Jumaat, 15-04-2022 – Ahli biro politik Hamas Sami Abu Zuhri menyelar ancaman terbaru oleh pendatang pelampau Yahudi tentang melakukan korban binatang dan mengerjakan ritual Talmud pada petang Jumaat akan datang di Masjid Aqsa. Beliau menyifatkan hasrat itu sebagai perkembangan serius yang tidak patut dibenarkan oleh rakyat Palestin.
“Rakyat Palestin terbuka untuk menentang sebarang tindakan sedemikian,” kata Abu Zuhri dalam kenyataan akhbar pada Rabu.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Jumaat, 15-04-2022 – Pergerakan Hamas telah mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan tentera Israel terhadap peguam Palestin, Mohamed Assaf berikutan serbuan ganas di wilayah Nablus pada waktu subuh hari Rabu, menggambarkan apa yang berlaku hari ini di Nablus sebagai “pencerobohan baharu terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat.”
Dalam satu kenyataan pada hari Rabu, Hamas berkata bahawa jenayah baharu ini mencerminkan penyeksaan dan jenayah negara penceroboh Israel serta pengabaian terhadap undang-undang antarabangsa.
Pergerakan itu menuduh negara penceroboh itu mengambil kesempatan daripada kepasifan masyarakat antarabangsa terhadap tindakannya untuk melakukan lebih banyak jenayah ke atas rakyat Palestin.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Khamis, 14-04-2022 – Polis Israel menahan empat warga Jerusalem pada petang Khamis termasuk seorang pegawai Fatah menjadikan jumlah penduduk yang ditangkap sejak awal bulan Ramadan lalu kepada lebih 40 orang. Mereka yang ditahan termasuk Ahmed al-Ghoul, Setiausaha Gerakan Fatah di pinggir bandar Silwan dii Jerusalem, lapor sumber tempatan.
Pusat Maklumat Wadi Hilweh berkata dalam satu kenyataan pada awal Khamis bahawa polis Israel telah menangkap 38 pemuda Palestin di Jerusalem sejak awal Ramadan. Tangkapan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan seramai 42 orang.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Khamis, 14-04-2022 – Tentera rejim Israel (IOF) menahan pemimpin Hamas Sheikh Hussein Abu Kweik setelah menyerbu rumah beliau di bandar Beitunia, dekat Ramallah, pada Khamis.
Abu Kweik ialah seorang pemimpin Hamas di Tebing Barat yang sering diugut untuk ditangkap oleh IOF. Beliau telah berada di dalam penjara Israel selama sekurang-kurangnya 11 tahun dan juga salah seorang yang diusir dalam peristiwa Marj al-Zohour pada tahun 1992, bersama 417 ahli Hamas Jihad Islam.
Abu Kweik juga terselamat dalam cubaan membunuh beliau ketika Intifada Al-Aqsa pada 2000. Tetapi isteri dan tiga orang anaknya terbunuh dalam serangan bom keretanya dari udara.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Khamis, 14-04-2022 – “3,000 rakyat Palestin daripada 8,000 pesakit kanser di Semenanjung Gaza meninggal dunia akibat sekatan yang dikenakan ke atas enklaf oleh Israel,” kata kementerian kesihatan di Semenanjung Gaza pada Khamis.
“Sekatan yang dikenakan ke atas enklaf pantai menyebabkan hospital Gaza tidak mendapat projek infrastruktur strategik dan pesakitnya tidak mendapat rawatan sewajarnya. Kami cuba menguruskan untuk merawat pesakit walaupun bilangan penduduk semakin meningkat,” jelasnya.
Kementerian kesihatan sedang melakukan yang terbaik untuk menggunakan strategi penjagaan kesihatan pencegahan untuk mencegah kanser, penyakit pernafasan dan strok. Kementerian merayu kepada dunia untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik untuk pesakit Gaza yang menghidap kanser dan penyakit darah.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Norshuhada Samudin
Jumaat, 08-04-2022 – Panglima Militan Israel, Aviv Kohavi bersetuju disegerakan pembinaan tembok pemisah rasis baharu di kawasan Salem, Umm Fahm Timur hingga sempadan kota Al-Quds.
Menurut siaran radio Zionis, tembok akan dibina daripada simen, seperti yang telah dibina sebelumnya di Tebing Barat.
Tembok pemisah dimulai dari kampung Salim, Utara Tebing Barat sebagai fasa awal projek Yahudinisasi.
Tembok pemisah ini akan dibina hingga kota Kafr Qasim di Qalqilia Selatan, mencakupi kota Umm Fahm di Palestina 48 sehingga kawasan penempatan al-Kana di Kafr Qasim Timur.
Tembok juga dibina antara kampung Baqah Timur dan Baqah Barat, sepanjang 128 km.
Pembangunan tembok pemisah ini sangat merugikan penduduk di beberapa kawasan Palestin 48, yang terletak di tanah yang didakwa pihak Zionis sebagai garis hijau, di sekitar tembok rasis, di wilayah Musalas, Umm Fahm dan lainnya.
Penjajah Zionis telah memulakan pembinaan tembok rasis ini pada Zaman Ariel Sharon pada 23/6/2002 lalu, di beberapa wilayah Tening Barat.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman
Jumaat, 08-04-2022 –Tentera rejim zionis (IOF) menyerang para petani Palestin pada pagi Isnin ketika mereka berada di kawasan pertanian di Semenanjung Gaza.
Menurut sumber tempatan, IOF melancarkan tembakan dan gas pemedih mata ketika mereka cuba pergi ke sebidang tanah di timur Deir al-Balah, Gaza tengah.
Tiada yang dilaporkan cedera dalam serangan itu, tetapi tahap serangan adalah serius sehingga memaksa para petani meninggalkan kawasan itu.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Jumaat, 08-04-2022 – Delegasi Liga Ahli Parlimen Al-Quds telah menyempurnakan penyertaannya dalam sesi ke-144 Kesatuan Antara Parlimen di wilayah Bali Indonesia pada hari Isnin.
Delegasi yang diketuai oleh Sheikh Hamid bin Abdullah Al-Ahmar termasuk timbalannya, Fadli Zun, pengurus besar, Muhammad Makram Balawi, dan ketua jabatan perhubungan, Abdullah Al-Beltagy.
Liga ahli parlimen Al-Quds sebahagian besarnya membincangkan untuk menjadi ahli pemerhati parlimen antarabangsa. Perbincangan termasuk susulan permohonan keahlian pemerhati, memperkenalkan Liga, dan mengenali delegasi lain.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Jumaat, 08-04-2022 – Puak tindakan kebangsaan, Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan, Kelab Banduan Palestin, dan jawatankuasa keluarga banduan mengadakan perhimpunan sebagai solidariti kepada banduan Khalil Awawdeh di pusat bandar Khalil pada hari Isnin.
Khalil Awawdeh telah melancarkan mogok lapar selama 32 hari berturut-turut. Isteri Awawdeh, Dalal, berkata peguam memaklumkan kepada keluarganya selepas melawat Awawdeh pada Ahad bahawa dia mengalami penurunan berat badan dan sakit kepala yang teruk.
“Al-Awawdeh telah kehilangan lebih 8 kilogram berat badannya. Dia mengalami pening, tidak dapat menumpukan perhatian, sakit sendi, dan loya. Kami berdiri dalam solidariti terhadap banduan Al Awawdeh dan semua banduan yang sakit dan berusia,” kata Pengarah Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Belas Tahanan, Ibrahim Najajrah.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Selasa, 05-04-2022 – Puluhan rakyat Palestin cedera ketika pertempuran dengan Rejim Zionis berhampiran tembok pemisah di barat Tulkarem pada hari Khamis.
Menurut sumber setempat, rejim itu melepaskan peluru hidup dan peluru getah ke arah pemuda tempatan dan menghujani mereka dengan gas pemedih mata semasa pertempuran di sekitar kawasan kilang Israel berhampiran tembok pemisah.
Seorang pemuda dilaporkan mengalami kecederaan akibat ditembak dan berpuluh-puluh lagi cedera akibat terhidu gas pemedih mata ketika kejadian itu.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Selasa, 05-04-2022 – Bot bersenjata Israel melepaskan tembakan kepada para nelayan Palestin ketika berada di perairan utara dan selatan Semenanjung Gaza pada pagi Khamis.
Sumber tempatan menyatakan, bot-bot itu mengejar bot nelayan Palestin dan melepaskan tembakan ke arah mereka.Mereka menambah bahawa bot-bot itu turut menggunakan meriam air untuk menembak dan memaksa mereka kembali ke daratan.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 05-04-2022 – Ketua biro politik asing Hamas Khaled Mishaal telah memberi amaran bahawa “penentangan Palestin masih berada di tangan pencetusnya dan bersedia untuk mengulangi pertempuran Pedang Baitulmuqaddis.”
“Kami tidak mencari perang lagi, tetapi kami tidak boleh menyerahkan tanah kami, Baitulmuqaddis dan tapak suci,” kata Mishaal dalam satu simposium dalam talian yang diadakan pada petang hari Khamis di bawah tema “Penolakan Berterusan.”
“Ramadan akan datang akan menjadi musim yang sukar dan hari-harinya akan penuh dengan kejutan kerana musuh berusaha untuk mengenakan ketenangan percuma sambil berterusan dalam pencerobohan demi pencerobohan [Masjid al-Aqsa],” tambah pegawai Hamas itu.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Jumaat, 01-04-2022 – Sekumpulan pendatang Yahudi menyelinap pada subuh Isnin ke kampung Jalud, selatan Nablus dan membakar empat kereta warga Palestin.
Menurut pegawai tempatan Ghassan Daghlas, para pendatang dari penempatan haram Adei Ad membakar empat kereta milik penduduk Jalud.
Semua kereta musnah sepenuhnya dalam serangan itu.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Jumaat, 01-04-2022 – Sekumpulan peneroka pelampau Yahudi membocorkan tayar beberapa kenderaan penduduk Palestin dan menyimbah cat serta mencemari harta benda di bandar Turmus Ayya, utara Ramallah di Tebing Barat pada hari Isnin.
Menurut sumber keselamatan setempat, peneroka memotong tayar beberapa kereta dan menyembur catan grafiti berunsur kebencian di dinding beberapa rumah di bandar itu. Awal hari ini, para peneroka menurunkan empat buah kereta di kampung Jalud, selatan Nablus. Mereka juga melancarkan serangan membaling batu pada waktu malam ke atas kereta yang melalui jalan raya menuju ke Nablus.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar