Categories
Berita Semasa

Lebih 170 Yahudi cemar Masjid Aqsa

Isnin, 22-03-2021 – Puluhan Yahudi yang dikawal oleh pasukan polis telah mencermari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis yang ditawan pada selasa pagi ini.

Menurut sumber tempatan, 178 orang penceroboh Yahudi telah memasuki Masjid melalui pintu al-Maghariba dan berjalan mengelilingi halamannya secara berkumpulan. 

Beberapa penceroboh Yahudi telah dilaporkan melakukan sembahyang Yahudi semasa lawatan mereka ke tempat suci Islam itu. Lima pegawai perisik Israel juga telah mencemarkan semua bangunan tempat solat di Masjid tersebut dan beberapa orang pekerja Yahudi kuno Israel telah menyerbu bangunan Dome of Rock.

Masjidil Aqsa terdedah kepada pencemaran secara harian oleh penceroboh Yahudi dan pasukan polis pada waktu pagi dan tengahari kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.

Pihak polis Israel akan tutup pintu Maghariba yang akan digunakan oleh penceroboh Yahudi untuk memasuki kawasan masjid tersebut pada pukul 10:30 pagi selepas penceroboh tersebut selesai lawatan mereka disebelah pagi. Kemudian pada waktu tengahari pula, pintu yang sama akan dibuka bagi memberi laluan untuk lawatan penceroboh yahudi pada sebelah petang pula. 

Semasa kehadiran penceroboh Yahudi didalam kawasan Masjid, kemasukan bagi orang Islam akan ditahan dan mereka harus menyerahkan kap pengenalan mereka dan akan diberikan kembali ketika mereka meninggalkan kawasan suci tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hanafi

Categories
Berita Semasa

Puluhan Yahudi menceroboh masuk dataran Al-Aqsa

Isnin, 22-03-2021 – Sekitar 178 orang pemukim Yahudi menceroboh memasuki dataran al-Aqsa dan kemudian melakukan ritual Talmud di lokasi, dengan di kawal oleh penjajan Israel.

Menurut sumber di Al-Quds, terdapat sekitar 130 mahasiswa dan 5 orang perisik Yahudi memasuki ruang solat di kawasan al-Aqsa sementara beberapa orang pegawai arkeologi Israel memasuki Qubbatus Sakhra.
Pencerobohan ini dengan motif mengubah peta demografi kota al-Quds dan Masjidil Aqsa.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Euro-Med: Puluhan rumah di Jerusalem timur berhadapan dengan perobohan dan pemindahan

Rabu , 17-03-2021 – Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Mediterranean telah mengecam keputusan Israel untuk mengevakuasi dan merobohkan rumah Palestin di Yerusalem yang diduduki, membuka jalan untuk melaksanakan rancangan untuk operasi pemusnahan dan pemindahan besar-besaran terhadap penduduk asal, yang mungkin merupakan “kejahatan pembersihan etnik.”

“Keputusan Israel bertepatan dengan pembentukan pihak berkuasa projek penyelesaian di tengah-tengah masyarakat Palestin di Yerusalem timur untuk mengabadikan kebijakan diskriminasi ras terhadap penduduk Palestin,” kata sebuah pernyataan yang dikeluarkan oleh Euro-Med Monitor pada hari Sabtu.

Monitor Euro-Med merujuk kepada keputusan pengadilan negeri Israel pada 4 Maret 2021, menolak rayuan yang dikemukakan oleh tiga keluarga Palestin dari kejiranan Sheikh Jarrah di Yerusalem timur terhadap keputusan sebelumnya yang dikeluarkan oleh mahkamah hakim Israel pada 4 September 2020.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi meratakan sebahagian rumah warga Palestin di Kampung Burin

Rabu , 17-03-2021 – Sekumpulan pelampau pendatang Yahudi dengan dikawal oleh tentera menceroboh Kampung Burin, selatan Nablus, dan memusnahkan sebahagian rumah warga Palestin yang sedang dalam pembinaan.

Menurut sumber tempatan, beberapa pemuda menghalang pendatang tersebut dan bertelingkah dengan tentera yang mengiringi mereka di kawasan timur Burin di mana rumah tersebut terletak.

Warga dari keluarga Muntasir Mansour turut menderita akibat terdedah kepada gas pemedih mata apabila polis rejim menyerang rumah mereka ketika kejadian di Burin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Zionis Luluskan Rampasan Berpuluh-puluh Dunum Tanah di Bethlehem

Rabu , 17-03-2021 – Pihak berkuasa rejim Zionis pada hari Ahad lalu telah meluluskan penyitaan puluhan dunum tanah Palestin di Bethlehem, selatan Tebing Barat.

Pengarah Pejabat Pihak Berkuasa Penentangan Tembok dan Penempatan, Hassan Brijieh mengatakan bahawa rejim Zionis telah meluluskan rancangan penempatan yang akan merampas beberapa tanah yang berdekatan dengan penempatan Beitar Illit A, Lembangan No. 3 dan Lembangan No.4 di kawasan Mersyah dan Khirbat al-Kabra dari tanah Nahalin. Selain itu, Lembangan No. 3 di daerah Wadi Abu Al Hamra dari tanah perkampungan Husan di sebelah barat juga akan disita.

Brijieh mnegaskan bahawa keputusan ini bertujuan untuk mengubah tanah-tanah sasaran ini untuk menjadi tempat awam dan jalan raya untuk peneroka haram dan penempatan Yahudi.

Dalam perkembangan lain, rejim Zionis juga telah memusnahkan sebilangan besar tanah di kawasan Palestin di Khirbet Zanuta, di sebelah timur kota Dhahriya, di selatan al-Khalil.

Fayez Khedirat, ketua Majlis Desa mengatakan bahawa jentolak rejim Zionis mulai memusnahkan tanah milik keluarga Al-Tal, di sebelah timur Zanuta, untuk memberi laluan kepada kawasan industri Israel yang disebut “Majlis Daerah Penempatan”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Bot peronda Israel menembak bot nelayan Palestin.

Rabu , 17-03-2021 – Bot peronda Israel menyerang bot nelayan Palestin dan menembak meriam air ke arah mereka di perairan bandar Gaza dan Khan Yunis pada hari Ahad.

Sumber tempatan melaporkan bot peronda Israel menembak menggunakan mesingan ke bot nelayan ketika berada dalam lingkungan 6 batu natutika dari persisiran Sudaniya , barat daya dari banda Gaza. Pasukan keselamatan laut Israel juga mensasarkan nelayan dengan tembakan meriam air yang mengakibatkan kerosakan yang teruk kepada salah satu bot nelayan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

IOA mengancam akan merobohkan 10 bangunan di kampung Jib

Isnin , 15-03-2021 – Pihak berkuasa regim Zionis Israel (IOA) pada hari Selasa memberitahu warga Palestin tentang niatnya untuk merobohkan 10 bangunan di kampung al-Jib, di barat laut Yerusalem.

Aktivis tempatan Samer Abu Hamoud mengatakan bahawa regim Zionis Israel (IOF) menyerbu desa Jib, memasang pemberitahuan perobohan di 10 bangunan, termasuk rumah, kedai dan tempat perkahwinan di tembok pemisah, dan memotretnya.

IOA membenarkan tindakan itu dengan mendakwa bangunan tersebut sebagai tidak berlesen.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Remaja Palestin cedera akibat ledakan bom rejim Zionis Israel di Tubas

Isnin , 15-03-2021 – Seorang remaja Palestin telah cedera akibat letupan bom yang ditinggalkan oleh rejim Zionis Israel di Tubas.Menurut laporan dari keluarga remaja 15 tahun, bom api meletup di tangan mangsa dan mangsa mengalami kecederaan melecur di tangan dan muka.

Beliau telah di bawa ke hospital. Bom yang meletup di tangan remaja adalah peninggalan oleh pasukan rejim zionis Israel selepas serbuan di kota tersebut pada 2 hari lepas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Tentera laut Israel menyerang para nelayan di perairan Gaza

Isnin , 15-03-2021 – Tentera laut rejim pada pagi Isnin menyerang warga Palestin dan bot mereka di pantai Semenanjung Gaza.

Menurut jawatankuasa nelayan tempatan, bot bersenjata Israel melepaskan tembakan ke arah bot nelayan ketika mereka berada di dalam lingkungan enam batu nautika dari perairan kota Gaza.

Sekurang-kurangnya satu bot nelayan mengalami kerosakan akibat serangan Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Polis Israel Culik Sheikh Sabri Dari Kediamannya di Baitulmaqdis

Isnin , 15-03-2021 – Polis rejim Zionis Israel pada pagi Rabu lalu telah menculik Sheikh Ekrima Sabri, ketua Majlis Islam Tinggi di Baitulmaqdis Yang Diduduki, dari kediamannya di kejiranan as-Suwannah di timur Baitulmaqdis.

Menurut ahli keluarganya, pasukan polis mengepung kediaman Sheikh Sabri sebelum petugas perisikan menyerbu kediaman tersebut dan menyeret Sheikh Sabri ke sebuah pusat tahanan di kota suci itu.

Polis menahan Syeikh Sabri sehari sebelum para jemaah Muslim berpusu-pusu menuju ke Masjid Al- Aqsa untuk memperingati ulang tahun peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Dua hari yang lalu, Sheikh Sabri telah menggesa para jemaah Muslim untuk berarak beramai-ramai ke Masjid untuk berdoa dan mengikuti ceramah mengenai peristiwa tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Puluhan Pendatang Yahudi Memasuki Perkarangan Al-Aqsa

Isnin , 15-03-2021 – Puluhan pendatang yahudi menyerbu masuk Masjidil Aqsa al-Mubarak, Rabu (10/3) yang dikawal pasukan penjajah Israel.

Menurut sejumlah sumber di al-Quds, sekitar 66 pendatang Yahudi dipimpin ekstrimis Yahuda Ghalik, memasuki perkarangan Masjidil Aqsa, bersama 4 orang polis Israel yang memasuki ruang solat di al-Aqsha.

Sumber yang sama menyatakan bahawa pasukan Israel menutup pintu gerbang Maghoribah, selepas kumoulan Yahudi tersebut memasuki perkarang Al Aqsa. Pintu-pintu lain di Al Aqsa juga dipenuhi pasukan keselamatan Yahudi.

Minggu lalu, seramai 437 pendatang Yahudi memasuki perkarangan al-Aqsa di samping puluhan tentera Israel.

Pada Rabu pagi, pasukan Israel menangkap ketua lembaga tinggi Islam yang juga imam dan khatib Masjidil Aqsa, Syekh Ikrimah Shabri, dari rumahnya di kawasan Showanah.

Sebelumnya Syekh Ikrimah Shabri menyeru Muslimin untuk beramai-ramai hadir ke Masjidil Aqsa pada Khamis, bersamaan dengan peringatan Israk dan Mikraj, dengan tetap mematuhi protokol kesihatan dan keselamatan umum memandangkan wabak Corona masih tersebar luas.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Protes di Yatta untuk membantah rampasan tanah

Khamis , 11-03-2021 – Puluhan warga Palestin pada pagi Isnin menganjurkan protes sambal duduk di Masafer Yatta, selatan al-Khalil, untuk menolak tindakan rampasan tanah oleh pihak rejim dan pembinaan penempatan Yahudi.

Ramai ahli keluarga Buhais, Adais, dan Abu Zahra mengadakan protes di tanah al-Ain Al-Baida dan Khilah Al-Adra, timur Yatta, bagi membantah rampasan tanah oleh IOA.

Para warga menghalang jentolak pendatang daripada meratakan tanah yang dirampas, tetapi sejumlah besar tentera rejim tiba dan memberi perlindungan kepada para pendatang dan kenderaan mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

30 Pendatang Yahudi Menyerbu Masuk Perkarang Al Aqsa

Khamis , 11-03-2021 – Sekitar 30 pendatang Yahudi menyerbu masuk perkarangan Masjidil Aqsa, Selasa (9/3) dengan dikawal pasukan polis Israel.

Menurut beberapa sumber tempatan, para pendatang Yahudi menyerbu masuk al-Aqsa melalui pintu gerbang Maghoribah, kemudian menggelilingi perkarangan masjid secara provokatif.

Dalam konteks lainnya, pasukan penjajah Israel menangkap sejumlah warga Palestin, dalam operasi penggeledahan dan penyerbuan sejumlah kawasan berbeza di Tebing Barat dan al-Quds terjajah.

Di Hebron, pasukan penjajah Israel menangkap Hani Syakir Fakhuri, Adi Hamidan Syurbati (26), Abdul Hadi Abu Khalaf setelah melakukan penggeledahan di rumah mereka.

Sejumlah sumber melaporkan, pasukan Israel menangkap seorang warga lainnya di Hebron, kemudian menggeledah sejumlah rumah, salah satunya rumah Siraj Fakhuri.

Di Jenin, pasukan Israel menangkap seorang pemuda, Mohammad Munir Thohayina dari kota Sailah Harisiyah dan menangkap Shalih Shabri dari kota Arabah.

Pasukan polis Israel juga menangkap 2 orang pemuda, Daud Husam Mutib dan Mohammad Umar Najib Umri dari kota Sailah Harisiyah ketika keduanya berada di tempat kerja di wilayah Palestin 48.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Gembala Palestin Cedera Dalam Letupan Senjata Zionis

Khamis , 11-03-2021 – Selasa lalu, seorang gembala Palestin cedera dalam letupan bom tentera Israel di sebelah timur bandar Yatta di selatan al-Khalil.

Fuad al-Amoor, koordinator jawatankuasa perlindungan dan ketabahan di al-Khalil, mengatakan bahawa gembala tersebut, Ali Atalah, membawa kawanan biri-birinya untuk meragut rumput ketika letupan itu berlaku.

Dia menambah bahawa Atallah dikejarkan ke hospital kerajaan Aleya di mana keadaannya disifatkan sebagai sederhana.

Rejim Zionis sering melakukan latihan ketenteraan di tanah Palestin dan kemudiannya meninggalkan bahan letupan yang tidak meletus, yang kemudiannya meletup dan terkena petani dan gembala Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Tujuh kediaman bakal hadapi perobohan dan sebuah rumah dirobohkan di Tebing Barat.

Rabu , 10-03-2021 – Tentera Rejim Zionis Israel pada hari Khamis telah mengeluarkan notis perobohan kediaman kepada tujuh warga Palestin dan mengalihkan rumah pasang siap milik warga Palestin di Bethelem.

Pegawai tempatan Rateb al-Jabour mengatakan tujuh warga Palestin menerima notis keatas kediaman mereka di kawasan Ma’in di timur Yatta di al-Khalil.Tentera rejim zionis telah memusnahkan berdozen buah rumah dan bangunan di kawasan Ma’in pada tahun lepas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad