Rabu , 30-09-2020 – Mantan ketua biro politik hamas, Khalid Misy’al mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mahmud dan Hasan al-Za’Zu, nelayan Palestin yang terkorban di tembak oleh tentera laut Mesir pada Jumaat lalu.
Misy’al menyampaikan ucapan dukacita beliau sambil mendoakan agar roh kedua nelayan yang shahid di tempatkan bersama para nabi , siddiqin dan syuhada’ dan keluarga kedua-dua nelayan yang terkorban
itu di beri kesabaran dan kekuatan menghadapi musibah yang menimpa mereka. Ucapan takziah dan balasungkawa beliau turut di sampaikan kepada Persatuan Nelayan Palestin di perairan Gaza, Nizar Ayyash.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Selasa , 29-09-2020 – Tahanan Maher Al-Akhras dari Jenin kini memasuki bulan ketiga mohok lapar bagi membantah penahanannya di penjara Israel tanpa bicara atau dakwaan.
Umm Islam, isteri Akhras berkata dalam satu kenyataan akhbar pada Sabtu yang suami beliau menolak keputusan mahkamah rejim membekukan penahanan pentadbiran sebagai balasan jika beliau menghentikan mogok lapar.
Umm Islam menambah bahawa suaminya bimbang jika rejim akan masuk campur dalam hal keputusan dan mengenakan semula penahanan pentadbiran sebaik sahaja beliau mengambil ubat dan makanan.
Selasa , 29-09-2020 – Pengusaha nuseri, Ali Dawud tidak merasa tenang ketika dia sedang bekerja di nurserinya yang sudah diusahakan lebih dari 15 tahun di Qalqilya, wilayah utara Tebing Barat. Ini kerana adanya rancangan penempatan Israel yang mereka lawan untuk dihentikan selama berbulan-bulan di mahkamah Zionis dan telah mengancam nuseri di Qalqilya.
Qalqilya adalah pusat utama nuseri di Tebing Barat.
Nuseri di wilayah ini menghasilkan lebih dari 80% anak pokok pertanian di Tebing Barat. Namun ia terancam dimusnahkan dengan adanya rancangan penempatan Israel.
Akhir tahun lalu, otoriti pendudukan penjajah Israel telah mengeluarkan keputusan mengenai rancangan baharu Israel untuk memperluas jalan lintas penempatan dengan kos 200juta shekel, yang secara praktiknya akan menghancurkan kebun-kebun nuseri pertanian di Qalqilya, pencurian tanah dan implementasi aneksasi baru.
Dawud menyatakan bahawa salah satu tujuan dari rancangan penempatan Israel tersebut adalah untuk menghancurkan kebun-kebun nuseri di Qalqilya, kerana anak pokok di wilayah tersebut lebih baik dibandingkan nuseri Israel dari segi kualiti dan harga. “Kami sudah biasa bahawa setiap sektor ekonomi yang menyaingi Israel pasti dihancurkan dengan langkah-langkah penjajah Israel,” tegasnya.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Selasa , 29-09-2020 – Kenyataan Persefahaman antara Gerakan Hamas dan Fatah dari Istanbul baru-baru ini adalah penyempurnaan dari Persefahaman Beirut, hasil dari perbincangan mencari titik persamaan dalam rangka mengukuhkan hubungan bagi mendepani segala risiko dan cabaran.
Apa yang terkandung di dalam Persefahaman Istanbul adalah penting sebagai persiapan menghadapi pilihanraya yang akan datang. Sistem yang tidak ketentuan dan pengurusan yang lemah merumitkan
perjalanan pilihanraya. Halangan paling besar adalah pencabulan kebebasan di mana sekatan oleh Zionis Israel masih di kenakan ke atas Gaza.
Pada pilihanraya lepas, pihak berkuasa Palestin gagal mengendalikan pilihanraya walaupun ketika itu mereka mendapat sokongan positif dari Hamis.
Penjajah Israel menggunakan segala macam tekanan baik dari pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan untuk menimbulkan kekecohan dan tekanan di kalangan rakyat Palestin.
Langkah cepat yang di ambil oleh pihak berkuasa Palestin mencapai Persefahaman Beirut dan Istanbul merupakan satu usaha yang terpuji walaupun usaha ini di buat hanya setelah mereka mendapat isyarat
terdapat bahawa Amerika Syarikat akan menggantikan pimpinan kerajaan yang sedia ada persis ketikamana mereka mengangkat Mahmud Abas ketampuk pimpinan sebelum ini. Amerika perlu sedar suasana politik tahun 2004 adalah berbeza di tahun 2020,
Terdapat usaha-usaha normalisasi hubungan dengan penjajah Israi. Diplomasi hubungan, sokongan dan pengiktirafan Liga Arab berkenaan hubungan dengan Israil adalah contoh-contoh normalisasi yang akan membahayakan bukan sahaja rakyat palestine tetapi juga bangsa arab.
Langkah bersepadu dua gerakan ini merupakan usaha untuk memberi kesedaran kepada rakyat berkenaan bahaya normalisasi.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Isnin , 28-09-2020 – Rejim Zionis Israel menyerbu dua kawasan berbeza di Tebing Barat dan menahan dua warga Palestin di rumah mereka dalam satu operasi yang dijalankan awal pagi Khamis.
Menurut sumber tempatan, pihak rejim menangkap seorang pemuda bernama Mustafa al-Ramhi di rumahnya di kem penempatan al-Jalazon di utara Ramallah.
Rejim turut menyerbu bandar Kafr Malik dan Silwa yang terletak di Ramallah serta bandar Kaft Qaddum di Qalqily bagaimana pun mendapat tentangan dari pemuda tempatan sebelum berundur tanpa membuat tangkapan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Isnin , 28-09-2020 – Sekumpulan pelampau pendatang Yahudi pada petang Rabu melakukan kekacauan di kebun zaitun di Kampung Khilat Hassan, barat wilayah Salfit di Tebing Barat.
Menurut saksi mata, para pendatang itu menyerbu kebun tersebut dan memusnahkan puluhan anak pokok zaitun dengan perlindungan tentera.
Pada Sabtu lepas, tentera rejim zionis memusnahkan 200 pokok pelbagai jenis yang dimiliki oleh warga Palestin di bandar Biddya town, barat Salfit
Isnin , 28-09-2020 – Tentera Zionis (IOF) pada hari Khamis memberitahu seorang warga Palestin tentang niat mereka untuk merobohkan kediamannya dan menanda tiga orang lain yang diancam akan dirobohkan di kampung Ma’in, tenggara kota Yatta di al-Khalil.
Pegawai tempatan Rateb al-Jabour mengatakan bahawa Issa Hammad menerima notis ketenteraan yang memerintahkan perobohan kediamannya di kampung Ma’in tidak lama lagi dengan alasan pembinaan tidak berlesen.
IOF juga mengambil gambar tiga rumah lain di kampung milik penduduk tempatan sebagai permulaan untuk merobohkannya. Pemilik rumah menerima ultimatum perobohan beberapa bulan yang lalu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ameen
Isnin , 28-09-2020 – Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah mengumumkan bahawa terdapat 5 kematian, 713 jangkitan baru akibat coronavirus, dan 920 pemulihan dicatatkan dalam tempoh 24 jam terakhir.
Kementerian menyatakan dalam kenyataan media bahawa kadar pemulihan dari coronavirus mencapai 73.9%, sementara kadar jangkitan aktif mencapai 25.4% dan kadar kematian adalah 0.7% dari semua jangkitan.
Jangkitan baru disebarkan seperti berikut: al-Khalil, 133, Nablus, 61, Bethlehem, 52, Qalqilya, 39, Ramallah dan Al-Bireh, 34, Jenin, 19, Salfit, 23, Jericho dan Al-Aghwar, 15, Tulkarem, 28, Tubas, 4, Semenanjung Gaza, 95, Baitulmaqdis dan pinggirannya, 210 (dalam tempoh dua hari).
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nurul
Isnin , 28-09-2020 – Kapal perang tentera laut Israel menyasarkan kapal nelayan Palestin di lepas pantai Semenanjung Gaza utara pada hari Khamis pagi dan mengejarnya di laut.
Sumber tempatan mengatakan bahawa kapal perang Israel melepaskan tembakan ke arah kapal nelayan dan nelayan ketika bekerja di laut.
Mereka menambah bahawa nelayan terpaksa kembali ke darat, sambil menambah bahawa tidak ada korban jiwa yang dilaporkan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor syuhada
Isnin , 28-09-2020 – Anggota biro politik Hamas Husam Badran menegaskan bahawa isu Palestin sedang menghadapi usaha penghapusan yang nyata. Oleh itu itu kami berharap pilihan raya umum Palestin akan berjalan dengan bebas merdeka dengan landasan penglibatan semua elemen nasional.
Hal itu disampaikan Badran dalam wawancara televisen dalam rangkaian dialog antara Hamas dan Fatah di Istanbul. Menurut Badran, dalam tiga hari pertemuan, telah dicapai sejumlah ketetapan bersama yang akan menjadi visi dan peta jalan menuju penglibatan dan sumbangan Palestin secara menyeluruh, mencakupi semua entiti dan elemen Palestin.
Pertemuan ini dibuat untuk membincangkan perkara penting yang berjaya menghimpunkan para pemimpin utama faksi-faksi Palestin.
Badran menegaskan bahawa landasan utama dalam menghadapi tentangan dan konspirasi adalah persatuan bangsa Palestin.
Tokoh Hamas ini menyatakan, “Dengan izin Allah, kami akan menempuh jalan ini, agar kami mampu menyampaikan kepada dunia dan kepada penjajah bahawa keputusan Palestin merupakan keputusan bersama dan tidak ada satu pihak yang boleh terlibat dengan usaha menghapus isu Palestin.”
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Isnin , 28-09-2020 – Pimpinan Hamas, Nader Sawafta memberi perkhabaran gembira kesepakatan yang di perolehi usai pertemuan antara Gerakan Hamas dan Fatah yang berlangsung di Istanbul, Turki baru-baru ini
Dalam kenyataan media beliau, Sawafta memaklumkan kesepakatan yang di capai ini adalah hasil dari beberapa perbincangan yang di buat oleh kedua-dua gerakan tersebut sejak awal September di Ramallah dan Beirut
Dengan kesepakatan ini, Sawafta optimis Palestine dapat menghadapi apa jua cabaran yang bakal mereka hadapi di masa hadapan. Pada masa yang sama beliau menyeru semua rakyat Palestin agar tetap bersatu dan mengambil langkah-langkah praktis mendepani ancaman serta rencana penjajahan zionis
Wakil kedua-dua gerakan tersebut membayangkan pengumuman rasmi kesepakatan akan di buat pada sesi pertemuan bersama Presiden Mahmoud Abbas yang akan berlangsung sebelum 1 Oktober ini.
Deligasi dari kedua-dua gerakan tersebut mengucapkan terima kasih kepada Recep Tayyib Erdogan serta kerajaan beliau yang telah menjadi tuan rumah untuk perbincangan ini serta memungkinkan pertemuan ini berjalan dengan lancar.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Rahibah Omar
Jumaat , 25-09-2020 – Rejim Zionis pada hari Rabu lalu telah merobohkan kediaman yang sedang dibina milik seorang warga Palestin serta telaga pengumpulan air hujan di pekan Beit Awwa, di barat daya al-Khalil.
Datuk Bandar Beit Awwa Abdul-Kareem Masalma mengatakan bahawa rejim Zionis merobohkan sebuah rumah yang belum selesai milik Mufeed Abu Zanouna di wilayah Khilat Taha di pekan itu, dengan mendakwa kononnya ia dibina tanpa izin.
Beliau menambah bahawa rejim Zionis juga merobohkan dua telaga yang digunakan untuk mengumpulkan air hujan di kawasan yang sama.
Baru-baru ini, rejim Zionis telah mengumumkan kepada penduduk tempatan mengenai rancangan untuk merobohkan tiga kediaman milik mereka di kawasan itu.
Jumaat , 25-09-2020 – Tentera rejim zionis pada awal pagi memusnahkan tempat perkahwinan di kemasukan utama Kampung Jubara di selatan Tulkarem.
Ketua kampung Ihsan Awad berkata, tiga jentolak yang diiringi oleh segerombolan tentera rejim menyerbu kampung itu selepas tengah malam dan memulakan perobohan tempat tersebut secara keseluruhannya.
Satu keluarga Palestin yang tinggal di sebuah apartment kecil di kawasan berkeluasan 900 meter persegi itu dipaksa oleh oleh tentera rejim agar meninggalkan rumah mereka sebelum pemusnahan dijalankan.
Jumaat , 25-09-2020 – Pihak Otoriti penjajah Israel mengeluarkan keputusan ketenteraan untuk menguasai kawasan tanah di tengah kota Hebron yang diduduki penjajah Israel.
Penjajah Israel mengeluarkan peta menunjukkan wilayah yang menjadi sasaran dengan warna merah dan melampirkan bersama peta tersebut keputusan ketenteraan yang menegaskan penyitaan hartanah penduduk untuk “tujuan keamanan”.
Aktivis Issa Amr, Ketua Perhimpunan Pemuda Anti Penempatan Israel, menjelaskan bahawa keputusan militan Israel tersebut mencakupi 17 lokasi di Tel Rumeida dan jalan Syuhada, serta sekitar penempatan Kiryat Arba, di daerah yang diklasifikasikan sebagai H2 menurut Perjanjian Oslo.
Issa Amr menambah,luas tanah yang menjadi sasaran mencapai 3807 meter persegi, terletak di kawasan yang sangat penting di pusat Hebron.
Pengambilalihan tanah ini bererti sekatan lebih banyak terhadap warga di jalan Syuhada dan kampung Tel Rumeida. Pihak Israel mendirikan pos-pos pemeriksaan dan pos-pos tentera.
Hebron terhimpit kerana lebih dari lima puluh koloni penempatan Israel yang dihuni sekitar 30 ribu penduduk pendatang Yahudi, dan mereka bekerja untuk memperkuat cengkaman menyeluruh pada kota tersebut.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Khamis , 24-09-2020 – Father Atallah Hanna telah menekankan kepentingan mempertahankan Baitulmuqaddis dan kawasan-kawasan sucinya, menyifatkan ia sebagai tanggungjawab kemanusiaan, spiritual dan patriotik.
“Para anak lelaki dan perempuan kota suci merasa berbesar hati untuk melaksankan tanggungjawab demi rakyat dan bangsa. Mereka berada di barisan hadapan dalam mempertahankan Baitulmuqaddis, kawasan-kawasan sucinya dan harta tanah yang menjadi sasaran dan dicemari,” Bapa Hanna, Uskup Agung Gereja Ortodoks Palestin di Baitulmuqaddis berkata dalam kenyataan akhbar pada Isnin.
“Kami sedang melalui detik sukar di mana ia telah menjadi satu keperluan untuk menitikberatkan kepentingan kesatuan, kerjasama dan komunikasi Muslim-Kristian kerana mereka yang menyasarkan kota suci Islam adalah mereka yang sama menyasarkan harta tanah Kristian,” beliau menambah.