Categories
Berita Semasa

Cuaca panas ancam nyawa tahanan Palestin di penjara Zionis

Sabtu, 21/08/2010 – Tahanan Palestin di penjara-penjara Zionis Israel hari ini diancam dengan cuaca yang sangat panas. Mereka juga dinafikan hak untuk diziarahi oleh ahli keluarga. Suhu yang panas dan keadaan penjara yang tidak kondusif mengancam kehidupan tanahan Palestin. Pihak Zionis-Israel sengaja tidak menyediakan kipas dan penghawa dingin. Malah kipas yang rosak juga tidak diganti. Ruang penjara menjadi berkuap dan terpengap. Sistem pengudaraan juga tidak ada.

Tahanan juga di suruh untuk keluar mengambil angin di waktu tengahari. Keadaan lebih teruk yang mana penjara berada di kawasan padang pasir. Ada juga yang diletakkan di dalam rumah besi yang mana suhunya mencapai 40 darjah celcius. Selain itu, masalah kesihatan menjadi masalah utama bagi tahanan. Mereka mengalami dihidrasi yang begitu kritikal. Ada juga yang mengalami penyakit kulit yang mengelupas.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Kapal Bantuan Algeria Menuju Gaza

Sabtu, 21/08/2010 – Sebuah kapal bantuan Algeria yang membawa 60 kontena ubat-ubatan bersedia untuk belayar ke Semenanjung Gaza seperti yang dilaporkan WAFA, Agensi Berita Palestin pada Khamis.  Sumber-sumber menyatakan kempen tersebut dianjurkan oleh Kesatuan Ulama Algeria, orang-orang kenamaan, usahawan, pertubuhan bukan kerajaan dan warga Algeria dari serata Algeria. Bantuan kemanusiaan tersebut meliputi makanan, peralatan sekolah dan ubat-ubatan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  idawati

Categories
Berita Semasa

Delegasi kapal “Maryam” berlepas esok.

Sabtu, 21/08/2010 – Penganjur delegasi kapal “Maryam” telah mengumumkan bahawa mereka akan berlepas pada hari Ahad depan (22hb Ogos) menuju ke Jalur Gaza sambil membawa bantuan perubatan dan kemanusiaan, untuk memecahkan tembok yang telah mengepung Gaza sejak 4 tahun lagi.

Samar El-Haj, Pengerusi delegasi kapal berkata pada sidang media yang berlangsung pasa hari Khamis (19hb Ogos), bertempat di Pelabuhan Tripoli : “Kapal akan bertolak daripada Pelabuhan Tripoli tepat pukul sepuluh malam hari Ahad ke Cyprus dan kemudian dari Cyrpus kapal akan menuju ke Jalur Gaza.

El-Haj yang juga menujukan suatu kenyataan terhadap pihak musuh Zionis, menyatakan : “Kalian menguasai senjata dan unsur kekuatan, tetapi kami mempunyai Iman kepada Allah, dan demi menegakkan keadilan Isu Palestin, apa sahaja yang kalian lakukan, kapal “Maryam” akan tetap terus berlayar ke Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  Nur Azleen Mohd Azlan

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin yang terlibat dengan pembunuhan di Olimpik Munich 1972 meninggal.

Jumaat, 20/08/2010 – Amin al-Hindi,rakyat Palestin yang terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai Olimpik Munich 1972, dikuburkan di Bandar Gaza pada hari Rabu, kata seorang koresponden AFP.

Hindi,disahkan meninggal dunia di Amman pada malam Rabu. Beliau yang menghembuskan nafas terakhirnya pada di usia 70 tahun, adalah rakyat Palestin terakhir yang masih hidup yang terlibat dalam serangan membunuh yang mengorbankan 11 atlet Israel.

Ribuan pelawat dilaporkan menghadiri upacara pemakaman beliau dimana jenazah dibawa dari rumah keluarganya di persekitaran Gaza Al-Rimal menuju ke masjid bandar Katiba.  Hindi adalah ahli senior Parti Fatah Pertubuhan Pembebasan Palestin dan juga pemimpin badan perisikan di akhir pemerintahan Yasser Arafat.

Beberapa pemimpin Fatah Jawatankuasa Pusat dan Dewan Revolusi Fatah turut menghadiri upacara pemakaman di Semenanjung Gaza, yang diatur oleh sekutu Fatah iaitu Hamas.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  shuhada

Categories
Berita Semasa

Zionis Israel halang solat terawih di al-Aqsa

Jumaat, 20/08/2010 – Zionis Israel hari ini telah melarang rakyat Palestin untuk menunaikan solat terawih di al-Aqsa. Zionis Israel telah menagadakan sekatan di pintu masuk al-Aqsa. Ini menyebabkan rakyat Palestin terpaksa berpatah balik. Keadaan semakin runcing bila warga tua terpaksa menderita kerana terpaksa jalan jauh.

Tindakan Zionis ini amat berlawanan dengan arahan pejabat wakaf Palestin yang mana semua pintu masuk ke al-Aqsa hendaklah di buka.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

4 serangan udara terbaru di Gaza.

Jumaat, 20/08/2010 – Pesawat pejuang Israel telah melakukan empat serangan udara di selatan Semenanjung Gaza malam Selasa lalu namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan, menurut sumber keselamatan Palestin dan saksi.

Serangan itu dilakukan terhadap sasaran berhampiran Rafah dan utara Khan Yunis, dekat sempadan Mesir dan sasaran berhampiran Zeitoun, timur bandar Gaza dan kem pelarian Deir al-Balah di tengah wilayah. Jurucakap tentera Israel berkata kepada AFP bahawa angkatan udara mereka telah melakukan empat serangan terhadap Semenanjung Gaza dengan menyasarkan “sebuah bengkel besi dan tiga terowong yang digunakan untuk menyeludup senjata” dari Mesir.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Jet Pejuang Rejim Zionis Mengebom Gaza Semalaman

Jumaat, 20/08/2010 – Jet pejuang Israel melancarkan serangan di serata Semenanjung Gaza pada malam semalam. Tiada kecederaan dilaporkan. Saksi mata di pekan Rafah mengatakan, pesawat-pesawat Israel jenis F-16 telah mengebom dua terowong: satu di kawasan Al-Jaradat dan satu lagi di kejiranan As-Salam di timur Rafah.

Pesawat-pesawat IOF tersebut melancarkan serangan bom kepada sebuah bangunan milik Briged Al-Qassam di pertengahan Semenanjung Gaza. Zon bebas di timur kejiranan Az-Zaytoun, Bandar Gaza juga menjadi sasaran serangan.  Ruang udara Gaza sememangnya sentiasa dan masih terdedah kepada pesawat-pesawat Israel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Lebanon Buka Ruang Pekerjaan Kepada Pelarian Palestin

Jumaat, 20/08/2010 – Gerakan Hamas melihat keputusan anggota parlimen Lebanon terhadap pelarian Palestin di Lebanon untuk bekerja di beberapa industri yang sebelumnya dilarang merupakan langkah yang sangat baik.

Perkara tersebut diulas oleh pihak Hamas melalui pejabat Biro Penerangan Gerakan, Selasa (17/8). Hamas mengatakan, keputusan tersebut perlu diikuti dengan langkah-langkah lain. Ini kerana para pelarian Palestin masih dikenakan sekatan dan dinafikan hak-hak tertentu. Adalah hak mereka untuk menjadapatkan jaminan sosial dan kesihatan, selain berhak untuk memiliki tempat tinggal.

Gerakan Hamas meminta sahabat-sahabatnya para pegawai kerajaan Lebanon untuk segera mengiktiraf seluruh hak sivil para pelarian Palestin, untuk menjamin hidup mereka secara terhormat bersama sahabat-sahabat mereka warga Lebanon yang lain.

Hamas menegaskan, “Hak-hak asasi manusia tersebut adalah salah satu keperluan utama untuk menjaga kehormatan rakyat Palestin selain menjalankan projek penempatan warga Palestin (di luar Palestin) serta memperkuat semangat juang para pelarian untuk kembali semula ke tanah air mereka, Palestin.”

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Serangan terhadap penunjuk perasaan tidak bersenjata di Utara semenanjung Gaza

Khamis , 19/08/2010 – Para petani Palestin bersama penyokong antarabangsa melakukan tunjuk perasaan pada hari Selasa zon di penimbal Israel berhampiran bandar Biet Hanoun di utara Semenanjung Gaza.

Tunjuk perasaan bermula pada tengah hari itu; dimana mereka berbaris di hadapan zon penimbal dan menyokong para petani bahawa penjajah Israel sedang menghancurkan tanah mereka untuk mencipta zon penimbal itu. Penunjuk perasaan menjangkau sehingga 150 meter dari pagar keselamatan dan sempadan persimpangan Eriz sebelum tentera penjajah Israel menembak kearah mereka. Walaubagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  shuhada
Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis serang Gaza melalui ruang udara.

Khamis , 19/08/2010 – Rejim Zionis melancarkan serangan udara yang mensasarkan Genting Gaza pada Selasa lepas selepas 2 orang tenteranya cedera akibat terkena bom mortar yang dilancarkan oleh pihak militant, kata saksi-saksi daripada kumpulan Hamas dan penduduk Palestin.

Saksi memberitahu bahawa serangan udara itu mensasarkan terowong bekalan yang terletak di selatan Genting Gaza serta sebuah kawasan padang terbuka yang terletak di selatan Khan Younis yang menjadi lokasi pelancaran roket ke arah tanah haram Israel oleh pihak militant. Tiada kecederaan yang dilaporkan akibat serangan rejim Zionis itu. Sementara itu, pihak militari rejim Zionis tidak memberi sebarang komen.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Hale berlepas dari Ramallah selepas bertemu Abbas dan pegawai PA

Khamis , 19/08/2010 – Wakil Amerika Syarikat (AS), David Hale meninggalkan Ramallah pada tengah malam Ahad lepas selepas bertemu dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan beberapa orang pegawai pihak berkuasa Palestin, PA di Ibupejabat Presiden di Ramallah.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin, PLO, Dr. Yasser Abed, jurucakap PA, Dr. Nabil Abu Rodeina dan Ketua Jabatan Perundingan, Dr. Saeb Erekat turut menghadiri mesyuarat tersebut yang memfokuskan tentang usaha menyambung semula perbincangan ke arah perjanjian damai secara bersemuka antara pihak Israel dan Palestin.

Hale dan pasukannya meninggalkan Ramallah selepas mesyuarat tersebut tanpa memberi sebarang kenyataan kepada pihak media.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  salwa
Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis wanita hina tawanan Palestin di Facebook

Khamis , 19/08/2010 – Seorang tentera wanita Zionis-Israel telah menyebarkan gambarnya yang menghina tawanan Palestin di dalam Facebook. Tahanan Palestin yang dalam keadaan tangan terikat dan mata tertutup, di hina oleh wanita Zionis itu dengan kata-kata kesat. Tentera wanita itu turut memperli seolah-olah tahanan itu tidak mempunyai Facebook dan tidak tahu apa yang berlaku.

Wanita Zionis haram itu turut berbangga dengan apa yang dilakukannya dan turut menyatakan bilamana bertugas sebagai anggota tentera, merupakan waktu yang seronok bagi wanita Zionis-israel itu.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair
Categories
Berita Semasa

Amalan Tentera-Tentera Zionis Bergambar Dengan Tahanan Sudah Menjadi Kebiasaan

Khamis , 19/08/2010 – Sebuah kumpulan Hak Asasi Manusia dari Israel :  Breaking The Silence mengeluarkan lebih banyak gambar menunjukkan tentera-tentera rejim Israel bergambar dengan tahanan-tahanan Palestin.  Kumpulan tersebut mengatakan, perlakuan ini telah menjadi kebiasaan kepada tentera rejim Israel yang berkhidmat di jajahan Palestin.

Pihak media mula memberikan tumpuan kepada isu ini pada hari Isnin apabila Eden Abergil, seorang bekas tentera rejim Israel menyiarkan sejumlah gambar-gambarnya bersama tahanan Palestin yang diikat tangan dan bertutup mata di Facebook. Gambar-gambar tersebut disiarkan dengan tajuk: IDF – “Saat-saat terbaik dalam hidupku”.

Salah satu gambarnya menerima komen daripada rakannya yang menyatakan, “Awak nampak seksi”. Abergil membalas, “Saya tertanya-tanya adakah dia (tahanan) memiliki akaun Facebook juga? Jika ya, saya perlu tag dia dalam gambar ini”. Pihak ketenteraan Israel mengeluarkan kenyataan mendakwa tindakan Abergil sebagai mentah dan kasar. Pihak tentera Zionis juga menyatakan, perlakuan Abergil ialah perlakuan yang terpencil dan menafikan ia merupakan satu kebiasaan.

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  idawati
Categories
Berita Semasa

Haniyah: Pihak Autoriti Palestin Perangi Islam

Khamis , 19/08/2010 – PM Palestin, Ismail Haniyah menegaskan bahawa pihak Autoriti Palestin (AP) pimpinan Mahmud Abbas telah memulakan perang anti agama dan Islam sesuai dengan hasrat Amerika dan Israel. Beliau memperingatkan rakyat dan ulama akan wujudnya persamaan antara agama yang diseru oleh AP dengan PMnya Fayyadl yang menyeru umat Islam untuk berkunjung ke Jerusalem dibawah kekuasaan Israel.

Dalam majlis pembukaan pembangunan kembali pusat polis di kem pelarian Syathi, Gaza semalam, Isnin (16/8) Haniyah menegaskan, bersamaan dengan masuknya bulan Ramadhan, pihak AP mula bertindak melarang khatib masjid Al-Aqsha Syekh Hamid Bitawi untuk berkhutbah dan melarang ribuan jamaah masuk ke masjid untuk mengikuti pengajian agama, melarang azan di banyak masjid, menutup banyak pusat tahfiz Al-Quran di Tebing Barat, menutup lembaga zakat, menangkap ulama dan memecat mereka.

Beliau menambah bahawa mereka tidak akan berjaya dalam mencabut agama dari umat Islam dan tidak akan berjaya dalam perang anti Islam kerana mereka berperang dengan Allah.

sumber : COMES
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Serangan Tentera Israel Terhadap Tunjuk Perasaan Anti Tembok Pemisah Di Tengah Tebing Barat

Rabu, 18/08/2010 – Dua tunjuk perasaan terhadap tembok pemisah dilaporkan pada hari Jumaat di Nil’in dan perkampungan Nabi Saleh di pusat Tebing Barat. Penyokong Israel dan antarabangsa bergabung dalam dua kejadian.

Di desa Nil’in, pusat Tebing Barat, tentera Israel menggunakan gas pemedih mata dan bom bunyi untuk member tekanan terhadap penunjuk perasaanmingguan anti tembok pemisah itu. Penujuk perasaan telah berjaya sehingga ke pintu pagar tembok sebelum tentera menyerang mereka dengan gas pemedih mata dan bunyian bom. Tentera juga telah memukul beberapa penunjuk perasaanselepas mengekori mereka kembali ke kampung, menurut laporan dari sumber-sumber tempatan.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : shuhada