Categories
Berita Semasa

Mishaal: Negara-negara Serantau, AS Berusaha Untuk Membendung Ketegangan

Isnin,17-05-2021 – Ketua biro politik luar negara Hamas Khaled Mishaal telah memberitahu bahawa ada usaha yang dilakukan oleh Mesir, Turki, Qatar dan pentadbiran AS untuk membendung ketegangan ketenteraan antara Gaza dan Israel.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini kepada saluran satelit TRT Turki, Mishaal menekankan perlunya negara pendudukan Israel dan peneroka haram berhenti daripada mencemarkan Masjid Al-Aqsa dan menghormati kebebasan beribadat rakyat Palestin serta hak mereka untuk memasuki Masjid tanpa sekatan, agar ketegangan tersebut dapat dihentikan.

“[Israel] juga harus menghentikan kezaliman mengusir penduduk Sheikh Jarrah, membebaskan tahanan yang ditangkap oleh tenteranya dalam kejadian baru-baru ini dan mengakhiri serangan ke atas Gaza,” tambah pemimpin Hamas tersebut.

“Rejim Zionis telah bermain dengan api dan telah menarik pemicu yang telah menjadi pencetus kepada krisis yang sedang berlaku sekarang apabila tenteranya menyerbu Masjid Al-Aqsa, dan pihak penentang di Gaza telah memperingatkan Israel selama beberapa hari untuk menghentikan serangannya ke atas Baitulmaqdis,” katanya.

“Perjuangan menentang penjajahan Israel adalah perjuangan nasional untuk membebaskan tanah air,” Mishaal menekankan.

“Tiada siapa yang dapat merampas hak rakyat Palestin untuk menentang serta hak Gaza untuk bangkit demi Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa,” katanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Pesawat Tempur Bom Rumah Pegawai Kanan Hamas, Khalil al-Hayya

Ahad,16-05-2021 – Pesawat tempur Israel mengebom rumah anggota biro politik Hamas, Khalil al-Hayya di Kota
Gaza pada pagi hari Sabtu.

Menurut sumber setempat, rumah Hayya dimusnahkan oleh beberapa peluru berpandu dari
pesawat tempur, termasuk sebuah dron. Rumah berkenaan terletak di kawasan al-Tufah di timur laut Kota Lama Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Hanneya : Pembunuhan beramai2 tanda Israel lemah.

Ahad,16-05-2021 – Ismail Haneyya, Ketua Pergerakan Hamas, menyatakan jenayah terbaru yang di lakukan oleh penceroboh rejim Israel di kem pelarian Shati di Bandar Gaza membuktikan bahawa mush semakin lemah dalam peperangan melawan pejuang pejuang kemerdekaan.

Haneyya dalam kenyataan ringkas pada pagi Sabtu  “ Kami meletakkan keganasan penceroboh sebagai pihak yang bertanggungjawab menyerang orang awam “ . Dia menegaskan bahawa pejuang kemerdekaan akan diteruskan untuk mempertahankan rakyat Palestin, mengalahkan rejim Zionis Israel dan menghalang dari kegiatan pembunuhan rakyat Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin ditembak mati oleh IOF di Jenin

Ahad,16-05-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) pada petang Jumaat membunuh seorang pemuda Palestin dari kampung Al-Tarm village, dekat Ya’bad, ketika pertelingkahan di pos pemeriksaan Dotan, selatan Jenin.

Sumber tempatan menyatakan bahawa pertelingkahan tercetus selepas solat Jumaat di sekatan tentera Dotan dekat Ya’bad. Para pemuda membakar tayar sebagai sebahagian aktiviti Friday of Escalation.

Tentera IOF menembak lima peluru hidup ke arah para pembantah dan mencederakan seorang pemuda Yusef Atatreh, 25 tahun yang mengakibatkan kematian. Beliau meninggal tidak lama selepas itu di Hospital Kerajaan di Jenin, demikian menurut sumber. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pencerobohan Israel: Haneyya, Perdana Menteri Malaysia Berbincang

Ahad,16-05-2021 – Pemimpin Hamas, Ismail Haneyya berbincang mengenai perkembangan semasa pencerobohan Israel terhadap Jalur Gaza, selain pelanggaran hak kawasan suci dan kewarganegaraan penduduk Jerusalem bersama Perdana Menteri Malaysia pagi Sabtu.

Turut dilaporkan dalam perbincangan melalui panggilan telefon itu, keputusan Israel memindahkan penduduk Syaikh Jarrah untuk meyahudikan Kota Suci, rancangan di Gerbang Al-Amud bagi memecahbelahkan Al-Aqsa, juga pembunuhan beramai-ramai di Jalur Gaza termasuk kanak-kanak.

Dalam masa yang sama, pemimpin Hamas menyatakan penghargaan terhadap kepimpinan dan rakyat Malaysia dalam usaha menyokong rakyat Palestin. Beliau juga memuji pendirian Malaysia berkenaan isu Palestin berikutan hubungan sejarah antara kedua-dua negara ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Sheikh Sabri: Keamanan akan tiba jika Israel berundur dari al-Aqsa

Ahad,16-05-2021 – Sheikh Ekrima Sabri, ketua Majlis Tertinggi Islam di Baitulmuqaddis yang diduduki, telah menegaskan bahawa kekuasaan akan kembali kepada Palestin jika Israel melepaskan pegangan ke atas masjid al-Aqsa, gerbang dan sekitarnya.

Dalam khutbah Jumaatnya, Sheikh Sabri mengulang bahawa masjid al-Aqsa, berdasarkan ketetapan Allah, adalah milik negara Islam semata-mata dan menekankan bahawa pihak penceroboh Israel perlu memahami fakta ini kerana ia adalah “hak menurut agama”.

Beliau berkata bahawa pihak berkuasa Israel dan penceroboh telah berterusan mencabul kesucian masjid al-Aqsa semasa bulan Ramadan, selain menyeru umat Islam supaya kerap mengunjungi masjid tersebut untuk melindunginya dari keganasan Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Jumlah kematian daripada serangan berterusan Israel melonjak ke 87 orang mangsa

Ahad,16-05-2021 – Jumlah warga Palestin yang dibunuh, sejak keganasan tentera Israel terhadap Semenanjung Gaza yang bermula sejak Isnin, telah meningkat kepada 87, termasuk 18 kanak-kanak dan lapan wanita.

Lebih 530 orang telah cedera akibat serangan berterusan Israel ke atas Gaza, menurut statistik terbaru yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pada pukul 6.15 petang.

Kekejaman itu mengakibatkan kemusnahan besar ke atas ratusan rumah, bangunan dan kemudahan awam termasuk infrastruktur penting.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Mishaal: Israel Mulakan Keganasan dan Mesti Berundur

Ahad,16-05-2021 – Khaled Mishaal, pemimpin luar negeri Hamas, menegaskan pada hari Khamis lalu bahawa rejim Zionis yang memulakan pencerobohan harus mundur dan menghentikan pencabulannya.

Mishaal mengesahkan bahawa rakyat Palestin sedang membela diri mereka sendiri dan mereka telah meningkatkan tentangan mereka kerana desakan pihak penjajah untuk meneruskan kejahatan mereka dengan menyerang Al-Aqsa dan rancangannya untuk mengusir penduduk di kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Yang Diduduki.

Bercakap mengenai apa yang diperlukan untuk mengakhiri keganasan tersebut, dia berkata, “Biarkan pihak penjajah mengundur diri dari Masjid Al-Aqsa, menghalang peneroka daripada mendekatinya, mencegah gangguan terhadap Kota Lama dan gerbangnya, menghentikan usaha mengusir penduduk Sheikh Jarrah, menghentikan keganasan di Gaza, dan membebaskan tahanan yang ditahan semasa pertempuran baru-baru ini. “

Pemimpin Hamas berkenaan menekankan bahawa rakyat Palestin di Gaza, Baitulmaqdis, Tebing Barat dan tanah 1948 yang diduduki adalah satu umat. “Kami berada di bawah penjajahan dan sekatan dan setiap orang yang berada di bawah penjajahan berhak untuk menentang”, katanya.

Mengenai usaha yang dilakukan untuk meredakan situasi, Mishaal mengatakan bahawa ada usaha oleh Mesir, Qatar, Turki dan pentadbiran AS dengan sekutunya dan Rusia, dan usaha ini dihargai.

Dia mengakhiri dengan menyatakan penghargaan atas sokongan negara-negara Arab dan Islam kepada rakyat Palestin dan perjuangan mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Abu Obaida: Tiada had dalam mempertahankan warga Palestin.

Ahad,16-05-2021 – Abu Obaida, jurucakap briged Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, mengesahkan pada hari Khamis, tiada batasan atau peraturan bertempur dalam mempertahankan warga Palestin.  Dia menegaskan keputusan mengebom Tel Aviv, Dimona, Jerusalem, Ashekelon adalah lebih mudah dari minum air. Dia juga mengingatkan sayap bersenjata Hamas telah melancarkan serangan peluru roket ke atas Israel dimana tiada negara Arab berani berbuat demikian semenjak peristiwa Nakba Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Israel tahan puluhan penduduk Palestin di wilayah yang diduduki 1948

Ahad,16-05-2021 – Polis Israel pada hari Khamis menahan 19 orang penduduk di bandar Jaffa dan 43 orang yang lain di bandar Lod di mana pihak berkuasa Israel mengisytiharkan darurat, ketika pertempuran berterusan selepas serangan dilancarkan oleh beratus penceroboh Yahudi diketuai oleh aktivis Lehava di bawah perlindungan polis Israel.

Polis Israel mendakwa tahanan tersebut disyaki mencetuskan keganasan, membaling batu dan bom Molotov ke aras pasukan keselamatan selain menembak dan membakar kuil dan tempat awam. Mereka juga didakwa memulakan pertempuran yang menyebabkan kerosakan ke atas harta benda dan infrastruktur di bandar.

Tunjuk perasaan dan konfrontasi berterusan di wilayah yang diduduki dan bandar Lod menyaksikan pertempuran bersenjata setelah berpuluh-puluh peneroka, di bawah perlindungan pihak keselamatan Israel, menyerang rumah-rumah dan pengunjung Muslim di Masjid Besar Omari dengan peluru hidup.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Serangan Di Ramallah, Seorang Maut

Ahad,16-05-2021 – Seorang pemuda warga Palestin maut ditembak Rejim Zionis berdekatan bandar Silwad, timur Ramallah pada Jumaat.

Menurut sumber tempatan, Rejim Zionis melepaskan tembakan terhadap kenderaan dipandu pemuda itu berhampiran perkampungan Ofra hingga mengakibatkan cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia.

Rejim Zionis mendakwa, pemuda tersebut cuba melakukan rempuhan kereta mensasarkan pihak tentera mereka di kawasan terbabit.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Israel Musnahkan Rangkaian Elektrik, Bom Tiga Sekolah di Gaza

Ahad,16-05-2021 – Rangkaian elektrik di kawasan utara Beit Hanoun dan Kota Gaza di timur Shejaiya dan Al-
Tuffah mengalami kerosakan teruk akibat pencerobohan Israel yang berterusan untuk hari
kelima berturut-turut, menurut Syarikat Pengedaran Elektrik.

Syarikat itu dalam siaran media pada hari Jumaat berkata bahawa rangkaian elektrik dari
kawasan yang disasarkan di utara Semenanjung Gaza, Jalan Al-Sha`f, garisan timur
Semenanjung Gaza, dan beberapa rangkaian di wilayah lain terputus berikutan serangan Israel.
Siaran media berkenaan menjelaskan kakitangan syarikat telah memulakan proses
penyambungan semula beberapa talian semenjak awal pagi untuk membekalkan elektrik ke
kawasan yang terjejas, dengan memetik bahawa kru syarikat masih belum dapat sampai ke
beberapa kawasan hingga saat ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Mishaal: Perjuangan Kami Menentang Penjajahan “Luar Biasa” dan “Diberkati”

Ahad,16-05-2021 – Ketua biro politik luar negara Hamas, Khaled Mishaal menggambarkan perjuangan Palestin menentang penjajahan Israel di saat ini adalah “luar biasa” dari segi spatial kerana telah dilancarkan demi kehormatan dan kesucian Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa.

Dalam sebuah pesanan yang dirakam untuk rakyat Palestin pada hari Rabu, Mishaal juga menggambarkan perjuangan itu sebagai “diberkati” dari segi tempoh waktu kerana ia berlaku pada hari-hari terakhir bulan suci Ramadhan.

Pemimpin Hamas berkenaan memuji lelaki dan wanita Palestin kerana berani menentang penindasan Israel di gerbang Masjid Al-Aqsa dan di halamannya, sambil menekankan bahawa kepahlawanan mereka memberi nafas kepada seluruh rakyat Palestin dan negara-negara Islam.

“Mesej rakyat adalah jelas, ini adalah perjuangan untuk menyelamatkan Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa dan menggagalkan niat musuh untuk menyerang, mengawal dan mengYahudikan Aqsa dan mengusir orang-orang kita dari Baitulmaqdis dan jiwa mereka,” katanya.

“Gaza telah datang pada saat yang tepat seperti yang selalu dijangka. Pihak penentang telah campur tangan untuk melindungi orang-orang kami di Masjid Al-Aqsa dan Syeikh Jarrah dan untuk menegaskan bahawa perjuangan kami benar-benar bersatu dan bahawa ia adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan tempat-tempat sucinya.  Ia memberi amaran kepada musuh dan menghormati kata-katanya,” kata Mishaal.

Dia mendesak rakyat Palestin di Tebing Barat untuk melancarkan pemberontakan habis-habisan untuk membersihkan Palestin dari penjajahan dan bergabung dengan Gaza untuk menghasilkan pembebasan, kemenangan dan pengembalian yang epik.

Dia juga mendesak orang-orang Palestin di tanah-tanah 1948 yang diduduki untuk terus melakukan pemberontakan terhadap penjajahan tersebut, dan menggambarkan bahawa mereka adalah pemilik-pemilik tanah yang sah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Gaza: Beratus buah kediaman dan bangunan rosak atau musnah.

Jumaat,14-05-2021 – Pejabat Media Kerajaan di Gaza menyatakan serangan Israel ke atas Gaza, yang bermula pada hari Isnin, telah mengakibatkan banyak kerugian serta kemusnahan teruk keatas infrastruktur, kediaman dan perkhidmatan.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh pejabat media, lebih 500 buah rumah, apartment dan bangunan kediaman mengalami kerosakan atau kemusnahan teruk dan lebih 1000 unit kediaman mengalami sedikit kerosakan ketika berlaku serangan Israel. Dua buah apartmen telah hancur musnah akibat serangan udara Israel . Satu satu apartmen yang musnah terdapat 12 pejabat yang digunakan oleh 12 pihak media.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

65 Maut, Gaza Terus Diceroboh

Jumaat,14-05-2021 – Angka kematian mencecah 65 orang termasuk 14 kanak-kanak dan lima wanita ekoran pencerobohan berterusan Israel di Jalur Gaza pada petang Rabu.

Dalam masa yang sama, wartawan lapangan Pusat Maklumat Palestin (PIC) turut melaporkan, 365 orang awam tercedera termasuklah mereka yang kritikal.

Sekurang-kurangnya tiga orang awam dilaporkan terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam serangan udara berhampiran Masjid Al-Ihsan di Nuseirat, Gaza Tengah pada pukul 7.20 malam.

Pencerobohan tentera Israel kini memasuki hari yang ketiga.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil