Categories
Berita Semasa

Barhum: Abbas Masih Meletak Harapan Dapat Berunding Dengan Amerika

Rabu,16/11/2011 – Jurucakap Hamas, Fauzi Barhum menegaskan, presiden otoriti Ramallah, Mahmud Abbas masih meletak harapan yang besar agar dapat berunding dalam projek Amerika yang telah terbukti kegagalanya.

Di sisi lain, Barhum mengkritik sikap Abbas yang tetap memilih berunding dalam menggapai perdamaian dengan Israel sejak dahulu.

Dalam keterangan akhbarnya, Ahad (13/11) Barhum menjelaskan, Abbas belum memberikan gambaran yang jelas terhadap masalah Palestin. Sikap Abbas seperti itu tidak akan memberikan apa-apa faedah kepada bangsa.

Sebelumnya, Abbas mengumumkan bahawa kejayaan Palestin untuk mendapatkan keanggotaan penuh di PBB sama sekali tidak bertentangan dengan proses perundingan. Beliau mengatakan, “Sekiranya kita berjaya mendapatkan keanggotaan di PBB, kita akan tetap melakukan perundingan. Kerana isu antara kita dan Israel tidak akan selesai di PBB, tetapi melalui perundingan”, katanya.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tahanan wanita yang telah dibebaskan menerima panggilan dari pihak perisikan Israel

Rabu,16/11/2011 – Sumber Palestin menyebut bahawa tentera rejim Israel (IOF) menyerbu kediaman seorang tahanan yang dibebaskan, Somoud Karaja pada awal pagi di Kampung Safa di barat Ramallah dan menyerahkan notis mengarahkan beliau menjalani soalsiasat dengan pegawai Sabak di penjara Ofer.

Sumber tersebut turut menyatakan rejim Israel menahan keluarga Karajaan di luar rumah mereka sementara mereka menggeledah rumah sebelum menyerahkan notis. Karaja telah dibebaskan baru-baru ini dalam rundingan pertukaran tahanan yang dicapai di antara rejim dan Hamas. Beliau telah menjalani hukuman penjara 3 tahun daripada 20 tahun yang dijatuhkan ke atasnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Berbilion di Kaherah melawan Jeruselam pada 21 Nov 2011

Rabu,16/11/2011 – Dr.Soleh Sultan menegaskan,keputusan Jawatankuasa Baitulmaqdiss Persekutuan Dunia bagi Ulama Islam,beliau sedang mengkaji organisasi berbilion di Kaherah melawan Judaization Jerusalem kerjasama Union,Baitulmaqdis Persatuan Arab Doktor yang diketuai oleh Doktor Jamal Abdul Salam dan ia dijadual diadakan pada 21 November ini.

Beliau berkata koordinasi yang terkini dengan Syeikh dari Azhar,Dr.Ahmed Al-Tayeb,Syeikh Yusoff Al-Qardawi,ketua Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam untuk menganjurkan perarakan berjuta-juta dibawah naungan seorang daripada mereka,menunjukkan bahawa sebilangan besar ahli-ahli sains akan mengambil bahagian dalam perarakan yang dipimpin oleh Syeikh Nasr Farid Wasel,bekas Mufti Mesir.

Sultan berkata dalam satu kenyataan kepada pusat maklumat Palestin,ia merupakan koordinasi yang berterusan dengan pelbagai kumpulan untuk mengambil bahagian dalam berjuta-juta perarakan menentang Zionis,sambil menambah bahawa perarakan akan muncul dari daearh Al-Noor ke Abbasid,pusat Kaherah dan ibu pejabat Arab di Tahrir Square.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Majlis Keselamatan PBB Gagal Capai Persetujuan Permohonan Palestin

Rabu,16/11/2011 – Majlis Keselamatan PBB menjelaskan pada hari Jumaat bahawa, persetujuan gagal dicapai mengenai permohonan Palestin untuk mendapat keahlian PBB sepenuhnya.

Jawatankuasa Kemasukan Majlis Keselamatan PBB tidak berjaya mencapai kata putus mengenai hal tersebut, satu isu yang dianggap tamparan kepada warga Palestin, harapan yang semakin lama semakin menghampiri kegagalan.

Permohonan Palestin memerlukan 9 undi daripada Majlis Keselamatan PBB untuk mencapai kata putus sama ada undi permohonan kenegaraan perlu dilaksanakan ataupun tidak.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep

Categories
Berita Semasa

Sebuah Keluarga Warga Palestin di Silwan Diusir

Rabu,16/11/2011 – Pusat maklumat Wadi Hilweh di Silwan yang berpusat di Timur Jurusalem, melaporkan bahawa sebuah keluarga warga Palestin telah diberikan notis pengusiran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Baituimuqaddis dengan niat untuk menggantikan keluarga Palestine tersebut dengan peneroka berbangsa Yahudi.

Pusat maklumat tersebut juga menyebut bahawa keluarga itu diarahkan keluar dari rumah mereka sebelum 28 November.

Keluarga tersebut telah memfailkan beberapa rayuan pada Makhamah Daerah Israel dan Makhamah Tinggi Israel apabila persatuan peneroka fundamentalis El Ad menduduki tanah keluarga tersebut sejak tahun 1990.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Keluarga Bekas Tahanan dihalang daripada melawat mereka di tempat buangan

Rabu,16/11/2011 – Pihak berkuasa Israel telah menghalang berpuluh-puluh keluarga Palestin daripada bertemu dengan anak-anak mereka, yang telah dibebaskan daripada penjara Israel pada bulan lepas di bawah perjanjian pertukaran banduan Shalit, dan telah dibuang negeri ke Syria, Turki, Qatar, dan Semenanjung Gaza, Berita Palestin & Info Agensi (WAFA) melaporkan.

Jaringan Eropah yang menyokong hak-hak tahanan Palestin, UFree, mengeluarkan kenyataan yang mendedahkan bahawa tentera Israel menghalang penduduk Palestin lelaki, wanita dan kanak-kanak, daripada meneruskan perjalanan melalui Jambatan Allenby yang menghubungkan Palestin dan Jordan, ketika dalam perjalanan melawat ahli keluarga mereka yang dibebaskan.

UFree menambah kenyataan bahawa Israel menghalang ahli keluarga bekas tahanan, iaitu Mahmoud Qawasmeh, Ayman ‘Qfesheh, Ayman ‘Qfesheh, ‘Ala ‘Qfesheh, Murad Al-Rajoub , Majdi al-Jo’ba, Saed Shallada, Abdullah ‘Arra, Iyad ‘Obeyyat, and ‘Ubadah Bilal, dalam perjalanan melawat ahli keluarga yang dibebaskan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Sheikh Raed Salah mendapat kebenaran untuk membuat rayuan bantahan keputusan imigresen

Isnin, 14/11/2011 – Sheikh Raed Salah, yang telah berjuang dalam pertempuran yang sah di sisi undang-undang selama beberapa bulan yang lalu untuk membersihkan namanya sebagai anti-Semitisme. Dia telah dibenarkan untuk membuat rayuan terhadap keputusan tribunal imigresen peringkat pertama pada 26 Oktober yang menerima keputusan Setiausaha Dalam Negeri untuk mengecualikan Sheikh Salah dari UK

Mahkamah baru menerima semua cabaran yang dibuat oleh pasukan pertahanan Sheikh Salah mengenai kes tersebut dan menerima usul yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan.

Pertubuhan Arab untuk Hak Asasi Manusia di UK berkata bahawa keputusan ini adalah satu petunjuk bahawa alasan Sheikh Salah hanyalah satu. Ia adalah untuk melakukan kebebasan bersuara terhadap kerajaan yang Konservatif, didorong oleh Zionis yang hanya membisu, lebih-lebih lagi jika ianya adalah perjuangan rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Majlis Keselamatan masih belum ada keputusan berhubung keahlian Palestin

Isnin, 14/11/2011 – Jawatankuasa yang bertanggungjawab mengkaji permohonon bagi keahlian baru di Majlis Keselamatan PBB berkata bahawa mereka masih belum mampu mencapai kata sepakat berhubung cadangan keahlian Palestin di PBB.

Menurut draf laporan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa terbabit pada Selasa lalu, terdapat konflik pendapat berhubung permohonan Palestin untuk menjadi ahli semasa mesyuarat diadakan oleh Jawatankuasa Majlis Keselamatan bagi membincangkan tentang keahlian baru ke PBB. Laporan akhir akan dihantar ke Majlis Keselamatan pada Jumaat ini dalam sesi yang yang diperuntukkan bagi membincangkan permohonan keahlian Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Seorang pendatang melanggar petani di Salfit dan mengakibatkan kematian

Isnin, 14/11/2011 – Seorang lelaki Palestin terbunuh pada petang Rabu di kampung Deir-Estia di selatan Tebing Barat setelah beliau dilanggar oleh pendatang di jalan berdekatan pintu masuk ke penempatan Rafafa di
arah barat kampung tersebut.

Saksi mata mengatakan Abdul-Muttalib Hakim, 45 tahun dari kampong Deir Estia meninggal serta merta apabila dilanggar oleh kenderaan pendatang ketika perjalanan pulang dari padang untuk memetik zaitun. Jalan tersebut telah menyaksikan banyak insiden sama, kebanyakkannya dilakukan dengan sengaja.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pengganas Zionis bunuh petani dari Salfit selepas melanggar beliau dengan kereta.

Isnin, 14/11/2011 – Seorang penduduk Kampung Dier Estia, dari barat Salfit dekat utara Tebing Barat terbunuh pada petang Rabu lalu selepas dilanggar oleh penduduk haram Zionis. Kejadian berlaku dekat jalan raya berdekatan pintu masuk Petempatan Rafafa di barat kampung tersebut.

Saksi dari kampung yang sama berkata bahawa mangsa, Abdul Mutholib Muhammad Hakim (45 tahun), yang bekerja sebagai petani di Kampung Dier Estia meninggal di tempat kejadian selepas dilanggar oleh pendatang Zionis dalam perjalanan beliau pulang dari memtik kurma dan buah zaitun.

Selain itu, jalan-jalan lain yang digunakan oleh pendatang haram Zionis di pelbagai kawasan di seluruh Tebing Barat juga menyaksikan perkara yang sama berlaku terhadap penduduk Palestin, tetapi amat sedikit yang mendapat laporan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Tribunal Russell Isytihar Israel Bersalah Atas Dasar Apartheid dan Pendakwaan

Isnin, 14/11/2011 – Tribunal Russell di Palestin telah mengisytihar Israel bersalah atas jenayah Pendakwaan dan dasar Apartheid, setelah panel juri mendapati tindakan Israel ke atas Warga Palestin melanggar larangan dasar Apartheid di bawah undang-undang antarabangsa.

Tribunal tersebut berlangsung selama 2 hari, mendengar keterangan daripada saksi pakar, dan sebulat suara mendapati perlanggaran undang-undang antarabangsa mengenai dasar Apartheid oleh Israel, menyatakan “Israel mengarahkan warga Palestin menginstitusikan rejim dominasi, yang mana ia membawa kepada Apartheid”

Juri juga menyatakan Israel mengamalkan “perbuatan tidak berperikemanusiaan” terhadap warga Palestin, dan melaksanakan institusi rejim dominasi.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep

Categories
Berita Semasa

Dalam 3 Serangan Berasingan, Kereta Penceroboh Israel; Membunuh Penduduk Palestin; Menembak Gas Ke Arah Sekumpulan Keluarga

Isnin, 14/11/2011 – Tiga penceroboh menyerang pada waktu malam hari Selasa dan waktu pagi hari Rabu mengakibatkan seorang penduduk Palestin mati dan tiga cedera di kawasan yang berbeza di Tebing Barat.

Pada waktu petang hari Selasa, seorang penduduk Palestin yang dikenali sebagai Abdul Muttaleb Hakim telah dirempuh oleh seorang penceroboh Israel di dalam sebuah kereta, mengakibatkan beliau terbunuh serta-merta. Penceroboh tersebut meninggalkan tempat kejadian tanpa sebarang jejak, dan polis Israel yang dipanggil ke tempat kejadian tidak menunjukkan sebarang usaha untuk mengenalpasti pesalah.

Dalam kejadian yang berasingan pada hari Rabu sejurus sebelum waktu Subuh, sekumpulan penceroboh Israel membakar beberapa buah kereta milik rakyat Palestin berdekatan Hebron, di selatan Tebing barat.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Kenyataan PBB : Suku Daripada Jutaan Rakyat Palestin Terdedah Kepada Keganasan Perampas Zionis

Isnin, 14/11/2011 – Satu laporan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa “lebih daripada 80 tempat kediaman rakyat Palestin yang didiami seramai 250,000 rakyat Palestin terdedah kepada perogol ganas rejim Zionis,termasuk 76,000 daripada mereka adalah risiko tinggi”,menunjukkan bahawa “kadar mingguan kemalangan yang berkaitan dengan Zionis yang membawa kepada kecederaan di kalangan rakyat Palestin atau kerosakan kepada harta meningkat kepada 40% pada tahun 2011 berbanding tahun 2010 dan temasuk lebih daripada 165 peratus berbanding tahun 2009.

Berkata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang disiarkan pada hari Rabu (9-11-2011):”melemahkan keganasan Palestin,keselematan fizikal dan keadaan hidup rakyat Palestin hidup dibawah ketenteraan sejak sekian lama.Dan temasuk keganasan ini,tetapi tidak terhad kepada serangan fizikal dan gangguan,dan penyitaan harta swasta dan dimusnahkan, dan menghalalang ke kawasan penternakan dan tanah pertanian, dan serangan disasarkan kepada penternakan dan pertanian.

Laporan itu juga menyalahkan kerajaan Zionis yang bertanggaungjawab dalam penyebaran perogol ganas rejim Zionis.”Pada tahun sejak kebelakangan ini,pelaksanaan beberapa serangan oleh penduduk yang tinggal di “kota kara”,penempatan kecil yang dibina tanpa kebenaran rasmi,dan kebanyakan dibina atas tanah Palestin adalah milik persendirian.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Melarikan Tiga Orang Penduduk Hebron, Termasuk Dua Kanak-kanak

Isnin, 14/11/2011 – Tentera Israel menculik seorang pemuda dan dua orang kanak-kanak di Tebing Barat Hebron selepas memecah masuk ke dalam rumah-rumah mereka pada hari Jumaat waktu Subuh, agensi berita Palestin, Ma’an melaporkan.

Sumber tempatan menyatakan bahawa tentera tersebut memecah masuk rumah kanak-kanak tersebut di perkampungan al-Harayek, bahagian selatan Hebron. Kanak-kanak tersebut adalah Amjad Salhab dan ‘Eez ed-Deen Salhab, masing-masing berumur 13 dan 14.

Sumber-sumber menambah, sekumpulan askar Israel memecah masuk sebuah rumah yang lain di kampung Yatta berhampiran Hebron, menyebabkan berlakunya kerosakan pada perabot dan menahan Ahmad al-Shamesti, 21.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Konvoi bantuan Miles of Smile tiba di Gaza

Khamis , 10/11/2011 – Konvoi bantuan Miles of Smiles telah tiba di Gaza pada Jumaat lepas menjelang senja dengan melalui pintu sempadan Rafah selepas diberhentikan di sempadan Rafah oleh pihak berkuasa Mesir selama beberapa jam.

Sumber di Gaza memaklumkan Pusat Informasi Palestin bahawa konvoi bantuan tersebut yang dianggotai oleh 100 orang aktivis dari pelbagai negara Arab dan Eropah berjaya menyeberangi sempadan Rafah ke Gaza selepas terhenti selama 9 jam di Rafah. Sumber itu turut memaklumkan bahawa pihak konvoi masih berhubung dengan pihak berkuasa Mesir bagi membenar beberapa buah kenderaan lain yang sama-sama membentuk konvoi itu menyeberangi sempadan.

Dr. Esam Yousuf, Koordinator Umum Konvoi tersebut memuji usaha pihak Mesir terutamanya dalam hal berhubung pembebasan 1027 orang tahanan penjara berketurunan Palestin yang dipenjarakan di Negara haram Israel dalam satu perjanjian yang setakat ini telah beberapa bahagian dilaksanakan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa