Categories
Berita Semasa

Bedilan Zionis Bunuh Seorang Pejuang Qassam dan Tiga Cedera.

Rabu, 21/05/2008 –
Seorang ahli Qassam terbunuh manakala tiga yang lain cedera dalam bedilan udara Zionis hari Selasa di kawasan Zaitun, Gaza.

Categories
Berita Semasa

Perancis adakan perbincangan dengan Hamas.

Rabu, 21/05/2008 –Pegawai diplomat Perancis mengadakan persidangan bersama pegawai Hamas di Gaza bulan lalu. Beliau mengatakan bahawa kehadiran mereka di Iraq adalah untuk berbicara bersama pimpinan Palestin, Ismail Haneyya dan pimpinan Hamas, Dr. Mahmoud Al-Zahhar.

Categories
Berita Semasa

Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisi Syahid Dibunuh Israel

GAZA, 18/4/2004 ? Pemimpin karismatik Hamas yang semenjak sekian lama menjadi sasaran Israel ini akhirnya gugur syahid pada Sabtu petang (17/04) bersama tiga orang lainnya di jalan Jala, Gifafi, utara Genting Gaza dalam sebuah serangan udara Israel yang mengebom kenderaan yang mereka naiki dengan dua buah peluru perpandu.

Dr. Jam’ah Saqo, Pengarah Hospital As-Syifa menyatakan, Dr. Abdul Aziz Rantisi gugur syahid akibat kecederaan serius di bahagian dada dan lehernya. Di samping beliau, tiga lagi warga Palestin yang lain gugur syahid. Ketiga-tiga orang mangsa itu ialah Akram Nassar (ajudan), Muhammad Abu Namus dan sseorang lagi yang belum diketahui identitinya.