Isnin, 21-12-2020 – Polis rejim pada pagi Rabu menculik seorang pemuda Baitulmuqaddis dan isterinya dari rumah mereka di kota lama.
Menurut sumber tempatan, polis rejim menyerbu rumah Mohamed al-Ajlouni di kawasan Bab al-Maghariba (Pintu Mughrabi) di kota lama dan menculik beliau bersama isterinya.
Manakala pegawai polis rejim menahan seorang warga Palestin ketika beliau berjalan masuk ke dataran Masjid Aqsa Ketika lawatan pendatang Yahudi, lalu memeriksa pengenalan dan begnya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 21-12-2020 – Aktivis al-Quds, Abdul Karim Abu Sneina, anggota Jawatankuasa kampung Wadi Rababa, mengatakan bahawa penjajah Israel sedang merancang membangunkan kampung penempatan bagi orang Yahudi Perancis di bahagian utara kampung Wadi Rababa, di Silwan, al-Quds.
Abu Sneina menyatakan bahawa penjajah Israel telah menyiapkan infrastruktur yang diperlukan untuk tujuan ini di wilayah tersebut.
Beliau memperingatkan bahawa tindakan tersebut merupakan langkah awal untuk mengubahnya menjadi penempatan Yahudi, seperti yang terjadi dengan 11 penempatan di wilayah yang diduduki penjajah Israel sejak tahun 1967. Ketika itu penjajah Israel mendirikan penempatan Givat Ze’ev, Gilo, Ma’aleh Adumim dan Jabal Abu Ghneim di tanah yang disita oleh pihak Otoriti Perlindungan Alam Israel dengan alasan bahawa daerah tersebut adalah kawasan hijau.
Aktivis Al-Quds ini menyatakan bahawa pada tahun 1996 seramai 4 orang peguam Israel yang bekerja dengan pemerintah kota penjajah Israel di al-Quds memaksa warga Palestin membayar denda kerana dianggap melanggar peraturan. Namun hari ini jumlah mereka meningkat kepada antara 40-50 orang peguam. Beliau menyatakan bahawa wang denda yang dikenakan pada warga al-Quds mengalir ke kantong-kantong pemerintah kota penjajah Israel.
Abu Sneina menjelaskan bahawa pembelaan warga al-Quds untuk mempertahankan hak-hak mereka sudah berlangsung selama lebih dari setengah abad.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Isnin, 21-12-2020 – Segerombolan peneroka haram yahudi pada pagi Khamis telah mencerobohi kawasan Masjid Al Aqsa dibawah kawalan ketat pihak polis.
Menurut sumber tempatan, peneroka haram seramai 107 orang telah memasuki kawasan Masjid Al Aqsa melalui pintu masuk Al-Magahariba dan membuat tinjauan ke dalam kawasan perkarangan Masjid. Beberapa peneroka haram telah menimbulkan kemarahan penduduk Islam setempat dengan menjalankan upacara keagamaan Yahudi di kawasan suci umat Islam.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Isnin, 21-12-2020 – Rabu, 16hb Disember…Israel mengancam merobohkan 11 kedai milik warga Palestine di desa Anin, sebelah barat Jenin yang terletak di wilayah Utara Tebing Barat. Ketua Desa Anin, Bahar Yassin menyatakan pihak penguasa pendudukan penjajah Israel telah menyampaikan waran perobohan kepada pemilik kedai warga Palestin.
Desa Anin merupakan laluan utama desa-desa berhampiran ke kota Umm Fahm, namun pembangunan Tembok Apartheid yang didirikan oleh penjajah Israel pada than 2003 telah memisahkan desa Anin dengan Kota Umm Fahm, mengakibatkan pendapatan ekonomi penduduk desa Anin terjejas teruk.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Isnin, 21-12-2020 – Hamas mengecam embargo yang di lakukan Amerika ke atas Turki di sebabkan negara tersebut memiliki system persenjataan udara buatan Rusia “S-400”. Ketua Biro hubungan dunia Arab – Islam Hamas, Izzat Rishq dalam kenyataan medianya berkata “ Kami mengecam sekatan yang di lakukan Amerika terhadap Turki atas alasan negara tersebut memiliki system persenjataan S-400 serta kami menyatakan solidariti kami bersama rakyat dan pemerintah Turki”.
Rishq turut menyatakan Turki berhak memiliki kekuatan ketenteraan bagi menghadapi ancaman dan melindungi keamanan negaranya. Tindakan Amerika mengenakan sekatan embargo terhadap Turki jelas berlawanan dengan sikap Amerika yang memberi bantuan kewangan serta menyokong penjajah Israel melakukan terorisma dan kekejaman terhadap warga Palestine.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Jumaat, 18-12-2020 – Bekas ketua biro politik Hamas, Khaled Mishaal telah menegaskan bahawa mereka yang memberi pengharapan kepada Israel dan kekurangan mereka di rantau ini akan menemui kegagalan pada suatu hari nanti akan mengetahui nilai negara-negara Arab mereka.
“Kami mengikuti perkembangan dan perubahan di arena serantau dan antarabangsa. Kami juga menyedari bahawa pentadbiran baharu yang dipimpin Biden sedang membangun dari kehancuran yang dilakukan oleh pemerintahan Trump. Akan tetapi, kami akan menghadapinya dengan bijak dan tegas,” kata Mishaal didalam wawancara yang dianjurkan oleh institusi media yang bertempat di Gaza, al-Risalah.
Pihak Hamas juga menegaskan bahawa gerakan mereka akan menangani pembangunan dan perubahan dengan penuh kesedaran tanpa memberi pengharapan kepada sesiapa pun.
Beliau juga menggesa negara-negara yang masih menyokong Palestin agar bertemu dan menangani situasi terbaru ini dengan lebih serius kerana negara lain tidak teragak-agak untuk membincangkan agenda mereka secara terbuka.
Bercakap mengenai gerakannya, Mishaal berkata, Hamas bersama rakan-rakan seperjuangan di Palestin akan mengembalikan kehormatan Baitulmaqdis dan hak-hak kenegaraan dan beliau juga memuji keterbukaan gerakan tersebut terhadap orang lain samada secara dalaman atau luaran.
Mishaal menzahirkan keinginan gerakan itu untuk bekerja dengan rakan Palestin yang lain atas dasar mengukuhkan saingan demi negara Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hanafi
Jumaat, 18-12-2020 – Berpuluh pendatang haram Yahudi bertindak menceroboh masuk kawasan tapak arkeologi yang terletak di bandar Sebastia, utara Nablus.
Datuk Bandar Sebastia, Muhammad Azim dalam satu sidang media berkata, berpuluh-puluh pendatang memasuki tapak arkeologi di bandar itu dengan kawalan ramai anggota tentera rejim meskipun sebahagian tapak itu ditutup kepada orang awam.
Sementara itu di tempat lain, penduduk Palestin di perkampungan Kisan, timur Baitulmaqdis bertempur dengan pendatang Yahudi yang cuba menyerang rumah mereka dengan melempar batu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Jumaat, 18-12-2020 – Kementerian Luar Indonesia menafikan laporan akhbar terkini tentang kemungkinan rancangan normalisasi di antara Indonesia dan Israel.
Teuku Faizasyah, jurucakap Kementerian Luar Indonesia berkata pada Selasa, “Ada dua perkara yang saya ingin katakan tentang isu ini. Pertama, kementerian luar tidak pernah berhubung dengan Israel. Kedua, kementerian ini menyokong Palestin sebagai sebahagian tanggungjawabnya dan bertepatan dengan mandat perlembagaan”, menurut laman sesawang Berita Satu.
Israel Hayom, satu akhbar Hebrew, melaporkan yang pegawai kanan sebuah negara Islam yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, tiba dua minggu lalu di Tel Aviv dan bertemu dengan pegawai Israel. Ia menyatakan bahawa delegasi negara Muslim itu dari Asia, diketuai oleh penasihat kanan presiden negara itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Jumaat, 18-12-2020 – Kementerian Kesihatan Palestin pada hari Rabu melaporkan 26 kes kematian baru berkaitan COVID-19 dan 2,525 kes positif baru dan 2,180 kes sembuh di Tebing Barat, Jerusalem dan Semenanjung Gaza pada tempoh 24 jam lepas.
Mengikut laporan harian kementerian, 15 kes kematian yang baru dari beberapa kawasan yang berbeza di Tebing Barat, satu kes dari Jerusalem dan 10 kes dari Semenanjung Gaza.
137 pesakit kritikal COVID-19 menerima rawatan intensif di hospital dimana 39 dari mereka di tempatkan dengan alat bantuan pernafasan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Jumaat, 18-12-2020 – Aktivis media dan salah seorang sidang pengarang di Pusat Informasi Palestin (Melayu), Ahmad Syahidin, Rabu (16/12) meninggal dunia setelah hampir dua minggu dirawat di sebuah hospital di Bekasi. Menurut keluarganya, melalui pemeriksaan swap, beliau dinyatakan positif covid-19.
Syahidin dijangkiti Covid-19 sejak hampir dua minggu lalu, kemudian dirujuk ke hospital di kota Bekasi, Jawa Barat.
Pejabat Pusat al-Markaz Al filistini Lil’ilam di Malaysia yang memayungi Pusat Informasi Palestina edisi Melayu/Indonesia menyampaikan belasungkawa dan takziyah atas kematian salah seorang sidang pengarang, Ahmad Syahidi yang merupakan salah seorang pembela isu Palestin dan menghabiskan umurnya dalam menyebarkan risalah berkait hak-hak bangsa Palestin.
Ahmad Syahidin merupakan ayah kepada empat orang anak, beliau bekerja sebagai penerjemah dan penyinting Infopalestina segmen Melayu-Indonesia sejak tahun 2004 sehingga kematiannya.
Almarhum terlibat aktif dalam menginformasikan perkembangan terkini di Palestin, baik politik, informasi di lapangan dan sosial, mengangkat persoalan Palestin dan menginformasikan penderitaan rakyat Palestin, serta membongkar kejahatan dan pelanggaran yang dilakukan penjajah Israel terhadap hak Palestin.
Almarhum melakukan liputan sejumlah aksi dan peristiwa berkait isu Palestin di Indonesia, terutama peristiwa yang mendukung bangsa Palestin dan persoalannya secara adil.
Ahmad Syahidin turut serta dalam segenap aktiviti dan kegiatan yang mendukung hak-hak bangsa Palestin, baik di forum serantau mahupun antarabangsa, mencari penyumbang untuk Palestin dan bergerak ke sejumlah tempat di Indonesia untuk tujuan suci ini.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Khamis, 17-12-2020 – Rejim Zionis pada hari isnin lepas telah menceroboh dan merobohkan beberapa rumah kecil di perkampungan Palestin Az-Za’ayyem di timur Jerusalem.
Mengikur laporan tempatan, beberapa jentolak yang diiringi oleh rejim Zionis mengusir penduduk dari kediaman mereka.
Bangunan kediaman yang dirobohkan adalah milik keluarga dari Amran dan Murad Za’atara.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Khamis, 17-12-2020 – Pada hari Isnin segerombolan peneroka Yahudi mencemari kawasan Masjid Al Aqsa dengan kawalan polis rejim Zionis.
Lebih 196 peneroka termasuk pelajar dari IPT dan pegawai perisikan dilaporkan memasuki kawasan Masjid Al Aqs. Sementara itu, rakaman video yang tular di internet pada hari ini, memaparkan kumpulan peneroka mengejek sambil menari di pintu Silsila Masjid Al Aqsa.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Rabu, 16-12-2020 – Mahmoud Al-Zahhar, ketua Blok Perubahan Parlimen Hamas berkata yang pengumuman Maghribi untuk normalisasi hubungannya dengan Israel merupakan racun terhadap perjuangan Palestin dan seluruh dunia Muslim.
Zahhar menekankan Ketika ucapannya di Dewan Perundangan Palestin di Gaza pada Ahad yang normalisasi Maghribi dengan rejim zionis ialah pengkhianatan terhadap rakyat Palestin dan perjuangan mereka.
Beliau berkata, normalisasi ini juga mengkhianati para syuhada Maghribi yang mempertahankan kota suci dan dan mereka yang membangunkannya. Malah, satu pintu di Masjid Al-Aqsa dinamakan sempena mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 16-12-2020 – Perjuangan di tanah Palestin, berdampingan dengan semua pejuang revolusi rakyat Palestin, sehingga berjaya bersama-sama mewujudkan kebebasan, hak kembali pelarian Palestin dan mengambil kembali tanah Palestin dan tempat-tempat sucinya.
Hamas menambah bahawa al-Quds, yang merupakan ibu kota Palestin, akan tetap menjadi permata mahkota Palestin, berterusan konflik dengan penjajah Israel dan menjadi inspirasi revolusi Palestin untuk selamanya. Al-Quds akan menjadi ibu kota negara Palestin setelah penjajah Israel diusir dari seluruh tanah Palestin.
Dalam pernyataannya, Hamas menegaskan bahawa langkah nyata akan selalu diperlukan untuk mendokong keteguhan dan ketabahan rakyat Palestin di al-Quds serta semangat juang mereka merupakan keutamaan dalam strategi nasional komprehensif. Ia memperkuat semangat juang rakyat Palestin di atas tanah yang diduduki penjajah Israel.
Hamas menjelaskan bahawa mereka akan bekerja dengan semua kalangan fraksi nasional untuk meningkatkan usaha menghadapi segala tindakan normalisasi antara beberapa pihak di kawasan dengan entiti penjajah Zionis. Beliau mengingatkan bahawa normalisasi sebagai dosa nasional dan hanya mengikut projek Zionis di kawasan tersebut.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman