Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menghalang para petani dari memasuki kebun zaitun di selatan Nablus

Khamis, 10-11-2016 – Tentera rejim Israel (IOF) pada pagi Ahad menghalang sekumpulan petani Palestin dari memasuki kebun mereka untuk menuai zaitun di bandar Qaryut, selatan Nablus.

Pentadbir tempatan, Bashar al-Qaryuti memberitahu Pusat Maklumat Palestin (PIC) yang tentera rejim menghalang petani Refaat Salama dan anak lelakinya daripada mengambil buah zaitun dari kebun mereka, atas dakwaan yang terdapat larangan kemasukan atas sebab keselamatan.

Qaryuti menambah yang para petani dari keluarga Mohamed Zaghlawan telah dilarang masuk ke tanah milik mereka pada waktu pagi, namun mereka diberitahu yang mereka dibenarkan selepas waktu tengahari.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Duta Swiss lakukan lawatan mengejut ke Gaza.

Khamis, 10-11-2016 – Duta Switzerland ke Palestin, Paul Garnier, tiba di Semenanjung Gaza awal pagi Ahad, kelmarin melalui pintu masuk sempadan Beit Hanun yang dikawal Israel.

Demikian, lapor akhbar PIC yang memetik satu sumber dari tempat di mana diplomat itu bersama rombongan delegasinya mula memasuki Gaza. Walau bagaimanapun, sumber berita itu tidak mendedahkan agenda dan jangka masa duta tersebut berada di semenanjung yang dikepung termasuk kawasan pantainya oleh rejim Israel itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Israel Tunda Perbahasan RUU Penempatan Yahudi

Khamis, 10-11-2016 – Surat khabar Zionis, Ha’aretz menyebutkan bahawa perbahasan untuk menyokong Rang Undang-Undang (RUU) baru untuk pemutihan lokasi penempatan Yahudi yang sepatutnya dibentangkan pada hari Ahad (6/11) oleh jawatankuasa perundangan, ditunda selama seminggu atas permintaan PM Zionis Benjamin Netanyahu.

Ha’aretz mengatakan, “Sepatutnya dilakukan perbahasan RUU baru yang diajukan anggota Knesset dari Likud dan Jew Home. RUU ini diajukan dengan formula baru di Knesset pada hari Rabu lalu. Setelah mendapatkan persetujuan pimpinan Knesset, agar disegerakan perbahasannya. Namun Netanyahu meminta untuk ditunda pembahasannya selama seminggu.”

Tujuan Netanyahu meminta penundaan perbahasan ini, menurut kalangan kelompok kanan Zionis adalah untuk menunggu keputusan pengadilan tinggi atas isu yang diajukan, yang meminta penundaan pengosongan penempatan Yahudi Amona.RUU perubahan ini menyebutkan tentang penyitaan “negara” terhadap hak-hak penggunaan tanah peribadi Palestin dan bukan penyitaan pemilikannya. Di antara perubahan lain adalah pelaksanaannya di penempatan-penempatan yang ada campur tangan pemerintah seperti penempatan Yahudi Amona. Berdasarkan RUU perubahan, orang-orang Palestin yang terbukti ada pemilikan mereka atas tanah tersebut akan mendapatkan ganti rugi.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Latihan Kententeraan Israel Merosakkan Tanaman Penduduk Palestin

Isnin, 07-11-2016 – Tentera Israel telah menjalankan latihan ketenteraan di kampung Beit Furush Dajan, timur Nablus, tanpa mengambil kira keselamatan penduduk dan harta benda mereka. Petani tempatan melaporkan bahawa mereka terkejut melihat kereta kebal Israel dan kenderaan berperisai melalui rumah mereka yang berada di sekitar ladang mereka. Mereka juga mendakwa tentera Israel sengaja merosakkan tanaman mereka menggunakan kereta perisai.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

47 pelajar cedera dalam rusuhan di Universiti al-Quds.

Isnin, 07-11-2016 – 47 pelajar Palestin cedera dalam rusuhan yang berlaku di Universiti al-Quds, Abu Dis, timur Baitulmuqaddis baru-baru ini.

Menurut akhbar Quds, pertempuran berlaku selepas pihak polis rejim Israel menyerbu bandar Abu Dis dan berkumpul berdekatan universiti tersebut. Pihak polis rejim kemudiannya bertindak melepaskan gas pemedih mata di kawasan sekitar universiti menyebabkan beberapa pelajar dilaporkan mengalami cedera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis ingin membina landasan keretapi berkelajuan tinggi untuk menyebarkan unsur Yahudi

Isnin, 07-11-2016 – Rejim Israel (IOA) ingin memastikan pembinaan landasan keretapi berkelajuan tinggi dan penambahan satu lagi rangkaian menghubungkan Tel Aviv ke Baitulmuqaddis berjaya dilaksanakan.

Landasan tersebut akan membabitkan penggalian terowong sepanjang dua kilometer dan sedalam 80 meter. Dijangkakan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2018, ia adalah penting dalam mengurangkan tempoh perjalanan di antara Tel Aviv dan Baitulmuqaddis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tiga kanak-kanak antara yang ditahan di Baitulmuqaddis

Rabu, 02-11-2016 – Pasukan polis Israel menahan lima rakyat Palestin di Baitulmuqaddis pada hari Selasa. Tiga kanak-kanak antara yang ditahan. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun ditahan selepas polis Israel menyerbu bandar Issawiya kerana didakwa terlibat dalam serangan membaling batu. Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Penduduk Palestin Dinafikan Hak Melombong Batu Merah

Rabu, 02-11-2016 – Di sebelah utara kota Salfit, para pemilik lombong batu merah dilarang melombong harta kekayaan tersebut yang hanya dibenarkan kepada penduduk Yahudi. Setiap kali penduduk Palestin berusaha membawa masuk jentera pengorek untuk menggali batu merah, pihak militan penjajah Zionis segera menyita peralatan mereka dan menahannya serta mengenakan denda kepada mereka dengan alasan bahawa tanah tersebut terletak di daerah “C” (wilayah yang secara militan dan pentadbirannya di bawah Zionis).

Di tengah-tengah kesedihan dan penderitaan tersebut seorang warga Palestin, Ahmad Khalil memandang ke arah lombong batu yang diwarisi dari ayahnya namun masih tidak dibenarkan untuk menggali batu dan bebatuan yang berharga tinggi yang mempunyai keindahan warna menarik dan begitu unik.

Beliau mengatakan bahawa permintaan terhadap batu tersebut sangat tinggi. Batu ini seperti emas. Namun sejak sekitar 23 tahun lalu seluruh warga palestin dilarang melombong batu tersebut dengan dalih lombong tersebut berada di daerah penjajah Zionis berdasarkan perjanjian Oslo 1993.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Hamas minta Mesir anjur dialog di kalangan pihak terlibat bincang inisiatif untuk Palestin.

Rabu, 02-11-2016 – Hamas meminta Mesir menaja satu dialog yang lebih menyeluruh di kalangan pihak terlibat untuk membincangkan inisiatif yang perlu dalam memperjuangkan Palestin sebagaimana yang disarankan Pergerakan Jihad Islami.

Permintaan itu disuarakan pegawai kanan Hamas, Ismail Radwan di satu persidangan pertubuhan-pertubuhan politik Palestin yang diadakan di Gaza, kelmarin. Beliau memohon supaya Mesir mengambil peranan bagi menganjurkan satu persidangan lain sepertimana yang pernah dilakukan negara itu suatu masa dahulu demi menyelesaikan perselisihan pendapat pihak-pihak yang terlibat.

Beliau turut menekankan pentingnya dialog itu diadakan dan berharap ia menjadi satu batu loncatan untuk mereka dapat bersatu semula dalam mencari formula bagi merangka strategi bagaimana untuk melindungi Palestin agar kekal sebagai sebuah negara dan memikirkan cara untuk memperjuangkannya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Sudah dibunuh , rumah pula mahu diroboh.

Rabu, 02-11-2016 – Pasukan Penjajah Polis Israel menyerbu pada waktu subuh Selasa rumah rakyat Palestin Musbah Abu Sbeih yang dibunuh di bandar al-Ram, utara Baitulmuqaddis.

Sumber tempatan mengesahkan bahawa polis Israel menyerbu dan mengambil gambar rumah sebagai permulaan hukuman untuk merobohkannya. Abu Sbeih telah ditembak dan dibunuh dua minggu lalu selepas menjalankan serangan anti-penjajahan di Baitulmuqaddis.

Sejak itu, keluarganya telah tertakluk kepada langkah-langkah hukuman sistematik termasuk ancaman dan tangkapan sebagai sebahagian daripada dasar hukuman kolektif Israel terhadap rakyat Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Zon perikanan diperluaskan pada bulan November.

Rabu, 02-11-2016 – Rejim Israel telah bersetuju untuk mengembangkan zon perikanan di luar pantai Semenanjung Gaza dari 6 kepada 9 batu nautika pada November depan.

Mohamed al-Maqadma, jurucakap pihak berkuasa hal-ehwal umum Palestin, memberitahu Pusat Maklumat Palestin (PIC) yang IOA akan meluaskan kawasan perikanan. Maqadma menambah yang para nelayan akan boleh belayar sejauh 9 batu nautika mulai 1 November.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Wakil Hamas dan Turki Bertemu Di Lubnan

Rabu, 02-11-2016 – Wakil Hamas di Lubnan, Ali Baraka bertemu duta Turki ke Lubnan, Çağatay Erciyes di Kedutaan Turki di Beirut.

Kedua-dua pihak yang membincangkan isu semasa Palestin dan keadaan isu kemanusiaan pelarian Palestin di Lubnan, selain isu Israel meningkatkan pencerobohan di Masjid al-Aqsa. Baraka melahirkan perasaan gembira beliau dan mengucapkan selamat sempena Hari Kebangsaan Turki, dengan memuji sokongan berterusan Turki terhadap rakyat Palestin dan perjuangan mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis rampas basikal seorang kanak-kanak dan menahan 2 rakyat Palestin

Rabu, 02-11-2016 – Rejim Zionis telah merampas basikal seorang kanak-kanak Palestin di kem pelarian Aida, utara Bethlehem.

Sumber tempatan mengesahkan bahawa tentera Israel menahan kanak-kanak Palestin tersebut berhampiran pintu masuk timur ke kem pelarian semasa kanak-kanak itu sedang bermain di kawasan itu sebelum merampas basikalnya. Sementara itu, tentera Israel turut menahan dua remaja lelaki yang sedang dalam perjalanan ke tanah pertanian mereka untuk menuai buah zaitun di bandar Kafer Qaddum, timur Qalqilia.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Hamas: Kami mengharapkan Mesir kembali memberikan sokongan

Rabu, 02-11-2016 – Pergerakan Hamas pada petang Ahad menyatakan penghargaan kepada pihak berkuasa Mesir yang telah membuka pintu sempadan di Rafah sepanjang minggu lalu.

Jurucakap Gerakan Sami Abu Zuhri menyampaikan harapan kumpulannya agar Mesir akan kembali kepada pendirian menyokong hak dan ketabahan rakyat Palestin. Gabungan Ahli Parlimen Palestin dan Pergerakan Fatah sebelum ini telah menggesa pelajar Palestin yang ingin belajar di luar negara, untuk mendaftarkan nama mereka selepas pihak berkuasa Mesir berikrar untuk memudahkan perjalanan mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zaina Dinn

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi Dirikan Khemah Dalam Kawasan Al-Khalil

Rabu, 02-11-2016 – Sekumpulan pendatang Israel menyerbu bandar Beit Anun, timur laut al-Khalil yang terletak di selatan Tebing Barat dan mendirikan khemah.

Menurut wartawan PIC, 30 pendatang Israel menyerbu bandar dan membina beberapa khemah dan rumah-rumah mudah alih sebelum melakukan ritual Talmud sebagai provokasi kepada penduduk tempatan. Pencerobohan Israel kian meningkat terutamanya di Tebing Barat dan BaitulMaqdis pada hari cuti penganut Yahudi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin