Categories
Berita Semasa

Delegasi Hamas Lawat Gereja St. Porphyrius Gaza

Jumaat, 29-04-2022 – Sekumpulan delegasi kanan Gerakan Hamas membuat lawatan ke Gereja St. Porphyrius dan bertemu ketua biskop ortodoks Yunani Alexios pada Isnin.

Pegawai kanam Hamas, Basem Naim yang mengetuai delegasi, menyampaikan ucapan selamat kepada komuniti Kristian di Gaza sempena perayaan Paskah.

Naim menyatakan solidariti pimpinan Hamas bersama rakan senegara beragama Kristian ketika kemelut pencabulan Israel terhadap mereka dan kawasan suci sekitar Jerusalem.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

Qatar Selar Amalan Baru Israel di Masjid Al-Aqsa

Jumaat, 29-04-2022 – Qatar telah mengulangi kecaman kerasnya terhadap serbuan polis Israel dan pencerobohan peneroka pelampau yang berlaku akhir-akhir ini di Masjid Al-Aqsa melibatkan serangan terhadap jemaah Palestin yang tidak berupaya.

Ia dipetik dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Isnin oleh duta Alya Al Thani, wakil tetap Qatar ke PBB, pada Mesyuarat Majlis Keselamatan mengenai situasi di Timur Tengah, termasuk wilayah Palestin.

Kenyataan Qatar itu menyifatkan tindakan Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa semasa bulan Ramadan sebagai “pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.”

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Warga emas Palestin cedera dalam serangan puak penceroboh

Jumaat, 29-04-2022 – Warga emas Palestin cedera dalam serangan puak penceroboh . Seorang lelaki warga emas Palestin cedera pada hari Selasa selepas gerombolan penceroboh Yahudi menyerangnya di timur Baitullaham.

Sumber tempatan melaporkan bahawa Raja Abayat, 62, dari kampung Kisan di timur Baitullaham, diserang dengan kejam oleh peneroka Yahudi yang menyerbu kampung itu. “Lelaki tua itu mengalami kecederaan sederhana hingga serius,” tambah sumber itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis, Pemuda Palestin Bertempur

Rabu, 27-04-2022 – Pertempuran ganas berlaku antara Rejim Zionis dan pemuda Palestin di Tebing Barat dan Jerusalem malam tadi dan subuh Ahad.

Menurut sumber tempatan, kejadian tersebut berlaku selepas kumpulan peneroka pelampau berhimpun berhampiran bandar Teqoa, tenggara Bethlehem.

Rejim Zionis melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata terhadap para pemuda yang bertindak balas melontar batu dan mercun.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

Gaza: Mesir akan menutup sempadan Rafah pada Isnin

Rabu, 27-04-2022 – Menteri Dalam Gaza telah dimaklumkan pada Ahad oleh pihak berkuasa Mesir yang sempadan Rafah akan ditutup pada Isnin dari kedua-dua arah.

“Sempadan Gaza akan ditutup pada Isnin, 25 April kerana cuti umum di Mesir,” demikian menurut Pihak Berkuasa Sempadan.

Sempadan Rafah, satu-satunya laluan di antara Mesir dan Semenanjung Gaza, merupakan laluan tunggal untuk masuk dan keluar.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Penguasa Israel Ratakan Tanah, Tahan Tiga Warga Palestin Termasuk Dua Kanak-kanak

Rabu, 27-04-2022 – Jentolak penguasa Israel mula memusnahkan tanah milik Palestin di beberapa kawasan di Tebing Barat pada hari Ahad.

Sumber setempat berkata bahawa jentolak rejim itu memusnahkan tanah milik Palestin dengan alasan untuk meluaskan penempatan haram Seleit di Lembah Utara, selain meratakan tanah di Kampung Burin di selatan Nablus dan memusnahkan pokok zaitun di kampung Azmout di kawasan pentadbiran gabenor Nablus.

Sebagai tambahan, polis Israel juga telah menahan dua kanak-kanak Palestin selepas menyerbu rumah mereka di bandar Silwan di Baitulmaqdis.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar


Categories
Berita Semasa

Hamas tolak kenyataan Pesuruhjaya Tinggi UNRWA

Rabu, 27-04-2022 – Tindakan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), Philippe Lazzarini membida bagi memberi kuasa kepada organisasi antarabangsa untuk memberikan perkhidmatan mereka kepada pelarian Palestin bagi pihak UNRWA adalah “tidak boleh diterima”, kata jurucakap Pergerakan Hamas, Jihad Taha, pada hari Ahad.

“Kenyataan Pesuruhjaya Agung UNRWA bercanggah dengan peranan utama UNRWA sebagai penyokong utama dan penyedia perkhidmatan utama untuk pelarian Palestin,” kata Taha, sambil menambah bahawa UNRWA mesti memikul tanggungjawabnya untuk memberi perkhidmatan kepada pelarian Palestin yang dipindahkan secara paksa sehingga mereka kembali ke tanah air mereka.

Dalam satu kenyataan kepada Quds Press, Taha menyeru rakyat Palestin untuk menolak keputusan ini, yang akan menyebabkan penghapusan UNRWA menjadi satu permulaan untuk menamatkan isu pelarian Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

IOF culik warga Palestin dan bertelingkah dengan pemuda tempatan di Tebing Barat

Isnin, 25-04-2022 – Seorang warga Palestin telah diculik dan ramai lagi menderita terhidu gas pemedih mata pada petang Rabu apabila tentera rejim zionis (IOF) menyerbu bandar Salem town, di timur Nablus.

Menurut sumber tempatan, IOF menculik seorang warga emas yang dikenali sebagai Akef Shtayyeh dari rumahnya di bandar itu.

Ameen Shtayyeh, saudara lelaki tahanan itu berkata yang tentera rejim menaiki kereta orang awam dan menyerbu bandar itu. Mereka memecah masuk rumah-rumah, menyerang lelaki, wanita dan kanak-kanak daripada keluarga Shtayyeh sebelum menculik Akef.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Ekrema Sabri: Serangan Berterusan Ibarat Bermain Api

Isnin, 25-04-2022 – Pendakwah Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrema Sabri, menyifatkan serangan berterusan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa dan pencerobohan berulang sebagai bermain dengan api.

Dalam kenyataan akhbar pada Rabu, Sabri menekankan kepentingan untuk kekal berwaspada terhadap tapak suci itu demi mempertahankannya.

“Kami tidak percayakan Israel kerana pengkhianatan adalah sifat semula jadi mereka,” tambah beliau.

Sabri menggariskan bahawa masjid itu bukan untuk rakyat Palestin semata-mata, sebaliknya seluruh masyarakat Arab dan Islam.

Beliau turut menyeru seluruh masyarakat Arab dan umat Islam untuk mengambil bahagian dalam mempertahankan tapak suci mereka.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

Roket Gaza melanda rumah Sderot di tengah-tengah ketegangan yang membara di Jerussalem

Isnin, 25-04-2022 – Sebuah apartmen Israel mengalami kerosakan selepas roket Palestin mendarat di Sderot pada malam Rabu, menurut media Ibrani.

Empat warga Israel mengalami kejutan berikutan serangan roket, yang mencetuskan siren di Sderot dan Kibbutz Nir Am, kata laporan berita Israel.

Tiada satu pun puak penentang di Gaza mengaku bertanggungjawab serta-merta ke atas tembakan roket yang diperbaharui, yang berlaku di tengah-tengah ketegangan yang memuncak di Baitulmaqdis yang dijajah dan mengulangi keganasan polis Israel di Masjid Aqsa.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Polis Israel Halang Perarakan Peneroka dari Serbu Bab al-Amud di Jerusalem

Isnin, 25-04-2022 – Polis Israel pada hari Rabu menghalang ratusan peneroka Yahudi sayap kanan yang menyertai perarakan dari berjalan ke arah kawasan Bab al-Amud Baitulmaqdis (Pintu Damsyik), pintu masuk utama ke kawasan Kota Lama, di tengah-tengah ketegangan yang meningkat antara Palestin dan Israel.

Menurut beberapa laporan berita yang berbeza, polis Israel mengumumkan bahawa mereka telah menghalang peserta yang berarak, yang dilarang oleh kerajaan Israel kerana kebimbangan keselamatan daripada pergi ke Bab al-Amud dan mengarahkan mereka pulang ke rumah.

Peneroka yang mengambil bahagian bergaduh dengan pegawai polis ketika mereka cuba sampai ke Bab al-Amud, tetapi diarahkan ke pintu pagar Kota Lama yang lain selepas dihalang polis.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Sempadan Tebing Barat, Gaza ditutup pada hari-hari terakhir Paskah

Isnin, 25-04-2022 – Di tengah-tengah kebimbangan Israel terhadap pergolakan yang meluas, kerajaan pencerobohan Israel pada hari Rabu memutuskan untuk melaksanakkan penutupan sempadan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza semasa hari-hari terakhir cuti hari Paskah.

Penutupan akan bermula pada hari Khamis, bermula jam 5 petang, dan berlangsung sehingga Sabtu, 23 April, walaupun penarikan balik penutupan itu bergantung kepada keadaan keselamatan, menurut laporan berita Israel.

Tentera penceroboh Israel mendakwa bahawa pengecualian akan dibuat untuk rakyat Palestin yang layak memasuki Baitulmuqaddis untuk bersolat di Masjid al-Aqsa dan untuk kes kemanusiaan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

IOA berusaha untuk menamatkan penjagaan Jordan ke atas Aqsa

Khamis, 21-04-2022 – Sheikh Najeh Bakirat, timbalan pengarah Awqaf Islam di Baitulmaqdis yang diduduki, telah memberi amaran bahawa pihak berkuasa pencerobohan Israel (IOA) sudah mula mengenakan pembahagian waktu dan ruang Masjid al-Aqsa di atas tanah.

Dalam kenyataan akhbar pada hari Selasa, Bakirat menuduh IOA melakukan usaha untuk mengenakan kawalan pentadbirannya ke atas Masjid al-Aqsa dan menamatkan peranan Jordan sebagai penjaga Hashemite tapak suci itu.

Beliau menyatakan kepercayaannya bahawa IOA berusaha untuk menguat kuasakan budaya Yahudi di Masjid al-Aqsa dan sekitarnya, memberi amaran bahawa pencerobohan Israel yang semakin meningkat terhadap masjid itu akan memberi kesan serius kepada keadaan semasa di kota suci itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Haneyya hubungi Menteri Luar Nigeria, membincangkan situasi di Baitulmuqaddis

Khamis, 21-04-2022 – Pada Selasa, Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haneyya menghubungi Menteri Hal Ehwal Luar Nigeria Geoffrey Onyeama dan membincangkan tentang situasi serius di Baitulmuqaddis dan Masjid Al-Aqsa rentetan serangan ganas Israel terhadap pengunjung yang tidak bersenjata dan membuka ruang kepada pendatang Israel untuk melakukan pembunuhan di tapak suci itu.

Haneyya menyatakan rasa terima kasih kepada Nigeria atas usahanya menangguhkan keputusan Kesatuan Afrika (AU) bagi meluluskan status pemerhati terhadap Israel, demikian menurut laman sesawang rasmi Hamas.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati


Categories
Berita Semasa

Al-Aqsa Takkan Terpisah: Sheikh Salah

Khamis, 21-04-2022 – Ketua Gerakan Islam Palestin 1948, Sheikh Ra’ed Salah menyatakan, Masjid Al-Aqsa, tempat suci ketiga umat Islam, tidak menerima pembahagian.

“Kehadiran Israel di Masjid Al-Aqsa adalah pencerobohan, dan cubaan mengubah status quo tempat suci umat Islam ini terbatal dan tidak sah,” jelas beliau pada Selasa. Sheikh Salah berkata demikian dalam sesi lawatan kedua ke Masjid Al-Aqsa selepas pengusiran secara paksa selama 15 tahun oleh pihak berkuasa Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ