
Khamis, 05/02/2009 – Ahmed Al-Kurd, Menteri Hal Ehwal Sosial menuduh penjajah Israel dan kerajaan Palestin di Ramallah menghalang bantuan antarabangsa ke Gaza. Beliau berkata yang sampai hanyalah bantuan perubatan dan itupun terhad sementara bantuan lain seperti makanan disekat dan diloggokan di sempadan Gaza. Ini akan menyebabkan bencana kemanusiaan lebih besar yang kini bergantung kepada bantuan tersebut untuk terus hidup.













