Categories
Berita Semasa

Hamdan beri amaran pemindahan penduduk Tebing Barat dan al-Quds.

Jumaat, 16/04/2010 – Usamah Hamdan, anggota Biro Politik HAMAS memberi amaran terhadap pelaksanaan keputusan Zionis memindahkan puluhan ribu rakyat Palestin dari Tebing Barat dan menganggap keputusan tersebut adalah hasil daripada sikap kompromi.

Hamdan berkata: “Ketika regim Zionis mendapati jururunding Palestin amat lemah dan menyerah serta sanggup memberikan apa saja, maka sudah pasti kita boleh menjangkakan jururunding itu akan sanggup memberikan lebih daripada itu.” Beliau menganggap jika langkah tersebut dilaksanakan, ia merupakan tragedi besar kepada rakyat Palestin. Beliau menambah keputusan tersebut merupakan proses pemindahan baru bagi kebanyakan penduduk Tebing Barat dan bandar al-Quds.

Beliau yang juga seorang pimpinan HAMAS dalam satu kenyataan kepada akhbar Jordan, al-Sabeel terbitan hari Selasa (13/4), menuntut daripada negara-negara Arab dan pemimpin pihak berkuasa Palestin agar mengambil pendirian serius bagi memberhentikan kebongkakan Zionis dengan mengisytiharkan kegagalan rundingan dan berakhirnya penyelesaian secara perdamaian, serta memperakukan bahawa mempertahankan hak rakyat Palestin tidak akan berhasil melainkan dengan perjuangan dan tidak hanya berpada dengan komentar bersahaja. Beliau juga menegaskan bahawa perisytiharan tersebut pasti akan memberikan kesan kepada proses perdamaian yang sedang berlangsung.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Zionis arah militia Abbas bendung demonstrasi.

Jumaat, 16/04/2010 – Pimpinan tentera regim Zionis mengarahkan militia keselamatan Abbas di Tebing Barat agar membendung demonstrasi rakyat Palestin yang selalu berlaku dari masa ke semasa sebagai mengutuk pembinaan penempatan dan tembok besar penghalang, terutama yang diadakan secara mingguan di beberapa perkampungan Palestin di Tebing Barat.

Akhbar berbahasa Ibrani, Yedioth Ahronoth keluaran terakhirnya memetik sumber daripada tentera Zionis bahawa mereka telah menghantar mutakhir ini beberapa mesej kepada pihak berkuasa Palestin di Ramallah menggesanya agar mengurangkan keganasan demonstrasi, terutamanya yang menentang pembinaan tembok besar penghalang.

Menurut sumber tersebut, tentera Zionis bimbang demonstrasi mingguan itu akan menyebabkan situasi keselamatan di Tebing Barat terjejas dan mengakibatkan ‘suasana yang sukar’. Sumber itu juga mengatakan bahawa ketua tentera kawasan tengah, Ave Mzrakhi telah mengeluarkan arahan kepada pasukan tenteranya agar mengubah ‘situasi’ di Tebing Barat dan menghalang demonstrasi yang berulang-ulang kali berlaku setiap minggu kerana menentang pembinaan tembok besar penghalang di Bil’in, Ni’lin dan lain-lain.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Barhum: Keputusan mahkamah Sepanyol provokasi Israel Anti Palestina.

Jumaat, 16/04/2010 – Pemimpin HAMAS, Fawzi Barhoum mengecam keras keputusan Mahkamah Sepanyol yang menutup kes serangan ke atas rakyat Palestin di Gaza. Dalam kejadian itu, seorang pemimpin HAMAS Shalah Shahadah pada tahun 2002. Implikasi keputusan kes itu adalah Zionis Israel akan lebih senan dan sewenang-wenang menyerang dan membunuh rakyat Palestin.

Barhoum memohon agar Mahkamah Sepanyol kembali membuka dan meneliti kes itu.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Parlimen Eropah untuk bergabung dengan armada ECESG’s.


Jumaat, 16/04/2010 – Kempen “Eropah untuk Akhiri Pengepungan terhadap Gaza”, yang berpusat di Brussels, menegaskan penyertaan dari sejumlah anggota parlimen Eropah dalam armada kapal menuju Jalur Gaza bulan depan awal Mei , bersama-sama dengan beratus-ratus penyokong Palestin.

Ini adalah kempen Eropah untuk menghidupkan isu pengepungan dikenakan di Semenanjung Gaza pada peringkat Kesatuan Eropah, terutama di parlimen, undang-undang, hak asasi manusia dan di tahap popular di mana mereka membuat promosi bagi penyertaan jumlah terbesar ahli parlimen di armada, terutamanya selepas kejayaannya dalam melakukan konvoi empat bulan yang lalu dengan lebih daripada lima puluh ahli parlimen daripada Eropah dalam sokongan kepada rakyat Palestin terkepung di Gaza. Kempen kali ini akan membawa lebih daripada lima ratus penyokong dengan beberapa buah kapal yang datang dari 20 negara, di samping lebih dari 5000 tan kargo, yang meliputi semen, dan sejumlah rumah yang dibuat terlebih dahulu dan bahan bangunan yang lain dan peralatan serta perubatan, serta bahan-bahan pendidikan untuk diserahkan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Ini diumumkan di Istanbul bahawa gabungan yang dicipta oleh kempen “Eropah untuk menamatkan pengepungan di Gaza” dan Gerakan Pembebasab Gaza, Gabungan Bantuan Kemanusiaan di Turki, dan Kempen Perahu Pembebasan Greek ke Gaza, dan Kempen Perahu Pembebasan Sweden ke Gaza, di mana mereka semua bersama-sama akan melancarkan armada kapal, yang mengandungi tiga kapal kargo besar di samping kapal kecil.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Lagi kes rumah rakyat Palestin dirobohkan di Tebing Barat.


Jumaat, 16/04/2010 – Tentera penceroboh Israel telah merobohkan sebuah rumah dalam pembinaan dan sejumlah rumah hijau di kampung “Hares”, utara Salfit.

Sumber tempatan di kampung itu melaporkan tentera penceroboh Israel dengan disertai bersama sejumlah jentolak menyerang kampung itu awal pagi dan meerobohkan rumah Maher Hassan Odeh, 40 tanpa kebenaran iaitu rumah dua tingkat yang sedang dibina dengan keluasan 140 meter persegi.

Jentolak itu juga telah merobohkan sejumlah rumah pertanian hijau di barat kampung tersebut yang dimiliki oleh David Ghannam tanpa kebenaran.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Pelancong Israel dinasihatkan keluar dari Sinai.

Jumaat, 16/04/2010 – Sumber Israel melaporkan bahawa “Kaunter Unit Pengganas” di pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, telah mengeluarkan amaran mendesak agar semua pelancong Israel di Sinai agar kembali ke Israel dengan segera kerana kemungkinan serangan akan berlaku.

Amaran tersebut memberi gambaran yang sangat keras dan menggesa semua pelancong Israel meninggalkan kawasan tersebut dengan segera. Unit tersebut mengatakan bahawa “beberapa kumpulan pengganas sedang merancang untuk menculik pelancong Israel di Sinai”, dan menyeru kepada saudara mara para pelancong Israel yang menuju ke Sinai untuk menghubungi mereka dan meminta mereka kembali semula.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  rohiez

Categories
Berita Semasa

Israel berhenti di Hebron dan membuat pos pemeriksaan disitu.

Khamis , 15/04/2010 – Askar Rejim Zionis menerjah beberapa kawasan kejiranan di Hebron,Tebing Barat, namun tiada penahanan dilaporkan.Pada awal pagi Selasa lalu, Askar Rejim Zionis bersama jip tentera menyerbu Ras Al-Jora, Bir Al-Mahjar, Wad Abu Ktila dan daerah Halhoul di Hebron.

Menurut sumber keselamatan, Askar Rejim Zionis berkeliaran di jalan di beberapa perkampungan dan tidak ada penahanan dilaporkan. Askar Rejim Zionis membina dua pos pemeriksaan utama di pintu masuk Halhul, utara Hebron dan Ezna di bahagian barat bandar tersebut di mana mereka menyemak kad ID dari penduduk dan menghentikan mereka selama berjam-jam serta menghina mereka.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  nurul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis tembak penunjuk perasaan dan wartawan.

Khamis , 15/04/2010 – Badan Pembangunan dan Kebebasan Media Palestin (MADA), secara tegas menyelar tindakan Tentera Rejim Zionis berikutan penahanan jurukamera dan wakil dari agensi akhbar Perancis Hazem Bader, semalam, di perkampungan Safa (Hebron).

MADA juga menyelar tindakan tentera rejim zionis yang mengeluarkan tembakan ke arah wartawandan penunujuk perasaan di dalam demonstrasi aman di wilayah Atatra di Beit Lahiya di Semenanjung Gaza pada selasa 6/4/2010.

Menurut Badr, dia pergi untuk membuat rakaman demonstrasi aman menentang pengambilan tanah di Beit Safa, apabila tentera Israel tiba dan menutup kawasan tersebut dan mengisytiharkannya sebagai kawasan tentera (military zone) dan mengarahkan semua yang hadir untuk bersurai. Apabila mereka enggan, tentera Israel menahan mereka dan menahan sejumlah 15 penunjuk perasaan dan warganegara asing yang turut serta

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  aznil

Categories
Berita Semasa

Zionis Yahudi penuhi Makam Yusuf di Nablus

Khamis , 15/04/2010 – Sejumlah Zionis Yahudi yang majoritinya penduduk haram telah memenuhi makam Yusuf. Beberapa bas yang digunakan untuk membawa mereka telah mendapat perlindungan tentera Zionis. Pendatang haram Yahudi mengadakan aktiviti ritual di makam Yusuf.

Terdapat tentangan oleh penduduk Palestin. Mereka turut membaling batu ke arah Zionis Yahudi dan di balas oleh gas pemedih mata oleh tentera Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Kanak2 Palestin dipenjarakan.

Khamis , 15/04/2010 – Pada bulan Jun 2009, Pertahanan untuk Kanak-kanak Antarabangsa (DCI) / Bahagian Palestin telah menerbitkan sebuah laporan berjudul, “Banduan kanak-kanak Palestin : sistematik dan dilembagakan perlakuan buruk dan penyiksaan terhadap kanak-kanak Palestin oleh kerajaan Israel’.

“DCI / Palestin “adalah bahagian kebangsaan dari organisasi bukan kerajaan hak asasi kanak-kanak antarabangsa dan gerakan (dedicated) untuk mempromosikan dan melindungi hak kanak-kanak Palestin,” berdasarkan prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa.

Setiap tahun, sekitar 700 kanak-kanak Tebing Barat, di bawah umur 18 tahun, ditangkap, ditahan, diinterogasi dan didakwa di mahkamah tentera Israel, secara kasarnya sudah berjumlah kira-kira 6,500 orang sejak tahun 2000. Manakala, 30 – 40% daripada peguam DCI telah mewakili mereka dalam kes-kes mahkamah. Laporan ini memfokuskan terhadap penyeksaan dan penganiayaan terhadap mereka di dalam tahanan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  rohiez

Categories
Berita Semasa

Israel tahan 10 orang Palestin di Tebing Barat.

Khamis , 15/04/2010 – Tentera rejim Zionis pada Ahad malam menahan sepuluh warga Palestin dari Betlehem dan utara Ramallah, sumber-sumber Palestin melaporkan. Lima dari mereka ditahan utara Ramallah. Para tahanan itu semua diambil untuk disoal siasat oleh tentera Zionis.

Tentera rejim Zionis menyerang beberapa buah wilayah di Tebing Barat dan menggeledah beberapa rumah kemudian mereka undur selepas menahan sepuluh Palestin. Sumber-sumber Israel menyatakan bahawa sepuluh tahanan tersebut, yang identitinya tidak diketahui, dilabel sebagai “pengganas Palestin dikehendaki”.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Kembar Siam pertama Gaza meninggal.

Rabu, 14/04/2010 – Saudara rapat mengesahkan kembar siam pertama Gaza meninggal dunia di sebuah hospital di kota Riyadh, ibukota Arab Saudi.

Sumber berita ini melaporkan bahawa Menteri Kesihatan Arab Saudi merangkap Ketua Bedah Perubatan untuk kembar siam yang tersebut , Dr Abdullah Al-Rabe’a, mengumumkan bahawa kembar siam pertama Gaza itu (Rittal dan Retag) tidak dapat dipisahkan. Rabe’a berkata, selepas melawat anak-anak di unit rawatan intensif di King Abdulaziz Medical City untuk Kawalan Kebangsaan di Riyadh terakhir, “Kami mendapati bahawa kehidupan kembar tersebut berada dalam bahaya dan kehidupan kembar tersebut ini tidak boleh diteruskan dan pasukan perubatan telah pun memaklumkan kepada ayah bayi kembar tersebut”.

Dia menambah bahawa keadaan kesihatan kembar tersebut sejak kedatangan mereka di Riyadh beberapa hari yang lalu tidak stabil membawa kepada pembentukan satu pasukan terdiri daripada pelbagai cabang perubatan untuk melakukan pemeriksaan pada bahagian yang tercantum , termasuk jantung, sistem pencernaan dan pernafasan dan hati. Dia kemudian berkata, “tapi ujian menunjukkan bahawa keadaan mereka tidak baik dan mengalami jangkitan bakteria dan peradangan akut dada, dan ada masalah besar dalam hati, kami mendapati bahawa si kembar mempunyai dua hati bekerja sebagai satu tetapi penderitaan masalah utama yang lain ialah penglibatan hati dan sistem pencernaan”.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Mesh’al bertemu Amru Musa di Damsyik.


Rabu, 14/04/2010 – Khalid Mesh’al, Ketua Biro Politik HAMAS mengadakan pertemuan dengan Amru Musa, Setiausaha Agung Liga Negara Arab hari ini di Damsyik. Pertemuan tersebut turut disertai oleh beberapa orang anggota Biro Politik itu sendiri. Pertemuan itu menyentuh beberapa perkembangan terbaru isu Palestin khususnya berkenaan usaha damai serta tindakan-tindakan yang diambil pihak Zionis akhir-akhir ini.

Pertemuan yang berlangsung selepas tengah hari Isnin (12/4) menyentuh perkembangan terkini isu Palestin, tentang usaha damai, di samping isu penempatan dan usaha mengyahudikan al-Quds serta tindakan Zionis mutakhir ini.

Berkenaan usaha damai, pertemuan itu membincangkan tentang halangan yang membantutkan pelaksanaannya. Dalam pertemuan itu juga, usaha-usaha yang dilakukan oleh negara-negara Arab bagi memajukan usaha damai turut dibentangkan sebelum sidang diadakan. Amru Musa turut mendengar pendirian HAMAS tentang usaha-usaha tersebut dan penegasan HAMAS bahawa yang membatalkan usaha tersebut ialah kuasa veto Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa luar.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis mengepung sekolah di Qalqilyah

Rabu, 14/04/2010 – Tentera Rejim Zionis mengepung Sekolah Yasser Arafat yang terletak di bandar utama barat Azzun di timur Qalqilya, kereta kebal berhadapan dengan lontaran batu di jalan utama dekat bandar .

Pengarah sekolah, Majid Odwan, berkata tiga kenderaan rejim mengepung sekolah dan beberapa askar dan pegawai mengarahkan dia mengumpulkan semua pelajar diperkarangan sekolah kerana mereka membaling batu di jalan utama, dakwaan mengatakan bahawa pelajar sekolah membaling batu dinafikan oleh pengurusan sekolah.

Odwan menambah askar menegaskan bahawa mereka akan untuk terus berada di pintu masuk sekolah sehingga seorang pelajar keluar mengaku dan ditangkap.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Jordan kecam pengusiran rakyat Palestin di Tebing Barat.

Rabu, 14/04/2010 – Kerajaan Jordan mengecam tindakan Zionis yang mengusir ribuan rakyat Palestin di Tebing Barat. Menteri Penerangan dan Komunikasi Jordan, Nabli al-Sharif menegaskan Jordan mengecam tindakan Zionis itu dan mendesak penjelasan dari Zionis berkaitan tindakan zalim itu. Menurut Sharif, kerajaan Zionis telah menafikan tindakan itu.

Media Zionis, Haaretz telah mengeluarkan perancangan pengusiran rakyat Palestin yang bermula di Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif