Categories
Berita Semasa

1 cedera, 2 ditahan semasa demonstrasi menentang pembinaan tembok dekat Bethlehem

Rabu, 18/08/2010 – Seorang lelaki warga Palestin mengalami luka-luka ringan manakala dua lagi ditahan tentera rejim Israel sewaktu demonstrasi mingguan menentang pembinaan tembok di Kampung Al Walajah yang terletak di antara Baitulmuqaddis dan Bethlehem.

Penduduk-penduduk kampung beserta para penyokong yang terdiri daripada warga Israel dan antarabangsa berarak selepas solat jumaat menuju ke kawasan pembinaan tembok tersebut.  Sebaik sahaja para pemprotes tiba di pintu pagar berdekatan penempatan Israel, tentera Israel menyerang mereka dengan gas pemedih mata dan bom bunyi.

Serangan gas pemedih mata telah menyebabkan mereka terpaksa berpatah balik ke kampung. Sekumpulan tentera Israel kemudiannya mengekori sebahagian ahli demonstrasi ke sebuah rumah dan memukul mereka sebelum menahan dua remaja tempatan.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Turki lakukan penyelidikan sendiri ke atas serangan Israel

Rabu, 18/08/2010 – Menurut Kementerian Luar Negeri, Turki telah membentuk satu suruhanjaya untuk melakukan siasatan sendiri terhadap serangan Israel ke atas kapal bantuan Gaza yang mengorbankan sembilan rakyatnya.

Suruhanjaya tersebut akan bekerja di bawah pejabat Perdana Menteri, dan akan “menyiasat serangan dan tindakan ke atas para aktivis yang dihadapi” sebelum menulis sebuah laporan mengenainya, kata Kementerian itu dalam sebuah pernyataan. Laporan tersebut akan disampaikan kepada penyelidikan antarabangsa yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu awal bulan ini untuk melihat operasi Israel yang sebenar, katanya.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  nurul

Categories
Berita Semasa

Sekolah dan Klinik Bakal Ditutup Akibat Krisis Kewangan PBB

Rabu, 18/08/2010 – Badan PBB untuk pelarian Palestin memberi amaran hari Isnin bahawa mereka berdepan dengan defisit 84 juta dolar yang akan bakal memaksa penutupan sekolah-sekolah dan klinik-klinik di Gaza.

“Anggaran kos operasi UNRWA menderita dari 84 juta dolar-(66-juta-euro) defisit,” Adnan Abu Hasna, jurucakap untuk Bantuan Kemanusiaan dan Pekerjaan Badan PBB, kepada wartawan di Gaza.  “Ini akan memaksa UNRWA untuk mengambil langkah-langkah berjaga-jaga termasuk menutup institusi, sekolah dan klinik di Gaza awal bulan September,” tambahnya.

Beliau menambah negara-negara Arab dipertanggungjawab dalam isu kerana hanya membayar untuk 1.5 peratus daripada anggaran UNRWA ketika mereka berjanji untuk membayar 7.5 persen, kecuali Arab Saudi, Kuwait dan Emiriyah Arab Bersatu telah membayar yuran mereka.  UNRWA merayu baru-baru ini untuk bantuan pada masa Menteri Luar Negeri Norway Jonas Gahr Stoere berkunjung ke wilayah miskin dan penuh sesak yang turut meminta penderma untuk menghormati janji mereka.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Tentera Abbas Seksa Mangsa Culik

Rabu, 18/08/2010 – Tentera Abbas terus melakukan operasi menekan terhadap gerakan Hamas dan para pendukungnya di Tebing Barat. Mereka melakukan penyiksaan terhadap mangsa penculikan dari gerakan Hamas di beberapa daerah di Tebing Barat tanpa mengendahkan kemuliaan bulan Ramadhan.

Di Ramallah, tentera Abbas diberitakan menyiksa Idris Haja (43). Sumber terdekat keluarga mangsa menjelaskan bahawa “perisik Abbas” menggunakan cara-cara biadab seperti memaki hamun, membelasah mangsa dan digantung ke syiling bersama beberapa anggota Hamas yang diculik oleh bahagian perisikan Abbas. Idris merupakan seorang usahawan terkenal dan bekas tahanan yang telah bebas dari penjara Zionis Israel. Beliau juga memiliki kewarganegaraan Amerika.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Israel mengatakan aktivis armada kebebasan yang inginkan kekerasan

Rabu, 18/08/2010 – Aktivis di kapal bantuan Gaza yang telah dceroboh oleh tentera Israel dipastikanwujudnya kekerasan, menurut ketua penyiasatan tentera Israel pada hari Isnin dalam serangan membunuh itu.  Mereka (para aktivis) komited untuk membunuh dan dibunuh,” pesara umum Israel Giora Eiland berkata kepada program televisyen Panorama BBC.

Eiland mengetuai penyiasatan ke atas serangan Israel terhadap feri Marmara Mavi pada Mei 31, yang menyebabkan sembilan orang Turki, termasuk seorang warga negara Turki-Amerika, meninggal dunia dan puluhan lainnya cedera, termasuk sembilan komando Israel.  Serangan di perairan antarabangsa itu turut mencetuskan reaksi global terhadap Israel dan menyebabkan kepungan empat-tahun dari Hamas menguasai Semenanjung Gaza semakin dikurangkan.

Eiland mengatakan bahawa perlawanan dari para aktivis di kapal bantuan “adalah besar, jauh dari yang disangkakan” dan mengatakan itu tidak menghairankan ada berlaku lebih banyak kematian.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  shuhada

Categories
Berita Semasa

Jumaat pertama dalam bulan Ramadhan bawa kemenangan kepada umat Islam di Jerusalem

Rabu, 18/08/2010 – Berpuluh-puluh ribu umat Islam di seluruh Tebing Barat datang ke Jerusalem untuk menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa semalam. Hari Jumaat pertama pada bulan Ramadhan telah menggamit sejumlah besar umat Islam untuk mengunjungi Kota Lama Jerusalem bagi menunaikan Solat Subuh dan Solat Jumaat sehingga menyebabkan kesesakan teruk di jalan-jalan yang menghala ke Masjid Al-Aqsa.

Pos-pos kawalan yang menghala ke Kota Suci juga sesak teruk. Di Pos Kawalan Qalandia, kereta-kereta tidak dibenarkan melalui jalanraya yang menghubungkan Ramallah ke Jerusalem sejak awal pagi sehingga lewat tengahari, manakala lebih ramai tentera rejim Zionis (IOF) ditempatkan di situ. Orang-orang awam yang memasuki tanah haram Israel dari Tebing Barat telah diperiksa sebanyak 3 kali sehingga menyebabkan kesesakan teruk.

Seramai 4,000 orang IOF dikerah bertugas di sekitar Kota Lama Jerusalem, memasang penghadang-penghadang jalan, pos-pos kawalan dan menyoal-siasat penduduk Palestin yang hendak memasuki kawasan haram Israel. IOF yang membuat rondaan juga terpaksa mengejar beratus-ratus orang yang cuba memintas pos-pos kawalan.

sumber : Palestine News Network
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Zionis Putuskan Musnahkan 30 Rumah Penduduk Di Kfar Aqib

Selasa, 17/08/2010 – Dewan Tertinggi Pengurusan Entiti Zionis mengeluarkan keputusan untuk memusnahkan 30 rumah penduduk Kfar Aqib yang terletak antara Al-Quds dan Ramallah.

Sumber tempatan, Ahad (15/8) menyebutkan, keputusan menghancurkan rumah-rumah tersebut yang terletak di wilayah C bertujuan untuk memperluaskan kawasan penempatan Zionis dan dapat bersambung dengan wilayah-wilayah Zionis yang lain. Tindakan ini menyebabkan Al-Quds menjadi wilayah yang terasing dari semua penduduk muslimin Al-Quds. Disamping itu terdapat tembok perkauman yang membatasi mereka. Sumber tersebut menyatakan bahawa para pemilik rumah di Aqib sudah mendapat surat mengenai tindakan pemusnahan yang akan dilakukan pemerintah Israel. Namun mereka hanya diberi masa satu minggu untuk membuat rayuan kepada pihak pengadilan Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

150 Intelektual Ireland Seru Boikot Israel

Selasa, 17/08/2010 – 150 intelektual Ireland mengumumkan boikot budaya terhadap Israel sebagai tanda sokongan kepada hak-hak warga Palestin. Mereka juga menuntut Israel menghormati undang-undang antarabangsa.

Boikot budaya tersebut merangkumi perkara-perkara berikut: menghalang penyertaan Israel dalam sebarang acara dan aktiviti budaya serta tidak membiayai sebarang acara kebudayaan yang dianjurkan institusi dari Israel . Kempen boikot budaya ini tercetus hasil daripada protes kepada layanan Israel terhadap warga Palestin. Selain itu, ia juga merupakan respon daripada kenyataan Menteri Luar Negara Israel yang menyatakan budaya merupakan satu alat propaganda.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Kerajaan haram Israel membantah laporan media bahawa mereka akan kembalikan 90% tanah Tebing Barat

Para pegawai dari pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak sepenuhnya laporan media yang mengatakan Israel merancang untuk menyerahkan kembali sehingga 90% daripada tanah Palestin yang diduduki di Tebing Barat sewaktu perbincangan dengan para pemimpin Palestin.

Selasa, 17/08/2010 – Laporan itu yang diterbitkan pada Khamis lalu oleh sebuah akhbar yang berpusat di London menyatakan para pegawai Israel telah membincangkan rancangan sebagai resolusi atas konflik tersebut yang merangkumi penyerahan 90% dari tanah Palestin yang diduduki untuk negara Palestin. Tindakan ini akan melibatkan 50,000 orang penduduk Israel yang ketika ini tinggal di penempatan haram Tebing Barat agar kembali semula ke Israel.

Laporan tersebut menyatakan tanah tersebut yang sepatutunya dikembalikan kepada pemiliknya yang sah tidak menyenaraikan Baitulmuqaddis Timur, yang telah dirampas satu demi satu oleh Israel dari penduduk asal Palestin sejak tahun 1967.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Syaikh Yusuf Qardhawi bersama konvoi ke Gaza melalui laut

Selasa, 17/08/2010 – Pengerusi Persatuan Ulama Se-Dunia, Syaikh Dr. Yusuf Qardhawi telah menyatakan akan mengikuti konvoi keamanan ke Gaza melalui jalan laut. Selain itu tokoh ulama tafsir terkenal abad ini, Syaikh Muhammad Ali Ash Shawi dan Syaikh Ihsan Hendricks juga turut bersama menyertai konvoi kali ini. Bersama mereka sejumlah tokoh ulama besar dan agamawan yang turut serta.

Syaikh Ihsan menceritakan pengalaman ketika bersama konvoi “Miles of Smiles 2”, apa yang berlaku terhadap rakyat Gaza adalah persis kepada apa yang berlaku terhadapa rakyat Afrika Selatan ketika apartheid berlaku.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Barak ambil tanggungjawab penuh atas konvoi kapal (flotilla) ke Gaza

Selasa, 17/08/2010 – Menteri Pertahanan menerima tanggungjawab sepenuhnya ke atas serangan konvoi kapal bantuan ke Gaza pada Mei lalu yang mengorbankan 9 orang aktivis. Menurutnya, kerajaan (haram Zionis) telah mengjangka keganasan itu akan berlaku dan kenyataan ini bercanggah dengan kenyataan Perdana Menterinya.

Barak memberi keterangan dihadapan jawatankuasa siasatan rejim Zionis bahawa kerajaannya telah menubuhkan satu pasukan perisikan 5 hari sebelum serangan ke atas 6 buah kapal konvoi bantuan kemanusiaan dan menyerahkan laporannya kepada kabinet dalaman Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Walaubagaimanapun, dalam testimoninya pada Isnin lalu, Netanyahu memaklumkan bahawa perbincangan yang dibuat menfokuskan tentang perhubungan awam. Tetapi Barak mendakwa bahawa kerajaan (haram Zionis) telah membincangkan beberapa tindakan militari yang boleh diambil termasuklah kemungkinan berlakunya senario yang ekstrim, lapor akbar Haaretz.

sumber : PNN
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Zionis tahan 2 remaja Palestin di Hebron

Selasa, 17/08/2010 – Tentera rejim Zionis (IOF) hari ini menahan 2 orang remaja Palestin di kawasan Kota Lama, Bandar Hebron di Tebing Barat.  Sumber tempatan melaporkan bahawa IOF menahan Adel Al-Slaima, 17, yang berasal dari Kota Lama dan memindahkannya ke penempatan Keriat Arba.Menurut sumber itu lagi, IOF juga menahan Majd Al-Jabari, 14, ketika remaja itu berada di kawasan Al-Haram Al-Ibrahimi atas kesalahan “memiliki sebuah pisau”.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Tiga Delegasi Perubatan Masuk Gaza

Selasa, 17/08/2010 – Tiga delegasi perubatan dari United Kingdom, Kanada dan Scotland tiba di Gaza melalui Rafah Jumaat lepas . Delegasi tersebut termasuk 6 orang Inggeris dan 4 orang Kanada, yang dijadualkan untuk membuat lawatan singkat di Gaza. Jabatan Kesihatan Palestin di Gaza menyambut delegasi perubatan Scotland yang diketuai oleh Dr Dennis Rotovic, Pengarah Yayasan Edinburgh yang memberi sokongan langsung kepada aktiviti penting.

Jabatan itu mengatakan pada laman web, bahawa kunjungan mereka dalam konteks membincangkan sokongan sektor kesihatan dengan melakukan latihan dan pembelajaran jarak jauh melalui persidangan video dan melalui televisyen.  Lawatan ini bertujuan untuk membawa para pakar perubatan ke Gaza dan menghantar doktor Palestin di luar negeri untuk mendapatkan pengalaman dan manfaat keluarga mereka yang berada di Gaza.  Sempadan Gaza dan pintu masuk menyaksikan kemasukan delegasi antarabangsa terbesar dalam dua hari, di mana hampir 141 aktivis keamanan antarabangsa memasuki Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Wakil wanita dalam Suruhanjaya Siasatan Mavi Marmara ?

Selasa, 17/08/2010 – Mahkamah Agung Israel menuntut agar kerajaan Israel mempertimbangkan untuk memasukkan sekurang-kurangnya seorang wanita dalam Suruhanjaya Turkel untuk menyiasat pembunuhan kapal Marmara, selewat-lewatnya 19 Ogos.

Menurut surat khabar Hebrew Israel “Ha’aretz”, Kerajaan Israel berusaha untuk mengelakkan masalah ini, dan telah menghindarinya selama beberapa minggu. Ini kerana ditakuti ianya akan mengganggu perjalanan proses penyiasatan dan membebankan ahli Jawatankuasa yang lain.

Pengerusi Suruhanjaya Penyelidik, Hakim Ya’acov Turkel, menolak penyertaan wanita dalam jawatankuasa, dengan anggapan bahawa ianya akan menambahkan lagi bebanan. Tegasnya lagi, dia tidak akan membantu kerja-kerja yang akan dipertangungjawabkan ke atas wanita itu sebaliknya akan menggandakannya lagi. Para penasihat undang-undang dari kerajaan Israel berkata dalam sidang mahkamah: “Masyarakat antarabangsa secara keseluruhannya sedang menunggu keputusan dari Suruhanjaya, khususnya kebangkitan Jawatankuasa yang dibentuk oleh Setiausaha PBB, General Ban Ki-moon. Oleh kerana itu penyertaan wanita dalam Suruhanjaya Turkel berkemungkinan akan menyebabkan kelewatan pengumuman keputusan penyiasatan. ”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : shuhada

Categories
Berita Semasa

Israel memberi kebenaran kepada peniaga Palestin

Selasa, 17/08/2010 – Sumber-sumber di Beit Hanoun “Erez” mengesahkan yang pihak berkuasa Israel memberi kebenaran khas kepada 50 peniaga warga Palestin dari Semenanjung Gaza untuk mendapatkan barangan perniagaan dengan melalui jalan di antara Semenanjung Gaza dan “Israel”.  Radio Israel memetik sumber Israel mengatakan kemasukan kemudahan tambahan akan dibenarkan dalam masa terdekat seterusnya meluaskan laluan Kerem Abu Salem untuk membolehkan kemasukan 300 trak sehari.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  idawati