Isnin, 02-08-2021 – Hari Selasa lalu merupakan peringatan tahun ke 4 kemenangan warga Al-Quds dalam pertempuran “Mobilisasi Gerbang Ashbat” atau dikenal dengan pertempuran gerbang elektronik, yang berjaya memaksa penjajah Israel menghapuskan gerbang elektronik yang mereka pasang di pintu masuk Masjidil Aqsa Mubarak.
Pada 27 Julai 2017, pihak otoriti Israel menghilangkan gerbang elektronik yang mereka pasang di pintu gerbang Al-Aqsa, setelah kalah menghadapi kegigihan warga Al-Quds, yang berjaya menggagalkan rancangan Israel memonopoli Masjidil Aqsa.
Ketika itu otoriti Israel membuka pintu gerbang Al-Aqsa, kecuali pintu Hutta yang masih ditutup, namun warga Al-Quds tetap gigih tidak mahu masuk kecuali dari pintu tersebut, sehingga penjajah Israel terpaksa tunduk dan warga Al-Quds memasukinya dengan bertakbir penuh kemenangan.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Isnin, 02-08-2021 – Kementerian Kesihatan Palestin telah melaporkan 1 kematian baru yang berkaitan dengan Covid-19 (coronavirus), 139 kes positif dan 62 orang pesakit yang diletakan dalam tempoh pemulihan di Tebing Barat dan Jalur Gaza selama 24 jam pada Selasa lalu.
Menurut laporan harian kementerian, mangsa yang meninggal tersebut akibat virus itu berasal daripada Gaza.
Seramai 21 orang pesakit juga telah menerima rawatan perubatan di hospital dan pusat rawatan khas dan 9 orang daripadanya telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Shuhada Sayuti
Isnin, 02-08-2021 – Pihak berkuasa penjara Israel pada hari Isnin lalu telah menyerbu beberapa bilik tahanan di penjara Ofer dan Ramon, mengasari beberapa tahanan Palestin, mengasingkan salah seorang dari mereka dan memindahkan empat yang lain ke tempat penahanan yang berbeza.
Menurut Persatuan Tahanan Palestin (PPS), pihak berkuasa Israel telah menyerbu dengan ganas bilik-bilik tahanan di bahagian 14 penjara Ofer dan mengheret seorang tahanan ke bilik pengasingan.
PPS tidak menyatakan identiti tahanan yang telah diasingkan itu mahupun mendedahkan samada tahanan tersebut sedang menjalani mogok lapar.
Akibatnya, para tahanan di Ofer telah menutup semua bahagian sebagai bantahan atas tindakan Israel yang sewenang-wenangnya itu.
Sementara itu, pasukan Israel telah mengasari empat tahanan yang bermogok lapar di penjara Ramon dan memindahkan mereka ke tempat tahanan lain.
Keempat-empat tahanan, yang telah mengadakan mogok lapar selama 12 hari, adalah Mahmoud al-Fasfous, Guevara an-Nammoura, Ra’fat ad-Darawish, dan Kayed al-Fasfous. Mereka masing-masing dipindahkan ke tahanan pengasingan di penjara Beersheba, Ashkelon, Ohli Kedar, dan Ramla.
10 tahanan Palestin yang lain juga sedang melakukan mogok lapar terbuka selama beberapa hari sebagai bantahan terhadap penahanan pentadbiran mereka, yang dilakukan tanpa dakwaan atau perbicaraan.
Sebilangan besar tahanan pentadbiran yang terdiri daripada hampir 540 orang Palestin, adalah bekas tahanan yang telahpun menghabiskan masa bertahun-tahun di penjara Israel.
Penahanan pentadbiran adalah di mana tahanan dipenjara tanpa perbicaraan atau tuduhan. Ia digunakan secara meluas oleh Israel terhadap rakyat Palestin semata-mata dengan alasan seseorang itu merancang untuk melakukan kesalahan di masa hadapan. Ia tidak mempunyai had masa, dan adalah berdasarkan fail-fail yang kononnya rahsia.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Isnin, 02-08-2021 – Sebilangan besar peneroka Yahudi di bawah kawalan polis telah mencemari Masjid Al-Aqsa di Jerusalem pada hari Selasa pagi.
Menurut sumber setempat, sekurang-kurangnya 194 peneroka memasuki masjid secara berkumpulan dan mengelilingi halamannya dengan kawalan polis. Sebilangan peneroka menerima ceramah dari rabbi mengenai Temple Mount dan melakukan sembahyang Talmud semasa lawatan mereka di tanah suci Islam itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Isnin, 02-08-2021 – Sada Social, sebuah kumpulan hak media sosial, telah mengecam pentadbiran Facebook kerana meningkatkan kempen penapisannya yang tidak adil dan sekatan terhadap halaman Palestin milik agensi berita.
Sada Social mengatakan bahawa mereka menerima banyak aduan baru-baru ini mengenai sekatan berterusan Facebook dalam menerbitkan catatan dan mengakses halaman milik agensi berita terkenal di kawasan Palestin, walaupun apa yang mereka terbitkan itu hanyalah isi kandungan berita.
Sada Social menegaskan bahawa pihaknya akan terus memantau pelanggaran Facebook terhadap kandungan Palestin dan berusaha menghubungi syarikat media sosial tersebut untuk mendapatkan penjelasan mengenai alasan atas tindakan itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Dr Nurul
Isnin, 02-08-2021 – Keganasan meletus pada malam hari Isnin di antara pemuda Palestin dan tentera rejim Zionis di kawasan timur bandar Nablus selepas beratus penceroboh Yahudi memenuhi kawasan tersebut untuk melakukan ritual di makam nabi Yusuf.
Sumber tempatan berkata berpuluh pemuda menutup jalan di kawasan timur dengan batu dan membakar tayar; dan berdepan tentera rejim dan kenderaan peronda mereka dengan membaling batu dan bom Molotov ke arah mereka. Mereka menambah bahawa pertempuran memuncak setelah lebih ramai tentera Israel tiba dengan menaiki kenderaan tentera termasuk jentolak menyerbu kawasan timur Nablus dan memenuhi jalan raya untuk memberi perlindungan ke atas bas dan kereta yang membawa beratus penceroboh.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Isnin, 02-08-2021 – Sejumlah penduduk ditangkap dalam serbuan di kawasan kediaman Tebing Barat malam semalam dan subuh Selasa. Serangan bersenjata berlaku antara Rejim Zionis dengan pasukan penentang ketika serbuan dilakukan.
Dalam pada itu, pertempuran antara Rejim Zionis dengan pemuda tempatan di bandar Jenin, mengakibatkan seorang cedera terkena tembakan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Huzaifah Abd Jamil
Rabu, 28-07-2021 – Peneroka haram Yahudi pada hari Rabu menghalang pengembala Palestin dari menggunakan telaga Ein al-Hilweh di utara Lembah Jordan untuk haiwan ternakan pengembala Palestin. Pegawai tempatan Aref Daraghmeh berkata peneroka melemparkan batu kepada pengembala dan lembu ternakan mereka dari menghampiri sumber air berkenaan. Kira-kira dua hari lepas, peneroka yang sama tanam banyak pohon Ein al-Hilweh yang dirampas oleh mereka beberapa bulan yang lepas.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Rabu, 28-07-2021 – Rejim Zionis menculik dua pemuda Palestin di kediaman mereka di bandar Rummanah, barat Jenin pada Subuh Khamis. Menurut sumber tempatan, penculikan Mu’ein Amour dan Raja Abu Qiyas berlaku setelah Rejim Zionis bertindak memecah masuk dan menggeledah beberapa rumah di kawasan berkenaan.
Dalam masa sama, Rejim Zionis turut melakukan rondaan sekitar jalanan kota dan kawasan tanah berhampiran tembok pemisah.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Huzaifah Abd Jamil
Rabu, 28-07-2021 – Raja Abdullah II menekankan kepentingan menghalang sebarang tindakan berat sebelah oleh Israel yang akan menggugat kestabilan rantau itu.
Ia dinyatakan ketika mesyuarat yang diadakan di Washington di antara Raja Abdullah dan penasihat keselamatan kebangsaan AS Jake Sullivan, demikian menurut Agensi Berita Jordan (Petra).
Kedua-dua pihak membincangkan sejumlah isu rantau, terutamanya berkenaan Palestin, di mana Raja Jordan menekankan peranan penting pentadbiran AS dalam meningkatkan usaha perdamaian berasaskan penyelesaian dua-negara.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 28-07-2021 – Seorang warga Palestin terbunuh dan sepuluh yang lain cedera dalam letupan yang menggegarkan pasar Zawiya di timur bandar Gaza pada hari Khamis pagi.
Foto yang diambil dari tempat kejadian menunjukkan kemusnahan yang besar di bangunan- bangunan dan kedai-kedai akibat dari letupan. Iyad al-Buzum, jurucakap Kementerian Dalam Negeri di Gaza berkata pasukan polis, briged pertahanan awam dan kru ambulans menangani insiden itu, memindahkan mangsa yang cedera dan sedang menyiasat punca letupan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Rabu, 28-07-2021 – Pertembungan ganas berlaku pada petang Rabu lalu antara belia Palestin dan pasukan rejim Zionis setelah Zionis menyerang bandar al-Khader di selatan Bethlehem.
Menurut sumber tempatan, pertempuran tertumpu di kawasan Bakoush dan kawasan Dar Mousa di sebelah barat bandar.
Rejim Zionis telah melepaskan peluru getah dan gas pemedih mata dan bom tangan ke arah kumpulan belia tersebut, yang kemudiannya bertindak balas dengan melempar batu. Tiada kecederaan yang dilaporkan dalam kejadian berkenaan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Rabu, 28-07-2021 – Seorang pemuda Palestin telah disahkan meninggal dunia pada petang hari Rabu oleh polis penjajah Israel di pusat tahanan dan soal siasat Moskobiya di barat Baitulmuqaddis.
Menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, Abdo at-Tamimi, 43 tahun, seorang penghuni kem pelarian Shuafat di Baitulmuqaddis, meninggal dunia semasa ditahan di pusat tahanan Moskobiya. Tamimi ditahan pada hari Ahad lepas kerana kesalahan trafik.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Jumaat, 23-07-2021 – Pihak Europe for Jerusalem mengutuk keras serbuan besar-besaran yang dilakukan sekelompok warga pendatang Yahudi ke Masjid Al-Aqsha yang diikuti tindakan kekerasan dan penganiyaan pasukan penjajah Israel terhadap jamaah yang mengerjakan solat.
Pihak persatuan tersebut menyatakan bahawa pasukan penjajah Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa di awal hari Minggu dan menyerang para jamaah serta penjaga tetap masjid di halaman Masjid dengan memukul, menolak serta menahan mereka dengan paksa. Sementara itu, para pemuda Palestin yang berada di sana cuba menghadang tindakan biadap tentera Israel.
Badan Eropah ini menegaskan bahawa ia adalah kejahatan terang-terangan dimana pasukan Israel dalam jumlah besar dari polis penjajah menyerang dan menganiaya jamaah solat dengan tindakan ganas. Akibatnya, sejumlah orang mengalami kecederaan.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Jumaat, 23-07-2021 – Pergerakan Palestin Awqaf dan Perhubungan Agama pada hari Ahad mengutuk pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh peneroka haram yahudi yang menjalankan upacara keagamaan untuk memperingati ulang tahun kemusnahan kuil.
Hossam Abu al-Rub, Setiausaha Pergerakan itu menegaskan pencerobohan harian telah mensasarkan kemerdekaan Masjid Al-Aqsa, dimana ianya bertukar kepada pencabulan sistematik dalam usaha mengawal dan menyahudikan
Masjid atau sebahagian kawasannya. Abu al-Rub menerangkan kempeon neo Israel, berdasarkan memutar belitkan fakta dan menjadikan dasar-sejak-dulu-lagi , menunjukkan sikap perkauman yang di amalkan oleh rejim zionis Israel di kawasan tanah suci Masjid Al-Aqsa.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad