Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin Cedera akibat Serangan Tentera ke atas penunjuk perasaan Di Jerusalem

Khamis, 25/04/2013 – Sumber-sumber perubatan Palestin melaporkan bahawa seorang remaja Palestin telah ditembak dan cedera di muka selepas tentera Israel menyerang rakyat Palestin yang mengadakan protes tanpa kekerasan bersama-sama dengan tahanan Palestin, di bandar Abu Dis, di Timur Baitulmuqaddis. Beberapa rakyat Palestin menerima rawatan oleh pegawai perubatan.

Saksi melaporkan bahawa seorang pemuda Palestin yang dikenali sebagai Nayef Jaber, ditembakdengan peluru logam bersalut getah di rahang kerana beliau telah meninggalkan kereta selepas meletak nya di jalan utama di bandar.

Mereka menambah bahawa tentera melepaskan berpuluh-puluh bom gas dan bom tangan terhadap penunjuk perasaan yang membawa kepada kecederaan beberapa orang.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : shuhada

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: ancaman Israel menggambarkan ciri-ciri penjenayah

Rabu, 24/04/2013 – Dr. Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas di Gaza, berkata ancaman Israel untuk menceroboh Semenanjung Gaza menggambarkan ciri-ciri penjenayah.

Jurucakap tersebut memberitahu akhbar Quds pada Ahad bahawa ancaman terhadap Gaza menandakan rancangan dan polisi Israel untuk menindas dan membunuh rakyat Palestin semakin dipertingkatkan.

Abu Zuhri bagaimanapun berkata ancaman Israel tidak menakutkan rakyat Palestin dan gerakan Hamas. Beliau turut menambah bahawa kumpulan-kumpulan di Palestin akan terus melindungi rakyatnya dengan apa cara yang termampu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Mesir Diminta Hentikan Provokasi Zionis Terhadap Gaza

Rabu, 24/04/2013 – Pemerintah Palestin di Semenanjung Gaza menolak keras pernyataan PM Zionis Benyamin Netanyahu yang menuduh Semenanjung Gaza menggunakan sempadan Mesir untuk menyerang “Eilat”.

Jurucakap Pemerintah Palestin di Semenanjung Gaza, Thaher Nunu mengatakan bahawa pernyataan Netanyahu tersebut merupakan provokasi Zionis terhadap Semenanjung Gaza.

Nunu menyeru agar Mesir membantu menghentikan provokasi ini dan menghalang penjajah Zionis dari melakukan tindakan-tindakan agresif terhadap rakyat Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Haniyeh bertemu dengan Putera Mahkota Qatar di Doha

Rabu, 24/04/2013 – Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh bertemu pada hari Ahad dengan Putera Mahkota Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, di Qatar ibu negara Doha.

Haniyeh meninggalkan Gaza ke Qatar, untuk bertemu dengan Emir Qatar Hamad bin Khalifa Al Thani, dan berbincang dengan beliau beberapa fail penting. Jurucakap Kerajaan Palestin Taher al-Nunu mengesahkan bahawa Haniyeh berbincang dengan Putera Mahkota Qatar mengenai isu perdamaian, Jerusalem, banduan-banduan dan pembinaan semula Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

1,000 banduan sakit termasuk 25 pesakit kanser di penjara Israel

Isnin, 22/04/2013 – Ketua Susulan Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan, Amin Shauhan, mengesahkan bahawa lebih daripada 1000 tahanan Palestin menghidap penyakit-penyakit yang berbeza termasuk 25 pesakit kanser.

Banduan menghadapi kecuaian perubatan yang disengajakan oleh perkhidmatan penjara Israel bertujuan untuk membunuh mereka seperti apa yang berlaku terhadap syahid Ashraf Abu Dra’a, Arafat Jaradat dan Maysara Abu Hamdiya, katanya.

Beliau menegaskan bahawa penjajah melambatkan dalam berurusan dengan permintaan pemogok kelaparan Samer al-Issawi selepas gagal dalam penghantaran pulang ke negara-negara Eropah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Pelarian duduk beramai-ramai di luar UNRWA bantah pengurangan perkhidmatan

Isnin, 22/04/2013 – Pelarian Palestin mengadakan tunjuk perasaan pada Isnin lalu buat kali kedua di luar ibu pejabat UNRWA di Gaza bagi membantah pengurangan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi antarabangsa itu untuk pelarian di Gaza.

Pelarian Palestin mengadakan tunjuk perasaan yang berterusan sepanjang dua minggu lalu untuk menyeru UNRWA menghentikan pengurangan perkhidmatan mereka.

Pejabat UNRWA dibuka semula di Semenanjung Gaza Selasa lalu selepas menerima jaminan melindungi kakitangan dan ibu pejabatnya, di mana ibu pejabat telah diserbu masuk oleh penunjuk perasaan yang marah di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tahanan yang dibebaskan, Sarsak menjadi duta tahanan ke Eropah

Isnin, 22/04/2013 – Tahanan bebas, Mahmoud Sarsak, yang pernah menjalani mogok lapar selama 96 hari memberitahu Pusat Kajian Tahanan bahawa lawatannya ke Eropah mencapai sasaran media dan hak asasi manusia.

Sarsak berkata lawatannya bermula dari Perancis di mana beliau menganjurkan acara sokongan kepada tahanan Palestin di hadapan ibu pejabat Palang Merah di ibu negara Perancis, Paris.

Beliau kemudiannya menghadiri Parlimen Eropah selama dua hari di mana beliau bertemu dengan 7 ahli parlimen dan memberitahu mereka tentang perlanggaran Israel ke atas hak tahanan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Pihak berkuasa Israel menghantar pakar rundingan kepada Issawi

Isnin, 22/04/2013 – Sumber hak kemanusian palestin berkata pihak berkuasa Israel sedang meneruskan percubaan untuk memujuk banduan yang sedang menjalani mogok lapar di Jerusalem, Samer Issawi, untuk menghentikan mogok laparnya dan seterusnya menerima usul untuk mengeluarkan beliau dari Jerusalem sebagai pertukaran dengan pembebasannya.

Jawad Boulos, Pengarah Unit Undang-Undang bagi Persatuan Tahanan Palestin, berkata dalam satu kenyataan bahawa pihak Israel sedang mencuba meyakinkan Issawi untuk menerima usul pertukaran tersebut oleh pegawai dan pakar rundingan, yang sering memasuki bilik beliau di Hospital Kaplan.

Jawab juga melaporkan, bahawa para doktor telah memberitahu betapa seriusnya kodisi kesihatan Issawi dan keadaan otot jantungnya yang semakin lemah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hafizah

Categories
Berita Semasa

Konfrantasi dengan Zionis di Ramallah dan Nablus

Isnin, 22/04/2013 – Konfrantasi antara warga Palestin dan pasukan Zionis meletus Selasa (16/4) petang di perkampungan Badrus di barat Ramallah dan di hadapan Universiti al Quds di Abu Deis. Akibatnya sejumlah warga penduduk mengalami sesak nafas.

Sumber-sumber tempatan menyebutkan pasukan penjajah Zionis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah mahasiswa Universiti al Quds ketika mereka berkumpul di hadapan pintu gerbang kampus. Setelah itu meletus pertempuran dengan tentera Zionis. Para mahasiswa membaling batu dan bom molotov ke arah jip-jip militan Zionis.

Para saksi kejadian mengatakan, pertempuran tersebut mengakibatkan 12 orang penduduk dan mahasiswa tercedera. Pertempuran meletus setelah selesai majlis memperingati 25 tahun gugurnya Khalil al Wazir “Abu Jihad” yang diadakan di perkarangan kampus Universiti al Quds.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Gaza menyelar Menteri Luar Canada kerana bertemu dengan pegawai Israel di Baitulmuqaddis

Rabu, 17/04/2013 – Kementerian Hal-Ehwal Luar Negara Palestin di Gaza menyelar Menteri Luar Canada John Baird kerana bertemu menteri undang-undang Israel di pejabatnya di Baitulmuqaddis.

Kementerian menyifatkan pertemuan itu merupakan keutamaan serius dalam kenyataannya pada Isnin. Ia menandakan pengiktirafan nyata oleh Canada terhadap hak Israel di Baitulmuqaddis.

Pertemuan itu jelas melanggar resolusi antarabangsa dan bukti sejarah yang menyatakan Baitulmuqaddis ialah ibu negara Palestin, kementerian berkata dan meminta kerajaan Canada memohon maaf.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Samer Barq disoal siasat oleh pegawai FBI di penjara Israel

Rabu, 17/04/2013 – Sumber hak asasi manusia Palestin berkata tahanan mogok lapar bernama Samer Barq dari kampung Jayous berhampiran bandar Qalqilya, utara Tebing Barat sedang disoal siasat oleh para pegawai FBI dari Amerika Syarikat.

Helmi Barq, bapa tahanan ini melaporkan anaknya yang telah melancarkan mogok lapar selama 50 hari, sedang disiasat oleh penyiasat FBI di penjara Israel dan menganggap bahawa “kaedah ini merumitkan fail rahsia anaknya”.

Bapa Samer memberitahu Pusat Kajian Tahanan Palestin yang penjajah Israel telah mendera anaknya dengan menafikan lawatan ke atasnya dan mengasingkannya walaupun keadaan kesihatannya semakin merosot, dalam usaha untuk memaksanya menamatkan mogok itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Netanyahu: Israel Dalam Ancaman Penghapusan Kewujudannya

Selasa, 16/04/2013 – PM negara Zionis, Benjamen Netanyahu menegaskan, ketika ini kewujudan negara ‘Israel’ mengalami ancaman lebih besar berbanding masa-masa sebelumnya. Oleh itu, pihak penjajah Zionis sedang berusaha memperkuatkan aspek keamanan untuk menjamin masa depannya.

Dalam sambutan sidang kabinet mingguan pagi ini, Ahad (14/4) Netanyahu menegaskan, musuh-musuh ‘Israel’ tidak pernah berhenti berusaha untuk menghapuskan kewujudannya. Oleh itu, militan ‘Israel’ dengan keperluan keamanan yang dimilikinya sekarang adalah lebih kuat berbanding masa lalu, katanya.

Minggu lalu, entiti Zionis mengalami serangan elektronik di dunia maya. Akibatnya, ribuan laman web di internet milik ‘Israel’ termasuk laman sesawang pemerintah yang sensitif dicerobohi penggodam.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Rayuan Amerika Agar Abbas Adakan Perundingan

Jumaat, 12/04/2013 – Gerakan al Ahrar menilai bahawa rayuan-rayuan dan pancingan-pancingan Amerika kepada Presiden Otoriti Palestin, Mahmud Abbas merupakan usaha “busuk” Amerika untuk menghidupkan kembali perundingan sia-sia dan menghalang persepakatan.

Dalam pernyataan hari Selasa (9/4), Gerakan al Ahrar mengatakan, “Rayuan-rayuan dan pancingan Amerika untuk Abbas dan otoriti dengan janji pengembangan ekonomi dan tekanan kepada Islam serta mengembalikan dana cukai (ke otoriti Palestin), merupakan usaha jahat dan permaian terbuka untuk menghidupkan kembali perundingan sia-sia. Ia akan menghalang persepakatan nasional sekaligus mengubur meletusnya intifadah ketiga.”

Ahrar menegaskan bahawa persepakatan dan perundingan adalah dua langkah yang tidak boleh bersatu. Gerakan ini menyeru kepada inisiatif perdamaian Arab agar menekan Abbas untuk menamatkan perpecahan dan menyelesaikan isu perpaduan nasional, serta tidak tunduk pada kuasa veto dan tekanan-tekanan Amerika.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Penunggang motosikal Yahudi langgar gadis Palestin di al-Khalil

Jumaat, 12/04/2013 – Seorang gadis Palestin Selasa lalu cedera selepas dilanggar oleh penunggang motosikal peneroka haram Yahudi di pintu masuk kampung Beit Ummar, utara al-Khalil, kata pegawai perubatan.

Mohammed Awad, jurucakap media Jawatankuasa Popular menentang Tembok dan Penempatan di Beit Ummar berkata, seorang menunggang motosikal Yahudi melanggar Alaa Diab Alami, 22 dan melarikan diri ke arah penempatan Karmi Tzur yang dibina di atas tanah Palestin di Beit Ummar dan Halhoul.

Gadis Palestin itu mengalami lebam dan kecederaan serius di kaki . Ambulan Bulan Sabit Merah Palestin telah memindahkan mangsa ke hospital, di mana keadaan beliau telah dilaporkan terkawal.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Haneyya berbincang dengan Menteri Perisikan Mesir tentang perkembangan terkini

Jumaat, 12/04/2013 – Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haneyya berbincang dengan Menteri Perisikan Mesir Jeneral Raafat Shehata tentang perkembangan terkini di Palestin terutamanya tentang perlanggaran Israel ke atas perjanjian.

Ia berlaku ketika perbualan telefon di antara Haneyya dan Shehata pada petang Isnin, demikian menurut Pejabat Perdana Menteri Palestin di Gaza.

Perdana Menteri Palestin itu bertemu Shehata ketika lawatan tterbarunya di Mesir pada minggu lepas dan berbincang dengan Shehata tentang beberapa hal termasuk rundingan damai Palestin.

Rejim Israel terus melanggar perjanjian yang ditandatangani dengan pejuan Palestin di Gaza. Rejim Israel telah menyerang Semenanjung Gaza dan menjalankan lebih banyak sekatan di kawasan perikanan Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati