Categories
Berita Semasa

Peneroka Yahudi sabotaj harta milik rakyat Palestin di Nablus

Isnin,19-04-2021 – Segerombolan peneroka Yahudi telah menimbulkan kekacauan terhadap sebidang tanah dan pembinaan milik seorang rakyat Palestine di timur Nablus, Tebing Barat malam tadi.

Berkata pegawai tempatan Ghassan Daghlas, peneroka Yahudi ini telah masuk ke kampung Jalud dan memusnahkan harta milik seorang penduduk tempatan di sini.

Daghlas turut menjelaskan bahawa mereka telah memusnahkan tanaman, merosakkan sebanyak 30 beg simen dan menuang bancuhan simen yang telah siap dibancuh di atas pembinaan tersebut serta mencuri peralatan pembinaan daripada tanah milik Hashim Hamoud.

Menurutnya lagi, peneroka Yahudi ini turut menghancurkan pagar yang dibina untuk mengelilingi tanah tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

Israel menutup Karm Abu Salam selama empat hari

Isnin,19-04-2021 – Pihak berkuasa regim Zionis Israel menutup persimpangan Karm Abu Salem dengan Semenanjung Gaza selama empat hari bermula hari Rabu dan berakhir pada pagi Ahad berikutnya.

Sumber tempatan di Jalur yang dikepung mengatakan bahawa Israel memberitahu pihak Palestin dari persimpangan itu bahawa ia akan ditutup kerana cuti Yahudi.

Karm Abu Salem adalah satu-satunya persimpangan yang diperuntukkan untuk lalu lintas barang komersial di dalam dan di luar Jalur Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Polis Israel Terus Melarang Beberapa Pembesar Suara di Masjid Al-Aqsa

Isnin,19-04-2021 – Polis rejim Zionis pada hari Rabu lalu terus menghalang pentadbiran Masjid Al-Aqsa daripada menggunakan beberapa pembesar suara dengan memotong kabel mereka pada hari Selasa lalu.

Pada awal malam berkenaan, polis untuk hari kedua berturut-turut telah melarang sukarelawan Palestin untuk mengedarkan makanan berbuka puasa kepada para jemaah Muslim di Masjid Al-Aqsa.

Pegawai polis juga menahan seorang pemuda Baitulmaqdis yang bernama Muhanad Bashiti ketika beliau sedang dalam perjalanan ke Masjid untuk solat Maghrib.

Seorang pemuda lain yang dikenali sebagai Mahmoud ash-Shaweesh ditahan semasa kehadirannya di dalam Masjid Al-Aqsa sesudah azan Magrib.

Pada petang Selasa, petugas polis telah memotong wayar elektrik di beberapa pembesar suara di Masjid Al-Aqsa dalam usaha merendahkan bunyi azan dan bacaan Al-Quran pada bulan suci Ramadan.

Mereka juga telah merampas makanan berbuka puasa yang disediakan untuk jemaah Muslim dan telah mengganggu beberapa orang jemaah di luar Masjid.

Walau bagaimanapun, sekatan dan provokasi Israel seperti itu tidak menghalang ribuan jemaah Muslim melakukan solat tarawih di Masjid Al-Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Jordan mengutuk kekejaman Israel di Masjid Al-Aqsa

Isnin,19-04-2021 – Pada Rabu, Jordan menyelar kekejaman berterusan Israel di Masjid Aqsa. Perlakuan terkini melibatkan sabotaj kunci di pintu Al-Silsila Gate, salah satu pintu Al-Aqsa, memotong wayar pembesar suara di kawasan barat dan mendera para pekerja Jabatan Waqaf Islam Jordan.

Dhaifallah Al-Fayez, jurucakap Kementerian Luar Jordan berkata, “perlakuan polis rejim itu tidak dapat diterima, terkutuk, tercela dan mencetuskan provokasi terhadap perasaan kaum Muslimin.”

Fayez menekankan yang Masjid Al-Aqsa yang berkeluasan 144 dunum adalah tempat beribadah khas untuk orang Islam dan urusannya diselia secara ekslusif oleh pihak berkuasa Pentadbiran Hal Ehwal Jordan dan Al-Aqsa di Baitulmuqaddis seiring dengan undang-undang antarabangsa serta situasi perundangan dan sejarah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

RUU Bersyarat Hormati Hak Bangasa Palestin

Isnin,19-04-2021 – Anggota Kongres Amerika dari Minoseta, Beti Malcom berusaha mengajukan RUU yang mensyaratkan bantuan Amerika kepada Israel dengan menghormati hak-hak bangsa Palestin.Badan-badan Palestin yang bekerja di Amerika melakukan tekanan untuk berkomunikasi sejumlah anggota Kongres Amerika bagi menandatangani RUU yang mendokong sektor-sektor dan organisasi Amerika yang efektif dan pioneer.

Malcom menyatakan dalam piagam RUU tersebut bertujuan mendukung hak asasi manusia anak-anak dan keluarga Palestin yang hidup di bawah penjajahan militan Israel.

Dalam suratnya yang lain, Malcom mengajak anggota Kongres memberi komitmen terhadap sokongan kepada hak asasi manusia, perdamaian dan keadilan bagi Palestin dalam melindungi undang-undang ini.

RUU ini melarang penggunaan dana yang diberikan kepada Israel dari dana pembayar cukai warga Amerika dalam kes apapun; penangkapan militan, perlakuan buruk kepada anak-anak Palestin, penangkapan dan penahanan militan, mendukung penyitaan dan perobohan aset dan rumah-rumah warga Palestin atau digunakan untuk mendukung aneksasi Israel secara sepihak terhadap tanah Palestin dalam melanggar hak kemanusiaan. RUU ini mendapat sokongan luas dari perwakilan koalisi puluhan gereja Amerika dan gerkan G Street dan suara-suara Yahudi untuk Perdamaian.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Hamas Minta Arab Saudi Bebaskan Tahanan Palestin

Isnin,19-04-2021 – Gerakan Hamas telah mengulangi rayuannya untuk pembebasan tahanan Palestin, termasuk Mohamed al-Khudari dan anaknya Hani, dari penjara Saudi, menyatakan penahanan mereka yang berterusan sebagai “tidak wajar”.

“Mereka seharusnya dihormati dan dilayan dengan baik atas perkhidmatan yang telah diberikan untuk Kerajaan serta rakyatnya dan bukan ditangkap dan diseksa, terutamanya kerana mereka tidak melakukan kesalahan atau jenayah,” kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum dalam siaran media pada hari Khamis.

Jurucakap Barhoum menekankan bahawa pihak berkuasa Saudi wajib dari segi agama dan moral untuk membebaskan semua tahanan Palestin dari penjara membenarkan mereka kembali kepada keluarga, terutama pada bulan Ramadan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Mahkamah tentera Israel lanjutkan tahanan tiga wanita Palestin

Isnin,19-04-2021 – Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin berkata mahkamah tentera Israel melanjutkan tempoh tahanan tiga wanita Israel.

Menurut suruhanjaya berkenaan, mahkamah tentera Ofer melanjutkan tempoh tahanan Anagim Awad yang berusia 21 tahun, seorang pelajar dari Universiti al-Khalil. Beliau diculik rejim Israel pada sepuluh hari lepas.
Satu lagi mahkamah tentera turut melanjutkan tempoh tahanan Shams Mashaqi dari perkampungan Yasid di Nablus, sehingga Selasa depan. Beliau ditahan di pusat siasatan Jalamah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Israel Menutup Karm Abu Salam Selama 4 Hari

Isnin,19-04-2021 – Israel telah menutup persimpanga Karm Abu Salem dengan semenanjung Gaza selama 4 hari bermula pada hari Rabu dan akan berkahir pada pagi Ahad.

Menurut sumber tempatan, persimpangan ini ditutup oleh pihak Israel kerana cuti Yahudi. Kenyataan ini telah dinyatakan sendiri oleh pihak Israel kepada Palestine.

Karm Abu Salem merupakan satu-satunya  persimpangan yang dibuka untuk urusan keluar masuk barang komersial di Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

Polis Israel merampas juadah Ramadhan untuk Muslim di Baitulmuqaddis

Jumaat,16-04-2021 –Polis rejim zionis pada petang Selasa merampas juadah Ramadhan untuk kaum Muslimin pengunjung Masjid Aqsa dan meletakkan sekatan jalan di Baitulmuqaddis.

Menurut sumber tempatan, pegawai polis merampas sejumlah juadah berbuka daripada para sukarelawan Palestin di kawasan Bab al-Asbat dekat Masjid Aqsa dan menghalau mereka sebelum azan Maghrib dilaungkan.

Juadah tersebut sebenarnya akan diedarkan kepada pengunjung masjid.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Jordan Menyelar Tindakan Ganas Israel Di Masjid Al-Aqsa

Jumaat,16-04-2021 – Amman: Jordan menyelar tindakan ganas berterusan oleh Israel di Masjid Al-Aqsa pada Rabu.

Terkini, mereka mensabotaj pintu Gerbang Al-Silsila, memotong wayar pembesar suara di bahagian barat dan menghina kakitangan Jabatan Waqaf Islam Jordan.

Jurucakap Kementerian Luar Jordan, Dhaifallah Al-Fayez berkata, tindakan tersebut adalah tidak boleh diterima dan terkutuk.

“Ini adalah tindakan provokasi terang-terangan menyerang perasaan umat Islam,” jelas beliau.

Fayez turut menekankan bahawa Masjid Al-Aqsa meliputi 144 dunum ini adalah kawasan ibadat khas umat Islam.

“Hak pengurusan adalah eksklusif di bawah seliaan Jabatan Waqaf dan Jabatan Hal Ehwal Aqsa, selari dengan perundangan antarabangsa dan daripada segi sejarah,” tambah beliau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Musallam Gesa Hamas Tubuhkan Pusat Media Kristian

Jumaat,16-04-2021 – Pastor Manuel Musallam, paderi terkenal Palestin dan ketua Organisasi Popular Dunia untuk Keadilan dan Keamanan Jerusalem, mendesak Gerakan Hamas untuk menubuhkan sebuah pusat media Kristian bergabung dengannya.

Dalam kenyataan akhbar pada hari Selasa, Pastor Musallam menyatakan pusat media Kristian ini akan membantu Hamas berdepan dengan fitnah dan pembohongan daripada saluran media.

Paderi berkenaan menyatakan harapan bahawa Hamas boleh mempunyai penasihat Kristian yang boleh menguatkan hubungannya dengan masyarakat Kristian dan menghadapi cubaan fitnah oleh berbagai pihak.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Tahap Kesihatan Tahanan Abu Aisyah Merosot Disebabkan Pengabaian Keperluan Perubatan

Jumaat,16-04-2021 – Tahanan Palestin dari al-Khalil,, Mohamed Abu Aisha, menghadapi masalah kesihatan yang semakin buruk di penjara Negev disebabkan keperluan perubatannya yang diabai oleh pihak penjara Israel.

Menurut Persatuan Tawanan Palestin, banduan Abu Aisha menderita beberapa masalah kesihatan, terutama diabetes kronik, tekanan darah tinggi, dan masalah-masalah berkaitan buah pinggang dan dada.

Abu Aisyah adalah salah seorang tahanan Palestin yang menderita penyakit coronavirus di penjara Negev awal tahun ini, tetapi beliau masih mengalami kesan-kesan daripada jangkitan.

Tahanan berkenaan telah ditahan secara pentadbiran sejak Oktober 2020. Beliau adalah bekas tahanan yang telah menghabiskan beberapa tahun di penjara Israel yang berbeza, kebanyakannya di bawah tahanan pentadbiran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Israel menculik warga Palestin di Tebing Barat dan Jerusalem.

Jumaat,16-04-2021 – Rejim Zionis Israel pada malam Rabu dan waktu Subuh hari Rabu menculik beberapa warga Palestin di Tebing Barat dan Jerusalem.

Rejim Zionis Israel pada malam Rabu dan waktu Subuh hari Rabu menculik beberapa warga Palestin di Tebing Barat dan Jerusalem. Di Ramallah, kesesakan berlaku di jalan raya di Qalandia dan Kafr Aqab. Rejim Zionis Israle telah menutup jalan selepas tengah malam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Lebih 50 penceroboh berkumpul di halaman al-Aqsa

Jumaat,16-04-2021 – Penceroboh Yahudi menyerbu pada pagi hari Rabu halaman masjid suci al-Aqsa di bawah perlindungan polis Israel. Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis Yang Diduduki melaporkan 58 orang penceroboh masuk ke dalam masjid al-Aqsa.

Sementara itu, polis penceroboh menahan seorang pemuda yang merupakan penduduk Bailtulmaqdis, Ahmed Marwan Abu Jumaa, di bandar al-Tur, timus Baitulmaqdis, selepas menyerbu rumahnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Hamas : Tiada pilihanraya

Jumaat,16-04-2021 – Gerakan Hamas menegaskan bahawa tiada sebarang proses pilihan raya akan dijalankan dan rakyat Palestine akan memilih kepimpinan mereka sendiri yang bakal menyatukan mereka serta memimpin pembebasan nasional, katanya pada Selasa.

Gerakan ini turut mengecam keganasan berterusan yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestine dan pemimpinnya.

Mereka menyeru kepada institusi antarabangsa serta masyarakat dunia untuk melancarkan boikot terhadap Israel di atas keganasan serta paksaan yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestine agar menurut perintah mereka melalui penangkapan dan ugutan yang sering dilakukan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti