Categories
Berita Semasa

Terowong Runtuh, Seorang Terbunuh.

Isnin, 21/06/2010 – Seorang penduduk Palestin telah tebunuh apabila terowong di daerah Brazil, Bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza runtuh.

Menurut Dr Muawiya Hassanein, pegawai Hospital Gaza, Abdullah Baraka, 25 tahun meninggal dunia setibanya di hospital. Dengan kematian terkini itu, jumlah mangsa terowong runtuh telah meningkat kepada 156 orang semenjak 3 tahun lalu apabila Israel mula mengenakan sekatan ke atas Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ahmad rusydan

Categories
Berita Semasa

Perarakan Aman Sepanjang Zon Penimbal di Gaza

Isnin, 21/06/2010 – Ratusan warga Palestin berarak di Semenanjung Gaza untuk membantah “Zon Penimbal” yang dicipta Israeldi sebelah utara dan timur Semenanjung Gaza.

Perarakan dianjurkan oleh Jawatankuasa Menentang Zon Penimbal, bermula daripada bandar Beit Lahia ke kawasan Israel diratakan untuk membuat zon penimbal. Pembantah membawa bendera Palestin.

Perarakan berakhir dengan aman selepas ucapan penganjur yang menegaskan komitmen untuk membantah secara aman dan berterusan ke atas pembikinan zon penimbal untuk mengepung Gaza.

Israel meranapkan ratusan rumah warga Palestin di Utara da timur Semenanjung Gaza untuk membuat Zon Penimbal. Israel mendakwa zon itu adalam perlu bagi keselamatan mereka untuk mencegah pejuang Palestin melancarkan tembakan ke Israel.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Kesatuan Eropah akan menghantar Angkatan Laut ke Gaza: Ashton

Isnin, 21/06/2010 – Kesatuan Eropah akan menghantar angkatan laut ke Gaza untuk membantu penghantaran barangan jika Israel menamatkan sekatan bagi Wilayah Palestin, kata ketua urusan luar , Rabu lalu.

Catherine Ashton berkata akan muingkin ada satu misi “opsyen Laut bagi CSDP (Common Defence and Security Defence Policy) ,” Menambah, opsyen sebegitu akan menjadi lebih sukar berbanding membantu mengawal lintasan darat ke Gaza.

Israel berada dalam tekanan tinggi untuk menamatkan sekatan yang telah dilakukan sejak 2007, selepas komandonya menyerang kapal bantuan flotilla membawa bantuan ke Semenanjung Gaza bulan lepas, turut mengakibatkan kematian sembilan aktivis Turki.

Kabinet Kesemalamat Israel melaporkan akan mempertimbangkan cadangan antarabangsa untuk mengurangkan sekatan pada Gaza, tetapi perbincangan tertutup untuk berakhir dengan jalan buntu.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : hasbullah

Categories
Berita Semasa

Turki mempertimbangkan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Rejim Zionis.

Isnin, 21/06/2010 – Negara Turki sedang mempertimbangkan untuk memutuskan terus hubungan diplomatiknya dengan Negara Rejim Zionis “Jika kalian tidak mengambil langkah terakhir perdamaian” selepas kekejaman yang mereka lakukan iaitu menyerang sukarelawan-sukarelawan antarabangsa di dalam Kapal Pengaman yang mana telah mengakibatkan kematian sembilan orang Turki dan telah mencederakan puluhan yang lain.

Dan berkatanya salah seorang senior Diplomasi Turki kepada AFP : “Sesungguhnya Negara Turki sedang merancang untuk membuatkan Israel tampil ke hadapan bagi meminta maaf kepada para syuhada’ Turki yang terkorban dan membayar pampasan kepada kaum keluarga sukarelawan-sukarelawan yang telah terkorban serta merangka kelulusan untuk menjalankan suatu Siasatan Antarabangsa ke atas insiden tersebut dan membebaskan tiga buah kapal Turki yang telah disita oleh Israel semasa serangan pihak Israel yang telah dilancarkan pada 31 Mei yang lalu.

Dan diplomasi tersebut yang meminta supaya namanya tidak disiarkan itu menegaskan bahawa : “Jika Israel tidak mengambil langkah-langkah tersebut maka Turki akan memutuskan terus hubungan diplomasinya dengan Israel sehingga ke peringkat Kuasa Usaha (Charge D’ Affaire ) mereka sepertimana yang telah diarahkan.Dan beliau menambah bahawa Ankara menginginkan supaya sekatan yang dikenakan ke atas Gaza hendaklah dibuka sambil menegaskan bahawa usaha-usaha untuk membuka sekatan yang dikenakan ke atas Gaza adalah masih tidak mencukupi”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  putra duad

Categories
Berita Semasa

Delegasi Parlimen Indonesia akan berangkat ke Gaza

Isnin, 21/06/2010 – Ketua (Dewan Perwakilan Rakyat) DPR Indonesia, Marzuki Ali dan beberapa orang ahli parlimen akan mengunjungi Semenanjung Gaza pada 30 Jun ini untuk menyampaikan bantuan kepada Palestin dan menyatakan bantahan terhadap kezaliman penjajah Israel.

Pejabat berita Indonesia, Antara, Rabu (16/6) menyiarkan kenyataan Ketua Badan Kerja Sama Antara Parlimen (BKSAP) DPR RI Hidayat Nur Wahid bahawa kunjungan tersebut sudah diputuskan dan mendapatkan izin dari Menteri koordinator Kesejahteraan Rakyat yang turut serta ke Gaza.

Hidayat menjelaskan bahawa dijangkakan delegasi Indonesia itu akan tiba di Gaza pada 30 Jun untuk menyampaikan bantuan kepada Palestin.

sumber : COMES
penterjemah :  osman

Categories
Berita Semasa

Konsul Amerika minta kerajaan rejim Zionis minta siasatan ke atas insiden seorang rakyat Amerika ditembak di mata

Jumaat, 18/06/2010 – Semasa pegawai tentera sempadan Israel menembak seorang penunjuk perasaan aman berdekatan tempat pemeriksaan Qalandia pada 1 Jun lepas, ramai saksi yang memaklumkan bahawa tentera rejim Zionis telah melepaskan 3 pemacu gas pemedih mata yang berkelajuan tinggi tepat ke arah seorang penunjuk perasaan warganegara Amerika, Emily Henochowicz, 21. Tembakan itu tepat terkena muka gadis itu dan menyebabkan sebelah matanya buta. Sekarang ini, hanya selepas beribu-ribu desakan dibuat supaya siasatan dilakukan ke atas insiden itu, Konsul AS di Jerusalem pun meminta kerajaan rejim Zionis membuat penjelasan berkaitan insiden itu.

Aktivis-aktivis keamanan Amerika telah menghantar petisyen kepada kerajaan mereka berhubung insiden itu dan memaklumkan bahawa respon yang diterima adalah lemah dan seperti tidak bermakna. Namun, kata mereka lagi, ia adalah lebih baik daripada tiada respon langsung.

Henochowicz, 21 telah berada di Jerusalem sejak 6 minggu lalu bagi mengikuti program pertukaran pelajar di Akademi Seni dan Rekacipta Bezalel. Gadis itu merupakan belajar seni lukis dan berkata bahawa kecederaan pada matanya telah memusnahkan masa depan kerjayanya sebagai seorang pelukis. Bapa Henochowicz berasal dari Israel dan gadis itu mempunyai dua kerakyatan iaitu Israel dan AS.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Zionis mungkin hukum anggotanya yang terlibat dalam pembunuhan Gaza

Jumaat, 18/06/2010 – Tentera rejim Zionis sedang mempertimbangkan kemungkinan akan mengenakan hukuman ke atas anggotanya yang disyaki menembak mati dua orang wanita yang sedang mengibarkan bendera putih semasa perang Gaza, kata sumber tentera rejim Zionis pada Rabu lepas.

Sekiranya anggota tentera tersebut didakwa, ia merupakan kali pertama dakwaan seumpamanya dilakukan ke atas tentera rejim Zionis atas sebab membunuh orang awam semasa perang yang berlaku selama 22 hari itu, yang bermula pada Disember 2008. Perang Gaza itu telah mengorbankan 1,400 penduduk Palestin dan hanya 13 orang Israel.

Kumpulan hak asasi manusia Israel, B’tselem merupakan yang pertama melaporkan kematian itu dan berkata bahawa tentera rejim Zionis itu telah melepaskan tembakan ke arah sekumpulan 30 orang awam tanpa sebarang amaran. Serangan itu mengorbankan Riyeh Abu Hajaj, 64 dan anaknya Majda Abu Hajaj, 37 yang berasal dari Juher a-Dik di Semenanjung Gaza.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Remaja Gaza ditembak rejim Zionis

Jumaat, 18/06/2010 – Sumber sahih daripada Pejabat Kesihatan Palestin memaklumkan seorang remaja lelaki telah dipindahkan ke Hospital Gaza setelah ditembak oleh tentera rejim Zionis ketika beliau berada di sempadan Hanoun – Eraz – Genting Gaza Utara. Ketua Pengarah Bahagian Kecemasan Hospital, Dr. Muawayia Hassanein, dipetik sebagai berkata, Wael Al-Kafarna (16) ditembak di kaki kanannya oleh tentera Israel ketika melintasi sempadan Beit Hanoun sebelum dimasukkan ke Hospital Kamal Adwan untuk rawatan. Dr. Hassanein walau bagaimanapun memaklumkan bahawa remaja lelaki tersebut berada dalam kedaan terkawal.

Tentera rejim Zionis lazimnya akan menembak sebarang subjek yang bergerak secara rawak dari jarak beberapa ratus meter dari sempadan ini, begitu juga dengan wayar elektronik yang dipasang pada bahagian timur sempadan genting tersebut.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : Faizul

Categories
Berita Semasa

Israel Tunda Perbincangan Kepungan Gaza ke Khamis

Jumaat, 18/06/2010 – Kabinet keselamatan Israel bertemu hari Rabu (16/6/2010) untuk mempertimbangkan mengurangkan kepungan Gaza selepas susulan kecaman antarabangsa atas serangan berdarah pada armada bantuan, tetapi ditunda tanpa mengambil keputusan.

Kabinet akan berjumpa lagi pada hari Khamis untuk meneruskan perbincangan tentang memperluaskan senarai sekitar 100 barangan Israel melalui penyeberangan darat ke Jalur Gaza, seorang pegawai senior kerajaan berkata.

Ketua Keselamatan Dalam Israel, Yuval Diskin, membantah kepada jawatankuasa parlimen pada Selasa bagi setiap percubaan mengundurkan kepungan laut Israel di wilayah itu yang menjadi kediaman kepada 1.5 juta warga Palestin yang diperintah Hamas.

Israel berdepan panggilan antarabangsa untuk mengurangkan atau mengangkat sekatan Gaza susulan daripada pembunuhan oleh pasukan Israel terhadap sembilan aktivis pro-Palestin Turki di laut dari sebuah kapal konvoi bantuan yang pada 31 Mei.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Turki bekukan hubungan dengan Zionis

Jumaat, 18/06/2010 – Dalam satu akhbar harian Turki, kerajaan Turki akan menghentikan kerjasama ketenteraan dan membekukan hubungan diplomatik. Sebelum ini Turki telah memanggil pulang duta besar mereka selepas serangan Zionis ke atas flotila keamanan. Kerajaan Turki juga sedang merangka plan bagi hubungan masa depan Zionis Israel dengan Turki.

Kerajaan Turki telah mengambil beberapa langkah termasuk keputusan ketenteraan, hubungan diplomatik dan tekanan politik terhadap Zionis Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Israel dera pemuda dari Hebron

Jumaat, 18/06/2010 – Sebuah keluarga Palestin menyatakan ketakutan akan keselamatan anak lelaki mereka Daud Rajabi (19 tahun) yang percaya bahawa tentera Israel akan membunuhnya, setelah mereka membawanya ke penjara dan dia dibawa ke suatu tempat yang tidak diketahui dan diseksa dengan sangat teruk.

“Tentera Israel menculik adikku pada Sabtu malam selama beberapa jam, di mana mereka menyerang dan membakar bahagian sensitif tubuhnya dengan rokok dan api, mereka juga memaksa dia untuk minum pil yang membuatnya bertindak aneh sepanjang malam,” kata Kayed Rajabi.

“Sejak 2006, pasukan tentera Israel menyerang saudaraku Saleh dengan begitu kejam dengan sengaja, dan mereka menyebabkanya menghidap penyakit kronik – epilepsi – dan sekarang kami takut sekiranya adik kami keluar rumah, yang boleh mengakibatkan tentera Israel akan menculik dan membunuh dia, jadi kami cuba memberikan semua yang dia perlukan agar dia tinggal di rumah,” tambah Kayed Rajabi.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : farah hidayah

Categories
Berita Semasa

TV : Israel label Persatuan Amal Turki sebagai ‘organisasi pengganas’

Jumaat, 18/06/2010 – Israel menganggap Amal Muslim IHH Turki yang terlibat dalam mengatur armada kapal bantuan ke Gaza bulan lalu sebagai organisasi “pengganas,” kata televisyen awam mereka. IHH, singkatan untuk Bantuan Kemanusiaan Yayasan Turki, di mana 9 aktivis mereka dibunuh oleh Komando Laut Israel ketika sewaktu serangan berdarahke atas salah satu daripada enam kapal dalam armada tersebut – kapal feri milik Turki, Mavi Marmara.

Televisyen awam Zionis turutmemberitahu bahawa IHH sebahagian daripada senarai gerakan Islam Palestin seperti Hamas atau Hizbullah di Lubnan yang berada di bawah pengawasan oleh badan perisikan Israel. Sewaktu ditemuramah oleh jurucakap AFP, Kementerian Pertahanan Israel menolak untuk mengesahkan atau membantah laporan tersebut. Namun seorang pegawai senior Israel memberitahu bahawa “amal IHH dianggap sebagai paksi jahat kerana menyokong keganasan dan mempunyai hubungan dekat dengan Hamas,” .

Jurucakap Jabatan Luar Negeri, Ygal Palmor kepada AFP “Israel akan mempertimbangkan tindakan negara musuh mereka untuk menghentikan kepungan Gaza”, di mana Iran dan Lubnan dilaporkan mahu menghatar kapal bantuan ke Gaza. IHH ditubuhkan pada tahun 1992 untuk membantu Muslim Bosnia sewaktu perang di sana dan bergerak aktif di beberapa buah negara Arab dan Muslim lain, termasuk Iraq, Afghanistan, Jordan, Lubnan dan Pakistan.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  mujaheed929

Categories
Berita Semasa

Israel ‘pertimbangkan’ cadangan antarabangsa kurangkan kepungan terhadap Gaza.

Jumaat, 18/06/2010 – Kabinet Israel pada Rabu lalu telah mengadakan pertemuan dan dilaporkan akan mempertimbangkan cadangan antarabangsa untuk mengurangkan kepungan di Gaza yang sedia ada sejak tahun 2006 secara signifikan.

Namun pertemuan tertutup itu berakhir tanpa sebarang kata putus meskipun laporan awal memberitahu mereka akan mengundi berkenaan cadangan untuk duduk bersama selama beberapa minggu bagi mengadakan perbincangan intensif antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan utusan Kuartet Timur Tengah, Tony Blair.

Seorang pegawai kerajaan mengesahkan perbincangan itu berakhir selepas hampir lapan jam, dengan 15 menteri akan bertemu lagi pada hari Khamis untuk penjelasan lebih lanjut mengenai masalah ini.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tentera ‘Pembunuhan Bendera Putih’ Israel Dalam Siasatan.

Jumaat, 18/06/2010 – Tentera Israel telah mengambil langkah untuk menyiasat askarnya di atas salah satu insiden yang paling ganas tahun lalu dalam peperangan di Gaza. Tertuduh ini sedang disiasat ke atas tuduhan menembak sekumpulan orang awam tidak bersenjata yang melambai-lambaikan bendera putih, membunuh seorang wanita berusia 60-an serta anak perempuannya.

Siasatan dimulakan dengan tuntutan yang dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) – B’Tselem. Ia menuduh bahawa tentera Israel menembak Riyeh Abu Hajaj, 64 dan Majda Abu Hajaj, 37, ketika mereka melarikan menyelamatkan diri di kawasan Joher Dik al.

Wanita -wanita adalah di antara lebih dari 30 warga Palestin – 21 dari mereka adalah kanak-kanak – cuba melarikan diri konflik, menurut B’Tselem.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

PBB Jangan Membataskan Peranan Menyampaikan Bantuan

Jumaat, 18/06/2010 –Kumpulan Kempen Eropah untuk Pembebasan Sekatan Gaza (Eropean Campaign) menegaskan bahawa pihaknya secara prinsip tidak menentang peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) untuk menyalurkan bantuan melalui”armada kebebasan” ke Gaza. Dengan syarat tindakan tersebut tidak menjadi dasar peranan masa depan PBB untuk menamatkan sekatan.

Ahli kumpulan Eropean Campaign, Rami Abduh, dalam sebuah kenyataan akhbar Rabu (16/6), menegaskan, “Tujuan kami pada dasarnya adalah untuk menghantar bantuan, perkara ini boleh dicapai. Namun yang lebih penting adalah menarik semula sekatan. Apa yang kami harapkan dari PBB – sebagaimana yang diharapkan oleh seluruh dunia. PBB jangan membataskan peranannya hanya untuk menyalurkan bantuan sahaja.”

Beliau menambah, “PBB bukan merupakan organisasi amal, peranan utamanya dalam isu ini adalah melaksanakan langkah-langkah praktis menamatkan sekatan terhadap Semenanjung Gaza sepenuhnya. Tanpa tindakan tersebut, peranan PBB hanya akan menghalalkan sekatan.”

sumber : COMES
penterjemah :  Osman