Jumaat, 20/08/2010 – Gerakan Hamas melihat keputusan anggota parlimen Lebanon terhadap pelarian Palestin di Lebanon untuk bekerja di beberapa industri yang sebelumnya dilarang merupakan langkah yang sangat baik.
Perkara tersebut diulas oleh pihak Hamas melalui pejabat Biro Penerangan Gerakan, Selasa (17/8). Hamas mengatakan, keputusan tersebut perlu diikuti dengan langkah-langkah lain. Ini kerana para pelarian Palestin masih dikenakan sekatan dan dinafikan hak-hak tertentu. Adalah hak mereka untuk menjadapatkan jaminan sosial dan kesihatan, selain berhak untuk memiliki tempat tinggal.
Gerakan Hamas meminta sahabat-sahabatnya para pegawai kerajaan Lebanon untuk segera mengiktiraf seluruh hak sivil para pelarian Palestin, untuk menjamin hidup mereka secara terhormat bersama sahabat-sahabat mereka warga Lebanon yang lain.
Hamas menegaskan, “Hak-hak asasi manusia tersebut adalah salah satu keperluan utama untuk menjaga kehormatan rakyat Palestin selain menjalankan projek penempatan warga Palestin (di luar Palestin) serta memperkuat semangat juang para pelarian untuk kembali semula ke tanah air mereka, Palestin.”
sumber : COMES
penterjemah : osman