
Selasa , 22-04-2014 – Ahli Parlimen Palestin Ibrahim Dahbour berkata, penahanan politik di Tebing Barat bukan hasil daripada kesatuan kebangsaan, tetapi ia dikira sebagai cukai yang dibayar oleh pihak berkuasa Palestin (PA) sebagai sebahagian daripada perjanjiannya dengan Israel.
Penahanan berasaskan politik telah berlaku sejak kemunculan PA pada tahun 1994 setelah perjanjian Oslo ditandatangani.yang mana boleh disimpulkan dengan satu ayat: “keselamatan untuk Zionis sebagai balasan kepada duit untuk rakyat Palestin,” yang bermaksud, perjanjian Oslo pada dasarkan bersifat politik tetapi sebenarnya merupakan perjanjian keselamatan, demikian menurut ahli parlimen Dahbour kepada pusat maklumat Palestin (PIC).
Beliau menekankan bahawa kandungan perjanjian menuntut PA untuk menentang secara bersenjata ke atas semua kumpulan rakyat Palestin yang tidak menyebelahi Israel.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati













