Categories
Berita Semasa

Jet perang Zionis lancarkan siri serangan ke atas Gaza.

Jumaat , 14/01/2011 – Lewat malam Selasa (11 Januari), jet perang Zionis melancarkan siri serangan ke atas beberapa kawasan di Jalur Gaza, selain mensasarkan Pangkalan Tentera Laut di Kem An-Nusairat dekat Gaza Tengah, namun tiada sebarang laporan kecederaan diterima.

Pesawat perang jenis F-16 tersebut terbang pada altitud rendah sebelum melepaskan beberapa misil ke atas Pangkalan Tentera Laut An-Nusairat itu, sekaligus memusnahkannya. Kawasan tersebut pernah dibom dalam perang Gaza 2 tahun lalu.

Sebelum kawasan tersebut diserang, pihak Zionis telah dahulu menyerang Jabatan Keselamatan Negeri di selatan Gaza dan Pertahanan Brigade Al-Quds sayap ketenteraan Jihad Islami di Khan Younis (dekat Selatan Gaza).

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Pejuang Palestin Terbunuh Dalam Serangan Udara Israel

Khamis, 13/01/2011 – Seorang Pejuang Palestin daripada briged al-Quds, sayap ketenteraan pergerakan Jihad Islam telah tebunuh manakala empat orang awam yang lain cedera dalam satu serangan udara Israel di Khan Younis, selatan semenanjung Gaza pada selasa, lapor sebuah sumber perubatan.

Wartawan al-Qassam melaporkan bahawa serangan udara itu membunuh Jamil al-Najjar, 25 di tempat kejadian dan mencederakan empat penduduk Gaza di timur bandar Khan Younis.

Sayap ketenteraan Jihad Islam menyatakan bahawa serangan itu ‘pengecut’, sambil menambah bahawa mereka akan bertindak balas pada masa dan tempat yang sesuai.

Serangan Israel itu berkaitan dengan pergerakan tentera terbaru menyerang Gaza yang membunuh seorang petani Palestin pada Isnin semasa bergerak menuju ke ladangnya, utara Beit Hanun, utara semenanjung Gaza.

Pada serangan yang lain pada subuh Isnin mencederakan seorang penduduk Palestin di Khan Younis dan memberi kerosakan besar do Gaza dan Khan Younis.

Awal pada Selasa, tentera rejim Israel memulakan serangan bertubi-tubi semasa helikopter Apache sedang terbang di ruang udara Khan Younis.

sumber : http://www.qassam.ps
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Tentera Laut Israel Menculik Dua Nelayan Palestin

Khamis, 13/01/2011 – Tentera Laut Israel menculik dua orang nelayan Palestun pada petang Selasa di perairan Gaza ketika menangkap ikan di kawasan perairan itu, berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh bahagian perikanan kementerian kesihatan.

Kenyataan itu memberitahu bahawa bot bersenjata milik tentera laut menyerang nelayan itu, Mohammed Abu Omaira dan Osama Abu Omaira ketika berada di dalam bot kecil mereka di Gaza.

Kenyataan itu juga menambah bahawa mereka mengambil nelayan itu dan meninggalkan bot kecil mereka.

Kementerian menganggap pihak rejim Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas nyawa kedua nelayan itu, dan menggesa kumpulan hak asasi manusia dan Persatuan Palang Merah campur tangan dan membebaskan mangsa.

Pada minggu lepas, tentera laut Israel menculik tiga nelayan Palestin di kedudukan dua batu nautika daripada Gaza. Rejim Israel membenarkan nelayan Palestin menangkap ikan dalam lingkungan tiga batu nautika daripada perairan Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Militia Abbas menahan profesor fizik

Khamis, 13/01/2011 – Militia keselamatan Presiden Palestin dan pemimpin Fatah Mahmoud Abbas menculik seorang rakyat Palestin yang merupakan profesor Fizik iaitu Esam Al-Ashqar pada Selasa malam.

Bekas menteri tahanan Wasfi Qabaha memberitahu PIC bahawa militia keselamatan dan pencegahan telah menahan Ashqar, 52 tahun, di satu sekatan jalanraya. Ashqar ditahan selepas disaman beberapa kali oleh orang-orang militia di Nablus, menurut kata sumber-sumber khusus kepada PIC. Dua anaknya, Mujahid dan Anas, dipegang oleh orang-orang militia sementara yang ketiga, Huthaifa, dipegang oleh pihak berkuasa pendudukan haram Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Pesanan Imam Azhar kepada aktivis Jerman: Sokonglah warga Palestin

Khamis, 13/01/2011 – Imam Besar University Azhar, Dr Ahmed Al-Tayeb menyeru delegasi Jerman ke Mesir pada Isnin agar memberikan sokongan kepada warga Palestin.

“Anda harus menyokong yang tertindas di serata dunia, terutamanya warga Palestin dan penganut Kristian Palestin yang telah diabaikan kerana anda tidak mengkritik Israel. Kami berharap perpaduan akan terlaksana di antara Muslim dan Kristian di Iraq juga,” Tayeb berkata dalam pertemuan dengan delegasi dari Kesatuan Demokratik Kristian Parlimen Jerman.

“Penganut Kristian Mesir dan Arab merupakan sebahagian daripada tamadun Islam. Kami tidak mengabaikan mereka. Kami telah menentang keganasan sebelum anda melakukannya. Kami harap anda boleh menentang Zionism dan Kristian radikal sepertimana kami menentangnya.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Yayasan Al-Aqsa: Ektremis Zionis Hancurkan 20 Makam di Pekuburan Muslim

Khamis, 13/01/2011 – Yayasan Al-Aqsa mengutuk tindakan sekumpulan ektrimis Yahudi yang menghancurkan lebih kurang 20 makam di pekuburan muslim Al-Quds.

Dalam pernyataannya, Selasa (11/1)pihak Yayasan menyatakan, dalam lawatan yang dilakukan Fawaz Hasan-penyelia yayasan, terhadap pekuburan Ma’manillah, beliau mendapati sekumpulan ektremis Yahudi sedang menghancurkan lebih kurang 20 makam di pekuburan tersebut, sebahagian kubur dihancurkan keseluruhannya dan batu nisan di makam lainnya.

Fawaz Hasan melaporkan bahawa kubur yang dihancurkan terletak di wilayah antara kawasan Masijah. Yayasan Yahudi merancang untuk membina muzium di sana. Tindakan ini dilakukan beberapa kali dengan bantuan sejumlah orang.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Kementerian Kesihatan: Semenanjung Gaza akan Kehabisan Alatan Dialisis, Insulin

Rabu , 12/01/2011 – Kementerian Kesihatan Gaza memberi amaran pada Ahad bahawa semenanjung itu akan kehabisan stok alatan dialisis dan insulin dalam beberapa hari.

“Kekurangan ubatan telah mencapai 40 peratus dalam inventori. Terdapat 165 jenis ubat yang diperlukan tiada,” kata Direktor Jeneral Perubatan.

Kementerian kesihatan telah meletakkan tanggungjawab kepada Kementerian Kesihatan yang dikawal oleh Pihak Berkuasa Palestin (di bawah Fatah) tentang kehabisan bekalan perubatan dan menuduh mereka menahan perubatan penting.

Hanya 37 peratus daripada bekalan perubatan penting tiba di Gaza pada 2010, kata kementerian kesihatan, sambil memberi amaran bahawa bencana perubatan akan memberi kesan kepada ribuan pesakit di Gaza.

Sejak Israel menguatkan lagi sekatan ekonomi di wilayah itu empat tahun lepas, sebanyak 378 rakyat Palestin maut kerana kekurangan ubatan dan telah dihalang untuk mendapat rawatan di luar.

Dalam perkembangan lain, kementerian perubatan mengumumkan bahawa Semenanjung Gaza telah bebas daripada selesema babi, yang disebabkan oleh virus Influenza jenis H1N1.

Sebahagian penduduk direkodkan telah dijangkiti virus itu daripada kawasan berdekatan Tebing Barat, Jordan dan sebagainya. “Tiada kes virus itu mengancam kami. Kami telah bersedia untuk menangani kes itu,” kata setiausaha kementerian Dr. Hassan Khalaf kepada Quds Press. Gaza merupakan tempat terakhir di dunia yang dijangkiti virus itu.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

5 rakyat Palestin cedera parah dalam kejadian terowong meletup

Rabu , 12/01/2011 – 5 orang rakyat Palestin cedera parah apabila terowong yang sedang digali oleh mereka meletup pada malam Sabtu lalu, kata sumber Palestin. Terowong itu terletak di sempadan Mesir-Palestin
iaitu di bahagian selatan Gaza.

Menurut sumber itu lagi, kesemua mangsa yang cedera itu dikejarkan ke Hospital Gaza kerana melecur teruk manakala 3 daripadanya berada dalam keadaan kritikal. Punca kejadian masih belum diketahui. Sementara itu, pihak polis Palestin sedang melakukan siasatan berkaitan kejadian itu.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Israel melancarkan serangan udara ke atas Silwan kerana mencari sekotak bom tangan dan gas pemedih mata yang hilang

Rabu , 12/01/2011 – Satu laporan akhbar Israel mendakwa pada Ahad bahawa beberapa pemuda Palestin bertopeng merampas sekotak gas pemedih mata dalam satu serangan balas di daerah Silwan.

Pertempuran itu tercetus di sebuah kampung yang didominasi warga Arab setelah tentera Israel menyerang sebuah rumah dan menyerang wanita tua di dalamnya, demikian menurut laporan akhbar Israel Haaretz. Remaja-remaja Silwan terus menyerang kawasan ketenteraan Israel dengan batu-batu lalu menyebabkan tentera-tentera melarikan diri.

Polis Israel kemudiannya melancarkan serangan dengan helikopter ke atas Silwan apabila mendapati sekotak gas beracun hilang daripada kawasan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Iran Tangkap Penembak Curi Israel Yang Bertanggungjawab Atas Pembunuhan Pakar Nuklear

Rabu , 12/01/2011 – Televisyen Iran, Isnin (10/1) menyiarkan berita berkenaan pihak Otoriti Iran telah menangkap jaringan penembak curi Israel yang terlibat dalam pembunuhan pakar nuklear, Mas’ud Ali Muhammadi pada Januari tahun lalu.

TV Iran memetik dari Kementerian Maklumat Iran bahwa jaringan penembak curi dan ekstrimis berkait dengan badan perisikan Israel “Mosad” bertanggungjawab terhadap pembunuhan Mas’ud Ali Muhammadi.

Dalam peristiwa lainnya, dua pakar fizik Iran diserang pada Isnin, 29 November lalu yang menyebabkan salah seorang terkorban, seperti dilaporkan berita Iran “Mehr.”

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Ribuan pohon almond untuk ditanam di Gaza bulan ini

Rabu , 12/01/2011 – Menteri Pertanian Palestin Muhammad Al-Agha berkata pihaknya bercadang untuk mewujudkan 1,000 dunums (unit ukuran tanah) anak pokok almond ditanam di Semenanjung Gaza utara dan akan diedarkan kepada petani secara percuma sepanjang bulan ini.

Dalam siaran media pada hari Ahad, Agha menambah bahawa ribuan dunums lagi yang juga merangkumi seluruh tanah pertanian Gaza akan ditanam dengan anak-anak pokok dalam beberapa hari akan datang.

Selama kunjungan ke kawasan sasaran di daerah Beit Lahiya, beliau menyatakan bahawa langkah ini akan memenuhi keperluan almond bagi penduduk-penduduk di situ.

Ia juga menunjukkan rencana lain untuk menghidupkan semula pengeluaran madu melalui penngedaran 100,000 anak bunga kepada petani untuk membina semula kehidupan mereka di daerah yang kering kerana perbuatan regim Israel yang memusnahkan tanah pertanian.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri : Penutupan Al-Manthor dengan persepakatan Zionis dan Fatah buktikan kerjasama dalam tembok Gaza.

Rabu , 12/01/2011 – Dr. Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas menegaskan bahawa persetujuan yang dicapai di antara pihak Fatah di Ramallah dan para menteri Zionis untuk menutup kesemua pintu laluan masuk ke Gaza dan sekatan yang dikenakan ke atas Gerbang Karem Abu Salem (Al-Manthor), satu-satunya pintu keluar masuk ekonomi ke Gaza adalah bertujuan untuk mengetatkan lagi sekatan ke atas kawasan itu.

Dalam kenyataan bertulis oleh Abu Zuhri untuk Pusat Informasi Palestin pada hari Isnin (10 Januari) katanya, “keputusan Zionis untuk menyekat Gerbang Karem Abu Salem, satu-satunya laluan perdagangan bagi Gaza dan menutup kesemua pintu masuk ke Gaza tidak lain adalah bertujuan untuk mengetatkan sekatan dan menambah siksaan kepada penduduk Gaza.”

Beliau menjelaskan lagi bahawa janji Zionis untuk meringankan sekatan adalah bohong semata-mata, dan beliau menyeru agar kesemua badan antarabangsa supaya memberi tekanan ke atas Zionis agar menghentikan tindakannya dan membiarkan kesemua laluan masuk ke Gaza terbuka untuk membolehkan penghantaran barangan keperluan ke kawasan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Seorang Tentera Zionis Maut, Empat Cedera Berhampiran Gaza

Rabu , 12/01/2011 – Ahli penentangan Palestin pada petang Jumaat bertempur dengan sekumpulan askar Israel berhampiran Nirim, timur kem pelarian Maghazi mencederakan lima tentera dan dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal

Media Israel menyatakan bahawa pertempuran sengit itu kedengaran sehingga ke timur kem pelarian Maghazi diikuti kemunculan jet pejuang yang meninjau kawasan kediaman dan ladang pertanian di kawasan itu.

Mereka menambah bahawa bunyi letupan kedengaran di kawasan itu, dipercayai hasil daripada bom mortar menghala ke pos tentera penjajah Israel.

Radio Israel menyatakan bahawa sekumpulan tentera diserang dengan senjata ringan dan mortar di Kisufim, sempadan Semenanjung Gaza apabila kumpulan itu tiba selepas menerima aklumat bahawa sekumpulan penentang cuba untuk memasang bahan letupan.

sumber : http://www.qassam.ps
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Membunuh Remaja 22 Tahun di Tebing Barat

Rabu , 12/01/2011 – Seorang penduduk Palestin berumur 22 tahun telah dibunuh oleh tentera rejim Israel di kawasan pemeriksaan ketenteraan al-Hamra, bandar Tubas utara Tebing Barat pada pagi Sabtu sementara penduduk Palestin yang lain ditahan paa insiden yang sama.

Sumber Palestin berkata bahawa yang terbunuh dikenali sebagai Khaldon al-Samody, 22 daripada bandar Jenin, Tebing Barat, sementara yang ditahan masih lagi tidak diketahui identitinya.

Sumber berkata tentera rejim mengumumkan bahawa kawasan itu ialah kawasan yang tidak boleh dilalui, sehinggakan ambulan dihalang daripada mengeluarkan mangsa yang kemudiannya maut dalam keadaan masih berdarah.

Sementara itu, tentera rejim menghalang wartawan menghampiri tempat kejadian dengan meletakkan halangan atas alasan sedang menyiasat tempat kejadian itu.

Beberapa hari sebelum itu, tentera rejim Israel membunug seorang remaja Palesti di tempat yang sama, sambil sumber memberitahu bahawa mangsa dibunuh dari jarak dekat iaitu 3 meter.

Organisasi hak asasi mengutuk jenayah itu dan menuduh tentera rejim melakukan jenayah terhadap penduduk Palestin setiap hari terutamanya di kawasan pemeriksaan tentera di Tebing Barat.

sumber : http://www.qassam.ps
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Wikileaks: Rejim Zionis rancang meletakkan ekonomi Gaza ke tahap hampir lumpuh

Selasa , 11/01/2011 – Laman web Wikileaks mendedahkan bahawa rejim Zionis telah memaklumkan kepada Duta Amerika Syarikat di Tel Aviv bahawa mereka mensasarkan kejatuhan ekonomi Genting Gaza ke tahap hampir lumpuh dengan cara mengetatkan sekatan ke atas penduduknya.

Beberapa maklumat dalam talian menggambarkan yang rejim Zionis sentiasa memaklumkan kepada Duta AS menerusi talian tentang tindak-tanduknya mengenakan sekatan ke atas Genting Gaza walaupun menerima tentangan daripada Negara-negara luar.

Sebagai sebahagian daripada pelan sekatan ekonomi ke atas Gaza, pegawai-pegawai rejim Zionis mengesahkan bahawa mereka merancang untuk meletakkan ekonomi Gaza ke tahap hampir lumpuh menerusi beberapa tindakan, tanpa melumpuhkan terus ekonomi Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa