
Jumaat, 23/05/2008 –Pada waktu malam Rabu lalu, askar-askar rejim Zionis telah menculik Sheikh Ibrahim Jabr, 45, salah seorang yang pemimpin terkemuka Hamas di kem pelarian Jenin, hanya sebulan selepas dia dibebaskan daripada penjara PA di Ramallah.

Jumaat, 23/05/2008 –Pada waktu malam Rabu lalu, askar-askar rejim Zionis telah menculik Sheikh Ibrahim Jabr, 45, salah seorang yang pemimpin terkemuka Hamas di kem pelarian Jenin, hanya sebulan selepas dia dibebaskan daripada penjara PA di Ramallah.

Jumaat, 23/05/2008 –Seorang rakyat Palestin syahid dan 12 lainnya cedera setelah Yahudi-Israel menyerang wilayah timur Minthar sebelah timur Gaza. Pemuda yang syahid itu merupakan peserta demonstrasi aman yang dianjurkan oleh Hamas bagi mengecam sekatan yang dikenakan di Gaza.

Khamis, 22/05/2008 –Gerakan Hamas mengalu-alukan Perjanjian Doha yang telah dipersetujui oleh semua kumpulan Lubnan dalam mengelakkan perang saudara selepas mereka menepikan kepentingan masing-masing demi keamanan Lubnan.

Khamis, 22/05/2008 –Ahli biro politik Hamas, Ra’fat Nasif memberi amaran kepada Israel bahawa setiap pencerobohan mereka di Semenanjung Gaza hanya akan menjadi bara api yang akan membakar seluruh rantau itu.

Khamis, 22/05/2008 –Kementerian Pertanian dalam kerajaan sah Palestin di Semenanjung Gaza pada Rabu lalu menyatakan askar-askar rejim Zionis telah meredah kawasan-kawasan pertanian yang luas di bahagian timur Semenanjung Gaza yang dianggap jelapang makanan bagi 1.5 juta rakyat Palestin tinggal di sana.

Rabu, 21/05/2008 –
Seorang ahli Qassam terbunuh manakala tiga yang lain cedera dalam bedilan udara Zionis hari Selasa di kawasan Zaitun, Gaza.

Rabu, 21/05/2008 –Pegawai diplomat Perancis mengadakan persidangan bersama pegawai Hamas di Gaza bulan lalu. Beliau mengatakan bahawa kehadiran mereka di Iraq adalah untuk berbicara bersama pimpinan Palestin, Ismail Haneyya dan pimpinan Hamas, Dr. Mahmoud Al-Zahhar.

Selasa, 20/05/2008 –
Hammad Al-Ruqub selaku jurucakap Hamas Isnin lalu menyatakan bahawa orang-orang Arab di rantau ini berdiri teguh di belakang pergerakan itu sambil menambah ancaman presiden AS George Bush hanya kosong belaka dan tidak menggerunkan atau memaksanya untuk mengenepikan hak-hak dan pendirian Palestin.

Jumaat, 16/05/2008 –Gerakan Hamas menegaskan, perlawanan akan tetap menjadi strategi untuk mengembalikan sepenuhnya hak-hak rakyat Palestin yang dirampas. Perlawanan akan menghapus Israel dari tanah Palestin kemudian mendirikan negara Palestin yang merdeka, berdaulat dengan ibukota Al-Quds, meskipun perlu meningkatkan pengorbanan dan membayar harga yang mahal.

Jumaat, 16/05/2008 –Sekurang-kurangnya sembilan kanak-kanak Palestin dan seorang wanita tercedera pada Khamis lalu apabila askar-askar rejim Zionis yang berpangkalan di sempadan Beit Hanon (Erez) utara Semenanjung Gaza telah menembak beribu-beribu warganegara Palestin yang berdemonstrasi berhampiran sempadan tersebut bagi memperingati ulang tahun Nakba ke-60 dan bantahan terhadap sekatan ekonomi Israel di Gaza.

Khamis, 15/05/2008 –Pergerakan Hamas menyatakan bahawa lawatan Presiden AS George Bush ke wilayah Palestin yang diduduki sempena ulang tahun ke enam puluh Nakba Palestin telah mengguris perasaan penduduk Palestin dan merupakan satu kesinambungan sokongan buta untuk projek yang bersifat perkauman ini.

Rabu, 14/05/2008 –Zahi Nujaidat, jurucakap Pergerakan Islam bagi tanah Palestin yang dijajah pada 1948 pada Selasa lalu memberi amaran bahawa dinding-dinding Masjid Aqsa boleh retak jika kerajaan Israel terus menyambung pembinaan jambatan kontroversi di pintu pagar Magharba.

Rabu, 14/05/2008 –Menteri Kesihatan Isnin lalu telah memberi amaran bahawa seluruh perkhidmatan kesihatan di Semenanjung Gaza akan merosot berikutan seraangan berterusan dan kekurangan bahan api untuk operasi generator.

Rabu, 14/05/2008 –Jeremy Hobbs, Pengarah Eksekutif Oxfam International, telah menyeru masyarakat dunia untuk memaksa kuasa pendudukan Israel mematuhi perjanjian-perjanjian perikemanusiaannya terhadap penduduk-penduduk Semenanjung Gaza.

Selasa, 13/05/2008 –Pemimpin Politik Kanan Hamas dan Speaker Badan Perundangan PA yang ditahan, MP Dr. Aziz Dwaik pada Isnin lalu menggambarkan hak pelarian penduduk Palestin untuk kembali sebagai “batu yang keras” yang merupakan impian Israel akan dipecahkan.