Categories
Berita Semasa

Kapal Bantuan Libya Memunggah Barangan di Perlabuhan Mesir

Rabu , 21/07/2010 –Kapal bantuan Libya, Amalthea yang menuju ke Gaza telah mengubah haluan ke Mesir dan pemunggahan dilakukan di pelabuhan Mesir El-Arish pada hari Rabu.

Kapal yang ditaja oleh Yayasan Gaddafi Libya, yang dimuatkan dengan 2.000 ton makanan dan bekalan perubatan. Yousseuf Sawani, pengarah eksekutif yayasan, menyatakan bahawa kapal itu telah mengubah haluan ke Mesir selepas lapan kapal perang Israel menghalangnya daripada melanggar kepungan laut Israel di Gaza. “Itu tidak boleh diterima oleh kami untuk masuk ke dalam konfrontasi dan risiko pertumpahan darah,” katanya, dan menambahkan: “Tujuan Amalthea telah tercapai tanpa pertumpahan darah dan hasilnya adalah keuntungan untuk rakyat Palestin.”

Gamal Abdel Maqsoud, pengarah pelabuhan El-Arish, mengatakan bahawa “persediaan perubatan dan penumpang akan memasuki Gaza melalui sempadan Rafah , sedangkan makanan akan masuk melalui sempadan Awja”. The Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir akan bertanggung jawab membawa barangan ke Gaza dari El-Arish, yang terletak sekitar 45 kilometer dari sempadan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Bethlehem diserang rejim Zionis, tiada penangkapan dilaporkan.

Rabu , 21/07/2010 –Tentera Zionis Israel hari ini menyerbu sebilangan rumah di bandar Baitullaham, selatan Tebing Barat yang diduduki namun tidak ada penahanan dilaporkan.

Pasukan tentera itu menggeledah kawasan Berak Soliman dan mencegah polis Palestin bergerak untuk melaksanakan tugas di situ, menurut sumber tempatan. Mereka menghalang pergerakan penduduk di pintu masuk kampung Tamor Bait berhampiran Baitullaham di mana berlaku kemalangan antara dua kereta penduduk di situ.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Israel Tahan 2 Warga Palestin di Tebing Barat

Rabu , 21/07/2010 – Tentera Zionis hari ini menahan dua warga Palestin selepas menceroboh rumah mereka di Tebing Barat.  Mereka menyerang rumah Sofian Baher, 34 di Omar Bait utara bandar Hebron, dan kemudian menahannya.Baher dikeluarkan 40 hari lalu selepas menghabiskan 2 setengah tahun di penjara Israel. Tentera Zionis menceroboh persekitaran Hebron pada awal hari ini, sumber-sumber tempatan melaporkan. Di Bethlehem, tentera Zionis menahan Nedal Abu Jlighaf, 30, selepas menceroboh rumahnya.Serangan tentera Zionis di Tebing Barat setiap hari dengan dalih untuk mencari apa yang mereka sebut “orang Palestin yang dikehendaki”.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :   ameen

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel menembak petala di kem Gaza, seorang terbunuh.

Rabu , 21/07/2010 –Tentera Israel menembak sekurang-kurangnya satu butir peluru ke dalam kawasan perumahan Al-Bureij dalam Semenanjung Gaza yang dikuasai/diuruskan oleh Hamas pada hari Selasa,lalu membunuh seorang wanita dan mencederakan lima orang, pakar medic Palestin berkata.

Pakar medik berkata wanita itu telah dibunuh apabila petala tersebut mengenakan rumahnya. Lima orang lain yang tercedera telah dibawa ke sebuah hospital yang berdekatan. Seorang jurucakap wanita tentera Israel mengesahkan kejadian itu, dan mengatakan bahawa “suspek-suspek telah dikenalpasti datang hamper pagar (sempadan) dan sebuah angkatan tentera berdekatan melepaskan tembakan.”   Dia tidak mempunyai butir-butir lanjut, tetapi laman web Ynet melaporkan bahawa kuasa kententeraan Israel itu telah mensasarkan sekumpulan militant yang cuba untuk menembak mortar ke dalam Israel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  yusra

Categories
Berita Semasa

Penganjur armada umumkan untuk teruskan bantuan ke Gaza

Rabu , 21/07/2010 – NGO Turki, IHH, penganjur Armada Kebebasan ke Gaza pada Mei lepas, mengumumkan bahawa usaha untuk memberi bantuan kepada penduduk Gaza akan tetap diteruskan. Bulent Yildrim, pemimpin IHH, berkata pada satu persidangan yang diadakan di Istanbul, “Lebih banyak armada akan menuju ke Gaza pada bulan-bulan yang akan datang dan ditambah lagi dengan konvoi daratan. Pemberitahuan ini akan disertai lagi dengan lebih banyak kejutan yang akan didedahkan tidak lama lagi.” Dalam pada itu, seorang jurucakap IHH telah mengumumkan dalam satu temubual dengan sebuah akhbar berbahasa Arab bahawa “Semua ahli keluarga mereka yang telah syahid (dalam serangan ke atas armada oleh Zionis pada Mei lalu) telah menyatakan hasrat mereka untuk turut serta dalam armada yang akan datang.”

Selepas serangan rejim Zionis ke atas Armada Kebebasan pada 31 Mei lepas yang mengorbankan 9 orang rakyat Turki, rejim Zionis telah melonggarkan beberapa sekatan ke atas Gaza yang telah berlarutan sejak Hamas mengambil alih tampuk pemerintahan ke atas Semenanjung Gaza pada 2007. Walaubagaimanapun, sekatan ke atas perairan Gaza masih dikuatkuasakan. Terdahulu, pada 2 hari lepas, sebuah kapal bantuan milik Libya yang dalam perjalanan menuju ke Gaza telah diarahkan berlabuh di Pelabuhan El-Arish, Mesir selepas telah dihalang menghampiri Gaza oleh 8 buah kapal perang tentera rejim Zionis.

Semasa persidangan di Istanbul yang telah disertai oleh aktivis-aktivis Islam dan para peguam, Yildrim menegaskan bahawa, “Hubungan awam rejim Zionis sangat kuat dan kita juga mesti bertindak seperti mereka (menguatkan hubungan).”

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Protes Terhadap Penggantungan Pilihanraya

Selasa,  20/07/2010 – Ahli parlimen Palestin dan pihak pegawai berkumpul di hadapan Dewan Perundangan di Ramallah bagi menentang penangguhan pilihanraya bandar Palestin yang dijadualkan pada 17 Julai.Pilihanraya ditangguh selepas pertemuan Pihak Berkuasa Palestin pada 10 Jun atas alasan tuntutan dari beberapa negara Arab dan lain-lain “rakan dunia”. Desakan ini memuncak bagi mengelak mengakhiri kepungan di Jalur Gaza.

Qais Abed Al-Karim, Ketua Jawatankuasa Urusan Sosial dari Badan Perundangan, berkata keputusan PA untuk menunda pilihanraya umum itu “tidak sah dan bertentangan dengan Undang-Undang Dasar Palestin”, dan menambah pilihanraya perlu diadakan segera bagi mengakhiri pemisahan Tebing Barat-Semenanjung Gaza” .

Sejak pengumuman pilihanraya pada bulan Januari, Hamas telah menyatakan bahawa tidak akan menyokong sebarang pilihanraya di wilayah kawalan mereka. Oleh kerana itu Pusat Suruhanjaya Pilihanraya Palestin tidak dapat memberikan perkhidmatan yang diperlukan, seperti pendaftaran pilihanraya di Jalur Gaza.

sumber : PNN
penterjemah : syed

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Ceroboh Kem Balata di Nablus

Selasa,  20/07/2010 – Tentera Zionis Israel ceroboh kem pelarian Balata di kota Nablus di utara Tebing Barat yang dijajah hari Ahad, tetapi tiada penahanan dilaporkan.

Saksi mengatakan bahawa sembilan tentera Zionis menyerang kem pelarian Balata pada pukul 2 pagi. Tentera Zionis mundur setelah dua jam menceroboh, saksi menambah.  Pencerobohan Tentera Zionis Israel di Tebing Barat berlaku setiap hari dengan dalih untuk mencari apa yang mereka sebut “orang Palestin dikehendaki”.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Ashton di Gaza untuk kali kedua dalam masa 3 bulan.

Selasa,  20/07/2010 – Wakil Dasar Luar Negera Eropah, Catherine Ashton pagi ini memasuki Semenajung Gaza kali yang kedua melalui persimpangan Beit Hanoun di utara Gaza dalam rangka lawatannya untuk tempoh tiga bulan ke wilayah Palestin yang diduduki itu.

Ashton memulakan perjalanannya untuk melihat sebuah kilang farmasi yang dibiayai oleh Kesatuan Eropah di Beit Hanoun dan kemudian memeriksa kawasan Jabalia dan Beit Lahia di utara semenanjung, selain akan juga melawat sekolah milik UNRWA di bandar Gaza.

Dalam satu sidang median Ashton berkata sewaktu lawatannya itu beliau harus pergi untuk melihat apa yang terjadi di wilayah tersebut terutamanya yang melibatkan sektor kemanusiaan dan ekonomi.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Haneyya seru Gaddafi lawat Gaza

Selasa,  20/07/2010 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya menyeru pemimpin Libya, Muammar Gaddafi agar melawat Genting Gaza bagi melihat sendiri situasi kemanusiaan yang sedang dihadapi oleh penduduknya dan turut serta bagi memecahkan kepungan yang dikenakan ke atas kawasan tersebut.

Semasa upacara sambutan delegasi kapal Libya ‘Harapan’ di pejabat Perdana Menteri di Gaza pada Ahad (18/7), Haneyya menghargai peranan yang diambil oleh kerajaan dan rakyat Libya kerana mempunyai pendirian yang teguh terhadap isu Palestin dan penghantaran kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Beliau juga menegaskan Gaza masih lagi kepung dan segala usaha bagi menggambarkan situasi yang sebaliknya dianggap sebagai dakyah Zionis yang berusaha untuk menghalal dan menghiasi kepungan yang diambil dalam keadaan dunia menuntut ia dibatalkan sama sekali. Namun beliau juga menegaskan rakyat Palestin masih mampu memelihara semangat juang yang tinggi berhadapan dengan penjajahan Zionis tersebut sekalipun terpaksa menghadapi kepungan yang berterusan.

Beliau juga meminta agar konvoi bantuan sentiasa dihantar bagi memecahkan kepungan yang dikenakan dan bagi membongkar kepalsuan dakwaan Zionis kononnya kepungan sudah dikendurkan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Delegasi Wanita Mauritania Menuju ke Gaza

Ahad,  18/07/2010 – Sebuah delegasi wanita Mauritania mula bergerak ke Gaza pada hari Rabu, dalam perjalanan yang ditaja oleh kumpulan Nasional Rabat Menyokong Palestin. Ketua delegasi, adalah Senator dari Parti Islam “Tawasol”, sebagai sebahagian daripada kempen yang dipanggil “perpaduan wanita Mauritania dengan rakan-rakan mereka di Palestin.”

Delegasi ini membawa bantuan untuk anak-anak dan wanita di Jaluran Gaza dikepung selama lebih daripada empat tahun oleh penjajah Israel. Delegasi tersebut termasuk wanita dari pelbagai organisasi wanitaan di Mauritania.

Delegasi Wanita Mauritania akan masuk Gaza melalui Rafah Mesir dalam beberapa hari akan datang, mengikut laman web Sahara Media Mauritania.  Timbalan Ketua Parti Tawasol Islam, Muhammad Ghulam Wild Haj Sheikh, peserta Mauritania turut serta baru-baru ini dalam armada konvoi kebebasan yang disekat oleh tentera Israel di laut Mediterranean, yang mengorbankan dan mencederakan ramai orang.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Protes Gaza hentikan El AI

Ahad,  18/07/2010 – Sebuah pesawat penerbangan El Al di Athens yang menuju ke Tel Aviv terpaksa ditangguhkan disebabkan protes yang dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Athens.

Para pemprotes menyekat kaunter masuk sebagai bantahan terhadap kepungan yang dilakukan rejim Zionis ke atas Gaza serta polisi-polisi radikal yang diamalkan oleh rejim itu. Protes tersebut diadakan sebagai lambang penyatuan tanpa keganasan mereka dengan penduduk Palestin serta sebagai tindakan susulan selepas sebuah kapal bantuan Libya cuba memecahkan kepungan rejim Zionis itu.

sumber :  PNN
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Israel Tambah Peraturan Baru Di Penjara

Ahad,  18/07/2010 – Forum Tahanan Palestin menegaskan bahawa pihak penjara Zionis Israel telah melaksanakan hukuman tambahan bagi para tahanan Palestin di penjara Israel Jalbo, dengan mencipta pelbagai alasan sebagai usaha untuk menekan para tahanan dan melemahkan ketahanan mereka.

Dalam satu pernyataan yang dikeluarkan semalam, Khamis (15/7), Forum Tahanan Palestin menjelaskan bahawa hukuman tersebut termasuk penangguhan kunjungan keluarga selama dua bulan, menempatkan sejumlah tahanan Palestin di sel terasing dan tidak dibenarkan pergi ke kantin penjara. Pihak Forum Tahanan melihat tindakan Israel ini bertentangan dengan semua penetapan dan perjanjian antarabangsa.

Pernyataan ini menyeru agar masyarakat antarabangsa membuat memo bantahan secepat mungkin untuk menghentikan tindakan rasis tidak bertamadun ini. Hampir setiap hari pihak penjara Zionis Israel melanggar hak-hak tahanan Palestin di penjara-penjara mereka.

sumber : COMES
penterjemah :  osman

Categories
Berita Semasa

Flotilla dari Libya berlabuh di pelabuhan El Arish, Mesir.

Ahad,  18/07/2010 – Kapal bantuan “Harapan” Libya telah memasuki pelabuhan El Arish Khamis pagi lepas setelah dipaksa oleh tentera Zionis Israel untuk menukar laluan daripada menuju ke Semenanjung Gaza yang dikepung itu.

Lapangan rasmi El Arish, Kapten Gamal Abdel Maksoud berkata: “Para penumpang akan memasuki Semenanjung Gaza dengan bekalan perubatan melalui Rafah, manakala makanan dan bantuan akan masuk melalui pintu lintasan sempadan Awja.  Menteri Luar Negeri Mesir Ahmed Aboul Gheit berkata: “Kaherah meluluskan permintaan kapal untuk berlabuh di pelabuhan El Arish bagi memberikan bantuan melalui darat ke Semenanjung Gaza.”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Israel menangkap warga Palestin yang didakwa memilik sebilah pisau kecil

Ahad,  18/07/2010 – Tentera Rejim Zionis telah menangkap seorang warga Paestin selepas menemui sebilah pisau semasa melakukan pemeriksaan pada kenderaannya di persimpangan perkampungan Kharsa hampir dengan bandar Dura, selatan Hebron di Tebing Barat.

Para saksi mengatakan bahawa Tentera Rejim Zionis telah menangkap Ali Hisham Rajoub (35 tahun) dengan alasan mencari pisau di dalam kenderaan nya.

Saksi juga menambah bahawa polis Israel membawa suspek ke balai polis di Kiryat Arba Timur wilayah, dengan alasan bahawa suspek adalah peniaga daging kambing dan menggunakan pisau dalam pekerjaannya dan mengatakan bahawa setiap orang menggunakan pisau samada ketika makan atau dalam beberapa pekerjaan atau memotong yang tidak membuat setiap seorang menjadi pengganas.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Mesir melarang konvoi dari Jordan “al Ansar-1” dari memasuki wilayah mereka

Jumaat, 16/07/2010 – Kerajaan Mesir pada malam selasa yang lepas (14-7) melarang konvoi dari Jordan (Ansar 1) memasuki pelabuhan laut Mesir (Nuwaiba`) untuk menuju ke Gaza dengan alasan tidak mampu mencapai persetujuan keselamatan.

Menurut Ketua konvoi, yang juga presiden persatuan doktor-doktor haiwan, Abdel Fattah Kilani, pihak berkuasa Mesir telah melarang 138 anggota dari memasuki wilayah mereka. Kilani menjelaskan lagi dalam laporan akhbar bahawa Kementerian Luar Mesir telah berhubung dengan Kementerian Luar Jordan dan meminta mereka senarai nama-nama delegasi yang telah menyertai konvoi tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :   arif