Categories
Berita Semasa

Lebih 1000 penduduk haram ceroboh makam Yusuf

Khamis, 26-09-2019 – Kira-kira 1,200 penduduk haram Israel telah menceroboh Makam Yusuf di timur Bandar Nablus pada awal pagi Selasa lalu, dengan diiringi oleh seorang menteri Israel dan beberapa orang rabai.

Sumber tempatan memberitahu Akhbar Quds bahawa beberapa bas yang membawa hampir 1,200 penduduk haram Israel telah memasuki kawasan berkenaan dengan diiringi oleh pihak tentera.

Menurut sumber, pertembungan ganas tercetus antara berpuluh-puluh belia Palestin yang cuba bersemuka dengan penceroboh-penceroboh berkenaan, dengan askar Zionis yang telah melancarkan gas pemedih mata dan peluru logam bersalut getah ke arah mereka.

Rejim Zionis dan penduduk haram Israel hampir setiap minggu menceroboh kawasan timur Nablus untuk mengadakan upacara-upacara di Makam Yusuf, yang mereka percayai adalah tempat bersemadinya Nabi Yusuf. Walaubagaimanapun, penduduk tempatan dan ahli-ahli sejarah Palestin telah mengesahkan bahawa makam berkenaan adalah sebenarnya milik seorang pemimpin Islam zaman dahulu kala bernama Yousef Dweikat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Khudari menyeru agar bantuan perubatan dihantar melalui udara

Khamis, 26-09-2019 – Ahli Parlimen al-Khudari, ketua Jawatankuasa Popular menentang pencerobohan, telah menyeru penyelaras khas PBB Nickolay Mladenov agar berusaha menghantar konvoi bantuan perubatan ke Semenanjung Gaza.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Ahad, Khudari menyifatkan amaran Mladenov tentang situasi kemanusiaan yang makin meruncing di Gaza sebagai penting dan realistik, namun ia tidak cukup dan perlu lebih praktikal.

Khudari merayu kepada Mladenov agar mengarahkan semua institusi kemanusiaan dan kesihatanan PBB dan antaabangsa agar menghantar bantuan perubatan ke Gaza melalui udara.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

2000 Unit Rumah di Gaza Musnah sejak Serangan Israel 2014

Khamis, 26-09-2019 -  Jamal Khudhri, ketua Jawatankuasa Rakyat untuk Melawan Sekatan, Selasa (24/9/2019), mengatakan bahawa sebanyak 2000 unit rumah di Semenanjung Gaza telah musnah  sejak serangan dan pencerobohan Israel pada musim panas tahun 2014 lalu.

Beliau menambah bahawa unit-unit rumah tersebut belum dibangun semula meskipun sudah lebih lima tahun serangan berlaku disebabkan kekurangan dana.

Beliau menegaskan bahawa pembinaan semula adalah tuntutan moral, kemanusiaan dan undang-undang terutama kerana ribuan keluarga mangsa serangan Israel masih terlantar dan menjadi pelarian.

Dalam Persidangan Pembinaan Semula Gaza yang berjalan di Kaherah, Selasa 24 September, Khudhri meminta kepada para penyumbang untuk memenuhi komitmen kewangan mereka kepada para pemilik rumah yang musnah keseluruhannya dan belum dibangun sama sekali.Beliau juga meminta para penyumbang utama persidangan iaitu Mesir dan Norway untuk mengambil langkah praktis dan memberikan komitmen bagi menamatkan penderitaan keluarga mangsa serangan Israel.

Jamal Khudhri mengatakan, "Semenanjung Gaza mengalami tragedi sekatan dan serangan. Para pemilik rumah yang musnah mengalami penderitaan hidup dengan berpindah randah dan menjadi pelarian, ditambah dengan derita sekatan, serangan dan situasi ekonomi yang sukar".

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman 
Categories
Berita Semasa

Pihak Berkuasa Israel Menghancurkan Kawasan Penempatan Kuda Milik Rakyat Palestin di Silwan

Khamis, 26-09-2019 – Rejim Zionis telah menghancurkan penempatan kuda milik warga Palestin di bandar Silwan, BaitulMaqdis.

Sumber tempatan mengatakan bahawa jentolak Israel, disertai oleh angkatan bersenjata telah menyerang bandar Silwan dan
menghancurkan penempatan kuda.

Mereka menambah bahawa kawasan sebesar 100 meter persegi itu dimiliki oleh penduduk Palestin, Naim al-Qadi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul


Categories
Berita Semasa

Penduduk Adei Ad Meroboh Tanah Palestin di utara Ramallah

Rabu, 25-09-2019 – Penduduk Yahudi dari penempatan haram Adei Ad meratakan tanah yang luas pada hari Ahad milik Palestin di bandar Turmus Ayya, utara Ramallah di Tebing Barat yang dijajah.

Datuk Bandar Turmus Ayya, Rifaat Lavi berkata, peneroka Adei Ad meratakan sekitar enam dunam tanah pertanian milik keluarga Abu Kafya.

Ini adalah kali keempat dalam tempoh dua bulan peneroka haram yang sama menjalankan kegiatan meratakan tanah di bandar itu, kata Datuk Bandar Lavi, sambil menambah bahawa amalan sedemikian berlaku di bawah perlindungan tentera Zionis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Israel roboh rumah penduduk Palestin di bandar Qalansuwa.

Rabu, 25-09-2019 – Rejim zionis Israel bertindak merobohkan sebuah rumah milik penduduk Palestin di bandar Qalansuwa atas alasan dibina tanpa lesen.

Menurut kata saksi yang melihat kejadian, jentolak milik rejim dengan diiringi pekerja majlis perbandaran serta polis memasuki kawasan al-Sahel al-Gharbi di Qalansuwa dan terus melakukan kerja-kerja meruntuhkan rumah keluarga Abu Arrar.

Pihak rejim sebelum ini telah memusnahkan dua buah rumah milik keluarga tersebut empat tahun lalu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Lima orang Palestin yang diculik oleh IOF di Tebing Barat

Rabu, 25-09-2019 - Regim Zionis Israel (IOF) malam tadi dan pada Ahad subuh menculik lima warga Palestin di Tebing Barat dan Yerusalem.
Tentera Israel mendakwa dalam satu kenyataan bahawa pasukannya menahan empat rakyat Palestin yang dikehendaki semasa serbuan rumah di Tebing Barat.

Menurut laman web Ibrani 0404, tentera Israel telah menangkap malam tadi seorang Palestin dari bandar Nablus di pos pemeriksaan Beit Furik setelah didakwa mencari pisau dan kantong gas pemedih mata.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada 
Categories
Berita Semasa

28 warga Palestin dilarang melalui sempadan Allenby pada minggu lepas

Rabu, 25-09-2019 – Pihak rejim Israel menghalang 28 orang warga Palestin daripada melalui sempadan Allenby (Raja Hussein) dengan Jordan.

Polis rejim berkata yang para penumpang itu dilarang bermusafir atas alasan keselamatan yang tidak boleh dijelaskan.

Bagaimanapun, lebih kurang 37,000 warga Palestin dan warga asing serta ambulans yang membawa 11 pesakit dapat melakukan perjalanan dua hala di laluan itu pada minggu yang sama, polis menambah. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

140 tahanan teruskan mogok lapar untuk hari ke 13

Rabu, 25-09-2019 – 140 tahanan Palestin di penjara Israel telah meneruskan mogok lapar tanpa penghujung untuk hari ke-13 berturut-turut, sebagai bantahan ke atas pemasangan alat penyekat isyarat telefon bimbit yang dipasang di pusat-pusat tahanan, kerana alat penyekat berkenaan dikatakan boleh menyebabkan penyakit barah.

Pihak berkuasa penjara Israel masih berkeras tidak akan menunaikan janji yang telah dibuat kepada wakil tahanan Palestin untuk menanggalkan alat penyekat isyarat telefon bimbit berkenaan, memasang telefon awam dan menghentikan segala tindakan yang sengaja menyusahkan tahanan.

Sejak beberapa bulan lalu, pihak Perkhidmatan Penjara Israel telah memasang alat penyekat isyarat telefon bimbit di dalam penjara-penjara Israel. Mereka kemudiannya telah meningkatkan aras isyarat radio alat penyekat berkenaan yang amat berbahaya, di lokasi-lokasi di antara bahagian-bahagian di dalam penjara.

Tahanan Palestin di penjara-penjara yang berbeza telah mengadu sakit kepala yang serius, yang disebabkan oleh alat penyekat isyarat telefon bimbit berkenaan, tetapi pihak Perkhidmatan Penjara Israel tetap tidak mengendahkan kesan-kesan negatif ke atas kesihatan tahanan yang disebabkan oleh isyarat radio berkuasa tinggi yang dihasilkan oleh alat penyekat berkenaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Keluarga Khudari : Penahanan Mohamed dan anaknya tidah sah.

Rabu, 25-09-2019 – Abdul-Majed al-Khudari berkata penahanan saudaranya Mohamed, seorang pegawai kanan Hamas, dan anak saudaranya, Dr. Hani, oleh pihak berkuasa Saudi adalah kejadian yang mengejutkan. Dalam kenyataan akhbar, Abdul-Majed menambah, tiada siapa yang menjangkakan mereka berdua akan ditangkap dan dipenjarakan, ini kerana mereka tidak ada sebarang pendakwaan yang difailkan terhadap mereka.

Beliau juga menegaskan bahawa, terdapat wanita Palestin di penjarakan oleh Saudi, tanpa sebab. Beliau turut menambah bahawa, keluarganya telah bercakap kepada seorang peguam agar dapat membebaskan Mohamed bersama anaknya. Majed turut khuatir proses pelepasan mereka tidak akan menjadi perkara yang mudah.

Kempen penangkapan Arab Saudi terhadap rakyat Palestin sebagai ‘tidak wajar’ dan tampak seperti sebahagian daripada percubaan untuk menekankan pihak Palestin untuk menerima perjanjian abad ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syed

Categories
Berita Semasa

Identiti Muslimah Yang Ditembak Mati Israel di Qalandiya Disiarkan

Rabu, 25-09-2019 -  Kementerian Kesihatan Palestin, Ahad (22/9)  mengeluarkan informasi identiti muslimah yang gugur syahid ditembak mati Israel pada Rabu lalu, di pintu masuk Qalandiya, di utara al-Quds.

Dalam keterangan rasmi yang disiarkan oleh kementerian kesihatan, Muslimah yang gugur syahid tersebut adalah Nayifah Muhammad Kaabanah (50) warga kota Ramon daerah Ramallah dan Birah.

Pasukan Israel menembak mati muslimah Palestin di pintu masuk militan Qalandiya, al-Quds utara pada rabu lalu.

Menurut sejumlah saksi di lokasi, pasukan Israel yang berjaga di pintu masuk Qalandiya, melancarkan tembakan terhadap muslimah Palestin dari jarak yang cukup dekat dengan alasan muslimah tersebut membawa pisau.

Melalui rakaman video yang beredar luas di media sosia, kelihatan pasukan Israel  melancarkan tembakan berjarak sangat dekat sedangakan wanita tersebut dan tidak membahayakan mahupun melakukan ancaman terhadap mereka.

Dalam keadaan muslimah tersebut mengalami luka di bahagian kakinya, namun pasukan Israel menghalang petugas perubatan untuk membawa dan membiarkannya beberapa waktu dalam keadaan berlumuran darah sebelum kemudian dibawa dari tempat kejadian dan selang beberapa waktu kemudian dinyatakan beliau sudah meninggal dunia. 

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman 
Categories
Berita Semasa

Kesihatan tahanan lakukan mogok lapar merosot mendadak.

Isnin, 23-09-2019 – Seorang pemogok lapar di penjara Israel, Nasir al-Jada dipindahkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya tiba-tiba bertambah teruk.

Pejabat Media Pertubuhan Tahanan Palestin berkata, keluarga mangsa memberitahu bahawa pihak penjara rejim telah membawa saudaranya itu ke Pusat Perubatan Kaplan setelah kesihatan beliau semakin merosot.
Nasir al-Jada, 31 tahun yang berasal dari Jenin, utara Tebing Barat telah melakukan mogok lapar masuk hari ke 42 kerana membantah penahanan tanpa bicara yang dikenakan ke atas diri.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel bunuh wanita Palestin di tempat pemeriksaan Qalandiya

Isnin, 23-09-2019 – Rejim Zionis telah menembak mati seorang wanita Palestin di tempat pemeriksaan Qalandiya, di utara kawasan terjajah Baitulmaqdis, Rabu lalu.

Saksi kejadian mendakwa bahawa tentera Zionis yang bertugas di tempat pemeriksaan Qalandiya telah menembak seorang wanita Palestin yang berumur di dalam lingkungan lima puluhan dan telah membiarkan beliau berdarah sampai mati, atas tuduhan kononnya menyimpan sebilah pisau dan merancang untuk membuat serangan dengan cara menikam.

Wanita berkenaan telah dipindahkan ke sebuah hospital Israel di Hadassah di mana beliau telah diisytiharkan meninggal dunia.

Rejim Zionis kemudiannya telah menutup tempat pemeriksaan tersebut dan menghalang sebarang pergerakan keluar masuk penduduk dan kenderaan Palestin.

Sebuah petikan video yang dimuat naik di media sosial telah menampakkan askar Israel menembak wanita Palestin berkenaan, walaupun beliau berada beberapa meter jauh daripada mereka.  

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menahan dua pemuda Palestin atas pemilikan pisau

Isnin, 23-09-2019 – Regim Zionis Israel (IOF) pada hari Selasa menahan dua pemuda Palestin berhampiran kawasan Ein Bubin, barat bandar West Ramallah, atas dakwaan pemilikan pisau.

Laman web Israel “0404” mendakwa bahawa dua warga Palestin telah ditangkap berhampiran Ein Bubin kerana disyaki mencuba serangan pisau.
Ia menambah bahawa tahanan kemudian dipindahkan ke pusat soal siasat Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel meratakan 145,000 meter persegi tanah desa Hajja di Qalqilya

Isnin, 23-09-2019 -  Pasukan pendudukan penjajah Israel pada Rabu (18/9/2019) meratakan tanah pertanian yang sangat luas di desa Hajja, yang terletak sebelah timur Qalqilya, wilayah utara di Tebing Barat yang diduduki penjajah Israel.

Petugas yang bertanggung jawab menghadapi pendatang Yahudi di daerah Qalqilya, Mohammed Abu al-Sheikh, mengatakan, "Jentolak-jentolak pasukan pendudukan penjajah Israel, mulai meratakan tanah pertanian yang dianggarkan luasnya mencapai 145,000 meter persegi. Hal ini dilakukan pasukan penjajah Zionis dengan tujuan untuk memperluas kawasan industri yang ada di dalam penempatan Yahudi "Karni Shomron" yang letaknya bersebelahan dengan tanah pertanian Palestin.

Menurut Hajja Tahani al-Zuhaidi, seorang ahli jawatankuasa kampung, sebahagian besar tanah tersebut ditanam dengan pohon zaitun dan dimiliki oleh lima keluarga Palestin.

Sementara itu, sebelumnya pertembungan meletus di pintu masuk kota Azzun, di sebelah timur kota Qalqilya, di mana para pemuda Palestin melempar kenderaan  pendatang Israel dengan molotov.

Sumber tempatan mengatakan bahawa para pemuda Palestin menyerang kenderaan pendatang Israel dengan batu berdekatan pintu masuk kota, yang disusuli pertembungan dengan tentara Israel yang ditempatkan di pintu masuk bandar. 

 sumber : https://melayu.palinfo.com/
 penterjemah : osman