Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis meceroboh Hebron.

Rabu , 04/08/2010 – Rondaan tentera Zionis Israel hari ini telah memasuki sekitar desa dan bandar di Hebron, selatan Tebing Barat. Sumber keselamatan berkata rondaan tentera Zionis Israel sejak waku pagi telah menjelajahi beberapa kawasan di Hebron serta bandar ‘Halhoul’, ‘Nuba’ dan ‘Thahereyeh’.

Sumber yang sama mengatakan rondaan tentera Zionis Israel berada di kawasan operasi rondaan mereka selama beberapa jam sebelum keluar hanpir waktu tengahari, tanpa sebarang penahanan dilaporkan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Abbas Kemukakan Usul Melalui Amerika Syarikat

Rabu , 04/08/2010 –Ketua perundingan PLO, Shaeb Uraiqat mengatakan, presiden Mahmud Abbas mengajukan beberapa usul kepada Netanyahu melalui orang tengah Amerika, George Mitchell yang dipanggil sebagai “perdamaian yang sakit”. Usul tersebut ternyata melampaui apa yang beliau usulkan terdahulu terhadap mantan perdana menteri Ehud Olmert.

Menurut akhbar Haaretz Zionis yang meyiarkan ucapan Uraiqat menyatakan bahawa di antara kandungan usul tersebut adalah, menamatkan konflik Palestin – Zionis serta memenuhi semua tuntutan Palestin. Secara umumnya usul ini mencakupi rancangan dan draf secara rinci menyebutkan, sikap Palestin terhadap beberapa jalan penyelesaian untuk mengakhiri masalah yang berlaku seperti isu sempadan, pelarian, air dan keamanan. Usul tersebut menunjukkan Abbas melakukan rombakan besar demi mencapai perdamaian.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Jet Israel Bom Rafah

Rabu , 04/08/2010 – Pesawat pejuang Israel mengebom hari ini dua lokasi yang berbeza yang terletak di selatan Jaluran Gaza tanpa sebarang kecederaan dilaporkan. Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa pesawat pejuang Israel mengebom sebuah peluru berpandu di zon bebas di ‘timur Khan Younis, dan barat terowong Abassan kem pelarian Yebna di Rafah Jaluran Gaza selatan.

Gaza telah menyaksikan peningkatan serangan baru-baru ini selepas siri serangan terhadap sasaran-sasaran Israel di seluruh Gaza yang menyebabkan kematian pemimpin Briged Qassam dan mencederakan 20 warga Palestin, sementara beberapa kumpulan Palestin membalas dengan menembak roket buatan sendiri di bandar-bandar Israel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

3 Cedera, 2 Ditahan Susulan Serangan Rejim Israel ke atas Tunjuk Perasaan di Tebing Barat

Rabu , 04/08/2010 –Tentera Rejim Zionis telah menyerang tunjuk perasaan anti-tembok pemisah yang dianjurkan di beberapa lokasi di Tebing Barat.

Rakyat Israel dan penyokong antarabangsa turut meyertai penduduk Palestin di Bil’in, Nil’in dan Nabi Saleh di pusat Tebing Barat di samping di Ertass dan Al Ma’ssra yang terletak di selatan Tebing Barat. Askar Israel menggunakan gas pemedih mata, bom tangan dan peluru getah di beberapa lokasi bagi menghalang tunjuk perasaan tersebut. Di kesemua 4 lokasi, tunjuk perasaan reda sejurus sahaja selepas solat Jumaat dan ia bergerak menuju ke tembok pemisah Israel.

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  fatimah

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Zionis lindungi pendatang haram Yahudi yang menyerang rumah penduduk Palestin

Isnin ,  02/08/2010 – Ketika terbit matahari, kira-kira 30 orang pendatang Yahudi yang dikawal dan dilindungi oleh tentera rejim Zionis (IOF) cuba untuk merampas sebuah rumah penduduk Palestin yang dimiliki oleh keluarga Qirsh yang terletak di Kota Lama Jerusalem.

Para saksi memberitahu bahawa pendatang-pendatang Yahudi yang di bawah perlindungan IOF itu cuba memecah masuk ke dalam rumah yang dimiliki oleh Mazen Kamal Qirsh. Penduduk yang tinggal di kejiranan itu segera membantu keluarga Qirsh melindungi rumah mereka dan berjaya menggagalkan percubaan pendatang-pendatang haram itu. Para saksi juga melaporkan bahawa hampir semua ahli keluarga Qirsh terus tinggal di dalam rumah itu dan enggan keluar ketika kejadian berlaku. Walaubagaimanapun, suasana tegang itu dapat mereka atasi.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Cameron: Sekatan Gaza mesti ditarik balik

Isnin ,  02/08/2010 – Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata bahawa Israel (rejim Zionis) patut serta-merta menarik balik sekatan yang dikenakannya ke atas Genting Gaza. Beliau turut menggambarkan Gaza sebagai penjara terbuka.

Cameron berkata ketika berucap di hadapan sekumpulan korporat di Ankara, “Mari perbaiki situasi di Gaza kerana ia mesti ditukar, kita tidak boleh dan tidak patut membiarkan Semenanjung Gaza terus menjadi penjara terbuka.” Dalam ucapan yang dibuat selepas pertemuannya dengan rakan sejawat dari Turki, Recep Tayyip Erdogan, Cameron mempertahankan pendapatnya tentang situasi di Gaza. Beliau menjelaskan bahawa “walaupun terdapat sedikit perkembangan baik, kita masih berada dalam situasi di mana penduduk Gaza sukar untuk keluar dan masuk Gaza.” Tambahnya lagi, “sejak sekian lama kita telah menyokong pemberhentian sekatan dan kepungan ke atas Gaza dan sudah tiba masanya kita mesti bertindak untuk memastikan ianya terlaksana.”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Pihak berkuasa Abbas Tangkap 16 ahli HAMAS

Isnin ,  02/08/2010 – Pihak berkuasa tajaan Mahmoud Abbas menangkap seramai 16 ahli HAMAS. Mereka kebanyakannya terdiri dari mahasiswa Palestin.Hampir semua yang ditahan mempunyai pengalaman dipenjara dan ditangkap beberapa kali oleh pihak berkuasa tajaan Abbas.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Itali Tekan IHH

Isnin ,  02/08/2010 – Sekumpulan peguam Itali menuntut Kesatuan Eropah agar Turki Charity Organization (IHH) harus disenaraihitamkan dalam senarai yang “pengganas”.

“Jerusalem Post” akhbar Ibrani memetik kata ahli Parti Kebebasan di Itali, Fiamma Nairstein, dipimpin oleh Perdana Menteri Silvio Berlusconi, menyatakan bahawa sejumlah dokumen akan membuktikan bahawa (IHH) memuji operasi mati syahid dan penghapusan entiti Israel .Nairstein adalah Naib Ketua “anti-Semitisme”. Dia mendakwa bahawa promosi untuk armada kebebasan, yang cuba masuk ke Gaza Mei lalu, sudah cukup untuk IHH dicatatkan dalam senarai pengganase Kesatuan Eropah. “Israel” menempatkan organisasi bantuan Turki (IHH) dalam senarai “organisasi pengganas” pada pertengahan Jun lalu.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Netanyahu Tolak Perlanjutan Pembekuan Penempatan Israel

Isnin ,  02/08/2010 – PM Israel Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa mustahil melanjutkan keputusan pembekuan pembangunan di penempatan Israel yang akan berakhir September akhir tahun ini.

Akhbar Israel, Haaretz edisi Khamis (29/7) menegaskan, PM Israel ini menegaskan kepada Menteri Luar Sepanyol, Miguel Moratinos semasa pertemuannya di Jerusalem bahawa perlanjutan tersebut akan menyebabkan pembubaran pemerintahannya. Akhbar tersebut menyiarkannya dari sumber diplomatik Sepanyol dan pegawai tinggi kementerian luar negeri Israel bahawa Netanyahu menjawab pertanyaan berkaitan perlanjutan pembekuan kepada Moratinos bahawa menyetujui permintaan itu bererti membubarkan pemerintahan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Nablus diceroboh, 4 orang di tangkap oleh rejim Zionis.

Isnin ,  02/08/2010 – Tentera Zionis Israel pagi Jumaat lepas telah menahan empat penduduk bandar Bita yang terletak di selatan Nablus, Tebing Barat.  Saksi mata mengatakan tentera Zionis Israel menyerang bandar itu tengah malam dan menyerbu beberapa buah rumah.  Saksi menambah tentera Zionis Israel menangkap Waddah Dweikat (20 tahun), Jihad Dweikat (19 tahun) dan saudara-saudara Mujahid dan Salah Mohamed Bakar Rushdie.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Amerika beri kata dua kepada Palestin

Isnin ,  02/08/2010 – Amerika hanya akan sokong Palestin jika pemimpin Palestin berbincang terus dengan pihak Zionis.

Barack Obama hanya akan memberi jaminan menyokong penubuhan Negara Palestin sekiranya Presiden PA, Mahmoud Abbas bersetuju untuk bersemuka dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berhubung dokumen-dokumen dalaman Palestin yang terlepas ke tangan pihak media, The Associated Press pada Isnin lepas.

Abbas dan Netanyahu telah bermesyuarat secara tidak langsung sejak Mei lalu dengan perantaraan wakil Amerika, George Mitchell. Akhbar Haaretz melaporkan bahawa perbincangan ini dijadualkan akan berlangsung selama 4 bulan.

sumber : PNN
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

2 kecederaan di Gaza.

Jumaat,  30/07/2010 – Seorang perempuan Palestin cedera parah terkena letupan daripada ‘tubuh yang tak dikenali’ sehingga meninggalkan sisa-sisa disekeliling lapangan terbang antarabangsa Gaza, timur Rafah di selatan Semenanjung Gaza.

Menurut sumber tempatan, Masuda Rabah Abu Shalouf (21 tahun) mengalami luka parah dan akan dipindahkan ke Hospital Abu Yousef Najjar di bandar tersebut. Di bandar Beit Hanoun, utara Gaza salah satu pekerja telah ditembak oleh tentera zionis Israel dan dipindahkan ke Hospital Kamal Adwan. Menurut pengurus sektor kecemasan dan ambulans di Hospital Gaza, Muawiyah Hassanein, kecederaannya dilaporkan sederhana.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Gaza Letak Undang-undang baru untuk Kedai Pakaian Wanita

Jumaat,  30/07/2010 – Kerajaan Hamas di Gaza memutuskan untuk mengeluarkan beberapa peraturan-peraturan yang berkaitan dengan kedai pakaian perempuan untuk membuat jalan-jalan di Gaza sesuai dan warga Gaza merasa selesa.

Peraturan tersebut adalah:

1 – Tiada patung harus ditempatkan di luar kedai.

2 – Tidak ada pakaian keterlaluan dipromosikan di kaca depan kedai.

3 – Pintu kedai harus dibuka setiap masa semasa kedai dibuka.

4 – Tidak ada tempat tertutup di dalam kedai.

5 – Tidak ada kamera atau mana-mana alat perakam walau apa jenis dibenarkan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Filem Dokumentari Kisah Kehancuran Israel Tahun 2048

Jumaat,  30/07/2010 – Televisian Israel berbahasa Ibrani enggan menyiarkan film dokumentari Zionis “Out Of The Forest”, yang diterbitkan baru-baru ini. Ia mengambarkan potret umum sebuah masa depan tanpa entiti Zionis,pada tahun 2048, iaitu setelah seratus tahun pendirian entiti Zionis dan Nakba Palestin.

Pejabat berita “Asy Syarq al Awsath” mengatakan, “Produser dan pengarah filem tersebut, Yaron Kvetori terus mengeluarkan kecaman keras terhadap masalah dalaman pihak Zionis dengan membandingkan dua keadaan dulu dan kini” . Dalam akhbar “The Jerusalem Post”, Kvetori mengatakan, “Aku merasa kita berjalan pada arah yang salah dan menuju kehancuran negara. Ini berlaku bukan kerana ancaman dari luar, tetapi dari dalam.”

Kvetori menyampaikan pendapatnya terhadap entiti Zionis yang telah terpecah dan mewujudkan kelompok-kelompok yang saling berselisih, mereka tidak memperdulikan hal orang lain. Melalui filem dokumenterinya, beliau memberikan gambaran fiksi tentang masa depan yang suram dan keruntuhan masyarakat Zionis pada 38 tahun akan datang.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Penangkapan Syaikh Solah : Zionis tidak akan berjaya takluk al-Quds

Khamis,  29/07/2010 – Zionis semakin rancak melakukan serangan dan tangkapan terhadap rakyat Palestin. Dengan adanya puak pelampau Yahudi, semakin memuncak keinginan untuk menakluk al-Aqsa. Antara pejuang Palestin yang konsisten mempertahankan al-Aqsa ialah Syaikh Raed Solah.

Syaikh Solah seoraong tokoh yang memang konsisten dalam memperjuangkan Palestin. Pengamat politik menyatakan beliau memberi kesan langsung terhadap politik di Palestin. Pelbagai cubaan telah dikenakan kepada beliau antara lain cubaan bunuh, rumahnya dihancurkan dan lain-lain. Meskipun dengan pelbagai kezaliman dan jenayah yang dilakukan oleh Zionis, syaikh Solah terus memperjuangkan nasib al-Quds.

Di samping itu, Syaikh Solah turut menyemarakkan intifadah. Beliau antara orang penting dalam menggerakkan intifadah. Beliau turut menyeru agar fraksi-fraksi Palestin bersatu.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair