Categories
Berita Semasa

Warga Palestin asal Qusra tewas akibat cederà ditembak rejim.

Khamis, 08-07-2021 – Pergerakan Hamas berkata bahawa tindakan rejim Israel yang sengaja membunuh Muhammad Hassan ketika mangsa berada di rumahnya di bandar Qusra mencerminkan  sifat “penganas” penjajah itu.

Jurucakap Hamas, Hazem Qassem dalam satu kenyatan yang diterima PIC mengesahkan, “Jenayah ini akan sentiasa menjadi pembakar semangat melawan warga kami dan ia tidak akan berhenti sehingga pihak rejim penjajah Israel keluar dari seluruh tanah kami ini.”

Hassan terbunuh pada petang Sabtu selepas ditembak pendatang haram Yahudi dan pasukan tentera rejim di pinggir bandar Qusra, selatan Nablus.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

IOF menyerbu rumah, menculik warga Palestin di Tebing Barat

Khamis, 08-07-2021 – Pada malam semalam dan waktu subuh, tentera rejim zionis (IOF) menyerbu rumah-rumah dan menculik warga Palestin di Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan, IOF menculik peguam Fareed al-Attrash, ketua Suruhanjaya Bebas Hak Asasi Manusia, setelah menghalang keretanya di pos pemeriksaan timur laut Bethlehem ketika beliau pulang dari perarakan yang diadakan di Ramallah bagi membantah pembunuhan seorang aktivis Palestin, Nizar Banat.

Pejabat Media Asra menyatakan, IOF memindahkan Attrash ke Hospital Hadassah setelah beliau mengalami masalah kesihatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Zionis Lancar Serangan Terhad di Tenggara Gaza

Khamis, 08-07-2021 – Rejim Zionis pada tengah hari Ahad telah menyusup masuk secara terbatas ke kawasan sebelah tenggara Semenanjung Gaza yang terkepung.

Sumber tempatan melaporkan bahawa sejumlah besar jentolak Zionis telah menembus masuk ke timur kota al-Fakhari, di sebelah timur Khan Yunis, dan meratakan sejumlah besar tanah sebelum meninggalkan kawasan itu.

Pada petang Sabtu, pesawat perang Israel mengebom beberapa lokasi puak penentang Palestin di Semenanjung Gaza.

Pesawat perang F-16 Israel melepaskan peluru berpandu di lokasi Badr di kawasan penentang Palestin, selatan Gaza. Ia mengebom sebuah kawasan lain berhampiran markas Safina dan kawasan ketiga di sekitar menara al-Maqousi.

Pesawat rejim Zionis juga mensasarkan tanah pertanian di kawasan Karama di utara Jalur Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Pegawai Penjara Israel Serbu Seksyen 21 Penjara Ofer

Khamis, 08-07-2021 – Unit Drur dan Alyimaz Israel telah menyerbu sel tahanan Palestin di seksyen 21 Penjara Ofer pada hari Isnin pagi dan memindahkan kesemua tahanannya ke seksyen 18.

Kelab tahanan Palestin dalam kenyataan ringkasnya menyatakan bahawa ketegangan telah meningkat di semua bahagian penjara itu setelah serbuan. Ini menunjukkan bahawa seksyen 21 mengumpulkan sekitar 120 orang tahanan Palestin, bahagian yang terbesar dari semua bahagian Penjara Ofer.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Israel Buat Pengundian Warga Palestin Dilarang Masuk Wilayah Jajahan 48

Khamis, 08-07-2021 – Surat khabar Ha’aretz Israel, Isnin (5/7) menyebutkan, gabungan pemerintahan Israel merancang membawa RUU sementara berkait larangan masuk warga Palestin ke wilayah Jajahan 48, RUU ini mendapat penolakan dari pihak pembangkang.

Menurut surat khabar Israel, Menteri Undang-Undang, Ayelet Shaked telah memutuskan untuk mengusulkan RUU yang melarang warga Palestin dari Tebing Barat dan Gaza untuk hidup bersama keluarga mereka di wilayah Jajahan Tahun 48.

Parti Merits dan Gabungan Arab bersatu pimpinan Manshur Abbas bertekad menentang RUU tersebut,walaupun kedua-duanya merupakan ahli gabungan pemerintah, sehingga menggagalkan pengundian.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Peruntukkan Ribuan Dunum Palestin Di Salfit

Khamis, 08-07-2021 – Rejim Zionis mengumumkan rancangan untuk memenuhi ribuan dunum tanah Palestin di wilayah Salfit. Pelbagai sumber dari kota Qarawat Bani Hassan dan Deir Istiya menyatakan, peruntukkan berjumlah 8500 dunum itu bertujuan memperluas dua penempatan berdekatan.

Mereka turut menambah, kawasan tanah yang dirampas merangkumi 18 daerah di Deir Istiya dan perkampungan Qarawat Bani Hassan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Jentolak tentera Israel neratakan tanah di Gaza

Khamis, 08-07-2021 – Sepuluh jentolak tentera Israel memasuki timur bandar Gaza pada pagi hari Isnin diiringi dua buah kereta kebal.

Agensi berita SAFA berkata bahawa kenderaan tentera Israel tersebut memasuki seratus meter ke tanah orang awam Palestin dan mula meratakan tanah dengan perlindungan oleh kereta kebal tersebut.

Tentera rejim Zionis secara rutin masuk ke kawasan sempadan Semenanjung Gaza untuk kerja-kerja meratakan tanah dengan alasan keselamatan, seterusnya melarang petani Palestin daripada mengusahakan tanah mereka bagi tujuan pertanian.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Abu Atwan meneruskan mogok lapar untuk hari yang ke 61

Khamis, 08-07-2021 – Kelab Tawanan Palestin menyatakan bahawa seorang tahanan yang sedang mogok lapar, Ghadhanfar Abu Atwan telah mengumumkan bahawa beliau akan menahan diri dari makan dan minum sebagai tunjuk perasaan kerana penolakan pihak Israel untuk mengadili tuntutannya untuk mengentikan penahanan terhadap dirinya.

Abu Atwan meneruskan mogok makannya untuk hari yang ke-61 berturut-turut walaupun dalam keadaan kesihatannya yang semakin merosot.

Menurut sumber, mereka memaklumkan dalam kenyataan media bahawa Abu Atwan menghadapi masalah kesihatan yang sangat serius ketika ditahan di Hospital Kaplan Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

Gerombolan peneroka haram mencemari Masjid Al-Aqsa.

Khamis, 08-07-2021 – Segerombolan peneroka pelampau haram Yahudi dengan iringan rejim polis Zionis mencemari Masjid Al-Aqsa di kawasan penaklukan Jerusalem pada pagi Ahad. Menurut sumber tempatan, 64 peneroka haram memasuki kawasan Masjid dalam kumpulan melalui pintu Maghariba dan mencerobohi kawasan perkarangan dengan perlindungan polis rejim Zionis. Beberapa peneroka haram dilaporkan menjalankan upacara yahudi ketika dalam pencerobohan mereka di kawasan suci umat Islam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Majalah Amerika: Washington dan Tel Aviv Sokong Otoriti Palestin Walaupun Bersikap Otokratik

Selasa, 06-07-2021 – Majalah Foreign-Policy Amerika menyiarkan sebuah artikel yang membahaskan tentang pembunuhan penentang politik, Nizar Banat di tangan pihak keselamatan Palestin dan implikasinya terhadap percaturan politik di sana.

Dalam majalah tersebut, artikel bertajuk “Amerika Menyokong Pihak Otoriti Palestin Bertahan Yang Tidak Demokratik” menyatakan, perlu dilihat pembunuhan Banat sebagai sebahagian daripada usaha elit Otoriti Palestin untuk menghapuskan pihak pembangkang dan mempertahankan kekuasaan.

Foreign-Policy menambah, kerajaan Amerika Syaikat dan Israel menyokong Otoriti Palestin dengan mendanai, melatih dan berkoordinasi dengan Otoriti Palestin untuk kepentingan Amerika Syarikat dan Israel. Jika keadaan ini tidak berubah maka sikap otokratik pihak Otoriti Palestin akan semakin kuat dengan mengorbankan kepentingan rakyat Palestin.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Keluarga Wadi Hilweh meninggalkan rumah setelah menjualnya kepada pendatang Yahudi

Selasa, 06-07-2021 – Pendatang Yahudi pada Sabtu merampas sebuah rumah di kejiranan Wadi Hilweh di timur Baitulmuqaddis daerah  Silwan setelah pemiliknya dikatakan mendedahkan tentangnya kepada kumpulan pendatang “Ateret Cohanim”.

Dalam satu kenyataan, Pusat Maklumat Wadi Helwih menyatakan yang rumah itu terletak di selatan Masjid Aqsa dan dimiliki oleh Waleed Ahmed Attout.

Pusat Wadi Hilweh menyatakan lebih 20 pendatang dengan dikawal polis rejim memecah masuk rumah tersebut beberapa jam setelah penduduk tempatan dari kejiranan itu meletakkan kunci pada pintu rumah itu setelah mendapat maklumat bahawa pemiliknya mendapat duit untuk rumah serta meninggalkan kawasan itu. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel lancar serangan udara ke kubu pejuang Palestin di Gaza.

Selasa, 06-07-2021 – Pesawat tempur rejim Israel telah melancarkan serangan udara dengan mengebom beberapa sasaran berbeza di Semenanjung Gaza dan sebagai tindak balas ke atas apa yang didakwa serangan belon api ke wilayahnya pada malam hari Sabtu, kelmarin.

Sumber tempatan berkata jet-jet rejim mengebom dua kubu pejuang Palestin di kawasan as-Sudatinsaya dan selatan Gaza, bagaimana pun pihak rejim tidak menyatakan kesan kemusnahan dari serangan itu.

Jurucakap tentera rejim Israel pula mendakwa pihaknya mensasarkan serangan udara ke atas tapak melancarkan roket dan kemudahan persenjatan pejuang Palestin serta menambah bahawa serangan itu sebagai tindak balas terhadap perbuatan penduduk Gaza yang terus menerus menerbangkan belon api ke wilayahnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin