Categories
Berita Semasa

Lebih 1 juta orang menandatangani “Piagam Palestin” bagi menentang normalisasi

Jumaat , 18-09-2020 –  Dalam tempoh kurang dari 20 jam, lebih daripada 1 juta orang, termasuk aktivis pro-Palestin, tokoh media dan akademik, telah menandatangani  “Piagam Palestin” yang merupakan sebuah dokumen menolak normalisasi hubungan negara-negara Arab dengan Israel.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan menteri luar Bahrain menandatangani perjanjian normalisasi dengan Israel di White House Selasa lalu,
yang menjalin hubungan penuh yang melanggar Inisiatif Damai Arab.

Teks piagam – yang diterbitkan di “charterofpalestine.com/campaign” – menyatakan: “Mempercayai keadilan perjuangan Palestin dan mengikuti tanggungjawab saya terhadapnya, saya dengan hormatnya menandatangani Piagam Palestin, di mana saya menegaskan bahawa Palestin sebuah negara Arab yang diduduki dan pembebasannya adalah suatu kewajipan.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nurul

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi pagar tanah di Lembah Jordan.

Khamis , 17-09-2020 –  Sekumpulan pelampau Yahudi memagar sebidang tanah dusun milik penduduk Palestin yang terletak di utara Lembah Jordan.

Aktivis Hak Asasi Manusia, Arif Daraghmeh berkata bahawa pelampau Yahudi telah mempertingkatkan kehadiran di atas tanah yang mereka rampas itu dengan menanam pokok Zaitun dua bulan lalu dan pada pagi Ahad kelmarin mereka datang memasang pagar pula. 

Tambah beliau lagi, petani tempatan tidak dapat pergi ke kawasan tanah yang dirampas itu sejak berapa tahun kerana pendatang Yahudi bertindak ganas ke atas mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

Bahar menyelar Bahrain kerana rundingan normalisasinya dengan Israel

Khamis , 17-09-2020 –  Ahmed Bahar, Timbalan Speaker Pertama Majlis Perundangan Palestin telah mengecam kepimpinan Bahrain atas rundingan normalisasinya dengan rejim Israel, serta menekankan kerajaan sedemikian adalah yang paling rugi dalam hubungan dengan negara haram itu.

Dalam kenyataan akhbar pada Sabtu, Bahar menyelar rundingan Bahrain dengan Israel dan menyifatkan ia sebagai bahaya dan mengancam dunia Arab dan Muslim. Namun beliau menyuarakan keyakinan yang rakyat dunia Arab dan Islam akan menentang rundingan sebegitu.

Penggubal undang-undang itu memberi amaran tentang akibat ilusi keamanan dan normalisasi dengan negara rejim itu dan menyeru agar strategi dari Palestin dan dunia Arab Islam perlu dilaksanakan untuk berhadapan dengan ancaman tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Arena Pertempuran di Tebing Barat, Mimpi Buruk Menghantui Israel

Khamis , 17-09-2020 –  Sementara tentera Israel sibuk di Gaza dan Lebanon, di Tebing Barat terjadi keadaan penambahbaikan infrastruktur kekuatan militan pejuang di sana. Meskipun sedang dalam keadaan tenang (seperti di atas api yang tenang). Di tengah operasi  pelbagai identiti dan tujuan serta terus berlanjutnya dakwaan pasukan penjajah Israel dan pasukan keamanannya yang kononnya berjaya menggagalkan puluhan ancaman pejuang sejak awal tahun membuktikan kredibiliti usaha (perlawanan) yang tidak berhenti.

Sementara mata institusi militan Israel terfokus pada perbatasan Semenanjung Gaza, Lebanon dan Syria, fenomena mengkhawatirkan berkembang di Tebing Barat. Di mana kelompok-kelompok bersenjata telah mempercepat proses penambahbaikan infrastruktur operasional mereka Sejak Januari 2020. Pelbagai infrastruktur untuk gerakan pejuang telah terbina dan puluhan serangan telah digagalkan. Sebahagian besarnya adalah aksi penembakan.

Pada masa yang sama,tentera dan pihak keamanan umum Zionis (Shin Bet) meningkatkan penangkapan mereka terhadap warga Palestin setelah wujud tanda-tanda nyata ketidakstabilan di lapangan. Di mana Hamas sedang bekerja untuk meningkatkan intensiti aktivitinya di Tebing Barat dan berusaha merekrut aktivis-aktivis baru. Gerakan ini menyimpulkan bahawa yang paling murah dan paling efektif dari segi biaya adalah membangun infrastruktur dan melancarkan serangan dari Tebing Barat dibandingkan dari Semenanjung Gaza.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Israel serbu bilik tahanan, serang tahanan di penjara Ofer

Khamis , 17-09-2020 –  Pasukan penjara Israel pada hari Ahad lalu telah menyerbu bilik tahanan di penjara Ofer dan menyerang ramai tahanan Palestin.

Menurut Persatuan Tawanan Palestin (PPS), ini merupakan serangan ganas ketiga ke atas bilik tahanan sejak kematian rakan tahanan mereka Dawoud al-Khatib pada awal September.

Berpuluh-puluh tahanan dilaporkan mengalami kecederaan yang berasingan setelah pasukan penjara menyerang mereka dengan semburan lada, cota dan anjing polis.

Penjara Ofer juga telah memindahkan ramai tahanan ke bahagian lain serta mengurung yang lain di dalam sel pengasingan.

Tahanan yang ditahan di penjara Ofer, yang terletak di sebelah barat Ramallah, telah membantah semenjak beberapa hari lalu terhadap perlakuan buruk dan pengabaian perubatan yang telah mengakibatkan kematian tahanan Dawoud Khatib, 45.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Dua kes baru kematian dan 696 kes baharu corona di Palestin


Isnin , 14-09-2020 –  Kementerian Kesihatan Palestin pada Rabu melaporkan dua kes kematian baharu disebabkan COVID-19 (coronavirus), 696 ujian positif baharu, dan 767 sembuh di kawasan Palestin dalam masa 24 jam lepas.

Menurut laporan harian, 69 peratus daripada jumlah kes keseluruhan telah sembuh, manakala kadar kes aktif telah mencapai 30.4 peratus dan kematian ialah 0.6 peratus.27 pesakit yang kritikal juga telah dimasukkan ke unit rawatan rapoi, dan empat daripada mereka menerima bantuan alat pernafasan.

sumber : http://english.palinfo.com 
penterjemah : Nur idawati

Categories
Berita Semasa

Haniyah Kecam Sikap Liga Arab Dan Ingatkan Bahaya Normalisasi

Isnin , 14-09-2020 –  Ketua biro politik Hamas, Ismail Haniyah mengecam sikap Liga Arab yang menolak proposal Palestin berkait penolakan terhadap kesepakatan normalisasi Emirat dengan entiti zionis.

Dalam pertemuan dengan delegasi Gabungan Ulama Muslimin dan delegasi Ikatan Ulama Peduli Pejuangan dipimpin syekh Maher Hamud di ibukota Lebanon, Beirut, Haniyah menegaskan bahawa langkah Liga Arab menolak proposal Palestin sama dengan mendokong kepentingan musuh zionis.

Pada Rabu lalu, Liga Arab melalui para menteri luar negerinya menolak proposal Palestin yang menentang normalisasi dan hubungan Emirat蜂srael.

Haniyah menegaskan bahawa normalisasi merupakan kejahatan nyata terhadap umat dan hak-haknya, sekaligus bertujuan menundukkan umat.

Haniyah mengatakan bahawa Palestin merupakan persoalan umat dan Al-Quds merupakan penyatu umat, bangsa Arab dan dunia Islam.

Haniyah mengingatkan peranan ulama dalam membela isu Palestin dan mengajarkan pentingnya melakukan perjuangan. 

Menurut Haniyah 撤ertempuran tidak hanya di bidang ketenteraan, para ulama perlu memberi kesedaran dan peripentingnya untuk mewujudkan keseimbangan dalam pertempuran mental bagi menghadapi semua projek zionis.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Perisikan Israel memanggil pegawai Hamas, Hasan Yousef untuk disoal siasat

Isnin , 14-09-2020 –  Ahli perisik Israel memanggil pegawai kanan Hamas, Hasan Yousef (ahli parlimen) untuk disoal siasat di kem tentera Ofer berdekatan bandar Ramallah, Tebing Barat.

Menurut sumber media, Yousef menerima panggilan telefon dari pegawai perisik yang memerintahkan beliau untuk pergi ke kem Ofer untuk disoal siasat pada pukul 11 pagi.

Minggu lalu, tentera Israel juga menyerbu kediamannya di bandar Beitunia, bersebelahan barat Ramallah, dan menyerahkan surat panggilan untuk disoal siasat dari perisikan
tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nurul

Categories
Berita Semasa

Puluhan Peneroka Haram dan Pasukan Polis Cemari Masjid Al Aqsa

Jumaat, 11-9-2020 –  Berpuluh- puluh peneroka haram Yahudi pada pagi Rabu lalu telah mencemari  Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis Yang Diduduki di bawah pengawasan polis.

Menurut Jabatan Awqaf Islam, sekurang-kurangnya 53 orang peneroka haram telah memasuki Masjid melalui Pintu al-Maghariba dalam kumpulan yang berlainan dan melakukan lawatan di halamannya di bawah pengawasan polis.

Sebilangan peneroka haram juga cuba menunaikan solat Yahudi di kawasan timur Masjid. Sementara itu, 23 anggota polis telah memasuki dan memeriksa kubah bangunan solat Masjid.

Masjid Al Aqsa setiap hari terdedah kepada pencemaran oleh peneroka Yahudi dan pasukan polis pada waktu pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.

Polis Israel menutup Gerbang al-Maghariba, yang digunakan oleh orang Yahudi untuk memasuki Masjid, pada pukul 10:30 pagi setelah para peneroka haram menyelesaikan lawatan pagi mereka di tempat suci itu. Pada sebelah petang, pintu yang sama dibuka semula untuk lawatan petang oleh peneroka haram.

Semasa kehadiran peneroka haram di perkarangan Masjid, sekatan masuk dikenakan ke atas jemaah Muslim di pintu masuk yang menuju ke Masjid dan kad pengenalan mereka dirampas sehinggalah mereka meninggalkan tempat suci berkenaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis ugut untuk musnahkan empat rumah di al-Khalil

Jumaat , 11-09-2020 –  Tentera rejim zionis (IOF) memaklumkan pemusnahan empat kediaman warga Palestin di Bani Naim dan Ramadin di wilayah al-Khalil.

Sumber tempatan melaporkan yang IOF menyerbu bandar Bani Naim, timur al-Khalil, pada Rabu dan mengambil ukuran kediaman as-syahid Muhammad Taraira sebagai persediaan sebelum memusnahkannya.

Pada 15/8/2016, IOF memusnahkan dinding dalaman di tingkat satu rumah as-syahid Al-Taraira.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kes Corona di Gaza meningkat dengan 87 kes positif dalam tempoh 24 jam.

Jumaat , 11-09-2020 –  Kementerian Kesihatan di Gaza melaporkan jumlah positif corona hari ini meningkat menjadi 1233 kes terdiri dari 1228 kes tempatan dan 5 kes import.

Kes sembuh adalah 114 dari 1356 kes yang di rekodkan sejak awal wabak pada March lalu. Kes kematian kekal 9 kes terdiri dari 8 kes warga tempatan dan 1 kes import.

Kementerian menyeru orang ramai menjaga prosidur kesihatan; memakai penutup muka, mencuci tangan, menjaga jarak, menghindari tempat-tempat orang ramai, melindungi warga emas dan yang senang terdedah penyakit, kanak-kanak, mereka yang rendah imunisasi agar tidak keluar rumah kecuali dalam keadaan terpaksa.

Penyebaran virus corona menambah krisis warga Gaza, yang berdepan sekatan setiap sudut darat udara dan laut rejim zionis sejak 14 tahun lalu.

Usaha membebaskan Gaza keluar dari sekatan masih belum berhasil.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Rumah Putih Bersiap Menjadi Tuan Rumah MOU Emirat-Israel

Jumaat , 11-09-2020 –  Perasmian kesepakatan normalisasi antara Emirat dan Israel akan diadakan di Rumah Putih, pada 15 September akan datang, seperti dinyatakan beberapa sumber Amerika dan Israel.

Acara perasmian akan dijalankan bawah pengawasan Presiden Amerika, Donald Trump yang akan dihadiri delegasi Israel dipimpin PM Benyamin Netanyahu dan delegasi Emirat dipimpin Menteri Luar Abdullah Bin Zayed (Saudara kandung putera mahkota Abu Dhabi).

Dalam kenyataan akhbar yang disampaikan pegawai tinggi Rumah Putih, Presiden Trump akan menjadi tuan rumah bagi perasmian kesepakatan diplomatik bersejarah iaitu normalisasi antara Israel dan Emirat pada 15 September akan datang.Perasmian ini menjadikan Emirat sebagai negara Arab ketiga yang melakukan hubungan diplomatik dengan Israel setelah Mesir tahun 1979 dan Jordan tahun 1994.

Penandatanganan dilakukan setelah sebulan deklarasi normalisasi antara Abu Dhabi dan Tel Aviv pada 13 ogos lalu.

Kesepakatan normalisasi mendapat kecaman luas dari faksi-faksi dan pimpinan Palestin. Mereka menganggap Emirat khianat dan menikam perjuangan bangsa Palestin. 

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Para pendatang pelampau menyerbu Masjid Aqsa dengan diketuai Glick

Khamis , 10-09-2020 –  Rabbi pelampau Yehuda Glick bersama puluhan pendatang Yahudi menyerbu Masjid Al-Aqsa Mosque pada Isnin dari pintu Magharaba dengan perlindungan ketat oleh polis.

Jabatan Waqaf Islam di Baitulmuqaddis menyatakan polis rejim menutup pintu Magharaba setelah 89 pendatang termasuk Glick dan 35 pemuda Yahudi menyerbu Masjid Al-Aqsa.

Kenyataan itu menerangkan yang para pendatang melakukan provokasi di dataran Masjid Al-Aqsa, dan menerima penerangan tentang kononnya ia merupakan kawasan kuil, dan ada di kalangan mereka melakukan ritual Talmud di dataran itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Kami Pentingkan Keselamatan Lubnan

Khamis , 10-09-2020 –  Ismail Haneyya, ketua biro politik Hamas, bertemu Walid Jumblatt, ketua Parti Sosialis Progresif Lubnan, pada hari Isnin dan mengesahkan bahawa gerakannya mementingkan keselamatan dan kestabilan Lebanon.

Haneyya menghargai sikap Jumblatt yang menyokong terhadap kesatuan Palestin dan kesediaannya bekerja untuk mencapai kehidupan yang sempurna bagi pelarian Palestin di Lubnan.

Dia menegaskan hubungan Hamas yang unik dan seimbang dengan semua komponen Lebanon, dan tidak campur tangan dalam urusan dalaman Lebanon, dan selalu berusaha untuk meningkatkan hubungan persaudaraan Palestin-Lebanon.

Haneyya mengulangi pendirian Hamas untuk menolak proses normalisasi dengan entiti Israel, serta projek-projek yang bertujuan untuk membubarkan perjuangan Palestin di atasnya perjanjian abad ini dan rancangan perampasan tanah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Hamas meminta sokongan antarabangsa menyelamatkan tahanan dari Corona

Khamis , 10-09-2020 –  Gerakan Islam Hamas mengingatkan peningkatan kes wabak corona di kalangan tawanan Palestine di penjara Israel dan meminta sokongan antarabangsa membantu menyelamatkan kehidupan mereka.

Jurucakap Hamas, Abdul Latif Qanu dalam kenyataan media beliau menyatakan “ Peningatan kes covid 19 dI kalangan tawanan Palestin di beberapa penjara Israel dengan 7 kes terbaru memberi isyaratbahaya yang mengancam”.

Peningkatan kes ini menuntut campurtangan segera lembaga antarabangsa dengan memberi tekanan kepada penjajah Israel untuk menyelamatkan kehidupan para tawanan di tengah pengabaian pihak penjara Israel dan tidak adanya prosidur pencegahan menghadapi corona.

Forum Peduli Tawanan Palestine yang di adakan pada Selasa, 8hb Sept merekodkan 7 kes baru covid 19 di kalangan tawanan Palestine di Penjara Ofer Israel. Penjara Ofer Israel terletak di Ramallah Barat.

Ini menambah jumlah keseluruhan kes positif covid 19 di kalangan tawanan Palestina menjadikan jumlah 24 kes.

Terdapat sekitar 4700 rakyat Palestine yang di tahan di penjara Israel. Angka ini termasuk 41 wanita, 160 kanak-kanak dan 365 tawanan tanpa dakwaan ketika Palestine sedang menghadapi gelombang panas terik sejak beberapa hari lalu dan peningkatan wabak corona.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar & Osman Rasip