Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menyerang kawasan pertanian di Tenggara Gaza

Isnin, 25-01-2021 – Rejim Zionis (IOF) telah melepaskan tembakan ke arah kawasan pertanian di sebelah timur Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza.

Menurut sumber tempatan, IOF melepaskan tembakan dari kem tentera di belakang pagar sempadan di kawasan tanaman, sebelah timur kawasan
al-Qarara, Khan Yunis.

Askar Israel juga melepaskan tembakan dari menara pengawal ke sebidang tanah yang ditanam dengan tanaman kawasan timur Abasan al-Kabira dan Khuza’ah di Khan Yunis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis culik wakil rakyat Palestin, warga Palestin di Tebing Barat.

Isnin, 25-01-2021 – Pihak Rejim Zionis Israel, pada lewat malam Rabu dan awal subuh hari Khamis, telah menculik beberapa warga Palestin termasuk seorang penggubal undang-undang di Tebing Barat. Mengikut laporan tempatan, rejim Zionis menculik wakil rakyat Mohamed Bader setelah menyelongkar rumahnya di al-Khalil. Lima warga Palestin turut ditahan ketika serbuan rejim Zionis di al-khalil.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

UNRWA berharap sokongan Amerika semula dengan perlantikan Biden

Isnin, 25-01-2021 – Pejabat PBB menyambut baik perlantikan Joe Biden dan Kamala Harris sebagai Presiden dan Timbalan Amerika yang baru. Pesuruhjaya Umum UNRWA, Philippe Lazzarini menyatakan pihaknya mengharapkan kerjasama erat dengan Amerika yang berperanan besar dalam menyelesaikan isu Palestine secara adil dan kekal.

Presiden Amerika sebelum ini, Donald Trump telah menghentikan sumbangan dana kepada UNRWA dengan alasan krisis kewangan.
Setiap tahun Amerika menyalurkan dana sehingga US1.24juta kepada UNRWA (sebuah badan di bawah PBB untuk bantuan dan memperdaya Palestine). Pemberhentian sumbangan ini menjejaskan program-program bantuan UNRWA kepada rakyat Palestine yang berada di 5 Wilayah iaitu Semenanjung Gaza, Tebing Barat, Lubnan, Syria dan Jordan dan turut
mengakibatkan penutupan semua klinik dan pusat kesihatan di kem-kem pelarian Palestine di Lubnan.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Serangan udara Israel menggegarkan selatan Gaza

Jumaat, 22-01-2021 – Pesawat perang Israel pada pagi Isnin mengebom kawasan pertanian di timur Rafah dan Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza.

Menurut sumber tempatan, satu pesawat melepaskan tembakan dua peluru ke arah pos pejuang di timur Rafah dan memusnahkannya.

Satu lagi serangan udara menyasarkan tanah di timur Rafah. Pengeboman itu mengakibatkan kerosakan yang teruk.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Polis rejim Zionis Israel, peneroka haram yahudi mencemari perkarangan Al-Aqsa

Jumaat, 22-01-2021 – Polis rejim Zionis Israel and sekumpulan peneroka haram yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid Al-Aqsa pada hari isnin lepas dan menjalankan upacara yahudi di bawah perlindungan polis, tatkala perintah berkurung di letakkan pada kawasan tanah suci itu.

Warga Jerusalem melaporkan beberapa dozen polis rejim Pencerobohan telah berlaku dari pintu Maghareba ke pintu al-Silsila, dan menerusi pintu al-Rahma dimana berlangsung upacara peneroka haram yahudi melakukan upacara keagamaan yahudi. zionis memecah masuk ke dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa pada waktu pagi setiap hari pertempuran berlaku.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Israel mengebom pos pejuang di Khan Yunis

Isnin, 18-01-2021 – Tentera rejim zionis pada petang Rabu melepaskan bom artileri di pos peninjau milik pejuang Palestin di Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza.           

Pengeboman itu berlaku setelah dakwaan Israel bahawa pejuang Palestin melepaskan tembakan ke arah kem tentera Israel yang memasuki selatan kota Khan Yunis,

Akhbar Maariv Israel menyatakan, “Tentera rejim yang beroperasi di kawasan Kissufim dekat sempadan Semenanjung Gaza menjadi sasaran tembakan. Tiada kecederaan dilaporkan.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Peneroka haram Yahudi membakar kereta warga Palestin dan merosakkan kenderaan lain di salah satu bandar di Tebing Barat.

Isnin, 18-01-2021 – Sekumpulan peneroka haram Yahudi pada subuh khamis telah membakar two kereta milik warga Palestin dan memecahkan tingkap sebuah lagi kereta di bandar Turmus Ayya, Timur laut Ramallah di kawasan penaklukan Tebing Barat.

Datuk Bandar Turmus Ayya , Wadie Abu Awwad melaporkan peneroka yahudi telah diiringi oleh askar rejim zionis Israel mencerobohi kawasan luar bandar dan membakar dua kereta dan memecahkan tingkap kereta yang lain.Abu Awwad melaporkan askar rejim zionis Israel menyerbu kawasan timur bandar dan merampas kereta yang telah dirosakkan bagi menghilangkan dan merosakkan bukti kejadian tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Peneroka Haram Yahudi Terus Cemari Masjid Al Aqsa Walaupun Dikenakan Sekatan Pergerakan

Isnin, 18-01-2021 – Pagi Khamis lalu, segerombolan peneroka haram Yahudi telah mencemari halaman Masjid Al Aqsa di bawah perlindungan pihak polis walaupun dikenakan perintah sekatan pergerakan yang dikenakan ke atas kota suci berkenaan serta penduduknya.

Menurut sumber tempatan, 14 peneroka haram telah memasuki Masjid melalui Gerbang al-Maghariba dan melawat halamannya di bawah pengawasan polis.

Para peneroka haram juga telah melakukan upacara keagamaan Yahudi semasa lawatan mereka di tempat suci Islam berkenaan.

Terdahulu di waktu pagi, berpuluh-puluh pasukan polis mencemari Masjid Al Aqsa dan meronda halamannya, tanpa sebab yang diketahui.

Sehubungan itu, aktivis Baitulmuqaddis Hinadi al-Halawani menyatakan kepercayaannya bahawa apa yang berlaku setiap hari di Masjid Al Aqsa mengesahkan bahawa perintah sekatan pergerakan itu hanya bertujuan untuk memenuhi perancangan rejim Zionis terhadap kawasan suci itu.

Halawani juga mengecam pihak berkuasa rejim Zionis di Baitulmaqdis kerana membenarkan peneroka Yahudi dan pelampau dari luar kota suci tersebut untuk mencemari Masjid sambil menghalang para jemaah Muslim, yang tinggal beberapa meter dari tempat suci Islam itu, dari sampai ke sana.

Pada pagi Rabu, juruukur Israel yang dikawal oleh pasukan polis telah mengukur halaman dan dataran tinggi Masjid Al Aqsa dengan menggunakan peralatan tinjauan tanah.

Ini adalah kali pertama rejim Zionis berani menghantar juru ukur ke Masjid Al Aqsa untuk memetakan halamannya.

Perkembangan tersebut berlaku setelah rejim Zionis baru-baru ini mengenakan perintah sekatan pergerakan di kota suci berkenaan atas alasan untuk mencegah penyebaran wabak coronavirus.

Walaupun para jamaah Muslim dihalang dari memasuki Masjid Al Aqsa, di masa yang sama polis Israel telah membantu peneroka haram Yahudi untuk masuk ke tempat suci itu sejak hari pertama perintah kawalan pergerakan.

Rejim Zionis juga baru-baru ini melakukan penggalian di Medan al-Buraq dan berhampiran pintu al-Maghariba di Masjid Al Aqsa.

Pentadbiran Awqaf Islam di Baitulmaqdis percaya bahawa rejim Zionis dan polisnya di Baitulmuqaddis telah menggunakan perintah kawalan pergerakan untuk menjalankan fait accompli baharu di kawasan Masjid Al Aqsa.

Selama bertahun-tahun, rejim Zionis terus menerus sedikit demi sedikit meluaskan kuasanya ke atas tapak suci Islam berkenaan, yang berada di bawah jagaan Hashemite Jordan.

Menurut undang-undang antarabangsa, Pentadbiran Urusan Masjid Awqaf dan Aqsa Jordan mempunyai bidang kuasa eksklusif terhadap pengurusan Masjid Al Aqsa yang merangkumi 144 dunum tanah, premis, halaman, tembok dan pintu gerbang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

IPS memindahkan tahanan Ajaj ke wad rawatan intensif di Soroka.

Jumaat, 15-01-2021 – Perkhidmatan Penjara Israel memindahkan tahanan Basil Ajaj, 45, dari Tulkarem, yang dijangkiti Coronavirus ke unit rawatan intensif di hospital Soroka dan tiada maklumat tepat mengenai keadaan kesihatan beliau.

Persatuan Banduan, dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu memaklumkan bahawa Ajaj telah berada dalam tahanan sejak 2002 dan telah di jatuhi hukuman sepanjang hayat dengan tambahan 40 tahun.

Persatuan itu turut menambah , pihak penjara tidak memaklumkan tahanan di Seksyen 4 , Penjara Raymond mengenai keputusan ujian yang telah dijalankan pada hari Selasa lepas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

PLC meminta Dewan Shura Saudi agar masuk campur membebaskan warga Palestin

Jumaat, 15-01-2021 – Dewan Perundangan Palestin (PLC) telah menyeru Dewan Shura Saudi agar segera campur tangan ke atas pihak berkuasa di negara itu bagi membebaskan para tahanan politik Palestin.

Ia rentetan dari surat yang dihantar pada Selasa oleh pemangku jurucakap PLC Ahmed Bahar kepada ketua Dewan Shura Abdullah bin Mohamed Al Sheikh.

Bahar menekankan terutamanya, tentang seruan beliau bagi membebaskan pegawai kanan Hamas Mohamed al-Khudari dan keperluan mengambilkira umurnya dan keadaan kesihatannya. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Peneroka menyerang, mencederakan warga tua Palestin dan anaknya di Tebing Barat

Jumaat, 15-01-2021 – Seorang warga tua Palestin dan anaknya mengalami kecederaan ketika sekumpulan peneroka dan tentera Yahudi menyerang mereka secara fizikal di tanah mereka sendiri di dusun Khirbet at-Tawil, tenggara Nablus, Tebing Barat.

Menurut saksi, sejumlah peneroka dan tentera memukul dengan teruk seorang petani tua dan anaknya ketika mereka mengusahakan tanah mereka sendiri di Khirbet at-Tawil.

Para petani tersebut mengalami kecederaan di kepala dan dipindahkan ke hospital untuk mendapatkan bantuan perubatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Co-Pilot Emirates Air di pecat kerana enggan terbang ke Tel Aviv

Jumaat, 15-01-2021 – Seorang juruterbang pesawat komersil Emirates Airlines, Kapten Mun’em Shahib Tanik telah memuat naik di akaun facebook yang beliau telah di bekukan tugasan kerana ke engganan
beliau untuk terbang ke Tel Aviv.

Beliau di katakana telah di berhentikan kerja dari syarikat tersebut kerana menolak arahan terbang ke Israel. Juruterbang warga Tunisia ini menutup akaun facebook beliau dengan post.

“Allah sahaja yang memeliharaku. Saya tidak menyesal”. Umum di ketahui Emeriah Arab Bersatu (UAE) baru sahaja memetrikan kesepakatan
perdamaian dengan Israel sebagai normalisasi perdamaian Negara Teluk dengan Israel. Di susuli oleh Bahrain, Sudan dan Maghribi.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Sita Fasiliti Pertanian Di Bandar Tebing Barat Tuqu

Khamis, 14-01-2021 – Tentera rejim Zionis Israel pada pagi Selasa lalu telah merampas fasiliti pertanian berlesen di bandar Tuqu di timur Bethlehem di Tebing Barat.

Datuk bandar Tuqu Tayseer Abu Mufreh memberitahu bahawa kakitangan dari pentadbiran awam tentera Israel telah merampas fasiliti pertanian yang digunakan untuk menjual bunga dan anak benih di kota itu.

Abu Mufreh menambah bahawa tentera Israel mengambil tindakan tersebut walaupun pemiliknya, Salim Hamdan, memiliki lesen untuk membuka dan mengendalikan fasiliti tersebut di daerah itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Polis Israel terus benarkan pendatang mencemarkan Masjid Aqsa

Khamis, 14-01-2021 – Tentera Rejim Zionis pada Isnin meneruskan membenarkan pendatang Yahudi untuk mencemarkan Masjid Aqsa walaupun perintah berkurung coronavirus dikenakan di Baitulmuqaddis.

Menurut sumber tempatan, sekumpulan pendatang pelampau yang diketuai oleh seorang rabbi memasuki Masjid menerusi pintu al-Maghariba, berlegar-legar di dataran dan melakukan ibadat Yahudi.

Atas alasan menghalang penularan coronavirus, polis rejim baru-baru ini mengenakan sekatan ketas ke atas kota suci itu dan mengumumkan sekatan pergerakan ke atas warga tempatan Palestin, termasuk “melakukan perjalanan lebih 1,000 meter dari rumah, kecuali dalam keadaan tertentu, adalah dilarang.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menangkap beberapa warga Palestin termasuk bekas banduan

Khamis, 14-01-2021 – Rejim Zionis (IOF) menahan beberapa orang rakyat Palestin di waktu malam dan subuh dalam serbuan ke pelbagai kawasan di Tebing Barat ketika para peneroka meneruskan serangan mereka di sekitar Nablus.

Di Jenin, IOF menahan Amir Ahmed Zakarneh setelah menyerbu dan menggeledah kediamannya di Qabatiya, selatan Jenin.

Di Tubas, IOF menerobos masuk ke kota Tamoun, timur Tubas, dan meningkatkan kehadiran mereka di kawasan Masjid Al-Mahamid – Rafid di bandar itu. Bekas banduan itu, Othman Bani Odeh, ditangkap setelah melakukan serbuan dan menggeledah kediaman keluarganya, dan menambah bahawa IOF telah menangkap saudaranya dua hari yang lalu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul