dengan mengecilkan perkhidmatannya, mewakilkan tugasnya kepada organisasi lain atau memanipulasi maklumat yang berkaitan dengan sejarah peribadi pelarian.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Pasukan Penjajah Israel Menangkap 5 Warga Tempatan di Hebron

Khamis, 23-06-2022 – Pasukan penjajah Zionis menangkap lima warga sivil Palestin di kampung al-Majaz di Masafer Yatta, selatan Hebron, wilayah selatan Tebing Barat.

Penyelaras Jawatankuasa Perlindungan dan Pertahanan Tanah, Fuad Amur mengatakan bahawa pasukan penjajah Israel menangkap para aktivis yang menentang pembinaan penempatan Yahudi.

Mereka yang ditangkap adalah Jalal Amur, Walid Dababsa, Amer Dababsa, Muhammad Dababsa dan Amin Hathalin, setelah kenderaan mereka ditahan di desa al-Majaz.

Pasukan penjajah Israel terus meningkatkan operasi mereka di Masafer Yatta di Hebron, termasuk menggeledah dan menyerahkan surat pemberitahuan pengusiran kepada penduduk Palestin.

Sebelumnya, pada Ahad petang, pasukan penjajah Israel menangkap lima warga Palestin dan menahan seorang bekas tawanan dari al-al-Quds serta menangkap seorang wanita yang berada di dalam Masjid al-Aqsha.

Sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa pasukan penjajah Israel menangkap pemuda Palestin, Shadi Abu Sneina, ketika dia berada di kawasan “Gerbang Hatta”, salah satu gerbang Masjid al-Aqsha yang diberkati, dan menangkap dua pemuda lainnya.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

450 Kanak-Kanak Palestin Ditahan Sejak Awal 2022

Isnin, 20-06-2022 – Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan pada Selasa melaporkan, pihak berkuasa Rejim Zionis (IOA) telah menahan 450 kanak-kanak Palestin, termasuk 353 dari Jerusalem, sejak awal 2022.

Laporan turut menyatakan, 170 lagi masih berada dalam penjara Israel dan pusat tahanan, termasuk 10 daripadanya melebihi usia kanak-kanak ketika ditahan, seperti Ahmad Manasra.

Dalam laporan sama, IOA mengeluarkan perintah pemanjangan tempoh penahanan mereka, selain melucutkan hak asasi manusia seperti rawatan perubatan sewajarnya dan perbicaraan yang adil, sekaligus melanggar Hak Asasi Antarabangsa dan hak konvensyen kanak-kanak.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ