Categories
Berita Semasa

Sebahagian pintu masuk komersil Gaza dibuka hari ini.

Selasa, 06/04/2010 – Kerajaan haram Zionis telah memutuskan untuk membuka sebahagian pintu masuk Kerem Shalom dan Carney pada hari ini bagi membenarkan kemasukan bahan makanan, bantuan dan minyak.

Raed Fattouh, Pengerusi Jawatankuasa Kemasukan Barang-barang Keperluan ke Gaza mengumumkan bahawa kerajaan haram Zionis telah bersetuju untuk membuka pintu masuk Kerem Shalom yang terletak di tenggara Gaza bagi membenarkan kemasukan sebanyak 99 hingga 109 trak bantuan untuk sektor komersil dan pertanian.

Beliau turut berkata bahawa kerajaan haram Zionis akan mengepam gas masakan dan diesel untuk industri dalam kuantiti yang terhad. Mereka juga akan membuka pintu masuk Carney yang terletak di timur Gaza bagi memberi laluan kepada 149 trak yang penuh muatan gandum dan makanan haiwan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Israel kembali dengan dasar kepembunuhan

Selasa, 06/04/2010 – Menteri Perlindungan Alam Sekitar Israel, Gilad Ardenne, sebagai maklumbalas keatas operasi Kissufim yang membunuh seorang askar dan pegawai Briged Golani Brigade jumaat lalu, menggesa supaya tikdakbalas perlulah tegas dan kuat, juga menambah, “Kita tidak perlu operasi kekenteraan besar seperti ‘operasi cast lead’, tetapi tiada ertinya kalau menghentikan pembunuhan”.

Dia menambah, “Pimpinan organisasi Palestin dan aktivisnya mesti dalam ketakutan dalam hidupnya setiap waktu, daripada mereka merancang operasi ketenteraan berikutnya, kita mesti ganggu dan kelirukan mereka dengan mengancam nyawa dan menyapu bersih mereka.”.

Ketika merujuk kepada proses damai, dia berkata,” Adalah tidak diketahui apa yang menyebabkan Presiden Obama menukar haluan dengan memaksa permintaan tambahan daripada Israel”. Dia menyatakan bahawa Obama tidak pernah menyatakan pada sebelum pilihanraya Presiden Amerika Syarikatnya untuk membahagi Baitulmuqaddis ketika ucapannya di persidangan tahunan AIPAC’s dua tahun lalu, tetapi berkata bahawa Baitulmuqaddis adalah bandar bersatu, seperti yang dia katakan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Lebih separuh pendatang tinggal di Baitul Muqaddis

Selasa, 06/04/2010 – Biro Statistik Pusat Palestin mengeluarkan kenyataan media ulangtahun ke empat Hari Tanah 33 hari ini, menunjukkan lebih daripada 85% tanah bersejarah Palestin kini dibawah kawalan Israel, dan 55% pendatang di Tebing Barat tinggal di Wilayah Baitul Muqaddis.

Tentera Pendudukan mengadakan zon penimbal sepanjang sempadan Semenanjung Gaza denga kelebaran menjangkau 1,500 m sepanjang sempadan timur bagi sektor itu, kira-kira 58 km, Ini bermakna ia mengambil keluasan 87 km ² daripada keluasan keseluruhan Semenanjung Gaza, Tentera Pendudukan mengawal 24% daripada kawasan keseluruhan 365km² yang mana kawasan cukup sesak dan padat dengan penduduk.

Ia juga mengatakan bahawa dengan dasar pemusnahan rumah yang berterusan di Baitulmuqaddis, dasar yang mengyahudikan tanah dan mengosongkan populasi Palesntin, kira-kira 50 juta saman terhadap warga baitulmuqaddis dengan alasan ‘pembinaan tidak berlesen’.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Membongkar penyeksaan di penjara Israel.

Selasa, 06/04/2010 – Pusat Pembelaan banduan Palestin, menurut kepada seorang editor yang dibebaskan daripada penjara Israel, membongkarkan bahawa satu banduan telah buta dan kehilangan deria penglihatan, menunjukan banduan terseksa bermula daripada penyakit mata seperti “Ophthalmology spring,” Sementara itu, pentadbiran penjara enggan memberikan rawatan kepadanya, dan menolak permintaannya untuk berjumpa doktor penjara, akhirnya mengakibatkan selepas berberapa bulan, kesihatannya makin teruk dan menyebabkan dia kehilangan deria penglihatan.

Pusat pembelaan banduan Palestin memberi amaran langkah yang sama dilakukan berterusan oleh Kerajaan Haram Israel dan pentadbiran penjara dasar sengaja melengahkan rawatan banduan di penjara, dan menganggap ia sebagai “kematian perlahan sengaja””.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Peneroka Israel mula mengambil alih tanah di Nablus.

Isnin , 05/04/2010 –Ketua Majlis Kampung di Deir al Hatab, Abdul Karim Hussein, melaporkan pada hari ini hampir sedozen peneroka haram dari penempatan “Alon Moreh” telah menempatkan sebilangan caravan dan rumah bergerak disamping kjemah – khemah dan tangki air berhampiran dengan telaga yang terletak tidak jauh dari 500 meter dari perkampungan Deir al Hatab di tengah Nablus dalam kawaan Tebing Barat.

Menurut Hussain dan saksi yang lain, mereka sendiri telah memaklumkan kepada Pihak Berkuasa Palestin pagi ini and meluahkan ketakutan mereka terhadap langkah seterusnya dalam membangunkan penempatan haram berhampiran kampong mereka, terutamanya apabila mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk merampas satu – satunya telaga dalam kampong ini yang terletak di Ain, bahagian barat bandar tersebut. Beberapa peneroka tanah haram itu dilaporka telah memukul Presiden Majlis tersebut sebelum beliau membajak tanah penduduk berhampiran dengan telaga tersebut.

Dianggarkan bilangan penduduk si perkampungan Deir al-Hatab tidak melebihi 2400 orang.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Polis tajaan Mahmoud Abbas tangkap 5 anggota Hamas di Tebing Barat.

Sabtu, 03/04/2010 – Pihak polis tajaan Mahmoud Abbas telah menahan seramai 5 anggota HAMAS di Tebing Barat. Salah seorang yang ditahan merupakan bekas tahanan Zionis Israel yang masih sakit. Terdapat di antara mereka yang di tahan, rumah mereka digeledah. Seorang siswazah turut di tahan.

Salah seorang, yang mana sudah bebas dengan diikat jamin, turut ditahan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Tentera laut, darat Israel bedil Beit Lahia

Sabtu, 03/04/2010 – Tentera laut Israel telah membuat tembakan ke arah nelayan-nelayan Palestin yang berada berhampiran dengan pantai Beit Lahia, sementara kereta-kereta kebal Israel membuat beberapa bedilan ke arah utara bandar itu, lapor sumber tempatan khamis lalu.

Sumber itu menambah bot-bot tentera laut Israel menembak bot nelayan di kawasan Al Sudaniyya dan Al Waha, barat dari Beit Lahia yang mengakibatkan kerosakan kepada bot; tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Selain itu, kereta-kereta kebal Israel membedil arah tanah pertanian di bahagian utara semenanjung gaza, mengakibatkan kerosakan harta benda tetapi tiada kecederaan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : aznil

Categories
Berita Semasa

Mesir jumpa simpanan senjata ke Gaza

Sabtu, 03/04/2010 – Pasukan keselamatan Mesir telah menjumpai dan merampas beberapa simpanan senjata dan mortar di utara Sinai yang dipercayai untuk diseludup ke Gaza.

Akhbar Hari Ketujuh melaporkan pada hari Khamis simpanan senjata tersebut termasuklah 100 roket antikapal, 45 roket pelancar bom, dan 40 bahan letupan.  Sumber dari pasukan keselamatan Mesir mengatakan penyeludup menyimpan senjata daripada bekas peperangan yang terdahulu untuk diseludup ke Gaza. Tiada penahanan dibuat.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Sebaran risalah berbunyi “Tunggu tindak balas esok” di edar semalam.

Jumaat , 02/04/2010 –Pesawat Israel telah menjatuhkan risalah di beberapa wilayah berbeza di Semenanjung Gaza Rabu lalu sebagai amaran yang keselamatan penduduk Palestin akan terancam berikutan pembunuhan dua tentera Israel pada Jumaat lepas.

Pesawat Israel menjatuhkan risalah menunjukkan gambar bunga dengan tulisan yang menyebut: “Tunggu tindak balas esok”, kata sumber tempatan. Sebaran risalah itu dijatuhkan dijatuhkan di sekitar timur Younis Khan, Al-Bureij di pusat bandar Gaza dan di selatan Rafah.

TERBARU : Rejim Zionis telah pun melakukan serangan udara pada hari ini , Jumaat 2/4/2010.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Robert Fisk di Malaysia ! Esok !

Categories
Berita Semasa

Warga Haram Zionis menyerbu Masjid Al-Aqsa.

Jumaat, 02/04/2010 – Sebilangan warga haram Yahudi-Zionis telah menyerbu masuk ke masjid al-Aqsa. Zionis ini telah mendapat bantuan dari polis Zionis dan memasuki dari pelbagai pintu yang ada. Saat berita ini dilaporkan, keadaan amat kritikal. Warga haram Zionis sedaya upaya cuba memasuki kawasan suci umat Islam bagi meraikan harii “Paskah”.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Israel tahan 4 penduduk Palestin di Tebing Barat.


Jumaat, 02/04/2010 – Tentera Rejim Zionis hari ini membuat serbuan ke atas beberapa kawasan di tebing barat dan menahan empat penduduk Palestin. Sumber tempatan memnyatakan dua penduduk Palestin ditahan di Qalqilya dan dua lagi ditahan di Hebron dan Tolkarem.

Tentera Rejim Zionis turut menyerbu kem pelarian Al-Azah dan Al-Dehish di Bethlehem dan menyelongkar banyak rumah. Mereka memberi notis kepada Majed Al-Aza, 34, dan Sami Abed Al-Hameed, 50, untuk hadir ke pusat perisikan Israel di penempatan Atsuon. Mereka turut memusnahkan sebuah kereta milik Soliman Al-Afandi.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : aznil

Categories
Berita Semasa

Serbuan oleh pelampau Yahudi ke Masjid Aqsa dinafikan.


Jumaat, 02/04/2010 – Hatem Abdel Kader bersama pegawai di Kementerian Wakaf menafikan laporan beberapa agensi berita tempatan yang mengatakan pelampau Yahudi hari ini menyerbu Masjid Aqsa. Abdel-Qader mengatakan “laporan tersebut tidak benar sama sekali dan situasi di dalam masjid Al-Aqsa dan sekitarnya sepi dan tidak berlaku sebarang kemalangan.

Begitu juga penjaga Masjid Al-Aqsa, mereka juga menegaskan bahawa situasi di sekitar masjid sangat tenang, dan apa yang berlaku hari ini hanyalah kemasukan puluhan wartawan asing dan Israel yang dikenali sebagai pelancongan “asing” ke halaman masjid dan tiada juga sebarang rompakan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Beku penempatan haram sebagai tukaran kepada rundingan terus.

Jumaat, 02/04/2010 – Sumber politik negara haram Israel memberitahu bahawa pentadbiran Amerika telah meminta negara haram Israel untuk membeku projek penempatan haram di Jerusalam sebagai tukaran untuk memaksa Presiden Mahmoud Abbas menerima rundingan terus dengan Israel.

Akhbar Ha’aretz melaporkan pentadbiran Amerika sedang berusaha memujuk negara-negara Arab untuk membuka semula rundingan antara negara haram Israel dan Palestin dan menyokong Presiden Mohmoud Abbas dalam rundingan dimana beberapa buah negara Arab sudah pun menyatakan sokongan ke arah rundingan terus sekiranya Israel bekukan projek penempatan haram di Jerusalam.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Kumpulan ‘Penjaga Bukit Kuil Zionis’ bersedia ceroboh Masjid al-Aqsa

Jumaat, 02/04/2010 – Kumpulan ‘Penjaga Bukit Kuil Zionis’ mengeluarkan kenyataan pada hari Rabu (31/3) yang menyeru agar satu perarakan besar dilakukan pada hari esok, Khamis di Bandar Lama di al-Quds menghala ke Masjid al-Aqsa sempena Hari ‘Passover’ Yahudi. Kumpulan itu juga menyeru agar Masjid al-Aqsa dirobohkan bagi membina kuil Yahudi di atas runtuhan tersebut.

Kumpulan itu mengeluarkan kenyatan tersebut melalui laman webnya dengan mengatakan ia akan berarak menuju ke bukit Kuil pada 1 April sambil membawa seruan tuhan dan bangsa Israel “Binalah kuil itu sekarang!”

Kumpulan itu juga menambah, “di tempat ini kita wajib berdemonstrasi menentang sebarang bentuk tekanan antarabangsa terutamanya daripada Presiden Amerika, Barrack Obama yang mahu membahagikan al-Quds dan menjadikannya sebagai ibunegara Palestin serta membahagi-bahagikan bumi Israel.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir