Categories
Berita Semasa

Perkembangan terbaru pertukaran tawanan

Selasa, 29/06/2010 –Beberapa sumber media berbahasa Ibrani mendedahkan beberapa perincian baru tentang proses rundingan bagi pertukaran yang dijangkakan akan berlaku antara ratusan tahanan Palestin dengan tentera Zionis yang ditawan oleh HAMAS di Genting Gaza, meskipun secara rasminya pihak Zionis mengumumkan ia akan mengenakan syarat yang ketat setelah Gel’ad Shalit memasuki tahun kelima berada dalam tahanan.

Sumber-sumber itu memetik daripada ‘sumber kerajaan’ bahawa persetujuan pertukaran itu akan merangkumi beberapa pejuang Palestin yang dikatakan terlibat dalam pembunuhan kira-kira seratus orang Yahudi. Sumber itu juga mengisyaratkan bahawa rejim Zionis bersedia untuk membebaskan mereka dengan syarat mereka terus pergi ke Genting Gaza atau ke luar negara, tetapi bukan ke Tebing Barat.

Tetapi pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu enggan memberikan sebarang komen tentang perkara ini. Akhbar Yediot Aharonot menyebutkan bahawa persetujuan itu tidak merangkumi tawanan yang bertanggungjawab dalam operasi berani mati, begitu juga tidak merangkumi Marwan al-Barghuthi, setiausaha gerakan Fatah di Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Zionis halang tahanan penjara belajar

Selasa, 29/06/2010 –Perkhidmatan Penjara rejim Zionis menghalang tahanan Palestin daripada menyelesaikan pengajian mereka di universiti dan merampas buku-buku mereka.

Yaser Abu Baker, ketua tahanan penjara Palestin di Penjara Askalan, Israel memaklumkan bahawa keadaan tahanan di dalam penjara adalah sangat menyayat hati berikutan tindakan pentadbiran penjaran yang menetapkan peraturan-peraturan zalim.

Perkhidmatan Penjara rejim Zionis telah memulakan kempen merampas buku-buku tahanan penjara dan setakat ini mereka telah merampas sebanyak 300 buah buku. Hanya Al-Quran sahaja yang dibenarkan dibaca.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Barak Cuba Ketepikan Permasalahan Untuk Percepatkan Proses Keamanan

Selasa, 29/06/2010 –Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, menyatakan di sini semalam (Rabu) akan bersama-sama dengan Timur Tengah untuk mempercepatkan proses keamanan, susulan serangan maut terhadap bantuan flotilla.

Barak memberikan komen sedemikian apabila beliau membincangkan isu tersebut bersama Hillary Clinton, untuk review keputusan Israel untuk mengurangkan kepungan di Gaza dan mencari jalan untuk menghidupkan semula rundingan Israel-Palestin.

“Kami dengan penuh komitmen akdan bekerjasama dengan Setiausaha dan akan mencari jalan untuk mempercepatkan proses keamanan di Israel dan akan mengenepikan semua karenah dan permasalahan untuk tempoh semasa”, Barak memberitahu wartawan.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  faizul

Categories
Berita Semasa

Mengintergrasikan Palestin kepada Pengunduran Progesif AS

Selasa, 29/06/2010 –Amat sukar untuk mencari orang Arab atau Palestin yang bermastautin di Amerika Syarikat untuk tidak menyokong rakan-rakan Amerika mereka untuk membawa sepanduk keadilan untuk Palestin dan menggerakkan polisi AS terhadap konflik tersebut. Malah Professor Universiti Columbia yang disegani; Professor Edward Said juga menyatakan sokongan dan menyokong sentiment ini dalam spectrum yang luas. Pada tahun 2002, Perhimpunan Al-Awda di New York beliau juga memberi ucapan penuh bertenaga kepada uma manusia untuk bercakap tentang Palestin, di mana sahaja, kepada sesiapa sahaja; pasaraya, berhampiran water cooler di pejabat, taman-taman permainan, dengan ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru, di dalam bas, dan di perhentian bas – di mana sahaja.

Meskipun dengan hasrat untuk memelihara solidarity rakyat Amerika, terdapat satu jurang antara aspirasi dan pemahaman yang diperlukan untuk merealisasikannya – rakyat Palestin, bangas-bangsa lain, dan berjuta lagi rakyat Amerika yang terpinggir, yang terpaksa bersaing sesama mereka dengan hambatan struktural yang sama dan pernyataan yang jitu terhadap maruah kemanusiaan mereka. Pemahaman terhadap musuh dan pengesahan terhadap kemanusian adalah pasak utama terhadap solidarity.

Siapakah yang mungkin akan menjadi sekutu efektif Palestin di AS? Siapakah yang akan berpendapat, bahawa diskrimiasi terinstitusi adalah sama dengan rakyat Palestin kelas kedua di tanah Palestin. Komuniti manakah di AS adalah diprofil secara ras, dipenajara secara sistematik, dan dikelaskan sebagai miskin oleh pertemuan faktir institusi, kekurangan akses kepada penjagaan kesihatan, dan perumahan yag terkawal?

sumber : Electronic Intifada
penterjemah :  faizul

Categories
Berita Semasa

Likud Putuskan Teruskan Perluasan Penempatan di Tebing Barat

Isnin, 28/06/2010 – Badan kepimpinan parti Likud yang diterajui perdana menteri Zionis, Benjamin Netanyahu, Khamis (24/6) menjelaskan akan meneruskan perluasan kawasan di Tebing Barat, setelah mendapat kata sepakat dari wakil parti.

Dalam keteranganya, wakil parti Likud yang terdiri daripada 2500 orang membenarkan kesepakatan untuk meneruskan peluasan penempatan di Tebing Barat. Beliau menambah, pihaknya bersetuju meneruskan perluasan penempatan di seluruh wilayah Eretz Israel (Israel Raya), terutama di Nagev, Jalil, Al-Quds, Yahuda dan Samara.

sumber :  COMES
penterjemah :  osman

Categories
Berita Semasa

Zionis menyamar Hasbara!

Isnin, 28/06/2010 – Twitters dibayar untuk menyebarkan propaganda perang pasukan internet Israel dilancarkan. Sokongan penuh ghairah untuk Israel disajikan pada bahagian internet, laman sembang, forum, blog, dan facebook, twitters mungkin tidak semua yang tampaknya.

Kementerian luar negeri Israel dilaporkan membentuk sebuah pasukan yang menyamar khas pekerja dibayar yang akan melakukan pelayaran ke internet 24 jam sehari menyebarkan berita positif tentang Israel.

Anak muda Israel memahami Internet, terutama lulusan baru dan tentera ditarik dengan kemampuan bahasa, sedang direkrut untuk mengaku sebagai pelayar internet biasa, sementara mereka memberikan garis kerajaan tentang konflik Timur Tengah.

“Untuk semua maksud dan tujuan internet adalah sebagai teater dalam konflik Israel-Palestin, dan kita harus aktif di teater, kalau tidak kita akan kalah,” kata Ilan Shturman, yang bertanggungjawab untuk projek tersebut.

Kewujudan pasukan perang “internet” muncul ke permukaan ketika dimasukkan dalam perbelanjaan jabatan luar negeri tahun ini dimana $150,000 telah diberikan untuk tahap pertama pembangunan, dengan diharapkan dana yang meningkat tahun depan.

Pasukan ini akan diletak di bawah sebuah jabatan besar sudah berurusan dengan Israel apa istilah “hasbara”, diterjemahkan sebagai “penjelasan awam” tetapi biasanya bermaksud propaganda. Itu termasuk bukan sahaja perhubungan awam kerajaan tetapi lebih kepada urusan rahsia perkhidmatan dengan organisasi swasta dan inisiatif yang mempromosikan cerita Israel di bahan cetak, di TV dan di internet.

Dalam usaha mereka untuk memperindah pekerjaan dan membunuh anak-anak dan untuk menghalalkan pengepungan Gaza dan kelaparan semua orang pelarian etnik disembunyikan, Zionis mewujudkan pasukan besar dalam internet menyamar sebagai “pelayar” untuk membersihkan kekejaman Israel dan mencuci darah yang ditumpahkan oleh penjajah Zionis!

Pada saat Zionis menghancurkan Palestin persekitaran dengan mengeringkan Tasik Tiberia, dengan mengambil air bawah tanah Palestin, mencabut pohon Palestin (para penduduk Zionis tumbang atas 14000 pohon zaitun pada tahun 2009 sahaja) mereka pura-pura menjadi pecinta alam dan mengaku diri mereka sebagai Nabi Hijau.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Aktivis Iran membatalkan armada bantuan Gaza ‘kerana ancaman Israel’

Isnin, 28/06/2010 – Kapal Iran berasingan ke Gaza melalui Laut Kaspia selepas Mesir menolak permintaan Israel untuk menghalang kapal di Terusan Suez. Salah seorang penyelenggara dari armada bantuan Iran ke Gaza, mengumumkan hari Khamis bahawa acara tersebut telah dibatalkan kerana “ancaman Israel.”

Sebuah kapal Iran berasingan membawa 60 aktivis Iran sedia untuk belayar ke Gaza melalui Laut Kaspia, mengikut Radio Tentera Darat. Ini setelah media melaporkan Lubnan beberapa hari yang lalu bahawa Mesir telah menolak permintaan Israel untuk menhalang kapal-kapal Iran dari melalui Terusan Suez menuju Mesir.

sumber :  Haaretz
penterjemah : farah

Categories
Berita Semasa

Hamas mengutuk tangkapan di Tebing Barat dan memberikan peringatan akan akibatnya

Isnin, 28/06/2010 – Pergerakan Kebangkitan Islamiah “Hamas” telah mengecam tindakkan penangkapan yang menggila yang dilakukan oleh askar-askar Mahmoud Abbas terhadap kader-kader dan para pendukung pergerakkan itu di Tebing Barat semalam,lebih daripada 50 orang yang telah ditangkap,sambil menyifatkan bahawa penangkapan tersebut bakal memberikan suatu impak yang besar,dan perkara tersebut dapat menjadi bukti bahawa Fatah tidak serius untuk menjalankan Rundingan Damai.

Dr.Sami Abu Zuhri salah seorang daripada jurucakap Hamas memberikan peringatan bahawa penangkapan yang menggila yang dilakukan oleh askar-askar Abbas di Tebing Barat akan memberikan suatu kesan dan impak yang besar selagimana penangkapan tersebut tidak dihantikan dan membebaskan semua banduan-banduan tersebut.

Dan berkatanya Abu Zuhri di dalam satu kenyataan khasnya hari Selasa 22/6 dan Pusat Informasi Palestin mendapat satu salinanya : Sesungguhnya operasi penangkapan yang dilancarkan oleh Tentera Keamanan Fatah di Tebing Barat dan telah meningkat bilanganya kepada 50 orang yang terdiri daripada kader-kader dan anak-anak pendukung Gerakan Hamas telah menunjukkan suatu kerjasama aman secara langsung di antara Fatah dan Rejim Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : putra duad

Categories
Berita Semasa

Beribu berdemonstrasi di Paris untuk seorang tentera Israel yang ditahan

Isnin, 28/06/2010 – Beribu-ribu orang telah melancarkan demonstrasi di Paris Selasa lalu bagi menuntut pembebasan seorang tentera Israel yang telah ditawan di Semenanjung Gaza hampir empat tahun dan juga untuk menyokong kerajaan haram Israel.

Beberapa pertubuhan Yahudi Perancis termasuk Ketua rabbi Perancis, Gilles Bernheim, mendesak perhimpunan ini bagi memberi sokongan terhadap Gilad Shalit, yang juga berketurunan Perancis, di Paris’ Trocedero Square berdekatan dengan Sungai Seine.

Para penunjuk perasaan memasang kain rentang berbunyi “Kebebasan untuk Gilad Shalit”, “Hamas Pengganas, Iran sekutunya” dan “Mempertahankan Israel bermakna mempertahankan demokrasi.”

Gilad Shalit, berumur 23 tahun, telah ditawan pada 25 Jun, 2006 oleh penjuang Hamas dan 2 kumpulan pejuang yang lain di dalam satu serangan di pintu sempadan dan dipercayai sedang disembunyikan di satu lokasi rahsia di bawah pemerintahan Hamas di Semenanjung Gaza.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : noraliza

Categories
Berita Semasa

Amaran Israel terhadap kapal yang tidak dibenarkan memasuki Gaza

Isnin, 28/06/2010 – Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak mengulangi amaran negaranya Isnin lalu terhadap sebarang aktivitis baru konvoi bantuan yang kemungkinan akan berlayar ke Gaza dari Lebanon.

“Bagi konvoi bantuan yang akan datang, kami telah mendengar dari pihak media terdapat sebahagian pertubuhan ini berkemungkinan didokongi oleh pertubuhan pengganas, sekali lagi membuat percubaan untuk menghantar kapal memasuki Gaza,” Barak memberitahu para wartawan selepas pertemuan bersama Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon.

“Saya sepatutnya menjelaskan kepada semua bahawa kami mempunyai tanggungjawab untuk melakukannya,” beliau berkata. “Sebagaimana yang telah diketahui kami akan meminta kesemuanya, seperti yang telah kami minta kepada konvoi terdahulu, untuk sertai kami dan pergi ke Ashdod (pelabuhan Israel) dan kami tidak akan menerima sesiapa sahaja yang cuba belayar terus memasuki Gaza.”

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  noraliza

Categories
Berita Semasa

Parlimen Eropah menyeru supaya menghentikan pengusiran ahli-ahli parlimen Baitulmaqdis

Jumaat , 25/06/2010 –Bekas Timbalan Ketua Parlimen Eropah Louisa Morzintini meminta masyarakat antarabangsa dan juga Kesatuan Eropah serta semua institusi parlimen dan organisasi kerajaan yang menyokong usaha hak asasi kemanusiaan dan menghormati undang-undang antarabangsa, supaya mengambil pendirian secara praktikal, dan bukan hanya slogan dan kata-kata kosong berkenaan keputusan Zionis mengusir dan menafikan hak ahli-ahli parlimen Baitulmaqdis, selain mengambil tindakan yang nyata dan berkesan demi menghentikan dasar Zionis, serta menghapuskan keputusan mereka mengusir ahli-ahli parlimen al-Quds. Di samping itu juga, menghentikan tindakan mereka (yg seolah-olah menafikan hak ahli-ahli parlimen tersebut sebagai warga al-Quds) dengan merampas kad pengenalan peribadi, serta tindakan mereka membekukan segala program dan aktiviti (sebagai ahli parlimen di al-Quds).

Morzintini dalam kenyataannya – yang dikemukakan kepada Kempen Antarabangsa membebaskan ahli-ahli parlimen yg diberkas – bahawa beliau menentang sistem politik Zionis yg telah meningkatkan permusuhan pada setiap hari terhadap rakyat Palestin di Baitulmaqdis. Di samping itu juga, beliau mengutuk kerja-kerja pemukiman (rakyat haram Israel) dengan matlamat utk mengusir penduduk asal al-Quds, bermula dengan pengusiran ahli-ahli parlimen al-Quds (perwakilan rakyat) dan kemudian kemusnahan rumah-rumah dan rampasan kad-kad pengenalan peribadi serta mengusir keluarga-keluarga (Palestin) dari rumah-rumah mereka. Beliau juga (yang mewakili parlimen eropah) berjanji akan berbincang perkara ini dengan individu-individu dan lembaga-lembaga yang bertanggungjawab di Eropah bagi membantu menghentikan pelaksanaan resolusi pengusiran ini yg tidak bertunjangkan undang-undang (yang benar).

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Lebanon : Israel yang bertanggungjawab atas segala serangan.


Jumaat , 25/06/2010 –Lebanon pada hari Selasa mengatakan Israel perlu bertanggung jawab atas serangan apapun, sebagai respons terhadap amaran Israel yang akan menggunakan “semua kekuatan yang diperlukan” untuk menghentikan bot bantuan merancang untuk belayar ke Gaza.

“Israel akan sepenuhnya bertanggung jawab atas serangan terhadap Lebanon,” kata kementerian luar negeri dalam sebuah surat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Lebanon “tidak boleh melarang kapal meninggalkan pelabuhannya jika muatannya, penumpang dan tujuannya semua mematuhi undang-undang Lebanon,” katanya dalam surat itu.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  farah

Categories
Berita Semasa

Memorendum Wakil Rakyat Islam di Tebing Barat: Jenayah Fatah tidak akan dilupakan

Jumaat , 25/06/2010 –Memorendum yang dikeluarkan oleh para wakil rakyat gerakan Islam di Tebing Barat memperincikan perlanggaran yang dilakukan oleh pihak berkuasa Fatah di Ramallah dan militia Abbas yang berada di bawahnya terhadap kedaulatan undang-undang dan pencerobohannya terhadap hak asasi manusia, yang disifatkan sebagai terlalu besar dan bahaya sehingga boleh dianggap sebagai jenayah terhadap warga Palestin dan rakyat biasa.

Memorendum tersebut yang berjaya diperoleh oleh Pusat Media Palestin memfokuskan kepada perlanggaran-perlanggaran yang dilakukan oleh pihak berkuasa Fatah terhadap warganegara Palestin dalam perkara-perkara yang berhubung dengan hak-hak asasi mereka dari sudut politik, sivil, ekonomi dan sosial. Terlalu banyak perlanggaran dilakukan terhadap orang awam Palestin di Tebing Barat dengan sebab pendirian politik seseorang dan menyentuh banyak hak asasi yang dijamin oleh piagam antarabangsa dan dinyatakan secara jelas dalam perlembagaan Palestin dan dalam undang-undang lain, bermula daripada hak untuk hidup, hak mendapat keamanan, hak mendapat kebebasan, hak untuk mendapat layanan baik dan tidak mencemarkan maruah, hak untuk menjawat apa sahaja jawatan awam, hak kesamarataan dan hak untuk terlibat dalam aktiviti ekonomi.

Para wakil rakyat tersebut juga menegaskan bahawa segala perlanggaran tersebut tidak akan gugur berdasarkan Fasal 32, Undang-undang Perlembagaan yang menyatakan bahawa ‘setiap pencerobohan ke atas mana-mana kebebasan individu atau kehormatan kehidupan privasi seseorang dan hak-hak dan kebebasan lain yang dijamin oleh perlembagaan dan undang-undang adalah satu jenayah yang tidak menggugurkan dakwaan jenayah dan sivil. Pihak berkuasa Fatah juga bertanggungjawab memberi gantirugi yang setimpal kepada sesiapa yang terjejas akibat perlanggaran tersebut. Ini menegaskan lagi hak mereka yang terjejas pada mendapatkan semula hak mereka dan membawa pihak bertanggungjawab yang menyuruh perlanggaran jenayah tersebut dan mereka yang melakukannya ke muka pengadilan pada bila-bila masa sama ada di mahkamah tempatan atau mahkamah jenayah di negara-negara yang membuka pintu mereka bagi mangsa-mangsa jenayayah tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Israel Benar Kemasukan 4,000 Tan Kerikil untuk UNRWA

Jumaat , 25/06/2010 –Para pegawai Israel hari ini membuka pintu sempadan Karem Abu Salem untuk membolehkan kemasukan jumlah terhad dan bantuan bahan bakar ke Jalur Gaza.

“Penjajah Israel akan membuka persimpangan Al-Montar untuk membolehkan kemasukan 4000 tan kerikil untuk projek-projek UNRWA serta 124-134 van sarat dengan bantuan dan barang untuk sektor industri dan pertanian” kata Raed Fatouh, pegawai rasmi sempadan Palestin. Dia menambah bahawa mereka akan memberi dalam jumlah terhad gas memasak dan bahan api yang diperlukan untuk menjalankan penjanaan kuasa di Gaza.

Pihak berkuasa Israel membenarkan hari Selasa 120 van sarat dengan bantuan dan barang-barang dan 198 tan gas memasak dan 126000 liter untuk industri solar.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Empat rakyat Palestin ditahan Rabu lalu.

Jumaat , 25/06/2010 –Tentera Zionis Israel (IOF) telah menahan empat penduduk Palestin di Ramallah, di Tebing Barat Rabu lalu, menurut sumber tempatan. Pasukan Israel telah menjelajahi seluruh bandar di Ramallah, menggeledah rumah dan menahan empat orang penduduk Palestin.  IOF melakukan operasi menggeledah dan menyerang pada setiap hari bertujuan untuk menangkap pemuda Palestin dengan alasan mereka dikehendaki oleh pihak berkuasa penceroboh Israel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz