Categories
Berita Semasa

Berpuluh pendatang Yahudi ceroboh Masjidil Aqsa.

Jumaat, 03-07-2020 – Berpuluh-puluh pendatang haram Yahudi menceroboh masuk masjid suci Aqsa, Baitulmaqdis dan mengadakan upacara ritual mengikut ajaran Talmud dengan kawalan ramai anggota polis rejim Israel.

Kata sumber tempatan, kumpulan pendatang memasuki masjid suci umat Islam itu melalui pintu Maghareba, arah timur.

Sumber itu juga menyatakan  bahawa perbuatan pendatang Yahudi melakukan ritual dengan kehadiran ramai polis turut menghalang kemasukkan jemaah Islam untuk menunaikan sembahyang di masjid tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Jordan kecam keputusan Israel memasang lif di Kota Tua Baitul Maqdis.

Khamis, 02-07-2020 – Jordan mengecam keputusan Israel untuk memasang lif yang menghubungkan bahagian-bahagian Kota Tua Baqitulmaqdis dengan tembok Buraq di bahagian barat al-Aqsa.

Jurucakap kementerian lluar Jordan, Dhaifallah Fayez menyatakan penolakan Jordan terhadap semua tindakan unilateral Israel kerana ia akan mengubah sifat asal Kota Tua tersebut dan identiti Arabnya.

Beliau juga menyatakan tindakan tersebut adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa dan resolusi yang dikeluarkan oleh UNESCO.
Jurucakap Jordan itu juga meminta Israel menghentikan semua aktiviti yang bertujuan mengubah identiti Kota Tua tersebut dan menghormati komitmennya di bawah undang-undang antarabangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel sekat peguam Khalid Zabarqa dari memasuki masjid Aqsa seminggu.

Khamis, 02-07-2020 – Polis rejim Israel mengeluarkan perintah menyekat seorang peguam warga Palestin, Khalid Zabarqa yang tinggal di Bandar Lod dari memasuki Masjidil Aqsa untuk tempoh satu minggu.

Keputusan itu dibuat selepas peguam tersebut perlu hadir ke pusat tahanan Qishla di barat Baitulmaqdis sebagaimana arahan yang diterimanya sebelum ini.

Maklumat yang diterima mengatakan pihak polis rejim turut mengancam akan melanjutkan tempoh larangan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Polis Usir Aktivis Palestin Dari Masjid Al-Aqsa

Khamis, was 02-07-2020 – Polis Israel pada hari Isnin lalu telah memutuskan untuk melarang aktivis Palestin, Aya Abu Nab, daripada memasuki Masjid al-Aqsa selama enam bulan.

Abu Nab mengatakan bahawa polis Israel dan pegawai perisik telah menyerbu rumah keluarganya di Baitulmaqdis dan telah memerintahkannya untuk menjauhkan diri dari Masjid al-Aqsa selama enam bulan.

Pada hari Ahad lalu, Abu Nab telah ditahan bersama-sama dengan empat belia wanita Palestin dan seorang penjaga Masjid al-Aqsa di kawasan Bab al-Rahma, dan telah dibebaskan pada hari yang sama dengan syarat tidak memasuki Masjid al-Aqsa selama satu minggu.

Abu Nab terkejut kerana polis Israel telah memutuskan untuk menambah tempoh larangan masuk kepada enam bulan.

Aktivis Palestin berkenaan telah beberapa kali ditangkap oleh polis Israel dan diusir dari Masjid al-Aqsa di atas pelbagai tuduhan palsu.

Warga Palestin yang dikenalpasti kerap hadir di Masjid al-Aqsa juga biasanya akan disasar dengan cara yang sama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis terus meratakan tanah Wadi al-Rababa di Baitulmuqaddis

Khamis, 02-07-2020 – Pihak rejim Israel (IOA) di Baitulmuqaddis telah meneruskan aktiviti di tanah milik warga Palestin di kawasan Wadi al-Rababa daerah Silwan.

Menurut para Tuan Tanah, pihak berkuasa alam dan taman Israel secara paksa merampas sebahagian besar tanah di Wadi al-Rababa dan memberikan sendiri hak untuk meratakan kawasan itu walaupun terdapat keputusan mahkamah terdahulu yang menghalang tindakan itu.

Kejiranan Wadi al-Rababa terletak di daerah Silwan district, selatan Masjid Aqsa, yang merangkumi seluas lebih 350 dunum tanah yang ditanam dengan pokok buah-buahan dan pohon zaitun yang sudah lama. Keseluruhan tanah itu milik para penduduk Silwan dan terdapat 100 kediaman dan satu masjid. Kesemuanya diancam untuk diusir atau dimusnahkan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Gerombolan peneroka Israel masuk ke Masjid al-Aqsa

Khamis, 02-07-2020 – Puluhan peneroka haram Yahudi, yang dipimpin oleh rabi sayap kanan Yehudah Glick, pada pagi Isnin mencemari Masjid al-Aqsa di Jerusalem di tengah kehadiran polis yang ramai.

Penguasa Awqaf Islam Jerusalem mengatakan bahawa 119 peneroka haram menyerbu masuk ke Masjid al-Aqsa pada waktu pagi.

Para peneroka haram berkeliaran di halaman Masjid al-Aqsa sambil menerima persembahan mengenai “Temple Mount” yang diduga, dan melakukan ritual Talmud.

Sementara itu, sekatan terhadap jamaah Palestin memasuki laman kawasan ini diperketat. Pencerobohan peneroka haram masuk ke Masjid al-Aqsa disaksikan setiap hari kecuali hari Jumaat dan Sabtu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Ratusan menyertai perarakan menentang perebutan (wilayah) di Brussels

Khamis, 02-07-2020 – Ratusan rakyat melakukan demonstrasi di ibukota Belgia, Brussels bagi memprotes rancangan Israel untuk merampas tanah Palestin.

Masyarakat pro-Palestin, bekerjasama dengan komuniti Palestin di Belgia, mengadakan demonstrasi di Brussels yang meminta agar dikenakan sekatan ke atas Israel sekiranya mereka melaksanakan rancangan penggabungan tersebut.

Para penunjuk perasaan mengibarkan bendera Palestin dan mengangkat sepanduk yang mengutuk amalan Israel di wilayah Palestin yang dijajah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Beitlehem ditutup akibat peningkatan COVID-19.

Selasa, 30-06-2020 – Gabenor Beitlehem, Kamal Hamid telah mengumumkan bahawa daerah tersebut ditutup selama 48 jam bermula Isnin berikutan peningkatan ketara jangkitan Koronavirus di wilayah Tebing Barat.

Beliau berkata dalam satu kenyataan rasminya, penutupan itu bermula dari  6:00 pagi hari Isnin, melibatkan semua institusi awam dan swasta, segala aktiviti dan majlis ditangguhkan kecuali yang terlibat dalam sektor kesihatan.

Warga tempatan tidak dibenarkan masuk atau meninggalkan Beitlehem atau keluar rumah semasa tempoh tersebut kecuali untuk urusan kecemasan, tambah beliau lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Hamas meminta Parlimen Belgium mengeluarkan usul ke atas Israel


Selasa, 30-06-2020 – Gerakan Hamas telah menggesa kerajaan Belgium untuk melaksanakan resolusi menerusi parlimen bagi menyelar rancangan ilhak oleh Israel dan mengambil tindakan balas jika ia ingin meneruskan langkah itu.

Dalam kenyataan akhbar, jurucakap Hamas Hazem Qasem menghargai keputusan yang diambil oleh parlimen Belgium yang menyeru rakan-rakannya di seluruh dunia untuk mengikutinya dan menekan kerajaan masing-masing untuk mengambil langkah sewajarnya ke atas Israel atas rancangan aneksasi ke atas wilayah Palestin.Jurucakap Hamas itu turut menyatakan harapan agar komuniti dan badan-badan antarabangsa akan mengambil langkah sebenar dan serius untuk menghalang Israel daripada menjalankan rancangan penjajahannya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kempen Besar-besaran di Perancis Menentang Pengilhakan

Selasa, 30-6-2020 – Sejumlah bandar di Perancis menyaksikan tunjuk perasaan besar-besaran pada hari Sabtu lalu bagi membantah rancangan Israel untuk mengilhak tanah Palestin bulan hadapan.

Ratusan penunjuk perasaan berarak di Paris dan bandar-bandar Lyon, Strasbourg, Saint-Étienne, Montpellier dan Marseille dan menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan Israel tersebut.

Para penunjuk perasaan mengibarkan bendera Palestin dan mengangkat sepanduk yang bertulis “Bebaskan Palestin”, “Boikot Israel”, dan “Tidak Kepada Pengilhakan”.

Mereka juga menyeru masyarakat atarabangsa untuk mengenakan sekatan kepada Israel untuk memaksa mereka membatalkan rancangannya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Semua Pilihan Terbuka Untuk Menghadapi Pengilhakan

Isnin, 29-06-2020 – Anggota biro politik Hamas, Ezzat al-Resheq mengumumkan bahawa semua pilihan adalah terbuka untuk rakyat Palestin menghadapi dan menangani rancangan pengilhakan Israel, yang disifatkannya sebagai “pertembungan yang penting dalam konflik Palestin dengan penjajahan Israel.”

Dalam pernyataan yang disiarkan di televisyen baru-baru ini, Resheq menegaskan bahawa “rakyat Palestin tidak mempunyai pilihan selain berperang seperti itu untuk mengembalikan bola api balik kepada mereka yang telah melemparkannya.”

“Dengan rancangan pengilhakan di Tebing Barat, rejim Zionis itu telah melaksanakan apa yang telah dimulakan sejak dulu lagi ketika pertama kali menjejak tanah Palestin. Inilah realiti projek Zionis,” tegas pejabat Hamas.

“Entiti Zionis akan lenyap kerana didirikan untuk mencuri tanah [Palestin] dan harta karunnya, menzalimi rakyatnya, dan menghilangkan mercu tandanya. Pertubuhan seperti itu tidak akan bertahan dan akan hilang,” dia menyatakan kepercayaannya.

Pegawai Hamas berkenaan menekankan pentingnya memulihkan perpaduan nasional berdasarkan strategi tentangan dan pemalar nasional untuk menghadapi cabaran baru ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

7 negara Eropah memberi amaran hubungan dengan Israel akan terjejas akibat aneksasi

Isnin, 29-06-2020 – Tujuh negara Eropah memberi amaran pada Rabu yang sebarang langkah aneksasi oleh Israel di wilayah Palestin akan menjejaskan hubungan mereka dengan Israel.

“Dengan mematuhi tanggungjawab dan peraturan di bawah undang-undang antarabangsa, aneksasi akan memberi kesan terhadap hubungan rapat kami dengan Israel serta tidak akan mengiktirafnya,” Duta Perancis ke PBB New York Nicolas de Riviere berkata dalam satu kenyataan di mana beliau menyebut nama 7 negara tersebut ketika mesyuarat maya.

Pendirian itu disuarakan oleh lima negara Eropah yang merupakan ahli Dewan Keselamatan PBB, Perancis, Britain, Belgium, Jerman, dan Estonia. Dua ahli baru, Ireland dan Norway, turut menandatangani kenyatan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

95% Tahanan Palestin Mengalami Penyeksaan Di Penjara Israel

Isnin, 29-06-2020 – Forum Tahanan Palestin dalam keterangan akhbarnya, Khamis (25/6) memaklumkan bahawa 95 % tahanan Palestin mengalami penyiksaan sejak awal ditahan di penjara Israel, bermula sesi soal siasat dan setelah dimasukan ke dalam sel penjara. Penjajah Israel menggunakan pelbagai cara untuk menyeksa mereka sama ada berbentuk penderaan fizikal mahu pun psikologi melalui sistem kekerasan yang komprehensif.

Memperingati hari sokongan antarabangsa kepada mangsa penyeksaan, yang dilaksanakan pada 26 Jun setiap tahun, Forum tawanan menjelaskan, penyeksaan yang dilakukan penjajah Israel terhadap para tahanan, tidak hanya kekerasan ketika ditangkap mahumpun ketika disoal siasat untuk mendapatkan pengakuan seperti yang lazim digunakan untuk mengancam mangsa, tetapi semua tindakan yang dilakukan oleh  Israel termasuk kategori penyeksaan.

Di antara cara yang kerap digunakan Israel kepada para tahanan termasuk isolasi dan penahanan dalam keadaan tidak wajar dari aspek kesihatan, tindakan represif terancang, termasuk pemindahan tahanan secara kasar dan pembunuhan secara lambat yang dilakukan kepada para tahanan. 

Menurut forum tahanan, proses soal siasat merupakan fasa terberat yang dialami para tahanan, dimana pihak penyoalsiasat menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan pengakuan dari mangsa, penyeksaan dilakukan secara fizikal dan psikologi, seperti dilarang tidur, sesi soal siasat berlangsung selama 20 jam, mengetatkan ikatan ketika disoal siasat yang menyebabkan tersumbatnya darah di bahagian pergelangan, menutup kepala tahanan menggunakan plastik kotor, ikat tangan di kerusi, memukul, memaki hamun dengan sengaja.

Cara lainnya mengancam menangkap anggota keluarga mangsa,ancaman penganiayaan seksual terhadap mangsa dan pelbagai cara lain yang tidak beperikemanusiaan dan menjijikkkan.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Haneyya menelefon Mladenov, berbincang masalah penting dengannya

Isnin, 29-06-2020 – Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya telah bercakap melalui telefon dengan utusan khas PBB ke Timur Tengah, Nickolay Mladenov dan berbincang dengan beliau mengenai berbagai perkembangan yang berkaitan dengan perjuangan Palestin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Gerakan Hamas, Haneyya menjelaskan semasa perbualan telefon yang panjang dengan Mladenov mengenai bahaya yang masih wujud yang mengancam perjuangan rakyat Palestin dan hak-hak sah rakyat Palestin, terutama yang berkaitan dengan rancangan pengambil alihan Israel.

Pemimpin Hamas menekankan penentangan Gerakannya terhadap rancangan Isreal itu dan memuji kenyataan setiausaha Jeneral PBB, Antonio Guterres di mana dia menyuarakan penolakannya terhadap rancangan itu dan mengutuknya sebagai “pelanggaran paling serius terhadap undang-undang antarabangsa.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Konfrontasi Sengit dengan Israel Pasca Pembunuhan Erekat

Jumaat, 26-06-2020 – Sejumlah pemuda pada Selasa (23/6/2020) malam, mengalami sesak nafas dalam konfrontasi sengit dengan pasukan penjajah Israel di kota Abu Dis, sebelah timur al-Quds. Konfrontasi ini meletus setelah pasukan penjajah Israel menembak mati pemuda Palestin Ahmed Erekat di pos pemeriksaan militan Container.

Saksi yang melihat kejadian menyebutkan bahawa tentera penjajah Israel menembak peluru logam berlapis, meriam gas pemedih mata dan bom bunyi ke arah para pemuda, yang menyebabkan beberapa orang pemuda mengalami sesak nafas.Kumpulan-kumpulan pejuang nasional di kota Abu Dis di al-Quds juga mengumumkan mogok total pada hari Rabu  dan perkabungan umum untuk hari Khamis dan Jumaat terdekat susulan pembunuhan pemuda Palestin, Ahmed Mustafa Erekat oleh tentera pendudukan Israel, di pos pemeriksaan Container, di sebelah timur al-Quds.

Mereka menyatakan pasukan penjajah Israel perlu bertanggungjawab penuh atas pembunuhan Ahmed Erekat. Mereka menyebut apa yang dilakukan penjajah Israel tersebut sebagai kejahatan keji dan meminta warga kota untuk mengumumkan mobilisasi umum.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman